Satu demi satu kita lihat selebriti kita telah melakukan penghijrahan terutama daripada segi penampilan. Ternyata penghijrahan yang dibuat ini menggembirakan hati ramai peminat yang memang sentiasa mengikuti perkembangan artis kesayangan mereka. Salah seorang adalah bekas penyampai radio, Fara Fauzana yang berhijrah pada tahun 2014. Dia yang sebelum ini berpengalaman hampir 10 tahun bekerja pagi di stesen radio swasta HOT FM.
Sepanjang tempoh itu, dalam satu perkongsiannya Fara memberitahu ramai yang berkata ‘untungnya kerja pagi sebab, Subuh mesti tak tinggal’. Namun dia mengakui lima tahun pertama tidak menunaikan solat Subuh.
Ini kerana terikat dengan jadual kerja pagi yang memerlukan dia berada di studio seawal jam 6 pagi. Waktu itu sudah bermula siaran dan dalam masa sama juga waktu Subuh sudah masuk. Jadi dia terfikir bagaimana untuknya meninggalkan studio ketika itu, macam mana nak solat dan di mana mahu solat.
Lagipun pelbagai alasan seperti surau jauh dan masalah lain yang menyukarkan menyebabkan Fara langsung tidak menyempurnakan solat Subuh pada 5 tahun pertama.
Namun kesedaran untuk melakukan suruhan wajib Tuhan ini datang sedikit demi sedikit pada dirinya. Dia waktu itu melihat kenapa teman-teman lain boleh melakukan solat Subuh dengan mudah. Dan mereka juga tidak pernah memberitahu padanya, ‘eh tak solat ke’ atau ‘tak Subuh ke’ dan dia sangat respek pada teman-temannya yang memang tak pernah bertanya padanya soal itu.
“Seperti juga dalam radio, saya juga sebenarnya seorang yang banyak cakap. Jadi saya tidak mahu orang mengatakan saya ‘munafik’ dan saya cuba belajar awal-awal misalnya terpaksa solat secara bersembunyi kerana tidak mahu dikatakan menunjuk. Sebenarnya saya takut jika orang lihat apa yang saya buat itu tidak betul.
IKLAN
“Namun saya cuba buat (solat Subuh). Pada mulanya memang sukar kerana kekangan masa dan sebagainya, tetapi lama-kelamaan saya belajar dan rasa ada tanggungjawab untuk menjadi ‘a good Muslim’, ia menjadi mudah dan daripada situ saya mula berubah sedikit demi sedikit,” ujar Fara Fauzana dalam perkongsiannya itu.
Fara juga banyak bercerita pengalamannya ketika tidak bertudung sebelum itu dan perlu hadir dalam beberapa anugerah. Menurutnya kebanyakan anugerah bermula jam 8 malam dan perlu mekap seawal jam 5 petang.
“Dalam hal ini, secara jujurnya memang akan ada yang tanya ‘tak solat Maghrib ke’? Memang saya tak buat dan biasanya hanya akan qada sahaja. Tetapi apabila saya lihat benda itu sebenarnya mudah dan tahu untuk mengawalnya, saya belajar nak jadi yang baik.
IKLAN
“Ketika saya jadi pengacara anugerah berkenaan yang bermula jam 9 malam, setelah saya siap mekap dan sebelum memakai tudung, saya akan solat dulu. Sekarang ini rasanya lebih mudah kerana di ‘back stage’ ada disediakan ruang untuk kita menunaikan solat.
“Dan sekarang ini tiada lagi situasi di mana orang melihat solat itu hanya untuk menunjuk sahaja. Saya tak perlu segan jika ada yang kata menunjuk kerana solat depan orang. Ini kerana niat memang ikhlas kerana Allah,” jelasnya juga yang berubah sedikit demi sedikit dengan memakai selendang sebelum berhijab sepenuhnya. Ini kerana Fara Fauzara tidak mahu bila pakai dan akan buka nanti bila kerana belum bersedia sepenuhnya.
Sejujurnya ketika di awal penghijrahannya dia berkira-kira bagaimana mahu istiqomah dan menjadi Muslim yang lebih baik. Dia juga beruntung ketika itu kerana bekerja di bawah bossbukan Islam yang Amat memahami dan tidak mengalami masalah apabila memohon untuk mengelak daripada melakukan tugasan ‘Panggilan Hangit’ dan juga ruangan ‘Gosip’.
Admin terharu mendengar pengalaman Fara Fauzana yang berkongsi dalam satu majlis ilmu ‘Perjalanan Menuju Taqwa’, di Putrajaya awal Mei lalu. Ternyata hidayah Tuhan diberikan dalam pelbagai cara. Moga Fara terus istiqomah dalam memperjuangkan agama Islam.
Penyanyi terkenal , Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak popular iaitu Shuib Sepahtu menzahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Uwais Al-Qarni berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan hafazan ayat suci al-Quran.
Sarah yang juga ibu kepada dua lagi cahaya mata iaitu Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin meluahkan rasa gembiranya itu di laman instagramnya.
“Rasa bangga itu semestinya ada, tetapi perasaan saya lebih kepada rasa ‘sejuk perut ibu mengandung’’. Jujurnya ketika sedang mengandungkan anak-anak, adalah menjadi salah satu impian saya andai di antata mereka yang menjadi al-Hafiz.
“Jujurnya saya tidak terlalu memaksa anak-anak untuk lakukan apa yang saya impikan, sebaliknya apa yang diraih Uwais adalah atas minat serta kehendaknya sendiri.
“Sebagai ibu, sudah pasti saya beri sepenuh sokong atas apa sahaja minat serta kecendurungan anak-anak.
“Alhamdulillah, apa yang dilakukannya itu membuatkan saya bersyukur. Malah tidak pernah putus doa saya moga-moga apa yang dilakukannya ini akan diteruskan sampai bila-bila,” kata Sarah mengenai harapannya buat anak-anak tercinta.
Selepas beraksi hebat di pentas Anugerah Juara Lagu ke 36 baru-baru ini, penyanyi lagu Angkara, Siti Nordiana berangkat mengerjakan umrah bersama anak lelakinya, Rayyan.
Berita gembira itu dikongsikan menerusi laman instagram penyanyi ini dengan memuat naik gambarnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang kelihatan sudah bersedia untuk berangkat mengerjakan umrah.
Bismillahirrahmanirrahim..InsyaAllah Nana & Rayyan akan berangkat mengerjakan umrah..
Dalam hantarannya itu juga, penyanyi ini turut memohon agar peminat-peminatnya mendoakan agar dia mendapat umrah yang mabrur serta dipermudahkan segala urusannya ketika berada di tanah suci itu nanti.
Doakan kami mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan segalanya..Ampun maaf jika ada salah dan silap dari kami..
Ramai yang memenuhi ruangan komen hantaran itu dengan mendoakan yang baik-baik untuk penyanyi kesayangan ramai ini. Rata-rata peminat serta rakan selebriti juga turut tumpang gembira dengan berita gembira yang dikongsikan olehnya itu.
Team Hijabista mendoakan agar perjalanan umrah penyanyi Siti Nordiana mendapat umrah yang mabrur serta segala urusannya dipermudahkan oleh-Nya. InsyaAllah!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ibunya makin cantik, anak pun terinspirasi. Semestinya lah hendak kelihatan secantik ibunya, kan?
Mungkin ia juga menjadi asbab kepada Althea, anak sulung kepada pengacara Nana Mahazan yang kini berusia 14 tahun terbuka hati untuk bertudung pada usia muda.
Sebagai ibu sudah tentulah Nana merasa sangat bersyukur dan gembira dengan perubahan anaknya itu.
“ALHAMDULILLAH.. KITA MAK MAK NI KALAU BOLEH NAK SUPPORT SEMAMPU MUNGKIN ANAK-ANAK KITA AND THIS IS HOW MUCH I LOVE HER, AND I WANT HER NEW JOURNEY NI SANGAT INDAH.
“ALHAMDULILLAH.. ALTHEA TEMUI AWAL DARI MUMMY.. MUMMY DOAKAN ALTHEA ISTIQAMAH. SAMA-SAMA KITA FOKUS AGAR MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK.”
Sejak itu, Nana dan Althea sering memakai pakaian sedondon. Gaya kasual dan sporty sering menjadi pilihan ibu dan anak ini.
Sekali pandang macam kakak dan adik pula. Nana nampak semakin muda sehingga meraih tumpuan ramai.
Sejak bertudung, semakin murah rezeki Nana. Makin ligat mengusahakan rangkaian bisnesnya,
Nana Mahazan Beauty dan Selauk Nana di samping aktif dalam bidang pengacaraan.
Ternyata, hikmah di sebalik penghijrahannya itu telah menjadikan Nana kini seorang selebriti yang bermotivasi tinggi.
Nana yang kini berusia 40 tahun merupakan bintang program realiti TV Akademi Fantasia musim pertama (AF1).
Sejak bergelar usahawan selebriti, ibu kepada dua cahaya mata ini aktif melakukan Live di Instagram serta Facebook.
Selain itu, penampilan Nana yang sederhana namun stylish sering mendapat perhatian dan pujian ramai.
Walau berfesyen tetapi isteri kepada Raqeem Brian Abdullah ini masih mengikut syariat iaitu berpakaian longgar, berstoking dan tidak berlebihan. Sesedap mata memandang.
Hijabista mendoakan agar Nana kekal tenang dan bahagia menjalani kehidupannya di samping keluarga tersayang seterusnya menjadi seorang Muslimah sejati di dunia mahupun akhirat.
Yakinlah, bila kita sentiasa berusaha untuk berubah ke arah kebaikan, Allah sentiasa menjaga kita dalam rahmatnya.
Kredit Foto: Facebook Nana Mahazan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Naswa Aulia ternyata seorang qariah alias pembaca Al-Qur'an. Naswa telah memenangi pertandingan Musabaqah Tilawatil Qur'an Peringkat Kebangsaan ketika di sekolah rendah dan menengah.