Esen minyak badam banyak terkandung dalam variasi produk kecantikan. Ia merupakan salah satu daripada kandungan atau inti pati utama. Minyak badam juga mempunyai kepelbagaian variasi nutrisi seperti Vitamin A, B dan E.

Selain itu juga minyak badam turut mengandungi asid lemak yang memiliki kemampuan untuk mengembalikan kelembapan serta keanjalan alami kulit.

Esen Minyak Badam, Rahsia Awet Muda Cara Alami, Boleh Buat DIY Di Rumah

BERIKUT DIKONGSIKAN KEGUNAAN MINYAK BADAM SEBAGAI AGEN UNTUK KECANTIKAN

1. Katakan “TIDAK!” kepada Mata Panda
Atasi lingkaran hitam di sekitar kawasan mata dengan mengoleskan secara menipis minyak badam di secara pusingan arah jam atau lawan arah jam di lokasi mata sebelum tidur pada malam hari secara teratur. Berikan urutan ringan menggunakan jari manis dan biarkan ia semalaman meresap dan menjalankan magisnya tersendiri. Keesokannya, kulit di sekitar lingkaran mata, pasti akan terasa anjal dan lebih terhidrat. Tiada lagi mata panda atau mata ikan buntal. Usah biarkan “daya penarik dari mata turun ke hati”, terjejas.

2. Wajah terlihat sentiasa awet muda
Salah satu fungsi minyak badam adalah untuk melancarkan peredaran darah. Apabila minyak badam dioleskan pada wajah yang telah dibersihkan, ia dapat mengurangkan kedutan dan garis-garis penuaan yang biasanya muncul di sekitar mulut dan kawasan mata. Usah biarkan, wajah anda tampak lebih “berusia” daripada usia yang sebenar. Pegang pada prinsip, ‘age is just a number’. Anda pasti akan lebih mengukirkan senyuman tanpa segan-silu kerana tiada lagi garis- garis kedutan hodoh pada raut wajah.

Esen Minyak Badam, Rahsia Awet Muda Cara Alami, Boleh Buat DIY Di Rumah

Ads

3. Tanggalkan cela solekan semudah A, B, C
Minyak badam juga dipercayai berfungsi sebagai pembersih solekan, sekali gus dapat menegangkan kulit yang kendur. Oles minyak badam pada wajah terutama pada mata dan bibir, kemudian bersihkan sisa minyak dan kotoran dengan menggunakan kapas.

4. Ungkapkan “Selamat tinggal wahai kulit mati…”
Atasi kulit yang terlihat kusam dengan perawatan skrub alami menggunakan minyak badam. Caranya, campur minyak badam dengan sesudu susu, sedikit perahan lemon dan sesudu gula kasar. Oles ke seluruh permukaan kulit dan berikan urutan lembut dengan gerakan membulat agar kotoran dan sel kulit mati disingkirkan secara sempurna. Biarkan tempekan itu selama beberapa saat sebelum dibilas dengan air suam.

5. Tidakkah anda mengidamkan rambut indah mengurai secara alami?
Bagi yang bermasalah rambut sarat dengan kepingan kelemumur dan habuk-habuk kulit kering, oleskan minyak badam pada helaian rambut dan kulit kepala dalam keadaan basah dan urut secara manja. Ingat bahawa, usah terlalu banyak dan biarkan selama 15 minit, lalu bilas dengan syampu dan berbaldi air. Umumnya kelemumur akan berkurangan selepas tiga kali rawatan. Bukan mitos, tapi fakta. Wajib cuba, ya!

Esen Minyak Badam, Rahsia Awet Muda Cara Alami, Boleh Buat DIY Di Rumah

Ads

 

6. Pupur muka secara alami; bukan yang tipikal di farmasi
Minyak badam juga berfungsi sebagai pupur alami yang cukup praktikal. Caranya, tutup rambut yang telah dioleskan sedikit minyak badam dengan topi plastik (‘shower cap’) dan biarkan ia “berkahwin” selama beberapa saat. Kemudian,  bilas dengan air sejuk. Lakukan perawatan ini seminggu sekali untuk memperbaiki tekstur rambut.

7. Penyelamat bibir pecah atau ‘chapped lips’
Oleskan minyak badam pada bibir mungilmu hampir setiap pagi, terutama, sebelum anda memulakan sebarang solekan bibir agar bibir tidak pecah merekah dan kekal hidrat sentiasa. Minyak badam juga dapat mencerahkan warna permukaan kulit bibir hinggakan bibir anda bakal terlihat lebih segar.Tidakkah anda ingin bibir yang merah menyala bak biji saga?

8. Oh ya, ia bakal membuatkan kulit kepala tidak kemerah-merahan dan menghalang iritasi. Cubalah, dengan menyapukannya pada kulit kepala anda. Sungguhpun anda menyarungkan hijab, perapian rambut, usahlah diabaikan.

Ads

9. Jika anda punya masalah kulit tumit merekah, kulit tangan dan kulit kaki cukup kering. Usah biarkan ia melarat, belailah ia dengan sapuan minyak badam secara nipis.

Esen Minyak Badam, Rahsia Awet Muda Cara Alami, Boleh Buat DIY Di Rumah

 

10. Selain itu, minyak badam juga dikatakan meningkatkan daya ingatan. Mudah sahaja, hanya tambahkan minyak badam ke dalam susu Omega dan campur-baurkannya secara padu. InshaaAllah, memori anda bakal dipertingkatkan.

Selamat berikhtiar. Tidak salah jika kita mencuba, bukan? Inisiatif itu yang paling penting. Pastikan usaha ini dilakukan secara konsisten dan berkala. Disiplin amat penting supaya ia membuahkan hasil seperti yang diinginkan.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI