
Walaupun sibuk dengan urusan kerja, setiap wanita itu perlu menjaga bukan sahaja penampilan diri tetapi kesihatan tubuh badan.
Untuk memastikan badan kekal cergas keesokan harinya, pastinya anda mendapat tidur yang secukupnya sebelum itu.
Tetapi tidak salah sebelum tidur, kita manjakan diri. Ada beberapa tip yang boleh dilakukan sebelum mata terlelap dan anda akan mendapat mimpi cukup indah dan esok bangun wajah secantik bidadari.
- Sapukan pelembap di tumit kaki untuk mengelakkan rekahan keras sebelum mengatupkan mata.
2. Untuk mengelakkan mata sembap serta timbulnya kantung di bawah mata, anda haruslah tidur seawal mungkin.
3. Inginkan rambut bergelombang mengikut kesukaan hati anda , buatlah pintalan rambut. Hasilnya pasti cantik dan yakin keesokan harinya!
4. Mahu mencegah kedutan di muka ketika tidur? Dapatkan sarung bantal empukmu berasaskan sutera. Pasti mengundang tidur yang lena.
5. Senyum bak bintang berkelipan? Gosoklah gigimu sebelum perbaringan menggunakan kayu kayu sugi, baru bersinar!
6. Jangan lupa oleskan krim malam demi merawat kulitmu sepanjang malam.
7. Tidak lupa juga sebelum tidur, haruslah membilas wajahmu dengan air suam untuk menghilangkan kulit yang berminyak.
8. Kurang tidur hanya akan menyebabkan berat tubuhmu bertambah dan masalah kemurungan. Justeru itu, dapatkan jangka tidur yang sesuai untuk merehatkan tubuhmu.
9. Tidurlah antara jam 9.00 malam sehingga 4.00 pagi merupakan saat beradu yang sesuai dan berkualiti untukmu.
Ramai Yang Kagum Dengan Penampilan Terbaharu Adele, Rupanya Selebriti Ini Amalkan Diet Jangka Pendek

Adele dilaporkan berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 22 kilogram dan penyanyi lagu Someone Like You itu rupa-rupanya mengamalkan diet dipanggil sirtfood. Penyanyi berusia 31 tahun itu telah mengamalkan Diet Sirtfood.
Bagi anda yang tidak tahu, rutin diet ini berasal dari UK dan dicipta oleh ahli pemakanan Aidan Goggins dan Glen Matten. Diet ini termasuk dengan pengambilan makanan berkhasiat yang rendah kalori, banyak protein, buah-buahan dan jus.

Fokus utama Diet Sirtfood ini adalah untuk memberi tumpuan kepada metabolisme dan lain-lain bahagian yang memberi kesan kepada berat badan manusia. Apa yang menariknya, anda juga boleh mengambil coklat atau kopi. Bagaimanapun, diet ini disifatkan sebagai diet jangka pendek bagi yang ingin menurunkan berat badan dengan cepat.
Sejak mengamalkan pengambilan makanan yang sihat dan menghadiri kelas kecergasan di gym, Adele juga sudah berhenti merokok dan mengambil minuman keras.
Apa itu diet sirtfood?
Diet sirtfood adalah pola diet untuk pemakanan makanan yang tinggi sirtuin, sejenis protein yang berfungsi untuk melindungi sel-sel di tubuh dari kerosakan. Selain itu, sirtuin juga berfungsi untuk mempengaruhi kemampuan tubuh dalam membakar lemak, produksi energi, serta meningkatkan metabolisme tubuh. Sirtuin juga terdapat pada buah-buahan dan sayuran secara alami. Itu sebabnya, makanan yang mengandung sirtuin disebut sebagai sirtfood – sirtuin food.
Diet ini adalah hasil ujikaji dari seorang ahli gizi, Aidan Goggins dan Glen Matten dengan melancarkan sebuah buku berjudul The Diet Sirtfood. Sebab utama ahli gizi tersebut melancarkan bukunya kerana lonjakan pencarian berkait menu dan diet sihat di laman sesawang mengenai diet ini.
Bagaimanapun, penurunan berat badan bukanlah fokus utama penerapan pola diet ini. Diet sirtfood adalah pola diet yang menekankan soal kebiasaan memakan makanan sihat, bukan mengurangi makanan atau menghindari makanan kelompok tertentu.
Panduan menjalani diet sirtfood
Dalam mengamalkan diet tersebut, anda harus melakukan dua peringkat yang berbeza:
PERINGKAT PERTAMA: Anda tidak noleh makan lebih dari 1.000 kalori selama tiga hari berturut-turut dan meminum tiga jus sirtfood. Selain itu ditambah juga dengan satu makanan yang juga mengandung sirtuin tinggi setiap hari. Pada peringkat ini hanya memerlukan seminggu sahaja.

Empat hari berikutnya sehingga hari ke-tujuh, pengambilan kalori akan dibatasi hanya 1.500 kcal dengan minum jus sirtfood dan memakan makanan padat hanya dua kali sehari.
PERINGKAT KEDUA: Anda harus menurunkan berat badan dengan konsisten. Selama dua minggu, anda hanya boleh makan tiga kali sehari dengan makanan yang mengandung sirtuin dan satu jus sirtfood.
Makanan apa yang boleh dimakan semasa diet sirtfood?
Jika kebanyakan diet melarang keras anda memakan cokelat dan minuman keras (untuk bukan islam), diet sirtfood mencadangkan makanan tersebut untuk dimakan selama anda menjalani program diet ini. Coklat, terutamanya coklat hitam, dan minuman keras (untuk yang bukan islam) merupakan sumber makanan tinggi sirtuin. Selain coklat dan minuman keras (untuk yang bukan islam) beberapa makanan lainnya yang dicadangkan boleh dimakan selama berdiet adalah:
* Epal
* Lemon
* Daun seleri
* Kedelai
* Strawberi
* Bawang merah
* Minyak zaitun
* Kunyit
* Kubis
* Bluberry
* Caper
* Kale
* Kangkung
* Kopi
* Walnut
Pro kontra penerapan diet sirtfood
Geggins dan Matten mengatakan bahawa ada banyak manfaat kesihatan yang terdapat dari mengamalkan pola diet ini. Dalam ujikaji, peserta penelitian diketahui mengalami penurunan berat badan sekitar 3 kilogram dalam seminggu. Para peserta juga melaporkan adanya peningkatan energi, kulit lebih bersih, dan mendapatkan kualiti tidur yang lebih baik.

Bukan itu sahaja, pola diet ini juga memiliki kemampuan untuk mengawal nafsu makan secara alami dan meningkatkan fungsi otot sehiggga menjadikannya salah satu solusi alternatif untuk mendapatkan berat badan yang tidak hanya ideal, tapi juga sihat dengan diimbangi dengan rutin senaman dan penerapan pola hidup sihat lainnya.
Di sebalik manfaat kesihatan yang dicadangkan oleh Geggins dan Matterns, sayangnya, sampai saat ini diet sirtfood masih menimbulkan pro dan kontra. Ada beberapa ahli yang menyokong tentang pengamalan pola diet tersebut, ada pula yang tidak menyokong dan meminta dilakukan pengkajian ulang terkait manfaatnya.
Bahkan, sebuah penemuan terbaharu diterbitkan dalam Journal of Physiology menunjukkan bahawa makan makanan sirtuin dapat membuat aktiviti fizik seperti berolahraga menjadi kurang efektif, dan menurunkan tekanan darah. Kajian lebih lanjut akan dilakukan guna mengetahui penyebab tekanan darah akibat kebiasaan makan makanan yang mengandung sirtuin ini.
Cara Mudah Nak CERAH Kulit & Kecilkan Pori, Hanya Guna MASKER Campuran Tomato & Tepung BERAS. Rugi Tak Cuba!

Selain penjagaan mencuci wajah dengan tiga langkah (pembersih, penyegar dan pelembap) pemakaian masker juga penting untuk membuat rawatan kecantikan sendiri di rumah. Tidak payah mengeluarkan belanja besar untuk membeli masker kerana anda boleh lakukannya sendiri di rumah. Perkongsian dari Puan Nor Noriah di laman sosial facebook ini juga memberikan cara bagaimana mahu membuat masker sendiri dari tomato dan juga tepung beras.
Masker ini sangat bagus untuk mengecilkan liang pori wajah, menghaluskan kulit dan mencerahkan kulit wajah.
Ayuh kita lihat bahan-bahan dan cara membuatnya:
Sedikit tepung beras dalam 2/3 sudu besar, anggaran supaya bancuhan menjadi pes.
*boleh pelbagaikan variasi masker tepung beras samada campurkan dengan madu, yogurt, limau nipis dlln.
Kebaikan tepung beras pada kulit.
1. Menyerap minyak yang berlebihan pada muka.
2. Bagus untuk jenis kulit kering kerana tepung beras dapat memberikan kelembapan pada kulit wajah.
3. Mencerahkan dan menghaluskan kulit wajah.
4. Membuang kulit mati/memudarkan bintik hitam.
Tomato dipotong halus @ diblend bersama sedikit air untuk dijadikan pes.
Pes tomato + tepung beras tadi boleh di buat Masker @ di bekukan untuk dijadikan cube ais dan di sapu pada muka juga. bagus untuk kecilkan liang pori wajah, menghaluskan kulit dan mencerahkan kulit wajah.
Antara kebaikan tomato pada wanita ialah:
1. Menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata (mata panda/eyebag)
Hiris tomato secara nipis, kemudian celup ke dalam yogurt asli. Lekapkan pada bahagian mata. Cara ini membantu mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit tampak segar dan semakin cerah. Amalkan petua ini seminggu dua kali.
2. Kecutkan jerawat.
Lenyek atau kisar tomato sehingga hancur, jangan campurkan dengan air. Kemudian sapukan pada wajah. Biar ia kering, bilas dengan air suam. Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah. Jerawat akan beransur kecut dan hilang secara perlahan-lahan tanpa meninggalkan parut.
3. Jeragat jadi pudar.
Potong buah ini kepada dua bahagian, kemudian gosokkan secara perlahan-lahan pada bahagian yang mempunyai pigmentasi. Lakukan setiap hari, pigmentasi akan semakin pudar dan kulit semakin cerah.
4. Kecilkan liang Pori wajah.
Bagi membantu wanita mengecilkan pori kulit, campurkan air perahan tomato dengan putih telur. Jadikan masker, sapukan pada wajah. Biarkan sehingga kering, bilas wajah dengan air perahan lemon diikuti dengan air suam.
5. Kulit wajah lebih lembap.
Campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Sapu pada seluruh wajah dan leher, biarkan kering kemudian bilas dengan air suam. Kulit jelas kelihatan semakin lembap dan berseri.
6. Tona kulit sekata.
Campurkan jus tomato bersama madu asli, kombinasi ramuan ini dikatakan sangat efektif untuk mengatasi masalah tona kulit tidak sekata. Jadikan sebagai masker, biarkan kering pada wajah. Kemudian bilas dengan air suam yang dicampurkan dengan perahan limau nipis. Amalkan seminggu tiga kali, kulit akan menjadi cerah sekata.
7. Rambut lebih sihat.
Caranya mudah, lumur rambut dengan jus tomato, balut dengan tuala selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Ini membuatkan rambut sihat dan bersinar.
Tomato Lenyek Boleh Hilangkan Kelemumur, Sapu Jer Pada Rambut 2 Kali Seminggu

Tomato sarat dengan vitamin A dan C, malah semakin matang buah tomato itu, kandungan vitaminnya juga semakin banyak. Selain dijadikan ramuan masakan, tomato juga digunakan secara meluas dalam bidang kecantikan.
Walaupun dikategorikan sebagai makanan, tomato juga kaya dengan pelbagai manfaat untuk menjaga kecantikan kulit dan rambut. Sebagai sayur yang memiliki kandungan air yang tinggi, tomato boleh membantu melembapkan kulit dan membuatkannya lebih sihat.
Tomato bukan sahaja mudah untuk didapati tetapi juga boleh dibeli dengan harga yang murah. Banyak kegunaan tomato untuk tujuan kecantikan.
Kecilkan Liang Pori
Campurkan sedikit air perahan tomato di dalam putih telur. Sapu pada wajah dan biarkan ia kering. Selepas itu, bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis. Kemudian, barulah bilas wajah dengan air suam. Kombinasi bahan ini dikatakan dapat mengecilkan liang pori kulit wajah.
Atasi Kulit Kering
Untuk atasi kulit kering, campurkan air perahan tomato dengan yogurt original. Jadikan bahan ini sebagai masker, sapu pada keseluruhan wajah. Biarkan ia kering, kira-kira 30 minit. Bilas dengan air suam, kulit bukan sahaja lembap malah berseri.
Kulit Cerah Sekata
Campuran jus tomato dan madu amat mujarab untuk mengatasi masalah tona kulit tidak sekata. Sapu bahan tersebut pada wajah, biarkan ia kering. Bilas dengan air suam yang dicampur dengan air perahan limau nipis. Hasilnya kulit akan cerah sekata.
Singkir Lemak
Amalkan makan tomato pada waktu pagi, ia dikatakan mampu menyingkirkan lemak di dalam tubuh. Jus ini juga disarankan sebagai minuman harian bagi golongan yang mahu menurunkan berat badan. Minum jus ini 15 minit sebelum makan, ia akan membuatkan kita berasa kenyang.
Kulit Badan Mulus
Mudah saja untuk kembalikan kelembapan kulit, lenyek tomato dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali, pasti berpuas hati dengan hasilnya.
Bantu Atasi Kelemumur
Bagi yang ada masalah kelemumur, lenyek tomato, sapukan di bahagian kulit kepala. Lakukan selama 15-20 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Buat dua kali seminggu, kulit kepala akan bersih dan bebas kelemumur.
Rawat Rambut Kering
Ia juga boleh digunakan untuk merawat rambut yang kering dan bercabang. Lumur rambut dengan jus tomato, balut dengan tuala selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Insya-Allah rambut akan sihat dan bersinar.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber kredit: Kitsui Beauty