Penjagaan daerah intim sering diabaikan sehingga menyebabkan ia berbau. Seharusnya ia perlu dijaga dengan rapi untuk mengelakkan daripada sebarang jangkitan bakteria. Malah, anda juga akan berasa tidak selesa sekiranya ia berbau.

Ayuh sayangi bahagian intim anda dengan 5 tip ini.

1.    Hindari pemakaian seluar terlalu ketat

Seluar yang ketat selalunya akan meningkatkan kelembapan pada daerah intim anda dan akan membiakkan infeksi dan bakteria.

IKLAN
Elakkan ‘Daerah Kewanitaan’ Berbau. Pakai Seluar Ketat Salah Satu Puncanya!
Photo by Miriam Alonso from Pexels

2.    Memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas

Mungkin nampak remeh tetapi ia sebenarnya memberi impak yang besar. Sebaiknya pilih seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas dan hindari daripada memakai seluar dalam berbahan lycra dan polyester kerana ia akan membuatkan Miss V menjadi terlalu lembap. Bahan-bahan tersebut tidak dapat menyerap peluh dengan baik.

Elakkan ‘Daerah Kewanitaan’ Berbau. Pakai Seluar Ketat Salah Satu Puncanya!
Photo by Dainis Graveris on Unsplash

3.    Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran secara teratur

Anda harus mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran seperti bayam, kangkung serta buah-buahan yang mengandungi vitamin C yang dapat meningkatkan imun pada Miss V. Yogurt asli juga membantu!

IKLAN
Elakkan ‘Daerah Kewanitaan’ Berbau. Pakai Seluar Ketat Salah Satu Puncanya!
Photo by Polina Tankilevitch from Pexels

4.    Tukar tuala wanita dengan kerap

Sekiranya anda sedang datang bulan, gantikan tuala wanita setiap 3 hingga 4 jam sekali. Kurangkan penggunaan pantyliner sekiranya anda tidak datang bulan kerana pantyliner dapat meningkatkan kelembapan pada daerah intim anda.

IKLAN
Elakkan ‘Daerah Kewanitaan’ Berbau. Pakai Seluar Ketat Salah Satu Puncanya!
Photo by Karolina Grabowska from Pexels

5.    Bersihkan ‘Miss V’ selepas buang air kecil

Bersihkan Miss V menggunakan air yang mengalir dan basuh dari depan ke belakang. Jangan gunakan tisu basah untuk membersihkan Miss V anda kerana ia akan menyebabkan Miss V bertambah lembap dan mudah dijangkiti bakteria.

Elakkan ‘Daerah Kewanitaan’ Berbau. Pakai Seluar Ketat Salah Satu Puncanya!
Photo by cottonbro from Pexels

Sumber: via TANYAWANITA.ID