Bagi mereka yang memiliki kulit jenis berminyak antara masalah yang sering berlaku ialah timbulnya jerawat dan juga masalah kulit kusam. Maka sebab itulah anda memerlukan penjagaan kulit yang betul untuk menyelesaikan masalah kulit anda.

Walau bagaimanapun, amat penting agar anda tidak tersalah memilih produk perawatan kulit wajah. Perlu diketahui bahawa terdapat beberapa bahan yang harus dielakkan jika anda mempunyai kulit berminyak. Agar anda tidak memilih pilihan yang salah, mari kita ketahui terlebih dahulu bahan-bahan yang tidak sesuai untuk kulit jenis berminyak!

Photo by Polina Tankilevitch from Pexels

ELAK GUNA STRIP PORES

Photo by Sam Lion from Pexels

Kebanyakan mereka yang memiliki kulit jenis berminyak mempunyai liang pori yang besar. Bagi anda yang memiliki kulit jenis berminyak, pastikan anda tidak menggunakan strip pores. Anda harus mengelakkan menggunakan strip pores terlalu kerap, kerana ia boleh menyebabkan kulit wajah jadi lebih berminyak. Sebaiknya elakkan menggunakan strip pores untuk menghilangkan bintik hitam kerana terdapat banyak cara semula jadi untuk menghilangkannya.

PEMBERSIH BERASASKAN MINYAK

IKLAN
Photo by Sora Shimazaki from Pexels

Semasa memilih pencuci muka, pastikan anda tidak memilih pembersih wajah berasaskan minyak. Untuk kulit berminyak, lebih baik jika anda memilih pencuci muka berasaskan buih. Ia dapat mengeluarkan minyak pada kulit wajah anda tanpa membuat kulit menjadi kering. Sekiranya anda menggunakan pembersih berasaskan minyak, kulit anda akan menjadi lebih teruk. Pilihlah pencuci wajah yang lembut dan direka khas untuk kulit berminyak.

PENYEGAR WAJAH (TONER) YANG MENGANDUNGI ALKOHOL

IKLAN
Photo by Cotton Bro by Pexels

Tidak dapat dinafikan toner yang mengandungi alkohol dapat menyerap lebihan minyak pada kulit wajah. Walau bagaimanapun, toner yang mengandungi alkohol boleh  meningkatkan pengeluaran minyak pada kulit wajah. Selain itu juga toner yang mengandungi kandungan alkohol tidak sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit sensitif. Sekiranya kulit anda cenderung berminyak, gunakan toner yang berasaskan bahan semula jadi.

MELAKUKAN EXFOLIATE (PROSES PENGELUPASAN KULIT) SECARA BERLEBIHAN

IKLAN
Photo by Polina Kovaleva from Pexels

Elakkan sama sekali memilih produk yang boleh menyebabkan pengelupasan sel-sel kulit mati secara keras. Pengelupasan sel kulit mati memang baik untuk dilakukan, namun ia kurang sesuai dengan mereka yang memiliki kulit jenis berminyak. Ia akan menyebabkan kulit jadi lebih berminyak. Sekiranya ingin melakukan proses expoliate kulit, jangan lakukan terlalu kerap.

HIJABISTA: Apabila anda sudah mengetahui bahan-bahan penjagaan kulit yang tidak sesuai untuk kulit berminyak, anda dapat mengelakkan diri daripada tersalah pilih produk. Jika tersalah memilih produk, keadaan kulit akan menjadi bertambah teruk. 

Sumber kredit: Top image: Photo by Polina Tankilevitch from Pexels

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI