Mulakan hari anda dengan perkara yang positif untuk mengelakkan sebarang stres di pagi hari! Kebiasaannya, stress berpunca daripada masalah yang datang dari faktor belajar, bekerja ataupun tekanan daripada orang sekeliling, ia masalah biasa yang sering dialami manusia. 

Sumber gambar: pnw.production

Jadi, apakah cara terbaik untuk mengelakkan dari diri berasa stres? Ayuh lakukan tip terbaik ini untuk atasinya!

Tidur

Sumber gambar: vovkapanda

Siapa yang tidak suka dengan tidur? Walaupun anda sibuk bekerja sehingga di tengah malam, usah gadaikan waktu tidur anda kerana waktu tidur mampu mengatasi masalah stres! Tidur berupaya untuk meringankan beban yang berkeliaran di dalam minda anda. 

Otak manusia berehat semasa tidur dan anda pasti berasa lebih tenang selepas bangun. Harus diingat, elakkan juga dari tidur terlalu lama kerana boleh mengundang penyakit lain sebagai contoh sakit kepala.

Mendengar muzik

IKLAN
Sumber gambar: andreapiacquadio_

Duduk sebentar dan mainkan alunan lagu ataupun muzik kegemaran anda! Ia merupakan salah satu terapi minda yang boleh menghilangkan seketika stres yang dialami. 

Apabila anda mendengar muzik, ia secara tidak langsung membantu minda anda berada pada tahap tenang. Pasangkan muzik di komputer pejabat, di rumah mahupun semasa memandu untuk membangkitkan suasana lebih segar.

Menangis

IKLAN
Sumber gambar: kaboompics

Keluarkan segala perasaan anda dengan menangis! Jangan dipendam kerana nanti memakan diri sendiri! Tip ini agak tipikal tetapi ia jauh lebih baik daripada menjadikan orang lain sebagai punching bag anda atau melakukan penderaan emosi seperti memaki hamun dan bersikap kasar. Menangislah sepuas-puasnya agar anda dapat berasa lega.

Masa untuk diri sendiri

Sumber gambar: Monstera_production

Belai diri anda dengan memberi masa yang sepenuhnya untuk diri sendiri. Inilah masanya untuk anda menghargai diri sendiri! Lupakan seketika masalah di tempat kerja ataupun aktiviti di pejabat, kolej juga di rumah. Berikan diri sendiri masa untuk berfikir dan bertenang kerana ia memudahkan anda menemui jalan penyelesaian. Pilihlah tempat yang selesa dan tiada orang mengenali anda di situ.

IKLAN

Berkongsi masalah

Sumber gambar: Rodnae.prod

Luahkan kepada teman rapat yang anda boleh percayai. Berkongsi masalah perlu bagi mengelakkan fikiran dari bertambah kusut. Anda pasti lega apabila dapat meluahkan masalah dihadapi. Mungkin teman anda boleh menyumbangkan nasihat bernas kepada anda.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe