Allah S.W.T sentiasa memberikan ganjaran kepada umatnya yang sentiasa bersyukur kepada-Nya. Istilah bersyukur ini tidah hanya dipandang atas bentuk kekayaan harta malah dari pelbagai aspek lain contohnya kesihatan tubuh badan, diberi kebahagiaan dalam keluarga, diberi pekerjaan yang elok, dikurniakan cahaya mata ataupun diberi jodoh yang baik.
Nikmat syukur ini jika kita benar-benar menghargainya, maka kepuasan itu Allah akan turunkan dalam hati serta jiwa kita sehingga kolam jiwa kita benar-benar tenang dan damai.
Bersyukur amatlah diperintahkan oleh Tuhan. Allah SWT berfirman:
Maksudnya: Bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.
Surah al-Nahl (114)
Banyak caranya untuk kita menzahirkan rasa syukur terhadap pencipta kta, Allah S.W.T. Antara amalan doa yang boleh kamu amalkan dalam kehidupan harian kamu adalah:
Kita hendaklah memuji Allah SWT di atas segala nikmat yang telah dikurniakan. Ini sepertimana ungkapan Nabi Allah Sulaiman AS:
Maksudnya: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya.”
Surah al-Naml (40)
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Dhuha:
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Maksudnya: Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
Imam al-Qurtubi dalam mentafsirkan ayat ini berkata: “Sebarkanlah apa yang Allah SWt kurniakan kepada kamu dengan perasaan syukur dan pujian kepada Allah. Menyebut-nyebut pelbagai nikmat Allah dan mengiktiraf nikmat tersebut adalah satu bentuk kesyukuran.”
Ads
Selain itu, kita juga disarankan untuk melakukan amalan-amalan sebagai satu bentuk dan tanda kesyukuran. Allah SWT berfirman:
اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْرًا
Maksudnya: “Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!”
Tidak bernokhtah di situ sahaja, malah Allah S.W.T juga amat suka akan hambanya yang sering mengerjakan solat malam.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, Nabi SAW berdiri solat (malam) sehingga pecah kedua kaki Baginda. Lalu beliau bertanya kepada Baginda SAW: “Kenapa engkau lakukan ini, hai Rasulullah? Bukankah Allah SWT telah mengampunkan dosamu yang telah lalu dan akan datang? Lalu Baginda SAW menjawab:
Ads
يَا عَائِشَةُ أَفَلاَ أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا
Maksudnya: “Wahai Aisyah! Tidakkah engkau menyukai aku menjadi hamba yang bersyukur.”
Riwayat al-Bukhari (4837)
Ahir sekali, lebih molek sekiranya kita sebagai umat Islam yang sentiasa bersyukur kepada Allah S.W.T berdoa sepertimana doa Nabi Allah Sulaiman AS:
Maksudnya: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.
Surah al-Naml (19)
Semoga kita sentiasa berada dalam golongan hamba-hambanya yang sentiasa sentiasa bersyukut dan sentiasa dipelihara oleh-Nya dari perkara-perkara yang tidak baik. Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pemakaian Nail Polish semestinya cantik dan bergaya. Terutama sekali apabila anda merupakan wanita yang suka berhias. Siapa sahaja tidak mahu kuku mereka nampak cantik. Akan tetapi apakah hukum buat wanita muslimah memakainya dan berwuduk?
Menurut bincang syariah di laman sesawangnya, memakai pengecat kuku itu boleh. Ini kerana, pewarna kuku merupakan benda yang mencantikkan kuku anda dengan pelbagai pewarna. Selalunya kita dapat melihat orang Islam memakai inai untuk mewarnakan kuku mereka. Para wanita pada zaman Rasulullah SAW juga mewarnai kuku dengan inai atau henna. Inai juga merupakan salah satu pewarna kuku yang tidak menjadi masalah buat para wanita.
Selain itu, Rasulullah SAW juga pernah mengatakan wanita perlu mewarnai kuku mereka untuk membezakan antara jari lelaki dan perempuan. Hal ini ada diriwayatkan oleh Imam Nasai dalam sunannya:
dari ‘Aisyah berkata, “Seorang perempuan mengulurkan tangannya kepada Nabi SAW dengan sebuah kitab, wanita itu memegang tangan beliau seraya berkata, “Wahai Rasulullah, aku ulurkan tanganku dengan sebuah kitab namun engkau tidak mengambilnya?! Beliau bersabda: “Aku tidak tahu, apakah itu tangan seorang perempuan atau tangan laki-laki.” Perempuan itu berkata, “Ini tangan seorang perempuan.” Beliau bersabda: “Sekiranya Engkau seorang perempuan, hendaklah kau warnai kukumu dengan pacar (inai).” (HR Nasai)
Menurut bincang syariah, Imam Nasai menghukumi bahawa hadis di atas ini adalah shahih. Selain daripada itu, Imam Abu Daud juga telah meriwayatkan bahawa hadis ini dengan jawapan yang berbeza dan menghukuminya hasan.
Walau apapun, anda perlu memerhatikan dan mengetahui bahan yang digunakan dalam pembuatan pewarna kuku tersebut. Dinasihatkan supaya mengelakkan pewarna kuku yang mempunyai bahan haram yang tercampur di dalamnya.
Anda perlu memerhatikan bahan nail polish tersebut. Ini kerana, sesetengah nail polish boleh menyerap air dan ada juga yang ‘waterproof’ di mana ia tidak akan mudah rosak dan tahan lebih lama. Berbalik semula kepada syarat sah wuduk adalah membasuh anggota-anggota wudhu. Antaranya adalah tangan, dari hujung jari anda sampai ke siku. Oleh itu, kuku menjadi salah satu anggota yang wajib untuk dibasuh!
Menurut bincangsyariah, nail polish waterproof yang boleh menghalang air wuduk ke kuku adalah tidak sah. Ini kerana bahan yang terkandung di dalamnya sahaja sudah menghalang anda dari ambil wudhu dengan sempurna! Nail polish jenis tembus air pula sememangnya sah tetapi untuk mengelakkan anda daripada ragu-ragu, lebih baik tidak memakainya.
Akhir kata, untuk mendapatkan sah solat, anda tidak perlu lah memakai nail polish. Kalau anda inginkan pewarna pada kuku, anda boleh cuba untuk memakai inai. Selamat dan memang boleh digunakan. Jangan susahkan diri sendiri. Lagi pun leceh untuk anda membersihkan nail polish dahulu sebelum berwuduk.
Wakaf Bharu merupakan sebuah bandar satelit dan daerah di Jajahan Tumpat, Kelantan. Mempunyai sebuah pasar, Pasar Wakaf Bharu. Pasar Wakaf Bharu adalah pasar terbesar dan paling sibuk dan pekarangan pasar ini sesak pada setiap pagi Jumaat kerana terdapat sebuah pasar pagi yang dikenali sebagai “Pasar Jumaat”.
Namun, tempat yang menjadi tumpuan ramai ini sudah ditambah baik dengan pelbagai tarikan. Jika dahulu tempat ini menjadi tarikan makcik dan pakcik yang suka membeli-belah di sini, tidak lagi sekarang. Ternyata beberapa ‘spot’ tarikan membuat generasi muda juga ingin mengunjungi tempat ini.
Perkongsian lelaki ini yang bernama Nazirul Mubin di dalam grup Backpackers Buddies Malaysia (BBM). Perjalanan sehari yang tampak menarik dan tidak menelan belanja yang banyak, bak kata orang ‘under budget’ la!
Tempat yang menarik untuk dikongsi bersama, jaih dari kesibukan kota yang penting makanan dan permandangan yang sangat indah. Tambahan lagi kalau hijabi kaki OOTD. Jom baca perkongsian lelaki ini.
Penjagaan perlindungan diri ini bukan sahaja dititikberatkan oleh si gadis, malah Nazirul juga berkongsi barangan wajib yang perlu bawa walaupun sehari perjalanan.
List wajib nak travel:
1) Sunscreen muka paling best: 3W Clinic Sunblock Intensive UV Cream Refreshing Sunscreen Cream Anti UV SPF50 PA++ (70ml)
3) Kalau xsuka sunscreen, guna payung mini mesra beg dan poket: UV Fashion Automatic Foldable Umbrella Auto Open Close One Handed Umbrella Windproof/ Payung
Jika anda ingin merasakan perjalanan lain dari yang lain, lelaki ini menyarankan menaiki pengankutan seperti keretapi. Kalau memandu pasti tidak dapat menikmati permandangan indah di subuh hari. Teruja bukan!
***Tiket train boleh dibeli di aplikasi: KTMB Mobile
***Harga bergantung kepada jenis seat atau katil, katil atas atau bawah, serta jarak perjalanan.
***Beli tiket sebulan awal sebab cepat SOLD. Kecuali nak duduk di kerusi biasa dan katil atas yg sempit, sentiasa ada kosong.
Katil yang disarankan adalah katil bawah sebab lebih luas dan selesa, dan boleh tengok view luar.
Tips pilih katil bawah: Jangan beli katil No. 2&4, 14&16, 26&28 dan 38&40 sebab halang pandangan, ada frame tengah2 tingkap.
Jangan bimbang jika anda tidak membawa makanan, kerana di dalam train ada kafe 24jam dengan harga mampu milik.
“Dalam train ada cafe 24hours. Boleh singgah bila lapar. Harga affordable.”
Toilet ada tapi…
Bangun subuh-subuh untuk tengok view lawa di beberapa tempat sepanjang menuju ke Wakaf Bharu.
1pm: Sampai stesen Wakaf Bharu, naik grab ke Kota Bharu (15minit). Selama di Kota Bharu, saya jalan kaki dok tahu pale ekor sambil tengok google maps.
8:15pm: Gerak ke stesen Wakaf Bharu semula utk pulang ke Gemas.
Make sure prepare powerbank sebab dalam train takde port cas phone.
Seronok bukan perkongsian Nazirul, jika anda teringin ke negeri-negeri lain di dalam Malaysia pun boleh, tetapi perlu kaji dahulu tempat yang ingin dikunjungi dan menurut lelaki ini perjalanan perlu rancang sebulan awal kerana bimbang tiket keretapi habis. Selamat cuti-cuti merdeka sis!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Rezeki setiap individu berbeza-beza dan tidak sama. Tentunya setiap individu mahu diri mereka mendapat rezeki yang banyak tetapi itu semua bergantung kepada amalan yang kita lakukan setiap hari. Ada inidividu yang merungut mengapa rezeki terasa begitu susah untuk singgah. Jika ada, pasti akan cepat habis.
Untuk mendapat rezeki yang luas, cuba amalkan beberapa amalan ini kerana ia dikatakan mampu membuka pintu rezeki kita. Semoga Allah membuka pintu rezeki seluasnya buat kita semua. Cuma, anda perlu bersangka baik dengan Allah.
20 AMALAN INI BUATKAN REZEKI BERTAMBAH TANPA DISANGKA-SANGKA
Allah SWT memberikan jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
YAKINLAH REZEKI ITU JAMINAN ALLAH
1. MENYEMPATKAN DIRI BERIBADAH
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah R.A.)
2. MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. TINGGALKAN PERBUATAN DOSA
Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. SENTIASA INGAT ALLAH
Banyakkan mengingati Allah akan membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah berikan kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5. BERBAKTI DAN MENDOAKAN IBU BAPA
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.: “Apabila hambaku itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. TUNAIKAN HAJAT ORANG LAIN
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi S.A.W.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. BANYAK BERSELAWAT
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. BUAT KEBAJIKAN BANYAK-BANYAK
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. BERPAGI-PAGI
Menurut Rasulullah S.A.W., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. MENJALIN SILATURRAHIM
Nabi S.A.W. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim.” (Riwayat Bukhari)
12. MELAZIMI KEKAL BERWUDUK
Seorang Arab desa menemui Rasulullah S.A.W. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda S.A.W. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. BERSEDEKAH
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas R.A.)
14. MELAZIMI SOLAT MALAM (TAHAJUD)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.
15. MELAZIMI SOLAT DHUHA
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. BERSYUKUR KEPADA ALLAH
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. MENGAMALKAN ZIKIR DAN BACAAN AYAT QURAN TERTENTU
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadhilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan kefahaman agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. BERDOA
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. BERIKHTIAR SEHABISNYA
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. BERTAWAKAL
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah .
Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab R.A.)
KESIMPULAN
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah dengan membuat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Selain itu diingatkan… rezeki bukan terhad kepada duit, harta ataupun kekayaan… rezeki iman, hati, Islam, kesihatan dan kebahagiaan serta ilmu yang bermanfaat adalah rezeki yang takde nilainya walaupun harta dan kekayaan menimbun sekalipun.
Sumber kredit: Mohd Ibrahim
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fazura kongsi quote wanita solo bertulis “Bujang itu bukan sumpahan, sebenarnya itulah pakej mewah” yang membawa mesej mendalam tentang self-worth, kematangan dan kebahagiaan tanpa tekanan status.