“Crash Dieting” (diet yang sangat rendah kalori) akan menyebabkan badan memecahkan lemak kepada keton dalam badan kita yang boleh menyebabkan nafas berbau. 

Sesetengah makanan boleh menyebabkan keadaan “halitosis” (mulut berbau). Dengan pelbagai trend diet yang ada pada masa kini, misalnya, diet rendah karbohidrat, berpuasa, dan “Crash Dieting” (diet yang sangat rendah kalori) akan menyebabkan badan memecahkan lemak kepada keton dalam badan kita yang boleh menyebabkan nafas berbau.

Sumber gambar: Everyday Health

Menurut Judy Ng Wei Chern, Pakar Dietetik Pusat Perubatan Prince Court, makanan yang berperisa kuat misalnya rempah, bawang putih dan bawang merah menghasilkan bau yang kuat disebabkan oleh bahan kimia yang mengandungi sulfur. Ia akan berlingkar dan tersimpan dalam mulut serta diserap ke pengaliran darah, dan akan menyebabkan nafas berbau.

“Selain itu, kafein dan minuman alkohol juga boleh menyebabkan mulut kering. Keadaan yang kering ini sesuai untuk pembiakan bakteria tanpa air liur. Makanan ataupun minuman dengan tambahan gula juga harus dielakkan. Hal ini disebabkan gula merupakan makanan kepada bakteria dan mengalakkan pembiakan bakteria dan seterusnya membentukkan plak di gigi dan gusi.”

IKLAN

KURANGKAN BAU

Tambahnya lagi, ada juga sumber pemakanan yang dapat mengelakkan masalah mulut berbau. Judy juga turut menyarankan agar mereka yang mengalami mulut berbau mengamalkan diet yang seimbang.

“Lebihkan banyak sayur – sayuran dan buah-buahan yang segar dan yang tinggi Vitamin C yang membolehkan keadaan dalam mulut terhalang dari pembiakan bakteria. Berdasarkan kajian, probiotik dalam yogurt tanpa gula juga boleh mengurangkan tahap bau dalam mulut yang disebabkan oleh hidrogen sulfida. Hal ini disebabkan strain kultur streptococci dan lactobacilli bersaing dengan bakteria yang menyebabkan nafas berbau. Selain itu, minum cukup air untuk membersihkan zarah makanan yang tersangkut pada celah- celah gigi untuk mengurangkan pembiakan bakteria. Air merupakan minuman yang paling sesuai untuk mencegah halitosis.”

IKLAN
Sumber gambar: Dental Center Of Norcross

MINUMAN PUNCA BAU MULUT

Minuman bergas mengandungi asid yang boleh mengeringkan mulut, dan akan membolehkan pembiakan bakteria lalu menyebabkan nafas berbau.

“Selain itu juga, bukan semua teh menyebabkan nafas berbau. Sebagai contoh, kajian menunjukkan bahawa teh hijau dan teh hitam boleh mengurangkan nafas berbau kerana ia kaya dengan antioksidan, polifenol yang boleh memansuhkan pembiakan bakteria yang menyebabkan nafas berbau. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kita harus mengambilnya secara berlebihan.meminum teh secara berlebihan.”

IKLAN

NASIHAT

Sentiasa berkumur dengan air atau minum banyak air selepas makan makanan yang berbau kuat seperti kari pedas, bawang putih, bawang untuk membersihkan zarah makanan yang tersangkut pada celah- celah gigi. Selain itu juga, bawa berus gigi dan ubat gigi di dalam beg anda. Mulut berbau boleh dikurangkan dengan menggosok gigi. Doktor gigi menggalakkan kita untuk memggosok gigi 2-3 kali setiap hari dan flos gigi kita sekali setiap hari. Anda juga boleh mengunyah gula- gula getah atau makan gula-gula berperisa pudina tanpa tambahan gula untuk merangsangkan air liur sekiranya anda tidak boleh menggosok gigi selepas makan makanan berbau kuat.”

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI