Walaupun  dengan menggunakan wax atau threading dikatakan boleh melambatkan pertumbuhan bulu, tetapi masih ramai wanita memilih untuk bercukur. 

Sumber gambar: Darina

Namun begitu, cara dan penggunaan pencukur yang salah boleh membuatkan kulit kering, gatal-gatal dan menyebabkan iritasi pada kulit yang akhirnya meninggalkan parut yang hodoh. Untuk mengelakkan hal ini berlaku, kami ada beberapa tip yang perlu anda tahu sebelum bercukur.

Sumber gambar: Tara

1. Menurut kajian oleh Gillette, 60 peratus wanita mengalami masalah iritasi dan kulit kering setelah bercukur. Untuk mengelakkannya, pilih pencukur yang mempunyai bilah yang sedikit kerana ia bukan sahaja boleh menghilangkan bulu tetapi juga akibat bilah yang banyak, ia juga mampu menanggalkan lapisan subdermal yang menyebabkan iritasi dan gatal-gatal.

2. Sekiranya anda mahu bulu di bahagian badan tumbuh lebih lambat, gunakan krim pencukur kerana ia bukan sahaja melambatkan pertumbuhan bulu, ia juga membuatkan bulu baru tumbuh lebih halus daripada biasa.

3. Periksa krim pencukur terlebih dahulu. Sekiranya ia mengandungi alkohol atau pewangi, jangan beli kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan mengeringkan kulit.

IKLAN

4. Sekiranya krim pencukur anda habis, jangan sekali-kali menggantikan sabun sebagai krim pencukur kerana ia mengandungi banyak pewangi yang boleh mengeringkan kulit. Sebaliknya, gantikan dengan perapi rambut sekiranya keadaan terdesak.

Sumber gambar: Castorly

6. Jangan sesekali menggunakan pencukur lelaki kerana bentuknya telah direka khas untuk kaum lelaki yang tidak sesuai buat wanita. Penggunaan pencukur khas untuk wanita juga mengelakkan anda daripada terluka ketika bercukur.

7. Tukar pencukur dengan kerap kerana bilah pencukur akan menjadi tumpul setiap kali menggunakannya. Bilah yang tumpul membuatkan anda cuba mencukur di satu-satu bahagian badan dengan frekuensi yang banyak dan berpotensi untuk menyebabkan luka dan iritasi.

IKLAN
Sumber gambar: Tara

8. Walau serapat mana anda dengan rakan serumah, jangan sesekali berkongsi pencukur dengan mereka. Secara logiknya, ia tidak bersih untuk berkongsi dan sekiranya anda tidak tahu tuan punya pencukur itu menghidap HIV, anda mungkin boleh berjangkit tanpa anda sedari.

9. Mandi dengan air panas sebelum bercukur kerana ia boleh melembutkan kulit dan merehatkan folikel rambut yang memudahkan proses pencukuran.

10. Lebih baik untuk menyapukan bedak herba atau bedak bayi ke atas kulit yang baru dicukur berbanding losen pelembab untuk mengelakkan gatal-gatal.

IKLAN

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI