Kulit kering merupakan masalah kulit yang seringkali berlaku pada kita semua. Ia berpunca daripada faktor cuaca serta salah penggunaan produk losen. Pilihan losen yang tepat boleh memberi kelembapan yang berpanjangan tanpa meninggalkan kesan buruk kepada kulit kamu. Team Hijabista kongsikan kepada kamu pilihan losen terbaik yang wajib kamu miliki!

  1. PALMER’S Coconut Oil Formula Body Lotion

Bukan hanya berfungsi sebagai pelembap, losen ini juga berfungsi untuk menghilangkan kesan parut ataupun stretch marks. Diformula dengan coconut oil, Tahitian Monoi Oil serta bahan-bahan semulajadi, produk ini juga mengandungi tahap protein yang tinggi, yang semestinya membantu memberi kelembapan yang lama!

2. ROSKEN Skin Repair Dry Skin Lotion

IKLAN

Losen Rosken Skin Repair Dry Skin ini dapat membentuk lapisan perlindungan kulit sehingga 50%. Diperkaya dengan Vitamin E yang banyak memberi kebaikan kepada kulit,ia dapat membaikpulih lembapan dan nutrisi yang hilang disebabkan oleh sinaran terik matahari. Jadi tidak perlu risau jika kamu dibawah pancaran sinar UV, kerana losen ini pastinya akan melindungi kamu!

3. EUCERIN White Therapy Body Lotion SPF7

IKLAN

Produk ini telah disyorkan oleh pakar dermatologi sebagai produk yang terbaik dalam memberi kelembapan pada kulit. Ia juga berfungsi untuk membaiki sel yang telah rosak. Apa yang menariknya, losyen ini juga berfungsi untuk mencerahkan kulit kerana gabungan ekstrak Licorice dan Vitamin E!

4. Dove Derma Series Dry Skin Relief Replenishing Body Lotion

IKLAN

Tidak ramai yang sukakan losen yang bertesktur melekit. Jadi, inilah produk terbaik yang boleh kamu miliki. Ia tidak melekit, mudah meresap dan berkrim. Diperkaya dengan Amino Silk complex, losen ini dapat melegakan kegatalan akibat kesan merekah dengan segera.  Gunakan ia secara konsisten setiap kali selepas mandi agar kulit anda dapat dilindungi sepenuhnya dari masa ke semasa.

5. The Body Shop Japanese Cherry Blossom Body Lotion

Haruman yang segar dari produk losen ini antara kunci tarikan orang ramai membelinya. Ia memberikan haruman wangian segar sehingga 24 jam. Dengan adunan bunga-bunga segar serta ekstrak Hinoki Wood, anda akan terasa seperti berada di halaman bunga!Bukan sahaja itu, losen badan hebat ini juga berkesan dalam memberi lembapan ekstra buat kulit anda. Sangat senang dan sesuai digunakan di mana sahaja. 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI