Semua orang ingin kulit yang cantik dan gebu. Bila ada yang berkongsi di media sosial tentang sesuatu produk maka ramailah yang teruja untuk mencubanya. Selalunya produk yang menarik perhatian ialah rutin ialah produk penjagaan wajah bagi merawat kulit wajah berjerawat.

Lazimnya produk-produk sebegini akan jadi tular dan dikongsi ribuan kali. Masalah timbul apabila ada produk/ubat yang disyorkan itu mengandungi bahan terkawal yang mempunyai risiko kesan sampingan. Ia tidak sesuai untuk sesetengah pengguna, malah mendatangkan bahaya jika diambil tanpa pengetahuan dan pengawasan.

Photo by Anastasiia-Ostapovych from Unsplash

Jika mahu merawat kulit yang breakout seeloknya dapatkan nasihat daripada pihak doktor. Jangan terus beli sahaja produk-produk yang dikatakan mampu mengatasi masalah kulit breakout.

 

Mari kita lihat maklumat-maklumat penting yang tidak diberitahu tentang ubat-ubat jerawat yang biasa disyorkan oleh wargamaya.

—EX: contoh produk
—TX: rawatan
—RX: preskripsi
—SE: kesan sampingan

IKLAN

1. BENZOYL PEROXIDE 5-10%
Kandungan paling lazim dalam produk komersial. Ada dijual di kedai runcit, atas talian, dan farmasi.
— EX: Oxy10, Benzac, Neutrogena Rapid Clear.
— TX: jerawat tahap ringan dan sederhana.
— RX: tak perlu preskripsi doktor.
— SE: kulit merah, menggelupas dan alahan.

2. CLINDAMYCIN (SAPUAN)
Sejenis antibiotik topikal/kegunaan luar. Dijual di klinik dan farmasi sahaja. Boleh guna bersama tretinoin.
— EX: Dalacin T, T3 Mycin
— TX: jerawat tahap sederhana dan teruk
— RX: tak perlu preskripsi doktor
— SE: loya, muntah, cirit-birit, alahan.

Photo by RODNAE Productions from Pexels

 

3. TRETINOIN/ADALAPENE (SAPUAN)
Ia adalah derivatif sebatian retinoid. Ada dijual di klinik dan farmasi sahaja. Disapu sekali sehari.
— EX: Retin-A, T3 Actin, Differin, T3 Ada Gel
— TX: jerawat tahap sederhana dan teruk.
— RX: perlu preskripsi dan pemantauan doktor
— SE: kecacatan janin, fotosensitiviti, alahan.

IKLAN

4. ANTIBIOTIK ORAL (KAPSUL/TABLET)
Antibiotik makan juga boleh membantu. Dijual di klinik dan farmasi sahaja.
— EX: Docycline, Tetracyclin,
— TX: jerawat tahap sederhana dan teruk
— RX: perlu preskripsi dan pemantauan doktor
— SE: bergantung kepada antibiotik yang diberi.

Photo by Polina Tankilevitch from Pexels

5. ISOTRETINOIN (KAPSUL)
Ia juga derivatif sebatian retinoid. Ada dijual di klinik dan farmasi sahaja. Di makan sekali sehari.
— EX: Accutane, Roaccutane, Acnotin
— TX: jerawat tahap teruk
— RX: perlu preskripsi dan pemantauan doktor
— SE: kecacatan janin, kering muka, kering mata, rekah bibir, fotosensitiviti, depression, alahan.

Jika dilihat senarai ubat untuk merawat jerawat ini, hanya Benzoyl Peroxide sahaja boleh dibenarkan dijual di mana-mana kedai, termasuk atas talian. Yang lain perlu dibeli di farmasi.

IKLAN

Ubat mengandungi retinoid ditegah pengambilannya oleh wanita hamil, menyusukan anak, atau wanita yang merancang untuk hamil. Retinoid hanya akan dimulakan setelah pemeriksaan kehamilan adalah negatif, dan setelah pengambilan bermula, pesakit perlu mencegah kehamilan.

 

Photo by Polina Tankilevitch from Pexels

Wargamaya ditegah membeli ubat rawatan jerawat yang dikategorikan sebagai ubat terkawal dalam Akta Racun 1952, melalui jualan atas talian. Selain itu, disarankan juga agar pembeli berhati-hati dengan ubat alami tetapi tidak berdaftar. Bimbang dicampur bahan terkawal(eg: steroid, tretinoin)

Jika ada masalah jerawat yang teruk, dapatkan khidmat nasihat doktor dan farmasi. Kalian akan diberitahu semua maklumat ubat yang diberi kepada kalian. Perlu tahu sebelum ambil. Utamakan kesihatan dan keselamatan, sebelum kecantikan! Semoga bermanfaat!

Sumber kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Top image: Canva

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI