Dulu Ligat Menyanyi, Kini Mizz Nina Seronok Habiskan Masa Mengaji & Dalami Al-Quran. Alhamdulillah!

Share

Suatu ketika dulu dia antara penyanyi wanita yang amat disegani. Malah begitu berani beraksi dalam setiap persembahannya. Tetapi hidayah Allah datang tanpa diduga dan hari ini Mizz Nina yang kita lihat jauh dari bayangan lama. Ternyata personalitinya sudah jauh berubah dan menjadi insan lebih istiqomah. Kalau dulu dia banyak habiskan masa dengan menyanyi, tetapi kini rutin hariannya digantikan dengan membaca Al-Quran dan menghadiri kelas mengaji.

Isteri kepada penyanyi Noh Salleh ini tidak lagi memikirkan dunia seni sebaliknya seronok mempelajari minat barunya iaitu belajar, memahami dan melaksanakan Al-Quran.

Bercakap kepada Mstar Online, Mizz Nina atau nama betulnya Syazrina Azman memberitahu dakwah, kasih sayang untuk manusia dan kemusiaan itu yang memberikan dia ketenangan sebenar serta kepuasan dalam hati.

Mizz Nina berkata begitu ketika menjawab soalan rawak di laman Instagram yang bertanyakan kenapa dia tidak lagi menyanyi.

Foto: Kredit Mstar

Dalam temubual terdahulu, Mizz Nina memberitahu pada setiap pagi dia akan membaca Al-Quran dan hujung minggu pula dihabiskan dengan menghadiri kelas mengaji. Amalan ini menjadikan  dirinya rasa lebih tenang dan seronok menjalani hari-harinya.

“Walaupun kadang-kala ada juga perasaan malas tapi saya paksa juga. Lama-kelamaan sudah menjadi amalan setiap hari,” tambahnya lagi yang turut ditanya bagaimana dia boleh sentiasa berfikiran positif.

Menurutnya dia Allah, Al-Quran dan Sunnah bersamanya untuk terus kekal bermotivasi biarpun menempuh pelbagai dugaan hidup.

“Mempunyai Allah, Al-Quran dan Sunnah bersama saya merupakan semua yang saya perlukan untuk kekal bermotivasi, kalau dunia menentang saya.

“DIA (Allah) adalah pencipta tujuh syurga dan bumi dan semuanya, tiada yang lain sebelumNya dan selepasNya.

“DIA yang memelihara, menyediakan, melindungi, kita, kenapa perlu saya bimbang? Mempunyai iman dan tawakal pada Allah adalah kunci,” katanya yang mula memakai hijab pada 2013 dan kehidupannya turut berubah semenjak penghijrahan tersebut.

Malah jika dilihat dalam instagramnya, Mizz Nina juga turut menyampaikan dakwah kepada followernya melalui medium media sosial.

Ada sahaja ilmu yang dikongsi sebagai salah satu cara menyebarkan dakwah dalam dunia digital tanpa sempadan kini.

 

IKLAN