Baru-baru ini telah tular gambar di laman sosial mengenai sebuah keluarga yang menetap di jejantas dengan beralaskan kotak sahaja. Foto itu telah menyentuh hati sesiapa sahaja yang melihatnya hinggakan mendapat perhatian daripada pendakwah terkenal iaitu Ebit Lew.
Beliau telah menolong keluarga tersebut mendapatkan tempat berteduh dengan mencarikan rumah sewa buat mereka. Mulia sungguh hatimu ustaz!
Menerusi laman Facebooknya, beliau menyatakan rasa terharunya kerana ramai yang turut membantu bagi meringankan beban keluarga ini.
Sebak rasa seharian carikan rumah untuk adik ni dan mak ayahnya. Dapat rumah 1 bilik. 1 ruang tamu dan ada dapur dan tandas semuanya. Saya bayarkan rm500 sebulan dari tuan rumah. InsyaAllah saya akan terus bayar bulan-bulan selagi mampu insyaAllah. Saya bagi free jer pada mereka. Bila tengok adik ni berlari-lari main mainan patung hadiah dari anak saya. Sebak menangis rasa hari ini. Ubat hati ini semalam tengok tidur di jambatan alas kotak.
Ads
Tadi ada seorang abang bagi rumahnya free. Dia berada di oversea. Tapi kawasan kondo tu kena halau pula. Sedih gak. Takperlah. Katanya undang-undang. Ya Allah selalu begitu pandangan orang pada orang miskin dan gelandangan. Tuan rumah bagi. Tapi ajk tak bagi. Susah juga call sana sini. Banyak protokolnya.
Saya dah biasa kena halau bila bawa adik jalanan atau gelandangan pergi shoping. Hati saya dah lali kena halau ini. Luka sikit tapi cepat jer pulih. Kena halau dalam dunia ini takper. Jangan kena halau di akhirat.
Ads
Syukur kawan-kawan bantu. Terima kaseh abang azman dan semua kawan-kawan yer. Terima kaseh tuan rumah baik hati bantu masuk malam-malam ini. Saya doakan semua yang bantu Allah rahmati dan kasih sayangnya. Saya dah hadiahkan tikar,toto, bantal,tilam dan barang dapur. InsyaAllah esok hantar lagi barang-barang lain.
Ads
Sabarlah yer abang kakak. Kita mungkin buat silap dan kadang orang pandang rendah. Tapi kita hidup untuk Allah sayang. Saya doakan Allah bantu abang dengan kakak yer. InsyaAllah Allah Maha Baik. ALLAH Maha Mengetahui.
Alhamdulillah, terharu apabila melihat ramai rakyat Malaysia yang menghulurkan bantuan dikala waktu yang mencabar begini. Moga kehidupan keluarga tersebut bertambah baik selepas ini dan moga mereka yang membantu turut diberi rahmat oleh Tuhan. InsyaAllah.
Seiring dengan perkembangan fesyen terkini, pelbagai gaya dan stail tudung yang telah muncul. Wanita berhijab kini lebih kreatif dan bijak menggayakan seleksi tudung pilihan mereka mengikut cita rasa masing-masing.
Apatah lagi dengan adanya media sosial seperti instagram, membuatkan hijabi berlumba-lumba untuk tampil up to date dengan gaya baru yang dicipta sendiri atau inspirasi dari selebriti mahupun ‘influencer‘.
Mesti anda pun dah bosan asyik menggayakan tudung bawal atau selendang kan? Ha… apa kata anda cuba tukar gaya kepada stail turban pula. Gaya turban ini sangat senang kerana anda hanya perlu tutup rambut, lilit-lilit, pin atau ikat dan siap! Ringkas, mudah digayakan dan mampu menonjolkan penampilan sempurna membuatkan ada segelintir wanita begitu menggemari pemakaian tudung ala serban (turban) ini.
Tambahan itu, kelebihan turban ni adalah anda tak perlukan banyak pin atau jarum peniti, malah lebih mudah berbanding gaya tudung yang lain. Jadi, harini Hijabista nak berkongsi kepada anda beberapa tutorial dan cara styling turban oleh pempengaruh media sosial atau ‘influencer’ iaitu Aida Razman dan Sofea Shra yang senang untuk anda ikut;
Turban jenis ini sesuai bagi anda yang bakal menghadiri dinner night. Hanya perlu sesuaikan dengan warna baju dan #OOTD anda. Yang penting jangan lupa untuk pakai inner neck!
Stail turban ini tersangatlah mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk bersiap. Yang paling penting, jangan lupa pinkan bahagian yang perlu supaya tudung anda secure dan tidak bergerak sepanjang hari.
Jenis tudung yang Sofea gunakan adalah jenis printed shawl. Dengan bermacam-macam jenis corak serta fabrik, tudung jenis ini sangat sesuai digayakan dengan busana plain atau jubah dan dress.
Tipnya, stail turban jenis ini sangat bersesuaian buat tudung bawal jenis satin or chiffon. Kalau anda menggunakan tudung cotton, mungkin tak berapa nak menjadi. Kalau anda tak suka pakai turban dan nampak leher, gaya jenis ini memang tepat buat anda! Tak perlu nak pakai inner neck.
Stail turban ini juga amat mudah. Hanya perlu ikat reben di belakang kemudian sarungkan bucket hat anda. Kalau anda nak tahu, bucket hat terdahulu dikenali sebagai topi para nelayan. Kini, bucket hat bertransformasi menjadi salah satu fashion item pelengkap penampilan diri. Buat hijabi yang ingin mencuba stail ini, pilih bucket hat yang bersesuaian buat sanggul anda. Untuk tip #OOTD, anda boleh padankan bucket hat dengan bomber jaket dan seluar denim.
Stail ini pada asalnya direkomendasi untuk hari graduasi. Namun, stail turban ini juga sesuai digayakan untuk acara lain. Yang penting, jangan skip tutorial untuk bahagian belakang tudung. Untuk bahagian depan pula, anda bebas memilih sama ada mahu membiarkannya terurai kebelakang ataupun kalau anda nak kemas, bolehlah pin!
Tidak dinafikan jodoh itu rahsia Allah. Namun sebagai hamba-Nya kita boleh memohon pada Allah agar dikurniakan jodoh yang baik dan boleh membimbing kita hingga ke jannah. Seperti perkongsian Prof Muhaya yang mengingatkan supaya mencari calon suami yang menjaga solatnya untuk dijadikan sebagai Imam kita.
Menurutnya melalui posting di laman instagram, Prof Muhaya memberitahu sia-sia bagi seorang lelaki yang bergelar suami dan ayah sekiranya tidak bersolat kerana tidak boleh membimbing keluarga ke syurga.
“Pada semua yang tidak solat, sila bertaubat kerana anda sepatutnya membawa anak isteri ke syurga. Suami yang tiada niat bawa anak isteri ke syurga, maka hidupnya akan sia-sia,” ujarnya.
Tambahnya lagi beliau turut mengingatkan wanita agar elakkan dari mencari lelaki yang malas dan hanya mahu mencari isteri yang berkerjaya dan rajin berdikari.
Lelaki jenis ini dibimbangi malas menjalankan tanggung jawab dan sekaligus tidak memberi nafkah sepatutnya pada isteri.
Perkongsian ini turut mendapat respon positif dari followernya. Masing-masing bersetuju apa yang dipesan oleh pakar motivasi ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Orang yang sakit tidak terlepas daripada tuntutan wajib sembahyang fardhu. Dia tetap dituntut mengerjakannya dengan apa jua yang terdaya olehnya tanpa meninggalkan sebarang rukun fi‘li sembahyang kecuali dalam keuzuran. Mengenai gambaran keuzuran itu akan dijelaskan berikut ini.
“Aduh, dah masuk lapan bulan kandungan rasa tak larat nak berdiri lama-lama. Kaki pun dah bengkak-bengkak. Bolehkah solat duduk saja? Bagaimana cara solat duduk ya?”
Banyak sebab yang membolehkan seseorang itu terpaksa meninggalkan salah satu rukun solat, iaitu berdiri tegak. Antaranya ialah kemalangan, sakit tenat, keuzuran, semasa dalam kenderaan, atau wanita yang hamil tidak mampu berdiri buat masa yang lama.
Dalam semua keadaan ini, kita sebagai Muslim masih lagi diwajibkan untuk menunaikan solat. Namun, ia diberi keringanan untuk disempurnakan mengikut keupayaan kita pada ketika itu.
Merujuk pada laman web JAKIM orang yang uzur boleh solat secara duduk. Seperti dalam hadis berikut:
Dari Amir bin Abdullah bin Zubair r.a dari bapanya katanya:
“Apabila Rasulullah s.a.w duduk dalam solat, diletakkannya kakinya yang kiri antara paha dan betis serta menegakkan tumit kanan, meletakkan tangan kiri di lutut kiri, meletakkan tangan kanan di paha kanan dan menunjuk dengan telunjuk.”
Walaupun solat duduk atau berbaring, solat yang dilakukan perlu memenuhi semua rukun dan syarat sah seperti dalam solat biasa, kecuali bagi yang tidak mampu dilakukan. Contohnya, perlu menghadap kiblat, suci daripada hadas, dan menutup aurat sepenuhnya.
Menurut JAKIM, pesakit boleh memilih untuk mengikut mana-mana pandangan mazhab fiqh yang sah dan tersohor, termasuklah pandangan yang lebih memudahkannya. Namun, perlulah dipraktikkan hanya semasa menghadapi kesulitan.
Contohnya, pesakit yang tidak mampu sujud seperti biasa di atas lantai tempat solat dan mampu solat berdiri hendaklah solat berdiri dan tidak boleh solat duduk menurut mazhab Syafi’e.
Namun menurut mazhab Hanafi pesakit yang tidak mampu sujud seperti biasa di atas lantai tempat solat gugur daripadanya kewajipan berdiri dan boleh melakukan solat dalam keadaan duduk.
Pesakit yang mampu berdiri untuk solat fardhu (solat wajib) hendaklah memulakan solat dalam keadaan berdiri.
Contohnya, mungkin ada yang sakit lutut dan tidak boleh melipat kaki semasa duduk antara dua sujud. Tetapi, orang ini masih boleh berdiri dengan sempurna. Maka, perlu menggunakan kerusi dan mulakan solat dalam keadaan berdiri.
Jika langsung tidak mampu berdiri untuk solat, baru boleh duduk. Justeru itu, kita tidak boleh memulakan solat dalam keadaan duduk bagi yang mampu berdiri.
Jika kita mula solat dalam keadaan duduk, tetapi berasa mampu setelah itu (ketika masih di dalam solat), hendaklah kembali solat berdiri dan tidak boleh berterusan solat duduk.
Pesakit yang solat duduk dan mampu berdiri untuk ruku’ seperti biasa hendaklah berdiri (untuk iktidal) sebelum ruku’.
Pesakit yang solat duduk sama ada di atas kerusi atau lantai perlu sujud di lantai sekiranya mampu.
Pesakit yang tidak mampu solat berdiri boleh solat duduk. Jika tidak mampu solat duduk boleh solat mengiring. Jika tidak mampu solat mengiring boleh solat menelentang.
Rukun pergerakan solat yang tidak mampu dilakukan seperti biasa boleh dilakukan dengan isyarat badan seperti menundukkan badan untuk ruku’ dan sujud.
• Jika tidak mampu dilakukan dengan isyarat badan boleh dilakukan dengan isyarat kepala. • Jika tidak mampu dilakukan dengan isyarat kepala boleh dilakukan dengan isyarat mata. • Jika tidak mampu dilakukan dengan isyarat mata boleh dilakukan solat di dalam hati.
Bagi Yang Mampu BerdiriSolat sunat boleh dilakukan secara duduk walaupun bagi yang mampu berdiri, namun pahalanya hanya separuh daripada pahala solat berdiri
Berikut adalah 4 keadaan solat yang biasa dilakukan oleh pesakit yang tidak mampu berdiri:
Bagi yang mampu solat fardhu berdiri tetapi tidak melakukannya bahkan melakukannya dalam keadaan duduk umpamanya solatnya tidak sah menurut mazhab Syafi’e kerana berdiri adalah salah satu rukun solat bagi yang mampu.
Namun menurut mazhab Hanafi, orang yang tidak mampu melakukan sujud seperti biasa gugur daripadanya kewajipan berdiri. Maka, cara solat duduk boleh dipraktikkan olehnya.
Perlaksanaan cara solat duduk bagi pesakit ini juga sama sahaja dengan kaedah solat bagi musafir, iaitu mereka yang berada dalam kapal terbang, kereta api, atau bas. Tetapi, solat ini digelar solat menghormati waktu.
Ia adalah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayammum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat.
Solat ini perlu di qada’ semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat kembali.
Kita juga boleh mengqada’ solat solat hormat waktu ini secara jama’ ataupun qasar dengan syarat kita masih berada di dalam musafir.
Hikmah diberikan keringanan dengan cara solat duduk dan berbaring adalah sebagai bukti bahawa Islam adalah agama yang mudah. Maka, kita diberi pilihan untuk melakukan sesuatu sesuai dengan keupayaan kita. Selain itu, rukhsah dalam solat juga menunjukkan betapa kasih sayang Allah pada hambaNya.
Oleh itu, buktikanlah juga kecintaan kita terhadap Allah dengan tetap menunaikan solat walaupun dengan cara solat duduk atau berbaring sekalipun!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.