Kalau nak cantik, kenalah rajin-rajin membelai wajah. Tidak dapat dinafikan kulit yang cantik dan sihat menjadi idaman ramai wanita. Melihat kulit selebriti Korea yang halus dan mulus tentunya mengundang rasa cemburu.

Sebenarnya jika kena dengan rutin yang betul, impian untuk memiliki kulit secantik selebriti Korea boleh menjadi kenyataan. Syaratnya mestilah konsisten, disiplin dan kena dengan caranya.

Seperti perkongsian wanita ini, ZinniRah Zulaikha berkongsi step Korean skincare routine.

TIPS MACAM MANA NAK BINA 10 STEPS KOREAN SKINCARE ROUTINE?

Sebenarnya nak build our skincare routine nih bukanlah benda yg susah kalau kita tahu apa jenis kulit & masalah atau target kulit kita. So kat sini i nak share beberapa tips yg mungkin boleh jadi panduan utk sesiapa yg masih kurang jelas tentang mcm mana i bina rutin penjagaan kulit i supaya teratur & sesuai dgn situasi kulit masing2.

1. BASIC SKINCARE ROUTINE vs SKIN TYPE
Ok. Actually ada beberapa pendapat mengenai langkah2 asas rutin penjagaan kulit. But for me, basically ada 3 langkah asas utama:
i). Pencuci
ii). Pelembap
iii). Pelindung suria
Ketiga2 nih kalau nak pilih, pilih ikut jenis kulit tau. Apa jenis kulit? Berminyak, kering, normal atau kombinasi. Kalau tanya i, kulit i first dulu kering tp sekarang dh kembali normal.

i). Pencuci
Ada 2 jenis cleanser; oil based & water based cleanser. Mcm mana nak pilih?
✅ Oil based cleanser selalunya dicipta sesuai utk SEMUA jenis kulit. So, selebihnya bergantung kpd kulit masing2 sama ada boleh “terima” atau tidak bahan2 yg terdapat dlm ssuatu pencuci muka berasaskan minyak tersebut. Contoh, ada yg boleh guna mineral oil, tp ada sesetengah kulit tak boleh tolerate. Atau ada yg alergik dgn grape seed oil tapi bila korang pakai ok pulak 🤔 so, it depends on our skin toleration.

✅ Water based cleanser. Yg nih senang ckp, pencuci muka yg selalu kita pakai. Mcm mana nak pilih? I ulang lagi, pilih ikut jenis kulit. Ada banyak jenis tekstur pencuci muka yg terdapat di pasaran. Contoh; foam, milk, lotion. Semua nih kena pilih ikut kesesuaian jenis kulit, tak boleh taram je. Misalnya, kulit kering kena avoid heavy foam type cleanser sebab berpotensi mengeringkan kulit, atau kulit berminyak kena avoid lotion type cleanser sebab berpotensi akan menyumbatkan lagi pori. Tapi, bagi aku the most important element utk pemilihan pencuci muka nih ada 2 je. LOW PH & GENTLE. Tak kira jenis kulit, kalau korang nak selamat, fokus 2 benda nih je utk masa pilih cleanser korang.

ii). Pelembap
Kenapa kita mesti pilih pelembap ikut jenis kulit? Jawapan dia senang, supaya pelembap yg dipakai akan memberikan manfaat, bukan semakin merosakkan kulit! Sama mcm pencuci muka tadi, pelembap pun ada banyak tesktur kan? Ada krim, gel, emulsion, watery cream atau losyen. Mula2 dulu disebabkan kulit i kering teruk, i just boleh pakai pelembap bertekstur berat mcm krim. Pakai losyen & gel type moisturizer mmg ‘tak jalan’. Kulit tetap menggelupas & merekah. So, after kulit i dah normal (so far my skin is tak terlalu kering & tak terlalu berminyak), i boleh pakai apa2 jenis pelembap termasuk jenis gel. Tp pelembap jenis gel nih i pakai masa keluar rumah je supaya tak rasa too heavy bila tempek mcm2 benda kt muka 😂 so, kalau nak pilih pelembap, make sure pilih ikut jenis kulit tau.

iii). Pelindung suria (sunblock/sunscreen (SS))
Yg nih pun sama jgk tau. SS direka dgn pelbagai tekstur utk disesuaikan mengikut jenis kulit masing2. Basically SS ada 3 jenis, which is physical, chemical & hybrid sunscreen. Mcm mana nak pilih ikut jenis kulit? Tengok tekstur. Kalau tengok dari tekstur dorang, dari berat ke ringan mostly akan start with physical, chemical & paling ringan hybrid! Ok, kalau tanya i, i lebih prefer guna hybrid! I pernah cuba chemical sunscreen, tp still rasa heavy disebabkan faktor muka i jenis cepat berpeluh. Bila i try hybrid type, my skin tak rasa berlengas mana. So, kesimpulan dia, nak pilih SS ikut jenis kulit, yg mana kulit korg rasa boleh tolerate, tak heavy atau tak mengeringkan.

IKLAN

2. OPTIONAL ROUTINE vs SKIN CONCERN(s)/TARGET(s)

Dah lengkap basic skincare step, i akan fokus kpd masalah (skin concern) atau target kulit yg i nak. Let say, i ada beberapa skin concern spt kulit kusam, dehidrasi, lingkaran gelap bawah mata, jerawat (on off) & parut jerawat (PIE). Mcm mana i atur rutin2 ikut skin concerns nih? Ok, i explain. Tp sebelum tuh, kena tahu apa PUNCA & SOLUSI masalah2 nih, baru boleh atur kita punya rutin.

i) kulit kusam
Dah tahu punca & penyelesaian dia, so i decided to try beberapa jenis produk utk masalah nih. Contoh, i akan masukkan rutin ekfoliasi dgn menggunakan physical (PE) & chemical exfoliant (CE) utk tanggalkan sel kulit mati. Yg nih mcm i cakap tadi, pilih ikut masalah kulit. Mcm i, i ambik AHA yg ada glycolic acid. Atau i akan guna skrub atau peeling gel utk buang sel kulit mati & clay mask utk bersihkan lagi pori. Selain tuh, i pun add on brightening product utk cerahkan balik kulit i selain guna exfoliant. Yg nih i akan pilih produk dlm bentuk essence so that nanti nak layer2 skincare jadi mudah & tak pening dah!

ii) dehidrasi
Ok, yg nih lagi senang. Kalau sebut dehidrasi ramai yg tahu salah 1 cara nk overcome dia cari skincare yg ada hyaluronic acid. Ya, i pun buat mcm tuh. Selain hyaluronic acid, ada bahan lain yg boleh bantu utk masalah nih, contoh beta-glucan. I akan pelbagaikan jenis produk yg i guna. So utk dehidrasi, i akan cari hydrating based product dlm bentuk toner, serum & mask! Kalau part bibir, bibir merekah, i akan apply lip gloss & lip sleeping mask je. Refer gambar.

iii) lingkaran gelap bawah mata
Sebenarnya nak treat dark circles nih agaklah susah melainkan kita amalkan gaya hidup yg sihat. Tapi i sedang cuba add on serum berasaskan bahan pencerah spt vitamin c utk atasi masalah nih. So i pilih vitamin c dlm bentuk serum & amalkan sambil i balancekan kelembapan kulit i. Tp kena ingat, kalau tido tak cukup or kurang minum air kosong susah jugak nk minimizekan dark circle nih.

iv) jerawat
Antara punca lain jerawat selain masalah rutin penjagaan kulit & hormon, genetik pun main peranan. I bukan dari genetik yg tumbuh banyak jerawat (alhamdulillah). Tapi lately memang akan tumbuh several tiny bumps & kawasan yg selalu kena kat dahi & tepi mulut. Cara i nk hilangkan dia, i akan pakai anti acne spot treatment yg ada kandungan benzoyl peroxide atau sulfur. So far, i selalu guna oxy 5 je sebab jerawat i tak teruk sangat. Kadang BHA pun bantu jugak, tp i selalu guna oxy 5 je utk masalah nih.

IKLAN

v) parut jerawat (PIE)
Kalau dah kena jerawat tuh of course la dia akan tinggalkan bekas dia kan? Utk kes i, selalunya bekas jerawat nih akan jadi parut merah (PIE). I treat this PIE by applying soothing or calming based skincare product. Selalunya i akan pilih produk berbentuk serum atau ampoule. I pernah pakai produk berasaskan green tea, centella asiatica (pegaga) & propolis. So far memang berkesan utk hilangkan PIE.

So, kalau nak simpulkan, i dah berjaya bina beberapa step utk skincare routine i berdasarkan pecahan2 yg i dah nyatakan kat atas. Secara tak langsung, i berjaya bina lebih dari 10 steps. Yeay!
1. Cleansing oil
2. Cleansing water
3. Mask (clay mask, wash off mask, lip sleeping mask)
4. Exfoliant (AHA BHA, peeling gel, skrub)
5. Toner
6. Essence
7. Serum
8. Ampoule
9. Spot treatment (acne)
10. Pelembap
11. SPF

 

OIL BASED CLEANSER – Simple Hydrating Cleansing Oil – Palmer’s Cocomut Monoï Cleansing Balm – Biore Cleansing Oil

 

IKLAN
WATER BASED CLEANSER – Hada Labo Mild & Sensitive Face Wash – Liquid Neutrogena Pure Mild Facial Cleanser – Neutrogena Deep Clean Cleanser

 

PELEMBAP – CeraVe Moisturizing Cream – Cosmoderm Vitamin E Cream 1000iu – Iunik Centella Calming Gel

 

SUNSCREEN – Biore UV Perfect Milk SPF 50+ PA++++

 

UNTUK MASALAH KULIT KUSAM: i) CE – Jumiso Yes I Am Toner AHA 5% – Paula’s Choice Skin Perfecting 2% BHA Liquid Exfoliant ii) PE – Secret Nature From Jeju Peeling Gel – St Ives Gentle Smoothing Oatmeal Scrub iii) Mask – Innisfree Color Clay Mask (Hydrating) iv) Essence – Nacific Phyto Niacin Whitening Essence

 

UNTUK MASALAH DEHIDRASI: i) Hydrating toner – Klairs Toner – Iunik Vitamin Hyaluronic Acid Vitalizing Toner ii) Serum – Iunik Beta Glucan Power Moisture Serum iii) Mask/lip care – My Fav Recipe By Neula Snail Moist Mask – Laneige Lip Sleeping Mask – Vaseline Lip Therapy

 

LINGKARAN GELAP BAWAH MATA -Jumiso All Day Vitamin Brightening & Balancing Serum

 

UNTUK MASALAH JERAWAT: – Oxy 5 Acne Pimple Medication – De La Cruz Sulfur Ointment 10%

 

UNTUK PIE: i) Ampoule – Skin 1004 Madagascar Centella Ampoule ii) Serum – Iunik Propolis Vitamin Synergy Serum – Secret Nature From Jeju Serum

Pakai serentak ke semua nih? No. Ikut keselesaan kulit anda. I jarang pakai 10 steps serentak mcm org korea buat tau. I pakai alternate, bukan pakai sekali. Yg penting sabar & konsisten. So, selamat mengatur rutin anda. Road to korean glass skin!

Sumber kredit: ZinniRah Zulaikha

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI