Memegang tugas sebagai seorang doktor memang mencabar apatah lagi di saat getir begini. Mereka dan barisan hadapan yang lain wajar menerima penghormatan daripada semua kerana sanggup berkorban masa dan tenaga demi negara yang tercinta.
Berkongsi di laman sosial, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan rasa terharunya apabila melihat isterinya iaitu Dr. Halina yang sangat komited dengan kerjanya biarpun terdedah dengan risiko dijangkiti virus covid-19 pada ketika ini.
Isteri tercinta, Dr. Halina telah menjalankan pemeriksaan ke atas pesakit covid-19 sejak dari pertama lagi. Semalam, dia membuatkan kami semua terkejut apabila dia pulang ke rumah dengan simptom sakit tekak dan batuk.
Selepas melakukan ujian swab, dia telah mengkuarantinkan dirinya di dalam bilik di rumah sementara menunggu keputusannya. Ia menyedihkan saya apabila melihat dia tidak boleh berada dekat dengan anak-anak. Tak boleh bayangkan bagaimana perasaannya sementara menanti tempoh 8 jam.
Saya teringat ketika dia menghubungi saya dari hospital tidak tahu mahu ke mana disebabkan dia tidak mahu saya dan anak-anak dijangkiti olehnya. Pada waktu itu pun dia masih mementingkan orang lain.
Ads
Alhamdulillah, keputusan ujiannya adalah negatif. Walau apa yang sudah terjadi, dia masih meneruskan semangatnya untuk bekerja hari ini. Itulah Dr. Halina. Bukan kerana dia isteri saya tetapi kerana dia doktor yang sudah dilatih untuk membantu orang lain… berkorban demi pesakit… apa yang penting adalah menyelamatkan nyawa tidak kiralah sebesar mana risikonya.
Kepada semua doktor, jururawat dan mereka yang terlibat dalam bidang perubatan di luar sana, sentiasalah kuat dan berani.
Sebak membaca penulisannya ini. Benarlah, sungguh besar pengorbanan mereka hingga terpaksa mengorbankan waktu bersama anak dan keluarga tercinta. Kita sebagai rakyat Malaysia bantulah mereka dengan mematuhi arahan kerajaan sepanjang Perintan Kawalan Pergerakan (PKP) ini agar wabak ini segera lenyap dari muka bumi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baru-baru ini, telah viral di beberapa laman media sosial mengenai seorang wanita berhijab dari Indonesia yang menjadi tumpuan ramai kerana merupakan salah seorang anggota polis Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Hikma, 25, yang berasal dari Yogjakarta kini sedang bertugas sejak bulan Jun lalu di bawah PBB yang berkapalan di Bangui, Afrika.
Penglibatan Hikma sebagai seorang anggota polis PBB jelas membuktikan sisi lain sebagai seorang wanita masa kini yang lebih berani dan tidak takut berhadapan dengan cabaran. Moga wanita lain di luar akan turut terinspirasi dengan kejayaan dirinya.
Setelah hampir seminggu melahirkan, ramai yang tidak sabar untuk melihat secara rasmi wajah baby #comelpipimerah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa. Maklumlah kelahirannya memang ditunggu-tunggu selama ini dan peminat Siti tidak sabar untuk menatap wajah baby ini. Walaupun ada gambar yang tersiar sebelum ini, tetapi secara rasmi belum lagi dipaparkan oleh pasangan ini. Baru-baru ini Siti ada muat turut suara tangisan bayinya dan mendapat hampir 1 juta view di laman instagramnya. Kemudian Siti juga turut memuatkan foto jari kecil baby yang mendapat pelbagai komen dari followernya.
Dengan caption bertulis ‘selamat malam sayang ibu…#comelpipimerah tak sabar nak jumpa esok’ ternyata Siti membahasakan dirinya sebagai ibu kepada anak sulungnya ini.
Ramai memberi reaksi komen positif pada gambar yang dimuat turun. Status ini sahaja mendapat hampir 3 ribu komen yang rata-rata cukup gembira dengan perkongsian gambar dimuat turun walaupun hanya menampakkan jari si kecilnya sahaja.
ubariani86 Tahniah…kirim salam kat baby comel pipi merah yea…muah..
rozijafri Tahniah. Rase complete je hidup dgn adanya sikecil disisi
puansrihalijah Setinggi2 tahniah Datuk Siti Norhaliza dan suami di atas kehadiran Putri yg comil dan cantek saperti ibu dan ayah nya moga2Allah menambahkan lagi kebahgiaan dunia dan akhirat Amin yra
ririnleeoppa Knp lom dikasih lht wajahnya..Penasaran wajah baby nya mirip siapa..pasti cantik n menggemaskan…
yennisri96 Selamat ya buat bunda @ctdk atas kelahirannya…@fatiha_auladina do’akan semoga babynya jadi anak yang sholeha, cantik, dll…..
fathiayasmin Semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat❤️haven’t seen how she looks like but we’ve already fallen in love with @babyctdk …
zara6119 Alhamdulillah..jari2 merah comel dn gebu yg d nanti..
thira.nayla987 Tgk tngan baby pon da comel . Ni belom lgi tgk muka baby mesti tersangat comel..tahniah @ctdk
sakinatulmawaddah2012 Alhamdulillah, Allahumma faqqihha fiddin wa’allimha takwil.. Tahniah Dato Siti, Selamat berpantang? Hai baby Al Humaira (Pipi kemerahan) Moga menjadi ank yang solehah, cantik paras rupa dan cantik akhlaknya? cantik nama Aisyah Al-Humaira
riarahay Doakan aku ya dato’ @ctdk agar aku bisa hamil juga karna sudah 4 tahun pernikahan ku belum kunjung jua
yanieothmanAssalammualaikum @ctdk .. kak iti .. ini yang dikatakan nikmat pemberian / kurniaan Allah yang tidak terkira … tahniah n syukur kerana kak iti antara yang merasa nikmat .. kak 🙁 .. mohon doakan kak long saya kak .. mana tau berkat doa ibu lepas bersalin .. kak long saya n abg ipar sudah mendirikan rumah tangga selama 17 thn .. belum ada rezeki kurniaan Allah SWT untuk mereka marasai nikmat kurniaan yang x terhingga ini .. doakan untuk kak long saya ye kak iti .. 🙁 .. (nak nangis .. huhuhu..) .. didoakan hanya yang terbaik untuk kak iti n baby comel pipi merah .. bye n hugs for kak iti n baby .. harap kak iti baca .. 🙁 …
nurtasbeeh Salam dato’ jaga diri dlm pantang, muga sihat selalu,
qimmymelanie Feeling bawa balik baby dari hospital tu one of a kind. Bahagia sgt. Enjoy the moments. Selamat berpantang buat tok ti & #comelpipimerah
Khabarnya juga pasangan ini nanti akan melakukan majlis aqiqah dan taknik buat puteri mereka ini dalam masa terdekat. Kita nantikan mungkin di majlis ini nanti Siti dan Datuk K akan memperlihatkan wajah anakanda kesayangan kepada semua peminat Siti. Insya-Allah.
Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman Al-Yahya atau lebih mesra disapa sebagai Ustazah Sharifah Khasif mula dikenali selepas menjuarai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa pada 2009.
Sering berkongsi ilmu dakwah khususnya di media sosial, Ustazah Sharifah Khasif baru-baru ini memuat naik satu hantaran di mana pada 5 Ogos 2024 yang lalu genaplah usianya yang ke-42 tahun.
Dalam hantaran tersebut, Ustazah Sharifah Khasif berkongsi dua fotonya yang sedang duduk di sebuah meja hidangan dihiasi bunga-bungaan.
Penampilan ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini cukup ringkas dengan berkemeja putih yang dipadankan dengan skirt rona nude.
Ustazah Sharifah Khasif memilih selendang hitam polos rona hitam yang dililit ringkas.
“5 August ………. Alhamdulillah atas kurniaan nikmat usia, kesihatan tubuh badan yang kemampuan beribadah dan segala yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata,” luahnya syukur.
Ustazah Sharifah Khasif menyatakan bahawa syukur bukan sekadar kata-kata.
“Syukur bukan hanya dengan kata-kata tetapi cara kita terus sujud kepada Pencipta, terus kuat Beramal, Beriman dan Bersederhana dalam segala hal..”
Tidak ketinggalan, Ustazah Sharifah Khasif turut berterima kasih kepada para pengikutnya yang menzahirkan ucapan sempena hari lahirnya itu.
“Terima kasih atas ingatan hari lahir buat ustazah….. Semoga ukhwah hingga ke jannah.. Amin ya rabb.”
Menjengah ke ruangan komen, para pengikutnya termasuk rakan selebriti menitipkan ucapan dan doa tulus buat pendakwah yang memiliki Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang psikologi ini.
Untuk info, Ustazah Sharifah Khasif merupakan pengasas Akademi of Sharifatuna Quranic Arts (ASQA) yang mencari bakat-bakat baru dalam meneruskan legasi sebagai qari dan qariah masa depan.
Dari segi penjagaan kesihatan dan kecantikan pula, Ustazah Sharifah Khasif mengamalkan jamu sejak remaja di samping tamar dan air zam-zam yang sentiasa ada di rumahnya.
Hijabista mendoakan semoga Ustazah Sharifah Khasif sentiasa dalam rahmat dan perlindungan-Nya seterusnya dapat mengajak lebih ramai orang untuk mendampingi kalam suci Al-Quran.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di