Ads

Dr. Sarah Jukaku, Muslimah Hebat Berhijab & Pakar Psikiatri Berjaya!

Cantik, berpendidikan tinggi dan tetap teguh dengan identiti Muslimah! Itulah keistimewaan Dr. Sarah Jukaku, wanita berhijab yang mencuri perhatian ramai menerusi sokongannya terhadap suami, Abdulrahman Mohamed El-Sayed, seorang tokoh politik Muslim di Amerika Syarikat (AS).

Namun, Dr. Sarah Jukaku bukan sekadar isteri kepada tokoh politik berpengaruh. Di sebalik penampilannya yang sederhana dan penuh ketenangan, beliau sebenarnya seorang pakar psikiatri yang mempunyai pencapaian akademik membanggakan.

Lebih menarik, perjalanan hidupnya turut menjadi inspirasi kepada wanita Muslim yang mahu membina kerjaya profesional tanpa mengetepikan pegangan agama dan tanggungjawab terhadap keluarga.

Dr. Sarah Jukaku, Muslimah Hebat Berhijab & Pakar Psikiatri Berjaya!
Di mata dunia, Sarah menjadi inspirasi dengan World Hijab Day di media sosial menulis isteri Abdul itu sebagai suri teladan hebat yang mewakili keyakinan, keimanan dan integriti.

Dr. Sarah Jukaku Kekal Berhijab, Yakin Dengan Identiti Muslimah

Kemunculan Sarah ketika berucap di hadapan penyokong suaminya di Michigan baru-baru ini mendapat perhatian ramai.

Tampil anggun dalam persalinan sederhana bersama hijab, Sarah kelihatan tenang dan penuh keyakinan ketika memberikan sokongan kepada suaminya.

Malah, platform World Hijab Day turut memberikan penghargaan kepadanya sebagai contoh Muslimah yang melambangkan keyakinan, keimanan dan integriti.

Keperibadiannya membuktikan bahawa seorang wanita Muslim mampu tampil berani serta dihormati tanpa perlu mengorbankan prinsip dan identiti agama.

Dr. Sarah Jukaku, Muslimah Hebat Berhijab & Pakar Psikiatri Berjaya!
Biarpun tampil sederhana dan ringkas, Sarah dilihat yakin, tenang dan mesra semasa berucap di pentas akhir kempen suaminya yang bertanding pada Pilihan Raya Pertengahan Penggal AS baru-baru ini.- AFP

Bukan Calang-Calang, Rupanya Pakar Psikiatri!

Menariknya, Sarah memiliki latar belakang pendidikan yang cukup mengagumkan.

Ads

Dilahirkan dan dibesarkan di Michigan dalam keluarga Muslim berketurunan India, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Sosiologi dan Pengajian Timur Dekat di University of Michigan.

Sarah kemudian menyambung pengajian peringkat sarjana di University of Oxford, United Kingdom, sebelum memperoleh ijazah Doktor Perubatan daripada Columbia University pada 2015.

Beliau turut menjalani latihan kepakaran psikiatri di Weill Cornell dan University of Michigan.

Tidak terhenti di situ, Sarah pernah memegang jawatan kepimpinan dalam perkhidmatan psikiatri di University of Michigan sebelum membuka klinik persendirian, Mind Work Psychiatry di Ann Arbor.

Ads

Pencapaiannya menjadi bukti bahawa wanita berhijab mampu membina kerjaya profesional dan berjaya dalam bidang yang diceburi.

Dr. Sarah Jukaku, Muslimah Hebat Berhijab & Pakar Psikiatri Berjaya!
Sarah dan Abdul bersama dua cahaya mata perempuan mereka yang menjalani kehidupan privasi.

Isteri Penyayang, Ibu Kepada Dua Cahaya Mata

Di sebalik kesibukan kerjaya, Sarah turut memainkan peranan sebagai isteri dan ibu kepada dua anak perempuan, Emmalee dan Serene.

Kisah cinta Sarah dan Abdul bermula ketika kedua-duanya menuntut di University of Michigan serta aktif dalam persatuan pelajar Islam.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Mei 2006 ketika Sarah baru berusia 19 tahun.

Ads

Hampir dua dekad bersama, Sarah sentiasa menjadi penyokong kuat perjalanan politik suaminya meskipun lebih selesa menjalani kehidupan jauh daripada perhatian umum.

Inspirasi Hijabi, Berjaya Tanpa Menggadaikan Prinsip

Kisah Sarah Jukaku membuktikan bahawa hijab bukan penghalang untuk seorang wanita mengejar impian dan mencipta kejayaan.

Beliau bukan sahaja berjaya membina kerjaya sebagai pakar psikiatri, malah tetap bangga membawa identiti Muslimah di pentas antarabangsa.

Buat para hijabi, perjalanan Sarah menjadi inspirasi bahawa kecantikan sebenar bukan hanya terletak pada penampilan, tetapi turut terpancar melalui ilmu, keyakinan dan keteguhan prinsip.

Wanita hebat tidak perlu mengubah siapa dirinya untuk diterima dunia. Sebaliknya, keyakinan terhadap identiti dan nilai diri itulah yang menjadikannya luar biasa.

BACA LAGI : Pelajar Hafizah Khatam al-Quran 10 Kali Dalam 7 Bulan, Muslimah Hebat Raih CGPA 3.99

Sumber : Kosmo Online

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Yang lain

Cantik Bukan Sekadar Glowing! Ini 5 Perkara Yang Islam Tekankan

Kecantikan Muslimah menurut Islam bukan sekadar rupa paras. Ketahui 5 panduan penting menjaga penampilan, memilih produk halal dan memelihara akhlak.