Memiliki dagu berlipat atau double chin, dua lapis bahkan tiga lapis, adalah keadaan yang umum apabila kelihatan setiap kali menatap cermin. Ketika lapisan di bahagian leher menjadi cukup besar maka akan membentuk kedutan seperti dagu tambahan.

Meskipun secara medis dagu berlipat tidak menandakan masalah kesihatan, ramai orang menganggapnya tidak enak dilihat. Dagu berlipat juga sering dikaitkan dengan kenaikan berat badan, padahal ada beberapa faktor penyebab lain. Ternyata penyebabnya sangat komplek. Inilah 5 penyebab paling umum mengapa mereka cenderung memiliki dagu berlipat.

1. Lebihan berat badan

Penyebab paling utama dagu berlipat adalah lebihan lemak. Ketika berat badan bertambah, lemak akan disimpan di seluruh tubuh, termasuk di wajah dan di bawah dagu. Ini bergantung pada jenis tubuh anda, jika anda memiliki postur tubuh besar, mungkin kenaikan berat badan ini akan tertumpu pada bahagian perut atau peha. Namun, bagi sebahagian yang lain, lemak ini boleh muncul di dagu sehingga menyebabkan dagu tampak berlipat.

2. Genetik

Jika anda melihat beberapa anggota keluarga anda yang memiliki dagu berlipat, maka kemungkinan besar anda akan memilikinya juga.

IKLAN

3. Struktur wajah

Secara khusus, mereka dengan garis rahang yang tidak tegas lebih terdedah memiliki dagu berlipat. Ini membuat area kulit tampak berlebihan. Ini yang menjadi alasan utama mengapa beberapa orang memiliki tubuh kurus juga boleh memiliki dagu berlipat.

4. Kulit yang menua

Kulit mulai kehilangan keanjalannya seiring dengan bertambah usia sehingga menyebabkan kulit menjadi kendur dan menimbulkan dagu berlipat. Pada pertengahan usia 20-an, jumlah kolagen yang diproduksi kulit mulai menurun. Ketika ini terjadi, kulit mulai kehilangan keanjalannya. Semakin tua, semakin sedikit kolagen yang diproduksi. Ketika kulit di bawah rahang mulai mengendur, ini menciptakan kesan dagu berganda. Menjalankan perawatan kulit dan menjalani gaya hidup sihat dapat membantu mencegah kesan penuaan ini.

IKLAN

5. Postur tubuh

Ketika memakai telefon bimbit, kita cenderung menunduk ke bawah. Selain berpotensi menyebabkan sakit leher, postur ini juga memberi kesan buruk bagi otot platysma, yang menghubungkan leher ke dagu. Ketika otot ini melemah, mengakibatkan berkurangnya keanjalan di sekitar rahang dan efek kendur.

Ada beberapa perkara yang dapat lakukan untuk membantu mengatasi dagu berlipat, seperti:

1. Senaman wajah

Ini merupakan cara yang paling praktik kerana anda tak perlu keluar wang dan keluar rumah. Senaman wajah dapat memperkuat leher, rahang, dan tisu penghubung sehingga membantu mengurangkan dagu berlipat. Salah satu senamannya hanya memerlukan waktu beberapa minit setiap hari, iaitu pucker up. Langkah-langkahnya sebagai berikut:

IKLAN
  • Tarik kepala anda ke belakang dan lihat ke arah langit.
  • Muncungkan bibir seolah-olah anda hendak mencium langit. Lakukan untuk meregangkan area di bawah dagu.
  • Berhenti muncungkan bibir dan kembalikan kepala ke posisi normal.

2. Diet dan senaman

Jika dagu berlipat anda disebabkan oleh kenaikan berat badan, diet akan membantu mengecilkan atau menghilangkannya. Cara terbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan memakan makanan sihat dan senaman teratur. Ini panduan makan sihat yang boleh anda lakukan:

  • Makan sayur dan buah dengan cukup
  • Mengganti gandum bukan keseluruhan (seperti nasi putih, roti putih) dengan gandum penuh
  • Hindari makanan proses
  • Makan protein rendah lemak, seperti ikan
  • Makan lemak sihat, seperti minyak zaitun, alpukat, dan kekacang
  • Singkirkan makanan yang digoreng
  • Pilih produk susu rendah lemak
  • Batasi pengambilan gula
  • Kontrol bahagian makanan agar tak berlebihan

Supaya berat badan turun dengan lebih maksima, anda boleh bersenam sebanyak 300 minit seminggu, atau 45 minit setiap hari. Anda juga disarankan untuk melakukan strength training dua kali seminggu. Segala bentuk aktiviti fizik, seperti berkebun, membawa barang belanjaan, naik-turun tangga, juga masuk ke dalam jadual.

3. Lipolisis dan mesoterapi

Jika dagu berlipat anda disebabkan oleh genetik, doktor mungkin akan menyarankan prosedur invasif seperti lipolisis dan mesoterapi.

  • Lipolisis

Lipolisis menggunakan sedut lemak atau panas dari laser untuk melarutkan lemak dan membentuk kulit. Prosedur ini hanya menangani lemak, dan tidak menghilangkan kelebihan kulit atau meningkatkan keanjalan kulit. Kesan samping lipolisis berupa bengkak, lebam dan rasa sakit.

  • Mesoterapi

Saat mesoterapi, doktor akan menyuntikkan senyawa ke dalam dagu untuk melarutkan lemak. Proses ini boleh memakan waktu hingga 6 bulan dan mungkin memerlukan lebih dari 100 suntikan pada sesetengah individu. Jika dilakukan secara tidak betul, dapat menyebabkan kerosakan saraf.

Untuk menghilangkan dagu berlipat, anda perlu bersabar, kecuali jika melakukan laser lipolisis. Anda juga harus memastikan double chin yang dimiliki disebabkan oleh faktor genetik sebelum melakukan prosedur invasif. Jika penyebabnya adalah kenaikan berat badan, lebih baik anda mengubahnya dengan diet dan senama. Tapi sebelum melakukan diet dan program senaman, lebih baik anda minta nasihat dulu dengan doktor.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI