Ramai di antara kita yang mengidamkan berat badan yang ideal lagi sihat. Tipulah kalau cakap ‘tak’ kan. Kita semua termasuklah golongan pelajar pastinya mahu tampil yakin apabila berhadapan dengan orang ramai apatah lagi universiti dan kolej bakal dibuka semula tidak lama lagi.
Jika anda tercari-cari bagaimana caranya untuk melaram dengan yakin apabila ke kuliah nanti, di sini Hijabista nak kongsikan satu rahsia yang pastinya tak rugi untuk anda cuba.
BAHAN TERBAIK DARI KOREA
Photo by Monstera from Pexels
Dengan formulasi terbaharu dari negara Korea, minuman lazat Kitsui Coffee Xslim Shapez sememangnya dapat membantu anda mengecilkan bahagian lengan, peha dan double chin di wajah anda. Barulah rasa bertambah yakin bila nak berswafoto!
Tambahan lagi, Kitsui Coffee Xslim Shapez dapat meningkatkan kadar metabolisme sekaligus mampu membantu membakar lemak dengan cepat. Ia juga mengurangkan selera makan anda serta membantu mengatasi masalah dengkur yang dialami. Malu bukan jika ada rakan yang tahu kita tidur berdengkur?
HILANGKAN SEGALA RASA LESU
Photo by Monstera from Pexels
Bukan itu sahaja, minuman ini akan memberikan tenaga dan kecergasan kepada tubuh badan anda. Minda juga akan jadi lebih cerdas serta daya fokus juga akan menjadi lebih baik. Anda pastinya akan lebih mudah memahami ilmu baharu di kuliah. Tak mustahillah anugerah dekan akan menjadi milik anda di akhir semester nanti.
Selain itu, ia diadun dan dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi yang terbaik lagi halal termasuklah Korean Ginseng. Ia juga sangat mudah untuk dinikmati dan hanya mengandungi 29 kalori dalam satu sachet. Jadi, anda tidak perlu rasa ragu-ragu untuk menikmatinya.
Ads
Tak perlu rungsing lagi, inilah cara semulajadi yang berkesan untuk anda dapatkan badan yang lebih ideal, bertenaga dan sihat. Layarilah segera @kitsuimalaysia di Instagram dan laman web kitsui.com.my untuk mendapatkan produk hebat ini.
𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐜𝐭 𝐓𝐫𝐞𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠! 🥰🥰 Apa tunggu lagi, lagi lama lagi susah berat badan nak turun atau maintain. Jadi cepat grab product terbaru ini dari @𝐤𝐢𝐭𝐬𝐮𝐢𝐦𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 Dapatkan di Kitsui Shopee Mall, Kitsui Website dan farmasi berdekatan anda.
Mari dapatkan tawaran hebat menggunakan kod ‘KITSLIM’ – potongan RM5 untuk pembelian 2 produk kitsui di laman Kitsui Shopee Mall atau Website Kitsui checkout!
Ads
Kembalilah ke kuliah dengan lebih yakin dan mempersona dengan Kitsui Coffee Xslim Shapez!
“Dah cuci muka pun, masih tak bersih. Paling degil nak buang maskara daripada bulu mata!” Aduh, memang susah nak tanggalkan mekap kalis air ni khasnya tanpa produk yang betul. Tapi jangan risau, kali ni Hijabista kongsikan produk terbaharu Hada Labo Pore Refining Micellar Cleansing Water yang sangat berkesan membersihkan mekap dengan serta-merta.
Meskipun ada banyak produk berasaskan Micellar Water di pasaran, namun Hada Labo Pore Refining Micellar Cleansing Water terbukti lebih baik kerana sifatnya yang langsung tak memedihkan atau mengeringkan kulit.
Semakin anda membersihkan semakin anda rasa terhidrat. Tak payah risau walaupun anda terpaksa menanggalkan solekan anda beberapa kali sehari.
Sangat mudah dipakai, kini lupakan saja makeup remover lain yang ‘memaksa’ anda menggosok muka berkali-kali untuk mencuci mekap kalis air. Itulah puncanya kedutan wajah dan garis-garis halus!
Dengan teknologi mikro-molekul pembersihan kulit yang unik, ia sangat berkesan untuk membersihkan semua jenis mekap kalis air di bahagian wajah, mata dan bibir. Hada Labo Pore Refining Micellar Cleansing Waterjuga turut dirumus dengan bahan-bahan yang melembap dan menyihatkan kulit.
Antaranya:
Formulasi unik produk ini menepati ‘Cara Pembersihan Wajah Jepun’ iaitu liang pori dibersihkan dengan sempurna tanpa mengeringkan kulit, malah mampu melembapkan lagi kulit selepas cucian.
PENGGUNAAN
Dengan menggunakan pad kapas, oleskan Pore Refining Micellar Cleansing Water ke seluruh muka termasuk bahagian bibir dan kelopak mata. Ia dengan mudah dapat menanggalkan mekap jenis kalis air umpamanya maskara dan lipstik dengan berkesan.
Paling penting, kulit rasa selesa selepas digunakan. Ia tidak mengering atau membuat kulit tegang kerana dirumus untuk membersih sambil melembapkan. Selain itu, produk ini juga mampu menghalang liang pori tersumbat, menyingkirkan sel kulit mati, mengurangkan jerawat, mengecilkan saiz liang pori serta melembut dan menganjalkan kulit
Produk Hada Labo Pore Refining Micellar Cleansing Watertidak diuji ke atas haiwan, bebas alkohol, pewangi atau pewarna tiruan. Ia terbukti sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan berjerawat.
Jadi tunggu apa lagi, dapatkan Hada Labo Pore Refining Micellar Cleansing Water anda sekarang. Untuk maklumat lanjut, layari info Hada Labo seperti yang tertera.
Wajahnya pernah menghiasi barisan busana dan hijab Muslimah. Tidak dapat dinafikan kerjaya sebagai model Muslimah menjanjikan pendapatan yang lumayan. Disimbahi dengan bidikan cahaya kamera umpama makanan harian buat wanita pemilik nama Arina Ayuni Md Zolbahrem.
Namun itu cerita dahulu. Arina Ayuni atau lebih mesra dengan sapaan Arina kini mencabar diri dengan menerokai kerjaya alternatif sebagai ejen takaful atau lebih dikenali sebagai Perancang Hayat dengan AIA Malaysia. Berusia 27 tahun, Arina berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Linguistik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).
Satu kelebihan buat Arina apabila dia juga dikenali sebagai seorang social influencer. Akaun Instagram Arina iaitu yunizolbahrem kini mencecah sehingga 116,000 pengikut. Arina menggunakan kesempatan ini dengan menjadikan platform media sosial sebagai strategi pemasaran yang paling ampuh.
“Bagi saya media sosial merupakan platform yang paling berkesan untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan perlindungan takaful. Selalunya saya akan memuatnaik video yang memberi informasi kepada orang ramai tentang takaful sama ada di Instagram dan juga Instagram Story,” ujar Arina.
Jelas Arina, dia merasakan bidang kerjaya ini bukan sahaja sesuai dengan dirinya namun dalam masa yang sama dapat menguji keupayaan ‘membuat jualan.’ Apa yang lebih penting, dia dapat membantu orang ramai membina masa depan yang lebih terjamin.
PELUANG TERBENTANG DI DEPAN MATA
“Pertemuan dengan salah seorang rakan suami merupakan titik permulaan saya berkecimpung dalam dunia kerjaya sebagai Perancang Hayat. Saya begitu teruja dan ikut ceramah kerjaya yang dianjurkan oleh sebuah agensi insurans dan takaful yang bernaung di bawah AIA.
“Dari situ saya lihat peluang untuk saya pergi jauh dalam bidang ini terbentang luas di depan mata. Kerjaya sebagai Perancang Hayat AIA bukan sahaja memberi ganjaran yang menarik, tetapi juga fleksibiliti dalam mengatur kehidupan harian.
Alhamdulillah hanya dalam tempoh tiga bulan pertama menyertai kerjaya sebagai Perancang Hayat, pendapatan bulanan yang saya peroleh hampir 3 kali ganda berbanding pendapatan tetap yang dahulu. Paling menarik saya juga berpeluang mengikuti insentif percutian ke Chiang Mai, Thailand. In Shaa Allah tidak lama lagi saya akan melancong ke Gold Coast, Australia pula,” ujar Arina yang baharu setahun menjadi ‘ahli keluarga’ AIA.
TERPIKAT DENGAN AIA ELITE ACADEMY
Memulakan latihan pada hujung tahun 2018, Arina secara rasminya bergelar Perancang Hayat pada Januari 2019. Melalui AIA Elite Academy yang menawarkan program selama 18 bulan, Arina bukan sahaja diberikan latihan pengkhususan dan pengetahuan kewangan malah selok belok pemasaran media sosial.
Program pertama seumpama ini turut menyediakan latihan individu serta pementoran kepada Perancang Hayat yang terpilih disamping menawarkan pelbagai sokongan lain termasuk skim pembiayaan yang bertujuan membantu mereka memulakan kerjaya dengan asas yang kukuh di AIA.
“Bulan pertama sahaja saya sudah dapat rasakan tekanannya. Memang ia agak mencabar memandangkan saya terpaksa mendekati orang tidak dikenali dan mengalami penolakan yang bagi saya ‘menyakitkan.’ Pengalaman ‘ditolak’ oleh seorang rakan membuatkan saya rasa putus asa sehingga saya menangis. Saya tidak pernah mengalami situasi orang ‘lari’ dari saya dan ia suatu yang menyedihkan.
“Saya bersyukur kerana di kelilingi senior-senior yang banyak membantu dan beri tunjuk ajar. Bergerak di bawah agensi PJ Luna Stella, saya belajar memperbaiki diri dari hari ke hari. Jika pada mulanya saya merasakan yang penolakan itu satu perkara yang memberikan impak sangat besar dalam hidup saya namun sekarang penolakan itu saya anggap sebagai peluang untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.
“Secara jujurnya AIA Elite Academy banyak membantu memperbaiki kemahiran saya untuk menjadi Perancang Hayat yang lebih baik. Bayangkan sekecil-kecil skil seperti membina dialog, cara berhadapan dengan prospek klien sehinggakan etika dan adab ketika makan pun didedahkan, pendek kata A-Z semuanya diajar,” jelas Arina.
AIA Elite Academy sangat mengalu-alukan Perancang Hayat baharu yang bersemangat untuk menjadi yang terbaik dalam profesion ini. Dalam masa yang sama juga turut berkongsi misi yang sama dengan AIA untuk membantu masyarakat menjalani kehidupan yang lebih bermakna.
“Saya akui kerjaya sebagai Perancang Hayat ini amat berbeza dengan kerjaya sebagai sebagai model Muslimah. Jika sebelum ini orang mencari saya tetapi kali ini saya pula mencari orang. Ibu pada mulanya tidak menggalakkan saya menyertai bidang ini namun selepas saya mengikuti ceramah daripada pihak agensi AIA, saya terfikir, kalau orang lain boleh buat mengapa saya tidak.
“Sememangnya saya amat ‘terpikat’ dengan program AIA Elite Academy. Di samping insentif yang menarik seperti elaun dan komisen serta trip perjalanan percuma, bagi saya kerjaya sebagai Perancang Hayat merupakan pilihan kerjaya untuk jangka masa panjang,” tutur Arina.
SESUAI UNTUK GENERASI MUDA
Bercerita lebih lanjut lagi, kongsi Arina, untuk tiga bulan pertama, dia perlu mengikuti kelas tiga kali seminggu diikuti dua kali seminggu. Melalui program AIA Elite Academy, semua Perancang Hayat berkongsi kemahiran dan pengalaman masing-masing. Tiada istilah ‘simpan sendiri’ walaupun berlainan agensi.
“Bukan mudah untuk menukar pemikiran daripada ‘makan gaji’ kepada pendapatan berasaskan komisen. Memang ada yang takut dan tertanya-tanya bolehkah mereka berjaya apabila ‘terjun’ dalam industri takaful. Bagi saya jika kita tidak cuba, kita tidak akan tahu hasilnya. AIA sudah sediakan semuanya jadi tinggal kita untuk melaksanakannya, pendek kata antara mahu atau tidak sahaja,” ungkap Arina.
“Kerjaya sebagai Perancang Hayat ini sebenarnya umpama memiliki bisnes sendiri. Perlu bekerja keras untuk mendapatkan hasilnya. Buat generasi muda, tidak rugi untuk melibatkan diri dalam kerjaya ini. Yang penting ada minat dan usaha untuk mengembangkan kerjaya, In Shaa Allah anda boleh pergi lebih jauh,” akhiri Arina.
Inginkan kerjaya yang lebih fleksibel dengan tawaran ganjaran yang menarik?
Mesti sebelum ini ramai yang merasakan proses sertu itu sukar untuk dilaksanakan serta turut keliru mengenai perbezaannya dengan samak. Buat pengetahuan semua, sertu adalah bersuci daripada najis mughallazah (anjing & khinzir) yang terkena pada pakaian, badan atau tempat iaitu 7 kali basuhan dengan air mutlak dan salah satunya adalah air bercampur tanah.
Samak pula adalah menyucikan kulit haiwan (selain anjing dan khinzir) yang hendak digunakan dengan cara membersihkan sisa daging, bulu, kotoran dan lain-lain yang melekat di kulit dengan menggunakan air atau bahan-bahan lain.
Kekeliruan ini sering terjadi kerana melalui sudut bahasa, samak dan sertu mengandungi makna yang sama iaitu membersihkan najis mughalazah dengan air dan tanah.
Penjelasan lebih lanjut oleh Dr. Irwan Mohd Subri, Pengarah Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui video ini dapat membantu hijabi mengatasi kekeliruan ini.
Kini, anda pasti tidak akan berasa sukar lagi untuk melakukan sertu kerana Skrub Mandian Sertu Antibakteria daripada Safi ini akan membantu anda untuk menyucikan najis mughallazah dengan mudah.
Ia merupakan produk baharu dengan 100% keyakinan menyucikan najis mughallazah terutama sekali buat umat Islam di Malaysia yang mempunyai masalah dalam proses sertu khususnya untuk mendapatkan sumber tanah liat yang bersih dan suci untuk menyucikan najis mughallazah.
Dirumus dengan 100% sumber tanah liat asli berkualiti tinggi dan halal seperti habbatus sauda dan ekstrak bidara, Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria ini telah mendapat persijilan halal oleh JAKIM dan kaedah sertu ini telah disemak dan disahkan sendiri oleh Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Mudah saja cara penggunaannya. Pertama, pastikan anggota badan yang terkena najis mughallazah telah dibersihkan daripada zat najis tersebut. Kemudian, campurkan Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dengan air mutlak dan sebatikan hingga air menjadi keruh bagi basuhan pertama.
Seterusnya, ikuti basuhan anggota badan dengan air mutlak sebanyak 6 kali.
Wow, memang mudah jadinya bila ada produk sebegini! Nak bawa melancong ke mana-mana pun senang. Kini, anda tidak perlulah berasa ragu lagi untuk sertu di mana jua kerana anda boleh ‘Wash Wash Tanpa Was Was!’
Layari www.safi.com.my, laman Facebook SAFI serta Instagram @safimalaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya. Anda juga boleh segera dapatkannya melalui pembelian atas talian di laman Shopee. Memang mudah!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui amalan Hari Asyura yang dikongsikan Ustaz Wadi Annuar termasuk berpuasa, berzikir, beristighfar, meluaskan nafkah dan menghidupkan malam dengan ibadah.