Setiap kali bulan Ramadan antara isu yang selalu sahaja timbul ialah masalah bau mulut. Mungkin kita sudah terbiasa dengan ungkapan ‘mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi’ namun itu bukan bermakna kesihatan dan kebersihan mulut perlu dipandang sebelah mata sahaja.

Tidak dapat dinafikan, ramai antara kita mengalami masalah bau mulut ketika berpuasa di bulan Ramadan. Ia boleh menimbulkan rasa kurang selesa apabila bercakap dengan orang lain. Dalam masa yang sama juga bau mulut yang terlalu ‘tajam’ boleh membuatkan seseorang itu berasa rendah diri.

Photo by Anete Lusina from Pexels

Sebenarnya masalah bau mulut ketika berpuasa adalah disebabkan oleh kekurangan air di dalam badan. Keadaan inilah yang menyebabkan kurangnya pengeluaran air liur dari kelenjar liur di dalam mulut.

Berikut perkongsian Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan tentang cara elak mulut berbau ketika di bulan Ramadan.

ENAM CARA ELAK MULUT BERBAU DI BULAN RAMADAN

IKLAN

1. Minum air secukupnya
Antara salah satu sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa. Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.

Photo by Daria Shevtsova from Pexels

2. Elakkan minum kopi atau teh di waktu sahur
Kopi dan teh adalah sejenis diuretik, iaitu bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika kita minum teh dan kopi, maka kita akan hilang banyak air melalui air kencing. Ia boleh menyebabkan dehidrasi, dan secara tidak langsung menyumbang kepada mulut berbau.

IKLAN
Photo by Tirachard Kumtanom from Pexels

3. Kurangkan Bercakap
Kurangkan bawang dan membawang. Bawang putih dan merah adalah antara makanan yang buat nafas berbau.Manakala, terlalu banyak bercakap pula boleh menyebabkan kelembapan mulut mudah tersejat, lalu menyebabkan mulut menjadi kering dan berbau.

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

4. Ambil karbohidrat secukupnya
Ramai cuba kurangkan berat badan secara intensif semasa Ramadan dengan tidak ambil karbohidrat serta gula. Ini memaksa tubuh mendapatkan tenaga secara ketosis dan menghasilkan ketones yang menyebabkan nafas berbau. Jadi, makanlah juga karbohidrat sikit.

IKLAN
Photo by Marta Dzedyshko from Pexels

5. Gosok gigi dan bersihkan lidah
Antara penyumbang mulut berbau adalah kehadiran bakteria dalam mulut. Maka, gosok gigi sebelum tidur dan 30 minit selepas sahur. Gunakan floss untuk bersihkan sisa makanan di celahan gigi dan bersihkan lidah dengan berus gigi. Boleh juga kumur dengan larutan pembersih mulut.

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

6. Pastikan tiada masalah mulut dan hidung
Jika semua cara di atas telah diikhtiar tetapi mulut masih berbau, anda hendaklah berjumpa dengan doktor. Masalah pada rongga hidung, sinus, gigi, lidah, gusi atau tonsil juga boleh menyebabkan mulut berbau. Jadi, jumpalah doktor untum pemeriksaan.

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

HIJABISTA: Berpuasa bukanlah alasan untuk anda tidak menjaga kebersihan mulut. Jika berasa kurang selesa dengan bau nafas sendiri, anda boleh berkumur dengan cecair kumur (pembasmi kuman). Yang penting berkumur-kumur itu janganlah sampai berlebihan.     

Sumber kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Top image: Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI