“Saya utamakan kewajipan lain seperti menjaga solat, berzakat terlebih dahulu dan InsyaAllah doakanlah agar hati saya kuat untuk kekal bertudung dan semoga dipermudahkan segalanya untuk Betty menjadi lebih baik,” katanya kepada mStar.
Ads
Dalam pada itu, Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe akan bersama-sama dengan artis-artis lain berusaha mempromosikan laman web ‘jomsedekah.com’, satu platform amal jariah bagi membantu Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM).
Di samping itu, pelakon drama Spa Q ini juga bakal menjayakan Fesyen Vaganza Amal 2019 yang akan diadakan pada 20 April akan datang.
Menariknya, Fesyen Vaganza Amal ini juga bakal mempersembahkan 60 rekaan daripada pereka fesyen terkenal seperti Anas Abdullah oleh 30 orang selebriti dan 30 orang kanak-kanak sindrom down.
Jika kita lihat pada masa kini, ramai anak muda yang begitu taksub inginkan kemahsyuran dan populariti sebagai seorang artis. Namun, berlainan pula dengan aktres remaja terkenal Bollywood iaitu Zaira Wasim,18.
Setelah lima tahun bergelar anak seni, dia mengumumkan penarikan dirinya sebagai pelakon daripada industri perfileman dunia terbesar itu.
Alasan yang diberikan Zaira mengenai tindakannya itu mengejutkan ramai pihak kerana ramai tidak menyangka gadis semudanya berfikiran sebegitu.
Menurut pelakon filem Dangal itu, kerjaya sebagai seorang pelakon telah merosakkan hubungannya dengan Allah dan menjadikan kehidupannya tidak teratur.
Di samping itu, dia mengakui bukan mudah untuknya menyesuaikan diri serta memenuhi keperluan industri perfileman India.
“Ia sebuah perjalanan memenatkan, sejak sekian lama jiwa saya sentiasa berkecamuk, hidup ini singkat. Oleh itu, hari ini saya mengambil keputusan secara rasmi untuk bersara dalam arena perfileman,” ujar Zaira dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram dan Facebook pada Ahad.
Zaira merasakan populariti yang diraihnya selama ini langsung tidak memberikan kebahagiaan buat dirinya.
“Semoga Allah mengurniakan kita hidayah serta petunjuk untuk meredakan setiap keraguan dan kesilapan yang dilakukan selama ini. Diharapkan kita saling membantu antara satu sama lain untuk menjadi Muslim sejati. Semoga Allah membersihkan hati kita daripada sifat munafi dan sombong,” katanya.
Keputusan Zaira itu disambut baik oleh peminat-peminatnya khususnya masyarakat di negeri kelahirannya, Kashmir dan mereka memuji tindakan murni yang diambil oleh Zaira.
Walau bagaimanapun, keputusan Zaira itu turut dikecam oleh netizen dan juga golongan selebriti termasuk Raveena Tandon.
Raveena mengkritik Zaira yang menggunakan alasan agama menjadi punca mengapa dia bersara.
Menariknya, pengumuman persaraan Zaira turut menarik perhatian ulama terkenal dari Zimbabwe, Mufti Ismail Menk dan bekas Ketua Menteri Jammu dan Kashmir, Omar Abdullah. Mufti Menk dan Omar antara yang menyokong keputusan Zaira.
Dangal yang dibintangi Zaira di samping hero ternama Bollywood, Aamir Khan merupakan filem yang mengupas kisah seorang ahli gusti amatur India yang bercita-cita melihat anak perempuannya menjadi juara gusti.
Filem berkenaan mencatat rekod kutipan tertinggi pada 2016 selain Zaira merangkul Anugerah Pencapaian Luar Biasa bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak untuk lakonannya dalam filem itu.
Zaira juga baru selesai menamatkan pengambaran filem terbarunya The Sky Is Pink yang turut menampilkan pelakon Priyanka Chopra.
Pernah Viral penyanyi Tasha Manshahar menerima bacaan surah Al-Fatihah dari suaminya sebagai pemberian mahar. Ramai tersentuh mendengar bacaan ayat suci berkenan dari suaminya Raqib Majid.
Namun siapa sangka, Ibu kepada dua orang cahaya mata ini sebelum memilih untuk hidup berpandukan jalan agama yang diredai Allah, Tasha Manshahar turut menerima hidayah dari-Nya dengan cara tersendiri. Perkongsian di laman sosial, twitter menceritakan kisah penghijrahan penyanyi yang popular dengan lagu Ragu-Ragu dan Bukan Aku ini.
Menurut pemilik akaun menggunakan nama Nurul atau @mayinoss dia mendengar kisah penghijrahan Tasha Manshahar ketika penyanyi itu berkunjung ke IPPM suatu ketika dulu.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tertarik dengan keindahan ajaran agama Islam menyebabkan lelaki ini mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Apa yang dipelajari dalam Islam sepanjang bergelar lelaki Muslim menjadikan Mohd Taufiq Abdullah, 42 tahun, seorang yang tabah dan cekal menghadapi ujian dari Allah. Siapa sangka setelah hampir dua tahun berkahwin dengan pilihan hati, Nurliyana Abdul Raziff, 33 tahun, dia diuji Tuhan apabila isteri tersayang disahkan menghidap Para Tiroid hingga boleh membahayakan nyawa.
Bagi Taufiq, apa yang dihadapi ini adalah ujian dari Tuhan untuk menguji keimanan hamba-Nya selepas dia memeluk agama Islam. Sebelum ini mereka berdua berkenalan di tempat kerja sama dan berkahwin pada 2011.
Sudah hampir 9 tahun usia perkahwinan mereka dan walaupun diduga begitu, lelaki ini tetap setia berada di belakangnya isterinya itu. Malah sebelum berkahwin dia sudah tahu isterinya mempunyai masalah buah pinggang, tetapi tetap mahu melamarnya sebagai seorang isteri.
Betapa cintanya pada wanita ini cukup luhur dan suci. Tidak kira apa keadaan fizikalnya, dia tetap setia menjaga isteri tersayang sejak dua tahun lalu. Ternyata ketabahan dan kesetiaan Mohd Taufiq ini menjaga Liyana membuatkan netizen cukup kagum dengan pengorbanannya.
“Apa yang kami tempuhi sekarang ini saya anggap sebagai takdir. Saya tetap bersyukur di sebalik kepayahan ini, syukur ramai yang tampil beri sokongan moral dan sumbangan bagi meringankan beban kami,” katanya.
Liyana disahkan penghidap Para Tiroid sejak 2016 lagi dan kesengsaraan jelas terpancar di wajahnya apabila tulang rahang kini membesar hingga menyebabkan mulut terkeluar dan menjejaskan penglihatan.
Bukan itu sahaja, dia juga turut mengalami penyusutan berat badan daripada 55kg hingga kini hanya 23 kg. Malah ketinggiannya juga menurun daripada 1.5 meter kepada 1.3 meter.
Menurut Liyana, akibat mulutnya semakin membesar, dia tidak boleh mengunyah kerana ketumbuhan tiroid dalam mulut semakin membesar hingga menutup saluran rongga. Kini Liyana hanya bergantung pada susu khas yang diberikan suaminya.
Walaupun begitu, doktor tidak mengesyorkan dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tiroid kerana pada masa sama dia juga mempunyai masalah buah pinggang dan jantung.
Malah masalah kesihatan itu menyukarkan doktor pakar untuk menjalankan pembedahan kerana Nurliyana tidak boleh disuntik ubat bius atau diberikan ubat tidur kerana keadaan jantungnya yang lemah.
Sejak usia 9 tahun Liyana dikesan mengalami sistemik lupus eritematosus atau lupus yang menyebabkan anti-body dalam badannya lemah dan dia mudah diserang penyakit.
Hijabista terharu dengan penderitaan yang dialami oleh Liyana dan betapa dalamnya rasa cinta antara mereka tanpa mengenal perubahan fizikal kerana yang penting dalam hidup bersama hingga ke jannah.
P/S: Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan meringankan beban keluarga Liyana boleh membuat sumbangan melalui akaun Bank Islam atas nama Nurliyana Abd Razif: 050580-2014-5124
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.