Perkahwinan dan zuriat merupakan urusan Allah SWT yang tidak sepatutnya dipersoalkan. Sebagai hamba Allah kita hanya mampu membuat perancangan namun yang menentukan hanya Allah SWT.
Meskipun jodoh dan zuriat itu ditentukan oleh Allah itu bukan bermakna kita hanya berpeluk tubuh tanpa sebarang usaha. Selain usaha, doa juga penting agar usaha itu berjalan seiring.
Untuk sahabat/adik beradik atau sesiapa sahaja yang belum bertemu jodoh ATAU untuk yang sangat berhajat diberikan zuriat yang soleh solehah penawar hati. Amalkan doa ini. Sungguh-sungguh, setiap hari dan yakin.
Ads
Saya amalkan tiap kali tawaf waktu mengerjakan umrah tahun 2010 padahal ketika itu saya belum pernah kenal suami lagi. Tahun 2011 saya kahwin dan hujung tahun saya bersalin anak pertama.
Ads
Tidaklah segala sesuatu itu berlaku tanpa izin Allah. Ada doa yang serasi dengan kita. Ada doa yang tidak sesuai untuk kita. Usahalah. Dan terus membacanya seperti zikir harian di mana sahaja berada.
DOA INI 2 DALAM 1. JODOH DAN ZURIAT
Ads
Jadikan sebagai zikir harian. Sungguh takkan rugi orang yang membacanya.
Sejak kebelakangan ini ramai hijabi lebih senang memilih kerjaya sebagai instafamous atau influencer. Membuat paid review dengan menggunakan medium laman sosial instagram, kebanyakan dari mereka berpeluang jana pendapatan cecah ribuan ringgit. Salah seorangnya adalah influencer yang viral kerana mempunyai wajah persamaan dengan penyanyi popular, Aiman Tino. Pyka Rahman yang berasal dari Temerloh Pahang ini baru berusia 19 tahun dan bekerja sepenuh masa sebagai influencer. Dia juga mengumpul follower di laman instagram 111K.
Menurut Pyka dia tidak menyangkan akan terbabit dalam kerjaya ini. Malah bersyukur kerana persamaan wajahnya dengan penyanyi remaja popular Aiman Tino membuka ruang dan peluang untuk kekal popular di alam maya.
“Hahahaha thank you Aiman! Kalau tak kerana muka dia, belum tentu Pyka jadi seperti hari ini. Sebenarnya tak sama pun, cuma ada beberapa gambar yang nampak sedikit sama. Tetapi tetap disebabkan viral, Pyka dapat naikkan nama Pyka di alam maya.
“Pyka start jadi influencer pada Mac 2017. Pada mulanya, saya terima klien untuk review product mereka di account instagram Pyka. Dari situ Pyka buat duit dengan ambil sedikit bayaran untuk setiap slot review yang klien mahukan.
“Semakin lama, semakin banyak permintaan. Dari review, Pyka mula hadir ke event beberapa jenama. Biasanya kalau untuk hadir event pun Pyka ambil bayaran. Ini kerana klien minta kita post di instagram. Sampai ke hari ni Pyka masih lagi review product dan juga hadir ke mana-mana event,” ujarnya membuka cerita permulaan bergelar influencer.
Tambahnya lagi, setelah hampir setahun dalam bidang ini Pyka mula terasa keseronokannya. Malah dia juga turut mendapat pendapatan dengan cara cukup mudah.
“Income yang kita dapat hanya dengan cara yang mudah. Misalnya jika satu event dalam RM300 hingga RM500. Kita cuma perlu hadir ke event dan ambil gambar. Dan kalau attend event tu adalah salah satu yang Pyka suka sebab dapat menambah kenalan baru.
“Sebulan Pyka melalui laman instagram, Pyka boleh dapat pendapatan sekitar RM3 ribu hingga ke RM6 ribu sebulan bergantung pada sesuatu musim. Lagi rajin kita buat review lagi tinggi hasil pendapatan kita,” jelas Pyka yang gemar membuat review produk klien skincare dan juga outfit.
Tambahnya dia tidak kisah berulang alik dari tempat tinggalnya di Temerloh ke Kuala Lumpur jika perlu menghadiri event daripada klien.
“Saya tak kisah berulang alik. Lagipun tak jauh dalam 3 jam sudah boleh sampai ke Kuala Lumpur. Biasanya saya akan tinggal dua tiga hari dan pergi untuk beberapa event. Saya suka pergi sebab boleh tambah kenalan.
“Pyka sebenarnya adalah full time influencer dan dalam masa sama part time study marketing. Jadi setiap kali tak ada event, Pyka akan join open marketing class yang ada. Untuk tambah ilmu marketing. Open marketing class pula cuma sehari dua sahaja dan tak menjejaskan waktu Pyka bekerja,” jelasnya yang turut mendapat sokongan ahli keluarga terhadap kerjayanya sekarang.
“Memandangkan background family Pyka juga dalam bisnes, jadi pada awalnya agak susah untuk mereka terima. Alhamdulillah sekarang, family sudah mula faham cara Pyka bekerja dan minat Pyka.
“Mereka bagi sokongan pada Pyka. Cuma Pyka akan beritahu setiap perkembangan Pyka kepada keluarga. Nasihat mereka asalkan pandai jaga diri sudah memadai,” cerita Pyka yang memberi tafsiran tersendiri maksud sebenar influencer itu.
Bagi Pyka influencer itu bermaksud sesuatu pengaruh yang menaikkan nama setiap brand yang bekerjasama dengan Pyka. Jika Pyka tidak mampu untuk naikkan nama dia orang, Pyka tak layak jadi seorang influencer.
“Memandangkan influencer ini hanyalah seorang social media celebrity, jadi pendapatan tidaklah setinggi golongan artis. Pendapatan yang tak menentu ini dan takut untuk upah orang lain bekerja dengan kita sebagai pembantu.
‘Jadi setiap kerja yang influencer dapat, kami kena aturnya sendiri. Mungkin disebabkan bahagian pengurusan itu kurang yang menjadikan influencer ini lambat dalam beberapa perkara,” jelasnya berkenaan soalan jika ada influencer yang bermasalah untuk dihubungi.
Menurutnya yang mempunyai follower lebih 100 ribu ini mengakui turut menerima kecaman daripada netizen. Walaupun masih muda, tetapi Pyka berjaya mengatasinya dengan cara tersendiri.
“Pyka cuma biarkan sahaja setiap kecaman dari netizen. Mungkin netizen yang suka mengecam ini sebab dia tak dapat apa yang kita dapat.
“Susah kalau kita nak minta netizen faham kita, jadi Pyka rasa biar Pyka yang faham netizen ini. Makin kita layan, makin dia orang suka mengecam,” katanya yang mula berhijab sejak usianya 6 tahun. Ibunya yang dipanggil Ummi telah membelikan tudung sejak dia masih kecil dan alhamdulillah masih kekal berhijab hingga kini.
Menurut Pyka dia sebenarnya tidak ada stail tertentu untuk hijab. Ini kerana setiap kali memakai tudung mesti dengan gaya yang berbeza-beza.
“Jika tanya sama ada bawal atau shawl? Dua2 pun Pyka suka. Sebab Pyka tak suka kekal dalam satu gaya sahaja. Untuk idola dalam berfesyen, Pyka jadikan Neelofa sebagai idola dan kalau di luar negara pula, Pyka jadikan Noor Tagouri sebagai idola,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada semua followernya yang sentiasa melihat kehidupan dia di instagram.
“Terima kasih atas komen positif yang dilemparkan. Pyka harap anda semua akan kekal dengan Pyka sampai bila-bila.
“Dan terakhir terima kasih untuk ummi. Ummi yang paling faham setiap minat Pyka hari ini dan sentiasa inginkan yang terbaik untuk Pyka ILOVEYOUMOM,” tambah Pyka sebelum mengakhiri perbualan.
Ramai yang mengambil kesempatan bercuti ke beberapa negara terutama di Benua Eropah sebelum hadirnya musim sejuk. Salah satunya adalah pengasas Tudung Ruffle, Hanis Arif yang turut mengambil kesempatan melawat beberapa negara sempena ulang tahun pertama perkahwinannya dengan suami tercinta, Irshad. Biarpun kini sedang dalam trimester ketiga mengandung anak pertama, namun Anis kelihatan aktif dan ceria melakukan pelbagai aktiviti sambil merakamkan gambar di samping buah hatinya.
Malah dia turut berkongsi keseronokan percutiannya di mana trip perjalanan ke beberapa destinasi tidak di rancang awal terlebih dahulu. Segalanya dilakukan ketika berada di sana kerana tidak mahu stress dengan masa.
Dia dan suami juga mengekalkan konsep free dan easy untuk ke sesuatu tempat dan turut menggunakan aplikasi tertentu bagi membeli tiket keretapi. Anis juga turut memilih waktu summer kerana siangnya tetap panjang dan suhunya juga sejuk seperti berada dalam pusat beli belah di Malaysia.
Sepanjang tiga negara yang dilawati, Anis paling teruja pergi ke Netherland dan Switzerland kerana pemandangannya yang menarik serta rakyatnya yang peramah dan senang mencari makanan halal.
Berlainan pula pengalamannya ketika melawat Paris. Walaupun ramai mengkagumi Paris kerana keindahan Eifel Tower, namuna Anis merasakan tidak selamat berada di sini. Malah dia turut mengingatkan agar sentiasa berhati-hati dengan orang sekeliling dan perlu sentiasa menjaga beg.
Trip to Netherland-Paris- Switzerland
Tempat attraction anis pergi Geithoorn, Eiffel Tower dan Jungfrauroch. Dari tempat paling rendah below sea level, sampai puncak paling tinggi kat Europe.
Trip perjalanan semua tak plan pun. Tiket train and hotel semua book masa dekat sini je sebab taknak stress dengan masa. Janji dapat jalan free and easy. Nak book tiket train just guna apps GoEuro. Lebih murah beli tiket train dekat apps dari beli tiket train package sebulan
Time anis datang penghujung summer. Paling best nak datang waktu ni sebab siang still panjang tapi suhu dah sejuk macam dalam shopping mall Malaysia.
Netherlands – anis pergi pusing bandar Amsterdam Central & Geithoorn. Takde bunga kat Netherlands waktu ni sebab dah nak dekat Fall Sini best nak jalan sebab rasa selamat, semua orang ramah and banyak makanan halal
Paris – Then anis ke Paris dari Amsterdam. Train dalam 2 jam lebih. Anis tak stay lama kat Paris sebab stress betul jalan jalan kat sini. Pergi Eiffel Tower je. Apa yang orang cakap pasal Paris tu betullah. Nak jalan setiap masa kena jaga beg, everywhere ada bau tak menyenangkan and paling tak suka bila tengah jalan ada orang ikut sepanjang jalan minta duit. Rasa nak lempang je. Dah la laki pulak tu yang minta sedekah Tempat cantik tapi sayang tak seronok nak jalan. Nak minta orang amikkan gambar pun takut
Switzerland – Tak tahan dengan environment Paris terus cabut pergi Switzerland. Dr Paris ke Swiss train dalam 5 jam, anis stay di Interlaken. Dekat dengan area train station yang nak naik ke Jungfrauroch. View sini Subahanallah, semua tempat cantik. Anis pernah dengar orang cakap Swiss mahal. Tapi bila sampai kat Interlaken ni takdelah semahal yang disangka. Lebih kurang Paris price dia. Semua tempat attraction sediakan makanan halal. Perasaan jalan kat sini sama macam kat Netherlands. Rasa macam home gitteww. If nak datang sini better time summer. Time winter, cuaca terlalu sejuk, siang pendek, kedai banyak tutup and paling tak best if cuaca tak baik and hujan semua aktiviti kena shutdown(tips dari Malaysian yang tinggal di Swiss)
Selain itu follower Anis turut mengkagumi #OOTD setiap kali dimuat turun dalam laman instagramnya. Ramai tertanya, berapa bagasi yang Anis bawa kerana setiap foto berlainan gayanya.
Menurut Anis, dia hanya membawa satu beg sahaja dengan memuatkan semua baju-bajunya dalam berkenaan. Dia juga pandai mix & match baju-baju berkenaan dan turut menumpang beberapa persalinan dalam beg suaminya.
Pada yang bertanya, anis travel cross europe bawak satu bag luggage ni je. Husband bawak satu backpack. Tapi dalam bagpack husband tu ada sikit tumpang barang barang anis jugak. Muat je untuk pakaian seminggu nak tukar tukar. Janji husband korang kena bawak baju sikit
Dia juga turut berkongsi pada netizen yang sukar untuk menelan makanan luar. Menurutnya perlu bawa bekalan tuna atau kari tin ayam. Tidak perlu membawa roti atau nasi kerana di sana banyak menjual nasi segera dan juga roti. Tidak perlu risau mencari makanan halal kerana ia senang untuk dicari.
Tips pada yang nak datang switzerland, jenis susah nak telan makanan luar. Just bawak tuna and kari tin ayam. Tak perlu bawa roti or nasi sebab kat sini ada banyak jual instant rice and roti macam malaysia. Makanan halal pun banyak sangat dekat interlaken senang nak cari. Maggi Indomie pun ada tau. Ringan sikit bag nak packing nanti sebab makanan dah tak perlu bawak banyak
Nah, lihat 10 #OOTD mommy to be ini yang sekali pandang tak kelihatan dia senang berbadan dua. Tetap berpenampilan menarik dan yang penting enjoy menikmati percutiannya bersama si dia tersayang.
Rancak mengusahakan perniagaan, Datin Seri Azlina bersama suami mempunyai beberapa rangkaian bisnes seperti minuman, makanan, ais krim yogurt, produk kesihatan serta beberapa perniagaan lain di bawah nama Jennaira Holding.
Terkini, beliau tampil mengeluarkan produk baharu pula iaitu hijab yang sememangnya sinonim dengan kaum wanita di negara ini.
“Tudung Jennaira bersama dutanya, Arviena masih dikira baru dan alhamdulillah setakat ini sambutan yang diterima secara dalam talian cukup positif.
“Kami keluarkan tudung ini secara tiga peringkat menerusi 10 corak dan konsep berbeza. Ia menggunakan fabrik satin, ada bawal dan juga shawl. Harganya mampu milik, RM70 sehelai dan syukur, ia juga turut dipasarkan di Indonesia.
“Setiap keluaran itu terhad. Kena ‘pre-order’, jadi ia lebih eksklusif dan insya-Allah, koleksi baru akan dilancarkan bersempena Hari Raya Haji nanti,” katanya yang turut optimis mengeluarkan telekung, tidak lama lagi.
Percaya rezeki lebih bermakna bila dikongsi, Azlina berterima kasih kepada semua pihak yang sudi bersama-sama menjayakan rumah terbukanya, tahun ini.
Azlina berkata ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Jennaira Holdings Sdn Bhd x Arviena di Hotel Royal Chulan, Petaling Jaya pada Ahad.
“Kita jemput lebih 700 anak tahfiz dan anak yatim untuk sama-sama meraikan hari raya. Malah ketika sambutan hari jadi suami dan buka puasa sebelum ini, kami turut jemput mereka. Sudah jadi satu tradisi bagi kami di Jennaira Holding.
“Malah setiap pembelian tudung ini atau mana-mana produk keluaran kami, mereka secara tak langsung turut menderma dalam menjayakan rumah terbuka ini.
“Majlis yang bermula sekitar jam 2.00 petang dan membawa ke malam dengan tema Bollywood berjalan lancar syukur alhamdulillah,” katanya lagi.
Turut berkongsi kisah penghijrahan hijab pada hari itu adalah dutanya sendiri iaitu pempengaruh media sosial, Arviena.
“Pada mulanya saya hanya membuat review tudung ini dan kebetulan pada bulan Ramadan, hati saya telah dijentik olehNya.
“Umum mengetahui di Instagram saya sangat seksi sebelum ini. Saya boleh berbikini dan orang tahu Arviena siapa.
“Alhamdulillah atas penghijrahan ini dan saya berhijab bukan kerana saya menjadi duta Tudung Jennaira tapi ia boleh dikatakan titik tolak dimana hati saya terbuka untuk berubah ke arah yang lebih baik.
“Saya masih dalam fasa pembelajaran lagi. Ada juga komen di laman sosial yang mengatakan pemakaian saya masih ketat walaupun bertudung.
“Sememangnya ia bukan mudah namun perlahan-lahan saya cuba sedikit demi sedikit. InsyaAllah,” jelasnya lagi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.