Perlakuan menggaru kulit kepala sudah tentu menjengkelkan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan berkaitan dengan kulit kepala. Bermula dari masalah kulit kepala yang agak ringan jika tidak dirawat boleh menyebabkan masalah yang lebih serius seperti keguguran rambut dan sebagainya.

Malangnya kegatalan kulit kepala tidak hanya boleh mengganggu keselesaan dan kesegaran rambut, tetapi juga boleh menjejaskan penampilan diri. Ini kerana kadang-kadang kulit kepala yang gatal dan sering digaru boleh menyebabkan serpihan putih pada kulit kepala iaitu kelemumur jatuh mengenai pakaian terutama pada bahagian bahu.

Masalah ini perlu dirawat agar tidak terus berlanjutan. Ikuti perkongsian Sarifa Redzuan II


Minyak ini boleh membantu menyelesaikan masalah kulit kepala. Manfaat minyak ini adalah:

– Lebatkan rambut
– Atasi masalah rambut gugur
– Redakan masalah kegatalan kulit kepala
– Redakan masalah kelemumur
– Menghitamkan rambut
– Sihatkan rambut dari masalah kering dan bercabang


Ramai orang terutamanya wanita yang selalu alami masalah keguguran rambut dan masalah kelemumur sekaligus membuatkan kulit kepala sangat gatal dan tidak selesa.

Jadi minyak ini di formulasi khas untuk membantu menyelesaikan masalah ini.

Pakailah minyak ini setiap malam sebelum tidur sambil mengurut perlahan lahan kepala itu untuk melancarkan peredaran darah. Esok cucilah.

Namun, ada baiknya awak amalkan dulu langkah penjagaan kulit kepala yang cikgu share sebelum ini sebelum memakai minyak ini untuk kesan yang lebih efektif.


Gabungan bahan bahan sangat bagus dalam menghambat bakteria dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

Sesuai untuk kanak kanak, dewasa, lelaki, dan perempuan .

IKLAN

Untuk lebatkan rambut baby juga boleh di sapu sedikit setiap hari. Kesan ketara apabila baby membesar dan rambutnya juga lebat dan hitam pekat.

Ini resipinya:

RESIPI MINYAK RAMBUT LEBAT

1. Segenggam daun kari
2. Segenggam daun inai
3. 2 ulas bawang putih
4. 1/2 biji limau purut
5. 250 ml minyak kelapa


CARA-CARA MEMBUATNYA:

1. 100 ml minyak kelapa di blend bersama daun kari, daun inai , bawang putih dan limau purut sehingga sebati
2. Bahan blend tadi di masak di atas double boiler bersama 150 ml lagi minyak kelapa.
3. Sekiranya tiada double boiler boleh panaskan bahan di dalam bekas kaca tebal di atas periuk yang di isi air.
4. Kacau kawan jam sambil niat baik baik selama 30 minit.
5. Tutup api. Biarkan suam dan tapis ambil minyak dan simpan dalam bekas.

IKLAN

Nota kaki: Minyak ini boleh tahan dalam 6 bulan. Namun ada baiknya buat untuk keperluan. Tidak perlu buat banyak banyak.

Penjagaaan rambut amat penting tidak kiralah bagi wanita yang tidak berhijab mahupun yang berhijab. Ia bagi memastikan rambut kekal sihat, tidak berbau dan kelihatan kusam tidak bermaya.

Jangan sesekali abaikan penjagaannya kerana boleh menyebabkan rambut mengalami keguguran dan masalah kelemumur hingga boleh menjejaskan tugasan harian anda nanti.

Terdapat beberapa petua tertentu menjaga rambut ini untuk wanita bertudung yang perlu diambil tahu.

1. Jika anda memakai tudung kepala, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dahulu. Jika tidak, rambut anda akan bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan rasa tidak selesa seperti pening kepala.

2. Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri.Jangan gosok rambut anda secara kasar.

3. Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.

IKLAN

4. Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikat rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tidak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.

5. Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.

6. Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali.

7. Untuk rambut anda berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.

8. Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tetapi jangan biarkan ia sampai tidak terurus. Ini kerana, jika selalu sangat menyikat rambut, ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan.

9. Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam. Jika anda tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah rosak.

10. Untuk mendapatkan rambut yang halus, gunakan sikat yang bergerigi penuh dan rapat.

Berhijab bukanlah alasan untuk kita tidak menjaga rambut malah kita perlu lebih cerewt menjaganya kerana rambut adalah mahkota seorang wanita.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI