‘Overtraining’ adalah kondisi di mana seseorang atlet melakukan aktiviti senaman atau latihan melebihi tahap kemampuan dan menyebabkan prestasinya merudum serta sukar dipulihkan. Ia kerap berlaku kepada mereka yang melakukan aktiviti yang melibatkan latihan kardiovaskular dan latihan kekuatan. 

Lazimnya, hal ini terjadi kepada individu yang menjalani latihan tanpa bimbingan dari jurulatih bertauliah. Sekaligus menyebabkan mereka melakukan senaman tanpa sasaran dan program yang tepat serta terancang dan tidak serasi dengan tahap kebolehan dalam senaman. 

KENAL PASTI ‘OVERTRAINING’

‘Overtaining’ ialah kekerapan sesi latihan yang sangat luar biasa (lebih 14 kali seminggu) serta tempoh sesi latihan yang sangat lama (lebih 3 jam setiap sesi). 

Sumber gambar: Healthline

APAKAH KESAN BURUK ‘OVERTRAINING’?

Prestasi tidak stabil. 

IKLAN

Sukar untuk mencapai prestasi yang
optimum walaupun biasa melakukan senaman tersebut. adakalanya prestasi tidak menentu dan sukar untuk diramal. Kadangkala prestasi berada pada tahap yang terbaik dan ada sesi prestasi sangat merudum.

Objektif senaman sukar dicapai

Objektif latihan terbahagi kepada dua iaitu objektif jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Semakin hari, objektif senaman sangat sukar dan mustahil untuk direalisasikan. Hal ini kerana, keupayaan tubuh badan tidak menentu dan berada pada tahap yang lemah dan tidak stabil menyebabkan latihan tidak dapat dilakukan dengan baik.

IKLAN

Tubuh berasa sakit

Sangat letih dan lesu pada latihan yang biasa di lakukan. Lemah pada otot serta sendi dan proses untuk pemulihan mengambil masa yang sangat lama sehingga berminggu-minggu.

Masalah tidur

IKLAN

Apabila badan terlalu letih dan lesu, akan menyebabkan masalah tidur malah waktu tidur juga tidak stabil dan teratur. Adakalanya tidur awal dan lewat. Masalah ini mengakibatkan gangguan kepada masalah lain seperti tekanan pada mental dan fizikal seperti peningkatan tekanan darah serta masalah pada social seseorang.

Kehilangan fokus

Seterusnya hilang konsentrasi pada latihan kerana tubuh badan tidak dapat mencapai objektif senaman. Perkara ini sering dikaitkan dengan masalah tekanan yang tinggi. 

Sekiranya masalah ini tidak dikekang, prestasi akan semakin merudum dan objektif latihan tidak mungkin dapat dicapai. Natijahnya, masalah lain akan berlaku seperti kecederaan pada sendi dan otot serta penyakit seperti tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. 

Oleh itu, bersenamlah mengikut keupayaan, dapat- kan nasihat dari jurulatih yang bertauliah dan makanlah makanan yang seimbang sesuai dengan tahap latihan. anda mampu mengubahnya.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI