Semua wanita pasti mahu kekal jelita dan nampak awet sentiasa walaupun usia semakin meningkat. Mesti banyak petua yang diamalkan dan banyak produk kecantikan yang dicuba agar tubuh dan wajah tidak dimakan usia. Seperti perkongsian di twitter ini oleh @azyanizamri mengenai ibu mentuanya yang sering disalah anggap sebagai kakaknya. Wow, muda betul tu! Jom kita ikuti rahsia bagaimana ibu mentuanya mengekalkan keremajaan wajah dan kesihatan tubuh.
Memang nampak betul-betul mudalah! Macam kakak dan adik.
Mula-mula tengok ingatkan teman wanita suami apabila kali pertama lihat gambar suami bersama ibunya.
Ibu mentuanya kahwin pada usia muda iaitu 18 tahun dan kini masih bergelar pendidik di sekolah rendah.
Patutlah kelihatan muda dan cantik. Banyak rupanya petua, pantang larang yang diamalkan.
Ads
Ibu bapa mentuanya memang sangat aktif dan suka berkayuh basikal bersama untuk kekal cergas. Rupanya kita boleh jadi 10 tahun lebih muda dengan aktiviti berbasikal ini.
Ads
Selain itu, hubungan dengan Tuhan jangan dilupakan. Sentiasalah berselawat setiap kali mandi dan mencuci muka untuk wajah yang berseri.
Ikut cara tradisional ini juga bagus kerana tidak memberi risiko terhadap badan. Anda juga boleh mencuba jus daun pegaga untuk sesiapa yang boleh menelan rasanya.
Kalau nak cantik, tak boleh stress tau! Sentiasa positif dan semangat. Atasi masalah dengan cara positif dan jangan bermuram selalu.
Ads
Ibu dan bapa mentuanya juga selalu menjaga hubungan baik di antara suami isteri dan mengekalkan romantisnya walaupun sudah lama berkahwin kerana itulah kunci kebahagiaan yang patut dikekalkan dalam sesebuah rumah tangga.
Ini yang paling penting, sentiasa ingat kepada Tuhan nescaya Dia akan berikan apa yang diminta dan mudahkan segala urusanmu.
Bagusnya tips yang diberikan. Semuanya cara yang sihat dan tidak memberi apa-apa kesan negatif pun pada tubuh badan. Untuk hijabi di luar sana yang mahu kekal cantik hingga ke masa akan datang, bolehlah jadikan petua yang dikongsi ini sebagai panduan anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kebiasaanya kita menggunakan super glue ataupun lebih dikenali sebagai ‘gam gajah’ untuk melekatkan alatan seperti kayu, plastik, besi dan sebagainya. Belum pernah lagi orang menggunakannya di tubuh badan kerana bahan kimia yang terkandung di dalamnya membuatkan ianya tidak selamat digunakan.
Namun, nasib malang menimpa seorang pelanggan di salon kecantikan di Phuket, Thailand apabila pekerja di situ menggunakan super glue untuk melekatkan bulu mata palsunya.
gambar hiasan
Sebuah video yang dikongsi oleh Fara Beautysalon pada 4 Ogos lalu menunjukkan seorang wanita terbaring untuk proses membuang bulu matanya.
Fara, perunding kecantikan mengatakan pelanggannya datang ke salonnya untuk membuang bulu mata palsunya pada hari Jumaat, 3 Ogos lalu.
Mengejutkan, Fara mendapati perunding kecantikan pelanggannya yang lalu telah menggunakan super glue dan bukannya gam kosmetik yang biasanya digunakan.
Sanook melaporkan bahawa mata wanita itu membengkak akibat daripada penggunaan super glue itu dan menyebabkan terlalu sakit untuk membuka matanya.
Menurut Fara, ini adalah kes yang paling sukar yang pernah dihadapinya sepanjang 10 tahun dia bekerja sebagai perunding kecantikan.
Untuk menyelesaikan masalah ini, dia menggunakan cecair khas untuk melembutkan gam itu dan menggunakan alatan tertentu untuk membuang dengan lembut bulu matanya satu per satu.
Dalam perkongsiannya di Facebook, Fara berharap orang ramai membuat kajian dahulu sebelum memilih sesebuah salon agar kes sebegini tidak terjadi lagi.
Sejak video itu dimuat naik, ianya telah mendapat lebih 6 ribu perkongsian di laman sosial.
SUMBER: FACEBOOK FARA BEAUTYSALON, SAYS
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kadang-kadang macam seronok melihat kehidupan pasangan kembar. Lebih-lebih lagi jika seiras. Hubungan kembar ini memang rapat dan ibarat air dicincang tak akan putus. Tetapi bagaimana pula jika salah seorang dianugerahkan akal fikiran yang lebih bijak. Dan pastinya seorang lagi akan terasa seperti disisihkan. Seperti perkongsian gadis ini, Farah Syafizah terasa hati apabila sering dibanding-bandingkan dengan kembarnya, Fasya.
Namun perasaan itu tidaklah sampai menjadikan hubungan mereka renggang. Malah ia sekadar luahan di twitter yang kini di retweet lebih 5 ribu netizen.
Pelbagai perasaan dirasai apabila membaca thread ditulisnyanya.Timbul rasa lucu, seronok dan juga sedih mendengar luahan hatinya yang sering dibandingkan dengan kembar yang sering jadi perhatian keluarga dan saudara mara.
Happy faces of me when finally I’m at the same level as my twin!! I dont’ care about UK anymore, UM is my dream university, economics is the course that I choose, and today my dream has come true! Alhamdulillah..
People always compare us, since we were in primary school lagi. We went to the same school and sbp, later she got offered to study in france and i did my A levels. People never acknowledge my existence, esp my big fam members. They only talk about her and not me.
Being twin is never easy. ‘Kenapa kembar awak boleh tapi awak takboleh?’ -is always an issue when one outshine the other. Ive been used to that.
When she’s in france, people will ask bout her, when she’s in Malaysia, they ask about her too. Dah lali sangat dah sampai rasa malas dah nak jumpa semua orang because the first thing they will ask is ‘ni yang kat perancis ke?’ -which is annoying
But i know it wasn’t her fault at all. She’s genius, i admit that. And she’s always on top. And i always kalah esp in bab studies. We both got 5As in UPSR, 8As in PMR, but during spm she got 9As while i got 8As. And memang rezeki dia dapat study kat france so im happy for her!
She is under JPA doing engineering while im under Johor Corporation doing economics. Masa dapat scholarship tu lagilah. Rasa sedih sgt sebab i didnt get to apply banyak scholarship since my result ada 1B while dia dapat apply banyak since dia straight A.
I teman her to many iv, and even masa before spm, cikgu bagi cuti suruh ikut kembar pergi iv yayasan khazanah in kl. She did very well in her sbp trial while im not. Tapi rasa bangga gila kot kembar dapat pergi fifth stage yk, dah lah susah nak dapat yk
So bila my twin dapat yk tu, my parents memang bangga w her. And even masa kat sasem, everytime we ada exam and dapat our results, i memang akan duduk seat belakang and let her sit sebelah my dad in the car because my dad akan tanya pasal our results.
Since my result tak berapa strong macam dia, i memang akan senyap je dekat dalam kereta sebab i know my dad wont ask bout my result. Fasya (my twin) always dapat top 3 in batch while im in top 30 je and yes, my mom and dad memang pentingkan gila studies.
Masa nak dapat result spm tu, fasya checked her result on sms. Bila tahu dia dapat straight As i terus nangis. Semua org tgok. I cried sebab i was too afraid, my result cuma 5/6A and mesti people akan bandingkan gila. Tapi rupanya dapat 8A alhamdulillah
So with my results, i only mohon jcorp je and alhamdulillah i dapat tajaan jcorp. Masa dapat call from jcorp, i happy dah sebab at that time fasya baru lepas kena reject dengan yk and finally i menang kan hahaha jahat gila tapi taktahu macam mana nak react-
-depan fasya masatu sebab dia still sedih. And dia nangis and kata, ‘ika yanag banyak pergi interview, tapi kenapa fiza yang dapat?’ pergh masatu rasa bersalah and takjadi nak celebrate rasa happy tu sebab kesian tengok dia sedih
2 hours after i got call from jcorp, fasya tiba2 campak fon dia and nangis (dramatic gila time ni). Rupa rupanya dia dapat engineering under Jpa. Kat france pulak tu. Pergh i kalah lagi sekali
Sebab i know im good too. I know i can do my best, cuma i tak tunjuk my ability. Thats why, bila dapat jcorp tu rasa happy sangat. Tapi happy tu taklama sebab lepas kembar dapat france, everything was about her, again.
I was so sad sebab bila people call and asked my parents pasal kitorg, my dad mesti akan cakap pasal fasya, and france. Main story memang akan pasal dia lah. Sedih kot sebab i berjaya juga tapi sebab i bukan overseas so i wasn’t in the main topic. Lagi2 kembar, memang sedih
I dapat jcorp, was all my effort. Dari mohon, sampai pergi iv last stage. I did all sendiri. Sampaikan last stage tu kena naik bas sendiri to menara komtar jbcc and tumpang rumah kawan idk i just rasa my parents tak berapa yakin i can get jcorp at that time. So i gi w flow je
*go. And jcorp tu i didnt get much support from parents pun. They really want me to be a teacher. But i don’t want. Tapi nak jaga hati parents i mohon juga tesl. My dad sampai mohonkan ipg for me but not fr my twin sebab nak i jadi cikgu. I just want them to be happy
Oh yeha tapi masa online test jcorp my twin ada tolong sebab dia pandai nak mampus so memnag i really need her help ahhahaha but my twin dia tak kedekut ilmu i ada ajak dia mohon jcorp but dia taknak yelah sebab dia dah dapat banyak iv kan haha
I can’t blame my parents. Biasalah ibu bapa mesti happy kan kalau anak berjaya. Then, nak jadikan cerita, i kena buat economics under jcorp. Since my upu i got tesl, jcorp suggest i buat A-level. And they said kalau you score, you boleh fly (since im under local placement)
Masatu i macam yeay! So boleh lah fly, ikut ika!! I rasa happy. At least i still ada a slight chance to go study in overseas. I started to dream about studying in uk. Hence that explains why i buat juga A-level ni
So i did my A-level in intec. And my twin before dia fly dia buat preparation kat intec juga sebulan then baru fly france sampai ada orang pelik kenapa dia ni tak fly lagi hahaha padahal tu i bukan my twin oh tapi funny part when ramai orang tersalah tegur ingatkan i my twin
Nampak tak kembar ni memang bond dia kuat. Sampai ke college pun nak sama tempat dapat tajaan pun waktu yang sama. And kitorg memang takpernah pisah langsung, after 18 years hidup together barulah terus pisah. Jauh pula tu
Okay to make it short. I managed to score in my A level fr 3 semesters and received the Chief Executive’s Award. I also got conditional offer from University of Warwick for bachelor in economics. So, bila dah last sem..i pun tanya kat jcorp…
..’boleh tak saya fly UK?’ And jcorp bagi jawapan yang they already set the budgets for the scholars. So i takdapat lah fly. I redha dah and memang target nak masuk UM. At least kalau tak fly, i nak masuk top uni in malaysia.
And sebab one of my sis dulu study at beijing, then fasya in france. I nak juga jadi cam diorang. ALHAMDULILLAH. I dapat UM , fr bachelor in ECONOMICS. This is such a meaningful moment fr me and i can see how my parents are so happy like happy gilaa.
So the pengajaran is. Our society is so sick. I hate this society, orang bodoh disanjung, orang pandai diperlekehkan, padahal everyone have their own opinions and abilities juga. Appreciate knowledges, don’t underestimate others, and we need to appreciate everyone around us.
But, from my stories and experiences, i can see that we tend to lebihkan and sanjung someone on top sampai terlepas pandang other average people who also struggles in their life. And what we do,hurt others too. I just want everyone to appreciate others.
Being compared to others is sucks, but do not give up! Ive experienced it for 20 years, it may be tough, but you’re powerful than you think! Without me realising it, ive already created many wonderful journeys in my life. I believe that Allah always listen to our prayers. Love xx
So lepasni, don’t tanya me why i tak fly UK. Ive tried my best, but my rezeki is in UM. Alhamdulillah. Oh btw I LOVE MY TWIN & SHE’S MY IDOL *dont cry farah dont cry* :’)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Lama kita kita mendengar khabar Farah Asyikin kan. Baru-baru ini, penyanyi itu terpaksa beraya dengan tongkat kerana kecederaan di kakinya. Menerusi akaun instagramnya @farahasyikin.fa, dia menjelaskan kakinya dihempap oleh motor suaminya sewaktu cuba mengalihkannya.
Cerita semalam. Ligamen putus. Banyak yang bertanyakan apa yang terjadi kepada kaki kiri saya. Terima kasih di atas semua doa anda. Semoga Allah merahmati kalian. Saya dan suami baru sahaja beli pokok untuk rumah kami Ahad lalu dan hanya semalam waktu yang saya berkesempatan untuk mengemas taman di rumah. Saya cuba untuk mengalihkan motorbike Harley Davidson suami saya yang beratnya lebih kurang 300kg ke tepi untuk memberikan sedikit ruang, namun malangnya ianya jatuh terhempap ke atas saya. Saya cuba menyelamatkan motor itu daripada jatuh dengan kuat tanpa memikirkan diri saya.
Alhamdulillah motor itu tidak tidak apa-apa tetapi keadaan diri sayalah yang terjejas. Saya terdengar bunyi ‘crack’ sewaktu cuba menarik kaki dari motor tersebut yang sememangnya besar dan berat. Saya menjerit memanggil anak saya Owais yang duduk di hadapan pintu. Dia datang menolong dan memberikan saya telefon untuk membuat panggilan. Saya menghubungi suami dan keluarga saya bagi meminta pertolongan.
Dr.Ang daripada Columbia Asia berikan keputusan Xray dan MRI. Jatuhan itu membuatkan ligamen saya putus dan rupanya kaki kiri saya ada kesan kecederaan lama iaitu tulang yang patah. Ianya disebabkan saya jatuh dahulu lebih 4 tahun yang lepas sewaktu pantang. Saya bergegas naik tangga kerana terdengar Owais menangis ketika itu. Saya tidak pernah ke hospital. Sewaktu itu saya ialah seorang ibu tunggal dan tumpuan saya hanyalah untuk Owais. Saya simpan sakit itu sendiri dan saya tidak ingat bila ianya hilang.
Farah juga turut menitipkan ucapan terima kasih kepada ahli keluarganya yang banyak membantu juga kepada rakan-rakan yang mendoakan dirinya. Dia menjelaskan kakinya mungkin mengambil masa sebulan untuk sembuh. Semoga Farah akan cepat pulih dan terus aktif seperti biasa!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!