Surah Al-Hasyr ialah surah ke-59 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah yang terdiri atas 24 ayat.
Dinamakan Al Hasyr yang bererti pengusiran diambil dari perkataan Al Hasyr yang terdapat pada ayat ke-2 surah ini.
Di dalam surah ini disebutkan kisah pengusiran suatu suku Yahudi yang bernama Bani Nadhir yang berdiam di sekitar kota Madinah.
Tiga ayat akhir Surah Al-Hasyr mengandungi fadhilat dan khasiatnya yang tersendiri.
Ianya mempunyai ‘Asma ul Husna’ yang paling agung pada enam ayat terakhir dari surah Al-Hasyr.
Penyebutan nama-nama Allah yang paling indah yang mengkisahkan sifat-sifat-Nya yang menjadikan-Nya Tuhan.
Dia Maha Pencipta dan yang selayaknya disembah. Hanya dengan mengingati Allah maka hati kita dilatih menjadi sedar dan insaf kerana kita ini hamba-Nya.
Ads
Keistimewaan Dan Fadhilat Tiga Ayat Akhir Surah Al-Hasyr
Apabila diamalkan membaca tiga ayat akhir Surah al-Hasyr (Ayat 21-24) selepas Subuh dan Asar atau pada waktu pagi dan petang, ia akan
1. Mendapat rahmat Allah SWT.
2. Allah SWT menyeru para malaikat agar sentiasa berselawat kepadanya.
3. Jika meninggal dunia pada hari itu, dia diumpamakan mati syahid.
4. Dimudahkan memasuki syurga selepas meninggal dunia kelak.
Dalil mengenai keistimewaan 3 ayat akhir Surah Al-Hasyr
1) Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a berkata: Nabi SAW telah bersabda:
Ads
“Sesiapa membaca ketika bangkit subuh “A’uuzubillahis-Sami’il-‘alimi-Minas-Syaitanir-Rajim.” Kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah mewakilkan 70 malaikat berselawat ke atasnya hingga ke petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.”
2) Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang membaca ayat akhir surah al-Hasyr, baik malam mahupun siang, lalu dia meninggal dunia pada hari itu, maka ia berhak masuk syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
Ads
3) Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr, maka Allah mempertaruhkannya kepada tujuh puluh ribu malaikat yang berselawat kepadanya sehingga masuk waktu petang. Apabila dia meninggal pada hari itu, ia meninggal sebagai seorang syahid. Dan sesiapa membaca di waktu petang, adalah dia di tempat yang telah diterangkan itu.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi r.a.)
Kita meyakini dan mengamalkannya dengan berkat ‘Asma ul Husna’ yang terkandung di dalamnya dan tujuan beramal dengan Kalamullah.
Hanya dengan membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyr (ayat 22 – 24) yang mudah ini, para malaikat akan berselawat.
Semoga dengan berkat keikhlasan bacaan itu, kita mendapat syafaat selawat tersebut untuk membantu kita memasuki jannah kelak. InsyaAllah.
Sumber kredit: Mohd Ibrahim
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hari Raya Aidilfitri semakin hampir dan seperti musim perayaan lain di negara kita, sudah menjadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia untuk mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman untuk beraya.
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan yang comel, ini mungkin menjadi satu cabaran kerana pergi balik kampung bermakna meninggalkan mereka tanpa pengawasan di rumah dan membawa mereka bersama dalam perjalanan jalan raya adalah kebanyakan masa di luar persoalan.
Nah, jika anda mempunyai kucing peliharaan dan akan pulang ke kampung halaman pada Hari Raya ini, jangan risau baru-baru ini, seorang pegawai veterinar Malaysia telah berkongsi beberapa petua untuk meninggalkan si bulus anda di rumah.
Seperti yang dikongsi oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) di Instagram, Dr Nor-Alimah binti Rahman, pegawai veterinar di fakulti perubatan veterinar universiti itu berkongsi bahawa pertama sekali, anda perlu menyediakan keperluan asas yang mencukupi untuk kucing anda.
Ini termasuk air bersih, makanan haiwan peliharaan dan kotak sampah yang mencukupi untuk mereka. Dia kemudian menambah bahawa untuk makanan dan air, pemilik haiwan peliharaan perlu mengukur berapa banyak kucing makan sepanjang hari dan memberikan mereka jumlah itu didarabkan dengan bilangan hari.
Tambah Dr Nor-Alimah, pemilik haiwan peliharaan perlu melabur dalam bekas makanan dan air yang boleh dibuka secara automatik. Bagi kotak sampah atau tempat yang ditetapkan untuk kucing “berniaga”, pegawai veterinar UPM menegaskan bahawa untuk seekor kucing, anda perlu menyediakan dua kotak sampah.
Bagi pemilik haiwan peliharaan yang mempunyai dua kucing, anda perlu menyediakan tiga kotak sampah, dan sebagainya. Selain itu, jumlah pasir juga mestilah mencukupi, sekurang-kurangnya 3cm hingga 5cm tebal supaya ia dapat menyerap sampah dengan berkesan.
Pada penghujung video, Dr Nor-Alimah menasihatkan pemilik haiwan peliharaan yang akan pulang ke kampung halaman mereka dan tidak boleh membawa haiwan peliharaan mereka untuk menghantar mereka sementara ke organisasi kebajikan haiwan berhampiran rumah mereka. Dia menegaskan,
“Bagi mereka yang akan pulang ke kampung dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan haiwan peliharaan mereka, jika anda tidak boleh membawanya bersama, mungkin hantar mereka ke pertubuhan kebajikan haiwan berhampiran anda.
“Terdapat berpuluh-puluh organisasi yang boleh anda hubungi, atau anda juga boleh meletakkan di media sosial untuk bertanya sama ada ada sesiapa yang mahu menjadi ‘ibu bapa angkat’ untuk kucing.”
Tiada manusia yang gemar difitnah, tetapi memang ramai manusia yang tidak takut langsung akan dosa memfitnah. Kerana fitnah ini juga pelbagai kes muncul dengan melibatkan saman menyaman dan sebagainya. Kita juga sering mendengar ungkapan “dosa memfitnah lebih besar dari dosa membunuh”, apakah maksudnya?
Dosa fitnah lebih besar dari dosa membunuh adalah disebabkan oleh situasi yang berlaku. Antara perbuatan yang berkaitan dengan fitnah ini adalah sengaja melaga-lagakan orang hingga tahap bergaduh, sengaja mengadakan cerita yang tidak betul dan sebagainya. Fitnah juga merupakan salah satu dosa besar.
Buat mereka yang difitnah anda boleh mengamalkan surah di bawah ini. Doa di bawah ini mententeramkan hati apabila di fitnah, sedih, sebak, atau kecewa. Doa ini adalah dari surah yasin ayat ke 76 yang bermaksud;
Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.
Marilah kita sentiasa menghindari sebarang bentuk fitnah serta sentiasa menginsafi bahawa saudara-saudara kita adalah sejuzuk daripada diri kita semua. Kami tegaskan di sini yang fitnah itu adalah bersifat tidur sepertimana sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Fitnah itu bersifat tidur. Allah melaknat sesiapa yang mengejutkannya.
Riwayat al-Rafi’e dalam al-Amali. Hadis ini bertaraf dha’if
tetapi makna nas sahih. Inilah pendapat sebahagian ulama’ hadis.
Al-Imam al-Munawi berkata: Fitnah dan tribulasi dan setiap yang menjadi masyaqqah dan kesukaran kepada seseorang, begitu juga ujian Allah kepada hamba-hamba-Nya dinamakan fitnah. (Lihat Faidh al-Qadir, 4/461)
Begitu juga, dalam mengelakkan daripada fitnah, sewajarnya kita mendekatkan diri kepada Allah dan sentiasa munajat kepada-Nya. Kami nyatakan di sini doa yang ma’thur daripada Nabi SAW tatkala menghadapi ujian fitnah, antaranya:
Maksudnya: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perbuatan kebaikan, meninggalkan kemungkaran, kasihkan orang miskin dan Engkau ampunkan dosaku, Engkau rahmatiku dan Engkau terima taubatku. Jika Engkau menghendaki dengan hamba-hamba-Mu fitnah, maka matikanlah aku tanpa sebarang fitnah.
Maksudnya: Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik Arasy yang Agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik langit dan pemilik bumi dan Tuhan pemilik Arasy yang mulia.
Maksudnya: Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang yang zalim.
Maksudnya: Ya Allah, dengan rahmat-Mu aku berharap. Janganlah Engkau biarkan urusanku pada diriku sendiri walau sekelip mata dan perbaikilah seluruh urusanku. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya selain Engkau.
Riwayat Abu Daud (5090)
Justeru, selagimana kita menyayangi saudara kita yang merupakan sebahagian daripada kita yang wajib kita jaga hubungannya, maka Allah SWT akan menyayangi kita dan merahmati kita, serta meredhainya.
Semoga Allah menyayangi diri kita semua dan menempatkan diri kita semua di syurga-Nya. Kami akhiri artikel kali ini dengan doa:
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. Dan selamatkanlah kami dengan rahmat-Mu dari angkara kaum yang kafir.”[Surah Yunus: 85-86]
Rumah menjadi tempat utama melepaskan lelah setelah seharian berada di pejabat. Namun begitu, apa rasa jika kita balik kerja penat-penat rumah pula berselerak? Lagi-lagi kepada mereka yang dah berumahtangga dan ditambah lagi dengan kehadiran anak-anak kecil. Rumah jarang sangat berkemas, kan?
Hijabis yang workaholic balik lewat petang, mana lah nak ada mood nak mengemas rumah. Jawapannya hujung minggu waktu paling sesuai mengemas rumah. Belum lagi masa yang dipenuhi dengan aktiviti sosial di luar.
Tapi, siapa sanggup nak menghabiskan masa satu hari mengemas rumah sedangkan masa begitu boleh digunakan berekreasi bersama keluarga dan teman?
Jangan bazirkan masa dan penatkan badan. Hijabi kena bijak menguruskan masa dan paling penting kena bijak memilih peralatan rumah untuk meringankan beban. Jadi, bagaimana hendak elakkan perkara ini berlaku?
Tidak perlu bersihkan seluruh rumah, pastikan anda fokus pada tempat yang paling sukar. Maksudnya ialah tempat yang paling berselerak, atau tempat yang paling kita sukar hendak kemas. Caranya, pastikan kita buat kerja yang besar, yang jelas dengan mata kasar dahulu dan benda-benda kecil dan teliti, lakukan kemudian.
Contoh, bilik utama, kerana bilik ini selalu kita kunjungi dan menjadi ruang rehat hijabi. Manakala yang sudah berumahtangga, dahulukan ruang bermain anak-anak. Susun atur semua perkakas dan peralatan mainan. Percayalah, jika benda yang besar ni dah buat, maka benda-benda kecil ibarat ‘petik jari’ sahaja.
Jangan simpan baju hingga hujung minggu sebab kita sendiri tahu akibatnya kan? Hijabi yang bekerja kebiasaanya mesti tunggu hujung minggu nak buat semua.
Bosan dengan rutin ni, asal Sabtu sahaja mesti membasuh, menyidai dan melipat. Apa kata selepas ini cuba jadikan amalan; setiap petang atau malam, basuh baju. Kalau ahli keluarga ramai, banyak lah kan walaupun hanya sehari.
Jika baju terpakai tak banyak, buat 2 hari sekali. Kita sendiri akan nampak, rumah kita bersih & kemas dari timbunan baju terpakai dalam baldi atau belum dilipat. Untuk meringankan beban latih anak-anak dan suami buat aktiviti ini. Minta mereka lipat baju masing-masing dan simpan di tempat sendiri. Mudah kan?
Jika cuaca mengizinkan, buka tingkap dan biar udara dah cahaya matahari keluar masuk. Kadang-kadang udara yang tak segar ni boleh buat rumah kita nampak kotor. Jika ada tetamu nak datang dalam masa terdekat, boleh gunakan penyegar udara atau nyalakan lilin wangi di seluruh rumah kita.
Guna kelebihan produk pencuci yang ada dalam pasaran. Spray shower mandi, permukaan sinki, lantai, dinding dan biar dulu beberapa minit untuk bahan pencuci itu bertindak balas dengan kesan kotoran.
Buat kerja lain terlebih dahulu, kemudian selesaikan semula. Hasil tindak balas tersebut mungkin kita hanya perlu mengelap atau menyiramnya sahaja. Tak perlu susah payah menyental atau memberus.
Produk itu sendiri dah memainkan peranan memudahkan kerja dan menjimatkan masa kita. Selamat pada tangan, sangat berkesan pada kotoran dan semulajadi.
Jika ada kesan tumpah, cuci dengan segera. Kita hanya akan melibatkan sedikit masa menyental kotoran tersebut dibandingkan dengan kesan tumpah yang dah dibiarkan lama.
Begitu juga dengan kotoran pada pinggan mangkuk. Jangan biar ‘bermalam’ dalam sinki dapur. Selepas makan, buang sisa makanan dan basuh terus. Bayangkan jika kita biar tidak berbasuh semalaman.
Esok paginya, jadi kerja pulak nak rendam dulu supaya senang cuci. Haruman kurang enak akan merebak ke seluruh dapur. Bertambah pula kerja lain kan.
Dalam Islam pun ada menegaskan, jangan biarkan pinggan mangkuk yang dah digunakan tidak berbasuh. Sisa makanan yang dibiarkan di dalam bekas tidak berbasuh menjadi habuan syaitan, kerana syaitan suka makanan kotor dan busuk. Islam amat menggalakkan kebersihan dan benci pada sifat pengotor dan perkara-perkara yang boleh mendatangkan penyakit.
Pilihan gajet rumah adalah tindakan paling bijak hijabi untuk menjimatkan masa dan mengurangkan bebanan kerja.
Pembersih Vakum Robotik Neatsvor, sebuah pembersih vakum pelbagai guna, sebuah inovasi yang diketuai oleh Neatsvor dan A&S, A&S oleh Pembersih Vakum Robotik Neatsvor boleh melakukan kerja-kerja seperti memvakum, menyapu dan membersihkan lantai. Dilengkapi dengan teknologi kecekapan pembuatan, pembersih vakum ini boleh melakukan lebih daripada satu kerja pada satu masa.
Kerjasama pertama A&S dengan Neatsvor ini juga memperlihatkan A&S memperluaskan kepelbagaian produk yang ditawarkan di pasaran. Dengan membawa nama A&S oleh Pembersih Vakum Robotik Neatsvor, A&S akan menangkap pasaran yang lebih luas, terutamanya di bandar dimana pengguna sering mencari alternatif dalam membantu mereka dalam melakukan kerja rumah.
A&S oleh Neatsvor Pembersih Vakum Robot V390 mempunyai berat sekitar 2.5kg, dilengkapi dengan ciri-ciri seperti penyapu atau penyeret pintar, persamaan mop, pengecasan automatik, perancangan pintar dan kawalan WiFi. Ia boleh menyesuaikan kuasa sedutannya secara automatik, mengikut mod pembersihan yang berbeza.
Sementara itu, A&S oleh Neatsvor Pembersih Vakum Robot X500 memiliki empat mod pembersihan yang direka untuk memenuhi keperluan yang berbeza. Ianya boleh dikawal dengan menggunakan aplikasi ataupun alat kawalan jauh. Ciri-cirinya termasuklah menyapu atau penyeret pintar, persamaan mop, kuasa sedutan yang kuat, perancangan pintar dan kawalan WiFi. Kedua-dua pembersih vakum mempunyai kapasiti 600ml kotak debu.
A&S juga akan melancarkan A&S Pembersih Vakum Tangan Tanpa Kord S100 dan A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany A100. A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany A100, yang beratnya lebih kurang 1.41 kg, mempunyai ciri-ciri seperti kuasa sedutan yang kuat (sekitar 8,000 Pa), pembersihan satu kunci, fungsi sentuhan, penapis HEPA, dan tanpa kord.
Manakala, A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany S100 boleh diposisikan dengan baik dalam keadaan lurus bagi menyeimbangkan berat yang optimum dan mudah dialihkan. Seberat 1.42 kg, ia dilengkapi penapisan mesin HEPA keseluruhan dan sedutan yang kuat, lebih kurang 20,000 Pa. untuk membersihkan di mana sahaja. Ia juga mudah dipegang dan dibawa.
Mudahkan! Sekiranya hijabi bijak dalam merancang masa dan peralatan membersihkan rumah, semuanya akan berjalan dengan lancer tanpa bebanan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.