Bagi anda yang sedang berdiet ataupun baru sahaja memulakan proses diet, sebelum anda melaburkan wang anda kepada makanan sihat, pastikan diet anda itu memberi kesan yang bak. Ramai diantara kita yang mengamalkan diet, tetapi tidak mendatangkan apa-apa kesan. 

Sumber gambar: Daria

Dimanakah silap dan penyebabnya? Team Hijabista senaraikan kesilapan yang sering anda amalkan kala berdiet.

Sumber gambar: Taryn

Melupakan sarapan

Dengan kesibukan kerja, sarapan pagi dipandang ringan dan anda berharap agar dapat mengurangkan beberapa kilogram berat badan dengan tidak makan di waktu pagi. Itu yang menjadikan anda sangat lapar di waktu tengah hari. Jika boleh anda ingin makan apa jua yang ada di depan mata.

Tahan lapar

Bekerja menggunakan minda atau tenaga yang menyebabkan mudah lapar dalam masa yang singkat. Jangan tahan rasa lapar itu, sebaliknya pilih makanan yang sesuai. Elakkan makanan ringan kerana kandungan bahan perasa dan karbohidratnya yang memudaratkan. Pilih yogurt kurang lemak dan buah-buahan, ia kaya khasiat di samping mengurangkan rasa lapar. Makan setiap empat jam bagi mengekalkan tenaga sepanjang hari.

Makan tanpa sedar

Jangan sesekali makan ketika anda khusyuk melakukan perkara lain, sebagai contoh menonton televisyen. Ketika anda ralit menonton, anda tidak sedar kuantiti makanan yang dimakan. Jika pun ingin mengunyah sesuatu, apa kata nikmati plum tanpa biji atau kismis.

Sumber gambar: Alena

Makanan segera

IKLAN

Tidak salah untuk menikmati makanan segera sekali-sekala, namun cuba ubah selera makan anda. Makan makanan yang dimasak berbanding makanan segera. Ketahuilah mereka yang gemar makan makanan segera mudah naik berat 10 kali ganda lebih banyak daripada biasa.

Kuantiti berlebihan

Apa juga makanan jika diambil dalam kuantiti yang terlalu banyak boleh menyebabkan kegemukan, walau ia rendah lemak sekalipun.

Baca juga: Asyik Menguyah Jer! Makan Tak Berhenti Punca Berat Badan Naik! Kawal Nafsu Makan Anda Dengan Tip Ini!

Tidak bersenam

IKLAN

Kuantiti makanan sudah dicatu, makanan kesihatan sudah diamalkan, namun berat badan masih tidak menunjukkan sebarang penurunan. Lebihan makanan dalam badan yang diambil perlu dikeluarkan dalam bentuk tenaga dan peluh, oleh kerana itu senaman penting dalam diet harian. Ia juga dapat melancarkan sistem darah dan menyihatkan tubuh badan. Selain itu, otot jadi lebih pejal dan badan terbentuk cantik tanpa ‘lipatan’ lemak tersembumui.

Kalori cecair

Kalori dan karbohidrat berlebihan bukan hanya daripada sumber makanan, malah ia boleh juga didapati dalam minuman. Pengambilan alkohol, kopi dengan susudan gula, teh, soda, jus buah dengan gula dan sebagainya adalah antara punca penambahan kalori.

Sumber gambar: Ella

Crash diet

Istilah ini bermaksud pengalaman diet yang terlalu ekstrem secara tiba-tiba, sebagai contoh diet dengan meminum jus buahan sebenar. Benar, berat badan dapat dikurangkan tetapi hanya dalam jangka masa yang singkat sahaja. Otot badan juga menjadi lembik dan tidak pejal. Badan manusia memerlukan perubahan secara perlahan-lahan bagi membolehkan kesannya tahan lama.

IKLAN

Henti minum susu

Ramai yang menganggap susu adalah punca utama kegemukan, lalu berhenti minum susu. Jangan, kerana ia mengandungi sumber kalsium dan protein utama. Ada kajian mendapati tubuh yang mempunyai kalsium mencukupi dapat membakar lemak dengan lebih baik.

Waktu rehat

Ramai yang mengamalkan diet mereka secara berdisiplin dengan senaman yang betul dan pemakanan yang teratur. Namun, mereka mengganggap susah payah dalam berdiet ini perlu ada masa rehat di mana satu hari dalam seminggu dijadikan masa untuk menghadiahkan diri sendiri dengan makanan lazat tanpa mengira kalori dan lemak. Diet tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang membebankan kerana ia untuk kebaikan diri. Diet yang baik adalah memasukkan makanan kegemaran anda dalam diet harian dan menyeimbangkannya dengan buah dan sayuran serta senaman berterusan.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI