Pernah tak anda mengalami situasi di mana setiap saat anda akan membuka peti ais untuk mengunyah apa sahaja makanan yang ada. Jika nak kata kurang makan, tetapi macam terlebih makan. Sikap ini amatlah membahayakan kerana ia boleh menjadikan anda cepat gemuk dan berat badan naik mendadak tanpa anda sedari!

Sumber gambar: Andres

Ada solusi yang terbaik untuk mengurangkan portion ketika makan tanpa mudah merasa lapar. Team Hijabista kongsikan rahsia ini khas untuk pembaca kami! 

Sumber gambar: Askar
  1. Ambil sup sebagai pembuka selera. Sup sebenarnya boleh mengurangkan pengambilan kalori. Bahkan, anda merasakan penuh dan kenyang dengan lebih cepat.

2. Ambil pencuci mulut manis selepas makan. Ianya sangat berhasil dalam memastikan selera makan anda tahan lebih lama dan tidak mudah lapar.

Baca juga: Aktiviti ‘Hiking’ Bantu Untuk Kuruskan Badan, 5 Sebab Utama Kenapa Ramai Yang Suka Aktivit Ini!

3. Kepentingan air suam bukan sahaja untuk memberikan khasiat kepada kulit, malah ia juga dapat mengawal kadar pengurangan kuantiti makanan anda. Nak tahu bagaimana?Sebelum menjamu selera, pastikan anda meminum segelas air suam terlebih dahulu. Dengan meminum sebelum makan akan sekaligus memastikan yang anda tidak akan makan terlalu banyak.

IKLAN

4. Bukan hanya pada menu makanan tapi pada penggayaan anda juga! Ha! Kalau nak pastikan anda tidak makan dengan banyak, apa kata pakai baju yang cukup ketat untuk pastikan diri hanya mengambil makanan mengikut keperluan perut anda.

Sumber gambar: Polina

5. Selain itu, banyakkan juga pengambilan sayuran dalam menu makan anda. Ianya satu cara yang pantas untuk mengehadkan pengambilan kalori dalam tubuh sekaligus mencepatkan rasa kenyang.

IKLAN

Baca juga: Bijirin Barli Rahsia Terbaik Untuk Kuruskan Badan! Ini 5 Fakta Tentang Kebaikan Bijirin Barli!

6. Makan secara perlahan boleh mengurangkan kuantiti makanan anda. Sekali-sekala selangkan sesi makan dengan air agar kenyang dengan lebih cepat dan lama.

IKLAN
Sumber gambar: Polina

7. Ramai yang makan terus dari bungkusan atau kotak makanan ringan. Cara ini bahaya tau! Tahukah anda, majoriti orang yang memakan 50% lebih chips tanpa mereka sedari kuantiti sebenar yang disarankan untuk makan. Jadi pastikan anda menyemak butiran kandungan kalori makanan tersebut terlebih dahulu. Jika ianya tertera 10 sajian hidangan, pastikan anda membahagikan secara sama rata ke dalam 10 bungkusan kecil agar tidak lagi menjamu selera secara berlebihan.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI