Setelah lebih setahun Taman Tasik Titiwangsa ditutup bagi memberi laluan terhadap kerja-kerja penambahbaikan dan pengindahan kawasan, taman itu akan dibuka semula sepenuhnya pada Ahad (15 Dis) ini dengan berwajah baharu.
Kerja-kerja berkenaan adalah satu daripada pakej dalam projek Sungai Nadi Kehidupan (ROL), komponen pengindahan sungai melibatkan kos sebanyak RM99.88 juta.
Menurut Penolong Pengarah Kanan (Arkitek) Jabatan Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Noor Fazlina Rosley, taman rekreasi itu akan dibuka bermula 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.
"Kita mungkin nak buat perasmian (taman itu) pada 2020.
“Jelas sekali orang awam tidak sabar nak gunakan taman ini, jadi Datuk Bandar (Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan) kata memandangkan mereka (orang awam) tidak sabar dan sekarang musim cuti sekolah, kita bukalah (taman itu) awal sikit," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Ads
Menurutnya, kerja-kerja penambahbaikan dan pengindahan taman itu bermula 1 Sept tahun lepas dan siap sepenuhnya 31 Okt lepas dengan membabitkan keluasan kira-kira 20.23 hektar, tetapi terpaksa dibuka lewat bagi memastikan aspek keselamatan dan beberapa perkara yang perlu ditambah baik dilakukan.
Sementara itu, Noor Fazlina memberitahu, terdapat beberapa pembaharuan di taman berkenaan yang akan menjadi tarikan kepada para pengunjung seperti Kanopi Banjaran titiwangsa (dataran), Laman Kerawang,
Taman Air Kanak-Kanak dan Taman Permainan Kanak-Kanak.
Ads
Pada masa sama, katanya taman tersebut berkonsepkan 'ínclusivity' iaitu boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang terbatas dari segi fizikal seperti orang kurang upaya (OKU).
Ads
"Kita (telah) panggil anak-anak autistik dan cerebral palsy untuk cuba (taman permainan), selepas itu kita dapatkan komen ibu bapa mereka dan kita cuba tambah baik. Kita nak semua orang dapat menggunakan taman ini," katanya.
Selain itu, antara tumpuan utama di taman berkenaan adalah 'High Fountain Jet' di tasik itu dengan keupayaan pancutan air setinggi 100 meter.
"High Fountain Jet kita boleh dikatakan bertaraf antarabangsa kerana pancutan air mampu naik setinggi 100 meter. Tugasnya bersama fountain jet kecil yang lain adalah sebagai sistem pengudaraan air tasik kerana di sini, cepat sangat alga (sejenis tumbuhan) tumbuh," katanya.
Sumber: BERNAMA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebelum ini ramai netizen yang tidak sabar untuk melihat wajah sebenar anak kepada pasangan Amyra Rosli dan Amar Baharin yang selamat dilahirkan pada Oktober lalu. Walaupun si kecil sudah mempunyai laman instagram sendiri, tetapi hanya bahagian tertentu sahaja yang dipaparkan di situ. Bukan niat sebenar mereka untuk menyorokkan wajah anak sulung, tetapi menurut mereka masanya belum sesuai untuk memperkenalkan si kecil ini.
Dan minggu lepas keduanya telah memahkotakan janji dengan memperkenalkan anak mereka, Aqeef Anaqi sempena majlis Aqiqah yang diadakan di Rosa Event Space. Majlis ini cukup meriah apabila turut dihadiri sanak saudara terdekat kedua buah keluarga. Kemeriahan sepanjang majlis ini dapat dilihat pada foto-foto yang dimuat turun di laman instagram kedua-dua pasangan ini.
Majlis yang bertemakan ‘prince’ dengan gabungan putih biru itu seperti majlis akad nikah dengan kedua-dua ibu bapa putera yang diraikan turut berpakaian baju Melayu rona sedondon.
Sejak melahirkan anak sulungnya, penampilan Amyra Rosli semakin cantik dan jelita. Malah senyuman manis sentiasa terukir di bibirnya. Malam itu, Amyra begitu menawan berpakaian kurung moden warna putih disertakan sekali dengan layah bak ratu sehari. Begitu juga dengan solekan ‘sweet glow dan clean makeup’ menyerlahkan dan menaikkan lagi seri wajah Amyra malam itu. Netizen juga turut memuji kecantikan pelakon ini.
Amar juga tampak cukup segak tampil berbaju Melayu cekak musang. Lagak keduanya sepanjang majlis itu bagaikan raja sehari sempena perkahwinan mereka setahun yang lalu. Masih terbayang kemeriahan majlis perkahwinan pasangan ini yang turut mendapat jolokan ‘wedding of the year’ tahun lalu.
Bukan ibu bapanya sahaja yang tampil menawan, malah anak mereka yang baru berusia dua bulan juga turut bergaya sedondon dengan baju dengan warna yang sama. Betapa Amyra dan Amar begitu mengasihi si kecil yang menjadi lambing cinta mereka. Keduanya dilihat seperti tak berenggang dengan si kecil mereka sepanjang majlis berlangsung.
Persiapan rapi yang diadakan memperlihatkan ruang dekorasi cukup menarik. Dengan singgahsana yang dihias indah memperlihatkan gaya seperti raja sehari. Memang tak puas mata memandang melihat betapa segak dan jelitanya pasangan yang cukup romantik ini.
Jom kita lihat beberapa gambar menarik sepanjang majlis berkenaan.
Sudah lama tidak mendengar khabar pelakon, Erin Malek setelah mengambil keputusan berkahwin dalam usia muda. Jika diintai di laman instagramnya, dia baru-baru ini menghabiskan masa bersama keluarga dengan bercuti ke luar negara. Nampak begitu bahagia sekali mereka menghabiskan masa bersama. Pelakon yang mempunyai wajah cantik ini tetap kelihatan seperti gadis remaja walaupun telah punya sepasang anak, lelaki dan perempuan.
Walaupun dalam mood bercuti, penampilan Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek tetap cantik dan menawan. Apa rahsianya yang kini semakin jelita sejak berhijab. Walaupun dia tidak begitu aktif dalam bidang lakonan, tetapi perkembangan dirinya tetap menjadi perhatian netizen. Malah setiap aktiviti banyak dimuat turut dalam laman sosialnya itu.
@syuuuhadajohari Erin!!! Kenapa cantik sangat niii ??
@gurlsgerobok So cantik.. soo lawaa
@nor.amyra.hashim Cantiknyeee.. @erinmalekofficial share your beauty tips pls??
Berbicara soal kecantikan, ibu muda yang mempunyai susuk tubuh yang cantik dan kecil molek ini sudah pastinya menjadi idaman setiap wanita di luar sana. Erin Malek, selesa berkongsi rahsia bersama peminat. Sudah namanya wanita, Erin tidak lari daripada regim kecantikan alami. Intip petua dan rahsia cantik Erin Malek.
Setiap kali bangun pagi, Erin akan mencuci muka. Sama juga rutinnya sebelum tidur malam. Memang menjadi amalan yang tak pernah ditinggalkan!
Erin amalkan minum air putih yang banyak. Kalau boleh, dua liter sehari.
Pilih penjagaan kulit yang sesuai dengan kulit wajah dan Erin akan menjaga dari segi pemakanan. Selalunya Erin akan kurangkan memilih makanan yang berminyak dan manis dalam menu sehari-harian, senaman jangan pula dilupakan!
Pencuci muka, bedak padat dan pelembap bibir, Erin jarang pakai gincu untuk mengelakkan bibir menjadi rosak.
Gunakan beras untuk dijadikan masker muka. Itu antara amalan turun temurun keluarga Erin.
Buat masa ini, Erin memang tidak ambil sebarang suplemen. Tetapi, Erin tetap mengamalkan makan buah-buahan dan minum jus terutamanya buah limau setiap hari. Paling kurang satu hari Erin akan minum jus limau satu kotak besar sehari. Alhamdulillah, setakat ini ia memang membantu Erin untuk kekalkan kesihatan kulit.
Semua wanita impikan lelaki beriman sebagai suami. Namun ramai wanita menyangka yang tugas mencari lelaki beriman sebagai calon suami ini susah. Jika ada pun sudah berkahwin dan ada anak. Ada juga dikalangan wanita ini yang masih keliru akan tanda-tanda seorang lelaki yang beriman. Sebenarnya ciri seorang lelaki beriman ini ada banyak dan salah satunya, dia berusaha menundukkan pandangannya.
Ciri-ciri lain untuk lelaki beriman ini adalah jujur, ikhlas, bertanggungjawab dan amanah. Lelaki beriman ini dimudahkan cerita adalah lelaki yang mempunyai akhlak yang baik. Mereka juga tidak akan mudah mempercayai sesuatu perkara dengan mudah sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah (kebenarannya) dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat: 6)
Seorang lelaki yang bakal menjadi pemimpin seorang wanita haruslah seorang lelaki yang menjaga solatnya. Namanya manusia, solat adalah tiang agama. Sekiranya mereka seorang yang menjaga solat, pasti solat adalah keutamaannya. Bukan hendak mengatakan lelaki yang tidak menjaga solat ini kurang baik, tetapi solat adalah kewajipan setiap mukmin. Sekiranya mereka menjaga solat bermaksud mereka mampu membimbing anda ke Jannah bersama-samanya.
Senang sahaja anda hendak menguji seseorang itu tunaikan solat atau tidak dengan ketika keluar bersama (WAJIB ditemani oleh seorang mahram yang sudah baligh) sekiranya masih tidak mengajak wanita menunaikan solat bermaksud, dia bukanlah seorang lelaki yang menjaga solat. Tetapi, wanita harus diingati untuk menguji lelaki jangan pula anda meninggalkan solat. Sekiranya, terlihat tiada respond daripada mereka untuk menunaikan solat andalah yang perlu mengingatinya.
Sesungguhnya, lelaki yang sentiasa menghormati dan menyanyangi ibu bapa adalah lelaki yang akan sentiasa menghormati hak seorang yang bernama wanita. Bila sebut berkenaan penyanyang wanita akan berfikir lelaki tersebut “anak mak”. Kenapa sentiasa berfikiran seperti itu, tahukah wanita di luar sana syurga seorang lelaki adalah di bawah telapak kaki seorang ibu. Justeru itu, tidak salah sekiranya mereka menyanyangi ibu bapa mereka.
Kaum wanita perlu beringat, suatu hari anda akan bergelar ibu, mak, bonda, umi atau sebagainya. Adakah anda sanggup melihat seorang anak melebihkan isterinya berbanding seorang ibu? Seharusnya jawapannya tidak, jadi sekiranya anda tidak mahu anak anda melakukan perkara sebegitu janganlah anda melakukannya. Sesungguh lelaki yang menyanyangi ibu bapa adalah seorang lelaki yang penyanyang.
Lebih baik anda berkongsi kasih dan bermadu dengan ibu bapa mereka daripada anda berkongsi kasih dan bermadu dengan WANITA lain. Sesungguhnya mereka bukan “anak mak” tetapi adalah lelaki yang baik dan merupakan pilihan ramai yang sukar dicari. Percaya atau tidak, lelaki yang menyanyangi keluarganya akan menyanyangi anda sesungguhnya dan tidak akan mengabaikan wanita yang menjadi suri di hatinya.
Lelaki yang berani menjadi imam dalam solat fardu adalah suatu yang bonus. Lelaki adalah pemimpin, menjadi imam dalam solat fardu di rumah mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara suami dan isteri. Selain itu, solat berjemaah juga mampu menambahkan pahala untuk diri sendiri dan keluarga. Disebabkan oleh itu, mendirikan masjid bukan mudah tetapi ianya memerlukan ilmu untuk melayarkan bahtera rumahtangga itu sendiri.
Sukar pada zaman kini untuk mencari lelaki dan perempuan yang betul-betul menjaga ikhtilat dalam ingin membina bahtera rumahtangga. Tetapi, sekiranya lelaki tersebut mampu menjaga ikhtilat semasa dalam sesi perkenalan maka dia adalah Mr Right anda. Tetapi perlu di ingatkan bukan lelaki sahaja yang perlu menjaga ikhtilat, wanita juga perlu menjaga ikhtilat semasa dalam perkenalan. Menjaga agama adalah tanggungjawab bersama bukan pada sebelah pihak sahaja.
Lelaki yang berani menegur akan kekurangan wanita adalah seorang lelaki yang mahu menjadi pemimpin. Bagi lelaki, mereka berhak menegur seseorang wanita yang bakal menjadi suri dihatinya. Sekiranya mereka mampu memperbetulkan segala kekurangan anda dengan cara yang baik, maka mereka sebenarnya mampu memimpin anda ke arah kebaikan. Sekiranya, anda telah berjumpa dengan seorang lelaki yang berani menegur dengan baik akan segala kekurangan anda, maka janganlah biarkan mereka terlepas.
Setiap wanita mahukan lelaki yang sabar dan bertolak ansur dalam setiap perkara. Justeru itu, lelaki yang sabar dan bertolak ansur ini adalah lelaki yang menjadi pilihan utama wanita. Sabar dan bertolak ansur bukanlah menunjukkan lelaki itu seorang yang soleh tetapi menunjukkan mereka adalah lelaki yang tidak akan membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Walaupun ianya bukanlah 100% menunjukkan ciri-ciri lelaki soleh, tetapi ianya adalah ciri-ciri lelaki idaman wanita.
Sekiranya lelaki tersebut bertanggungjawab akan kebajikan ibu bapanya, maka dia adalah seorang yang bertanggungjawab akan keluarganya. Tanggungjawab ini boleh dinilai melalui cara kerjanya, sekiranya dia seorang yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan dengan penuh amanah anda boleh menganggap beliau seorang yang bertanggungjawab.
Tetapi walaubagaimana sekali pun, tanggungjawab ini adalah sesuatu yang sukar untuk dinilai melalui mata kasar. Ianya hanya boleh dilihat apabila wanita tersebut sudah mengenali lelaki tersebut.
Cinta itu manis dan cinta itu juga adalah satu perasaan yang didatangkan oleh Allah SWT di dalam diri setiap manusia. Namun sayangnya ada ramai manusia yang fokus jatuh cinta pada pasangan hingga terlupa yang cinta Allah SWT itu lebih suci, lebih indah dan lebih agung. Cinta itu perlu namun ingatlah yang cinta dengan niat kerana Allah SWT adalah lebih tinggi darjatnya. Dalam hadis, Abu Hurairah ra menyebut katanya, Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka akan Aku beri naungan pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu.” (Riwayat Muslim)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Gaya tudung yang salah boleh menyebabkan aurat tidak tertutup sempurna. Ketahui 5 kesilapan hijabi perlu elak agar penampilan kekal sopan dan patuh syariat.