Siapa tidak mengenali selebriti, Diana Amir. Dia yang merupakan salah seorang pengacara dan juga sangat aktif dalam aktiviti kemanusiaan atau sukarelawan. Sejak mengambil keputusan berhijab, Diana Amir dilihat begitu menjaga penampilannya agar sentisa tampil cantik, selesa dan paling penting menjaga auratnya.
Biarpun sudah berhijab, tidak membataskannya untuk tampil bergaya mengikut citarasa. Diana lebih senang memilih shawl yang dililit ringkas serta menutup aurat.
Dan sempena sambutan harijadinya, Diana telah membuat tutorial tudung khas buat followernya di laman sosial Instagram.
Menurutnya, dia penah berjanji untuk membuat tutorial tudung tetapi kekangan hal seperti rasa segan, ketidaan neck cover dan sibuk melayan anak-anak menyebabkan hasrat iu tertangguh.
Tetai sebagai birthday treat buat followernya yang bejumlah 1.3 juta, dia telah berkongsi tutorial mudah setiap kali menggayakan shawl panjang. Menurutnya dia selesa menyarung tudung dengan kepanjangan dua meter dan lebar 60 cm.
Ads
Malah bagi mengelakkan tudung dipakai sentiasa kemas dan on point, Diana memberi tip dengan memastikan meletakkan beberapa jarum di bahagian kiri kanan tudung agar kekal terletak sehingga akhir majlis dihadiri.
achecheq Alhamdulillah..mmg dh lama tnggu style shawl sis ni…tq..selesai bab shawl..pakai skincare apa la plak sbb x pernah x cantik
rozaa1514 Senang gila tengok kak diana pakai shawl, kalau saya pakai ni haru hahaha, entah kena pin mana satu dulu, tu smpai sekarang saya pakai tudung sarung je senang hihi..
Ads
dina_amani Alhamdulillah.. Finally I found toturial for shawl yg labuh
yuyujelaek stujuuuu…ske pin byk byk gakkk…sb t tudung ble begerak² misti tudung haruuu hahhaha…happy birthday sis d
kizi.mk Senangnya tgk kak diana lilit shawl..tq for the tips..boleh ikut ni…
Hobi menanam pokok-pokok hiasan sememangnya bagus. Ianya sebagai satu terapi untuk ketenangan selain bagus untuk ekosistem. Tanaman hiasan yang ditanam di dalam rumah juga bagus untuk membersikan udara di dalam rumah.
Walau bagaimanapun sebelum menanam pokok-pokok hiasan, ada baiknya anda mempunyai sedikit ilmu.
Berikut perkongsian Eddie Putera yang boleh dijadikan panduan.
Ramai yang sekarang teruja dan terjebak dengan indoor plants. Satu element yang amat best dalam rumah, menyihatkan mental dan meransang kesihatan minda.
Tapi kena ingat, pokok ialah benda hidup. Dan apabila kita sudah commit untuk membela benda hidup, ia jadi tanggungjawab untuk kita pastikan dia sihat dan tidak mati. Sama macam bela kucing atau hamster. Kita dah jadi mami dan papa pokok. Kejam kalau kita beli dan pokok mati.
SEDIKIT TIP UNTUK JAGA POKOK DI DALAM RUMAH:
1. Cahaya, cahaya dan cahaya. Cahaya jauh lebih penting dari air bagi pokok. Kalau kita abaikan air, masih boleh diselamatkan pokok. Tapi kalau cahaya tak cukup, Sama macam kita minum air tapi tak makan nasi. Make sure pokok dapat cahaya at least 6 jam satu hari. Letak tepi tingkap atau sliding door. Yang paling baik, kita tambah artificial lighting untuk bantu photosintesis. Wa kasi letak rail lights kat ceiling and spot pada setiap pokok.
2. Wa ada 2 batch pokok. Satu batch kat luar, satu kat dalam rumah. Then tukar, gilir gilir setiap 1 bulan atau 6 minggu. Kadang kadang wa biar jer kat luar seminggu dua.. baru bawa masuk balik. Macam kita juga, pokok perlukan tukar tukar angin bercuti dan makan sedap sedap.
3. Pastikan ada udara mengalir. Kipas atau angin dari luar. Sebab kalau kita jenis yang suka spray daun dengan air untuk buang habuk, air tak boleh lekat pada daun terlalu lama. Akan jadi penyakit. Dan angin yang mengalir akan menyejukkan pokok. Pokok pun macam kita, kalau panas, dia rimas.
4. JANGAN oversiram. Cucuk jari dalam compost. Kalau ada compost melekat kat jari, tak payah siram dulu. Kalau debu jer lekat maknanya air dah kurang. baru siram. Paling afdal, angkat semua masuk toilet, and bukak shower… kasi mandi.. biar air semua keluar kot bawah pasu baru angkat keluar dan anginkan. Wa bikin 7-10 hari satu kali.. TAK PAYAH siram hari hari. Jangan dengar tokey nursery klengtong.
5. Tak payah baja memahal. Cukup sebulan sekali bawak keluar, letak baja taik ayam/kambik 5 6 ketul dalam pot. Biar satu malam, besok bawak masuk.
6. Alat alat menanam dan trimmimg kena cukup. Tak payah beli memahal. MR. DIY atau kedai RM2 pun ada.
7. Kalau rasa macam banyak kerja, dan menyusahkan, beli jer pokok plastik. Jangan jadi orang yang KEJAM dan pembunuh pokok.
Setiap kali mahu keluar daripada rumah, pasti kita akan mengoles lipstick pada bibir. Lipstick ini ibarat item solekan yang wajib ada di dalam beg tangan setiap wanita. Barulah wajah tampak lebih berseri.
Yang menjadi masalah adalah untuk memilih warna gincu yang sesuai mengikut tona kulit kita. Pastikan anda tahu tona kulit anda terlebih dahulu sebelum membeli gincu yang baru. Ini ada beberapa tips untuk anda.
1. Tona kulit cerah
Buat gadis berkulit cerah, warna gincu yang terbaik untuk anda adalah rona nude. Rona nude seperti peach atau merah jambu memang sesuai untuk anda. Elakkan memilih rona coklat gelap dan burgundy. Sesekali tampil dengan rona merah untuk kelihatan lebih anggun dan seksi.
Gadis yang memiliki tona kulit ini sesuai dengan kebanyakan warna gincu. Rona coral merupakan warna yang terbaik untuk anda. Selain itu, rona bronze dan warm pink juga sesuai dengan tona kulit ini. Cuma, sebaiknya elakkan memilih gincu rona coklat dan ungu kerana ia akan membuatkan wajah anda tampak lebih pucat.
Rona nude, oren dan merah jambu merupakan rona pilihan yang paling sesuai untuk anda dan boleh dipakai setiap hari. Merah antara warna yang perlu dielakkan untuk tona kulit anda. Selain itu, elakkan juga memakai rona ungu dan kuning kerana ia akan membuatkan wajah anda tampak seperti sedang sakit.
Sekiranya anda memiliki tona kulit ini, lipstick rona coklat, plum atau merah merupakan pilihan yang terbaik. Untuk waktu siang, anda boleh memilih rona coklat karamel atau pecah. Manakala untuk waktu malam pula anda boleh cuba mengoles rona merah wine.
Adakahrutin penjagaan wajah anda sesuai dengan usia? Produk apa yang anda gunakan seusia umur 20an, 30an, 40an dan 50an? Bermula umur berapa yang wajib untuk anda memulakan penjagaan kulit? Boleh ke gaidis yang berumur 20 tahun menggunakan produk sama seperti umur yang 30-an?
Bagaimanakah cara untuk anda mengetahui sama ada produk penjagaan kulit yang anda beli sesuai mengikut usia anda? Elak wajah tampak tua sebelum waktu, semak langkah ataupun tip penjagaan kulit mengikut usia anda dibawah ini.
Misi utama penjagaan kulit ialah untuk mewujudkan tabiat agar penjagaan kulit menjadi satu rutin yang tidak menyebabkan wujud rasa terbeban atau sukar untuk diri anda. Jadi bagi anda yang berusia 20-an, anda perlulah mengamalkan pencuci muka yang bersifat lembut, pelembap jenis losyen atau gel dan juga anda yang tengah meningkat remaja ni “WAJIB” pakai pelindung tabir suria untuk mengelakkan daripada sunburn atau muka breakout.
Untuk wanita 30-an, misi utama ialah untuk melawan tanda-tanda penuaan kerana kulit mula terdedah dengan sinar ultra ungu dan tanda awal penuaan. Bagi mengelakkan kulit anda menjadi kusam akibat sel kulit mati yang terkumpul pada permukaan kulit, anda perlulah membersihkan sel kulit mati tersebut. Amalkan Exfoliate secara lembut secara mingguan, gunakan serum yang sesuai untuk rawat kulit dan anda perlu fokus kepada produk yang menjaga keanjalan kulit.
Antara usia 20 dan 30, badan dan kulit mengalami perkembangan yang sebenar. Jerawat remaja yang paling kerap kekal di masa lalu, kedutan merupakan mimpi ngeri igauan masa depan yang jauh, dan matlamat penjagaan datang terutama untuk pencegahan. Walau bagaimanapun, tidak semuanya berjalan lancar kerana kelihatannya pada pandangan pertama. Keempat peraturan ini mesti diperhatikan untuk menikmati kulit yang bersih dan awet muda sepanjang mungkin.
Kulit kering pada usia muda adalah perkara biasa kerana rutin harian yang dilalui oleh seseorang. Tetapi kulit normal dengan kecenderungan untuk mengandungi lemak berada dalam pelbagai keadaan. Ini disebabkan oleh tahap hormon seks yang tinggi, Kawalan penumbuhan jerawat, kesan sampingan yang meningkatkan pengeluaran sebum. Tetapi semasa anda masih mud, lemak boleh menjadi masalah utama kerana ia adalah tempat pembiakan yang sangat baik untuk semua jenis bakteria yang menyebabkan keradangan dan kerengsaan.
Agar tidak membenarkan jangkitan membiak dan merosakkan penampilan anda, jangan lupa membersihkan minyak, habuk dan kotoran yang terkumpul di wajah anda dalam sehari. Gunakan produk yang bersesuaian dengan jenis kulit anda.
Jika kita mengabaikan pembersihan, dari masa ke masa, liang pori-pori akan terbuka, dan kulit seumpama kulit oren. Lakukan seminggu sekali atau seminggu dua kali dengan memakai masker wajah. Jika kulit terdedah kepada jerawat, sebulan atau dua lakukan pembersihan manual atau pakar ultrasonic di pusat rawatan kecantikan.
Sinar matahari kering, dan ultraviolet merosakkan protein kolagen dan elastin, yang bertanggungjawab terhadap ketegangan dan keanjalan kulit. Hasilnya adalah kedutan atau garis halus akan muncul dengan cepat, malah anda akan tampak matang sebelum usia. Untuk memanjangkan masa remaja, biasakan menggunakan produk SPF walaupun pada usia yang muda. Jika anda tidak mahu bayangan bitnik-bintik coklat muncul di wajah.
Kulit di sekeliling mata adalah nipis dan hampir tidak ada lemak di bawahnya. Itulah sebabnya tanda penuaan pertama kelihatan di bahagian mata. Gunakan pelembap khas dan eye patchdengan nutrien di bawah mata. Pemampat basah berdasarkan teh hijau dan pudina juga mengekalkan kenjalan sekitar mata dengan baik.
Pada usia ini, anda telah mengalami banyak tekanan dan ledakan hormon seperti kehamilan, melahirkan anak, mengambil pil dan lain-lain. Perubahan ini telah memberi kesan kepada kulit, walaupun tidak terlalu ketara.
Untuk wanita yang berusia 40-an, ketika ini anda akan alami perubahan ketara struktur kulit yang akibat dari stress atau tekanan kerja, pemakanan, persekitaran dan penuaan. Pada umur ini, kulit perlu fokus untuk mendapat kelembapan yang mencukupi dan dirawat untuk mempertahankan keanjalan kulit.
Jadi, anda perlu mengamalkan produk yang memberikan kelembapan untuk kulit muka anda. Selain itu, anda haruslah pilih produk yang ada anti-oksidan dan anda harus menggunakan sheet mask untuk merawat kulit dalam keadaan berehat agar ia meresap ke dalam kulit muka anda.
Oleh itu, jangan terlepas pandang perkara penting berikut
Warna yang tidak sekata adalah tanda usia yang sudah bertambah sekurang-kurangnya beberapa tahun. Pigmentasi menjadi lebih jelas, penting untuk mengekalkan nada kulit yang sama. Ini boleh dicapai dengan menggunakan krim pelunturan, masker muka atau menggunakan berbasiskan bahan yang lembut tanpa zarah kasar yang besar. Penggunaan kosmetik dengan SPF amat penting. Ultraviolet menyebabkan pengeluaran melanin dan seterusnya menimbulkan masalah pigmentasi.
Alkohol membantu menghilangkan sebum yang berlebihan dengan bakteria yang terkumpul di dalamnya dan dengan itu mencegah terjadinya jerawat. Walau bagaimanapun, dengan usia, pengeluaran sebum berkurangan.
Anda perlu mengekalkan kelembapan kulit dan melindungi dari persekitaran luaran dari radikal bebas. Kerosakan produk berasaskan alkohol seperti ethanol dalam kandungan penjagaan kulit ini memerlukan masa untuk memulihkan halangan. Selepas 30 adalah dinasihatkan untuk memilih tonik bukan dengan alkohol, seperti bahan organik teh hijau.
Retinol telah terbukti dapat meningkatkan metabolisma sel kulit, merangsang sintesis kolagen, dan juga membantu mengurangkan kedutan yang sedia ada. Sebagai contoh, krim dan serum dengan retinol vitamin A.
Bagaimanapun, alat ini mempunyai kesan sampingan. Jadi, vitamin A boleh menyebabkan kerengsaan kulit dan meningkatkan ketumpatan cahaya. Oleh itu, anda boleh menggunakan krim ini hanya untuk malam.
Krim dan topeng dengan kolagen dan asid hialuronik amat sesuai dengan penjagaan kulit di rumah. Dengan cara ini, urutan muka juga boleh dilakukan secara bebas.
Perubatan, kosmetologi, gaya hidup yang sihat membolehkan ramai wanita melihat usia ini sama seperti yang menarik antara 20 dan 30. Untuk membantu kulit kekal muda dan segar lebih lama, adalah penting untuk mengikuti garis panduan ini.
Bertahun kajian dilakukan, kulit menjadi kurang berminyak kerana penghalang sebum menjadi lebih sedikit, ia menjadi lebih sukar bagi kulit mengekalkan kelembapan. Oleh itu, pelembab kulit harus menjadi keutamaan dalam penjagaan anda.
Elakkan mencuci dengan sabun dan agen pengeringan yang lain. Pindahkan ke buih berkrim, berkhasiat atau air micellar yang tidak memerlukan pembilasan. Memilih krim siang dan malam, juga memberi tumpuan kepada penghidratan maksimum.
Walaupun anda telah melakukannya dengan baik sendiri. Dengan usia, kulit memerlukan perhatian yang lebih. Kunjungi pusat rawatan kecantikan tertentu dengan khimat nasihat pakar untuk penjagaan kulit di usia anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.