Siapa tidak kenal dengan aktres cantik dan berbakat besar, Nur Fathia Latiff yang terkenal dengan lakonannya dalam drama popular, Ariana Rose dan Gracias Barcelona.
Hijabista berpeluang bertemu dengan salah seorang adik kepada Fathia Latiff dalam satu sesi fotografi.
Di kesempatan itu, Hijabista turut ‘merisik’ keistimewaan Fathia Latiff sebagai kakak di mata adik-beradiknya.
Dr Fasiha Latiff yang kini berusia 29 tahun bertugas sebagai doktor perubatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Cantik persis kakaknya, beauty with brain pula tu. Beberapa tahun lalu, foto graduasinya pernah tular di media sosial.
Ads
Seperti yang kita tahu, Fathia Latiff antara aktres Malaysia yang mempunyai adik beradik perempuan cantik dan bekerjaya hebat.
“Kak Fathia kini rancak menguruskan bisnesnya sendiri. Hatinya juga masih belum dimiliki kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap karier,” kongsi Dr Fasiha yang turut memiliki bisnesnya sendiri iaitu Mulan Scarf by Fasiha Latiff, dan THREE O Medical Scrubs.
Ads
Berikut 5 keistimewaan Fathia Latiff yang dikongsi oleh adiknya ini:-
TAK KEDEKUT
“Dia memang seorang yang pemurah dan tidak kedekut langsung dengan keluarga. Bila-bila masa saja kalau dia pergi shopping, mesti adik beradik dapat pemberian darinya termasuklah parent.”
AMBIL BERAT
“Dia juga sangat ambil berat dengan adik beradik. Setiap hari dia akan tanya khabar kami dalam Whatsapp group. Tanya kami OK ke tidak dan sebagainya. Dia akan berkomunikasi dengan kami setiap hari.”
KELAKAR
Ads
“Dia juga sangat suka berjenaka. A very happy go lucky person, boleh bergelak ketawa bersama-sama.”
SUKA MAKAN
“Kalau nak tahu, kakak saya ini seorang yang suka makan. Dia suka mencuba semua jenis makanan. Selalunya dia akan cuba sedikit sahaja dan selebihnya dia akan kongsi dengan kami semua.”
BERJIWA SENI
“Dia seorang yang artistik. Ada sebuah piano di rumah di mana dia akan main setiap hari. Yang bestnya, dia tidak pernah masuk sebarang kelas piano pun tetapi tahu cara-cara nak bermain piano. Dia belajar sendiri saja.”
Untuk info, Dr Fasiha merupakan isteri kepada Dr Hazheem. Mereka bergelar suami isteri pada 19 September 2021 dan mengikat tali pertunangan pada Januari 2021.
Kredit Foto: Instagram Fasiha Latiff & Fathia Latiff
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sikap segelintir pengasas produk lokal membuat jenama lain terpalit dengan isu ini, kaedah mempromosikan produk menggunakan elemen agama apatah lagi berada di tempat suci.
Baru-baru ini seorang wanita yang juga pendakwah bebas ditegur warga maya selepas sempat mempromosikan suplemen minda ketika mengerjakan ibadah umrah di hadapan Masjidil Haram, Tanah Suci Mekah. Susulan tindakan itu, ramai yang tampil tidak berpuas hati malah seorang youtuber yang dikenali sebagai Syihabudin Ahmad Md Yatim mengulas tentang perkara tersebut di saluran YouTube miliknya.
Video yang dikongsikan pada umum bukan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi berkongsi ilmu dan memberi pendapat peribadi agar tiada lagi pengasas-pengasas produk lokal mempromosi atau berniaga di masjid apatah lagi di Masjidil Haram.
“Alhamdulillah untuk ilmu baru dan peringatan. Semoga akak tu pun dapat tahu tentang perkara ini dan mengubah cara. Sama2 kita doakan supaya segala perkara berkaitan bisnes beliau menepati hukum syarak dan ditambahkan barakah.”
“Pasar dunia dan pasar akhirat.. terima kasih atas perkongsian Ustaz.”
Seram tengok jemaah dedi mami… Rasa nak ss komen jemaah jemaah dorg setia menunggu statment dedi mami… Lps tu nak tengok bertambah kebodohan atau berkurangan….
“Sebenarnya, selain founder produk yang posing depan Kaabah utk promote produk masing², ada juga kalangan ustaz/ ustazah yang guna method yg sama dlm menjual barangan yg antaranya dilabel ” makanan sunnah ” dan lain² barangan.”
“Jemaah tegar dia pulak suruh stay strong mummy. Macam perlu diruqyah untuk membuang kebodohannya.”
“Pernah dengar kata2 pakar ekonomi Islam.. dia cakap waima sahabat2 nabi yg dah jadi jutawan sekalipun tak pernah gunakan elemen agama mahupun perkenalkan diri sebagai sahabat nabi sepanjang mereka berniaga.. renung2kan..”
Susulan daripada tangkap layar itu, PU Rahmat menerusi satu hantaran di Facebook meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan segelintir usahawan yang terlibat dengan ‘teknik’ pemasaran sebegini dan meminta agar kaedah seperti itu dihentikan serta merta.
“Wahai Founder Produk. Berhenti jadikan Kaabah sebagai alat marketing. Berhenti bawa pr0duk kamu ke dalam Masjidil Haram,” tulisnya.
Malah, PU Rahmat turut sertakan potongan hadis yang mengatakan sekiranya seseorang itu menjual produk di kawasan suci, ianya tidak akan mendatangkan untung kepada mereka.
Jika kamu tidak insaf dan memohon maaf, inilah doa saya; Semoga bisnes kamu lingkup wahai founder produk yang menggunakan rumah Allah sebagai alat dagangan.
Perkongsian itu setakat ini telah mendapat ratusan komen dari netizen yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan PU Rahmat dan mengharap kan agar pengusaha pengusaha lain dapat menjadikan teguran tersebut sebagai pengajaran.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Seperti yang kita semua tahu, Asyalliee telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 2 Januari yang lalu. Sekitar seminggu yang lalu, Asyalliee telah pun berkongsi wajah anaknya kepada umum. Bayi lelaki yang diberi nama Haider Mikael ini memang comel sungguh!
Memasuki minggu ketiga bergelar ibu, Asyalliee telah berkongsi pengalamannya melahirkan Haider Mikael kepada para followers di IG. Memang besar pengorbanan seorang ibu yang menahan kesakitan demi melahirkan zuriat yang ditunggu-tunggu.
Lebih mengharukan apabila Asyalliee turut mendoakan para followers yang masih menanti zuriat dapat merasai pengalaman yang dirasai itu. Yang penting, berusaha dan percaya dengan rezeki Allah.
Rindu masa ni. Ramai minta Asya ceritakan pengalaman Asya bersalin kan, nahh bacalah kalau sudi.
Last check up untuk kandungan, Doktor check air ketuban dah kurang dari yang sepatutnya, jadi doktor cakap baby mungkin keluar awal dari due date. Lepas tu check nadi baby and contraction, masa tu jantung baby okay cuma contraction tu dah ada cuma saya yang tak rasa lagi, cuma rasa keras perut macam tu ja.
Saya fikir baby gerak tu yang jadi keras taktau rupanya contraction dan doktor check bukaan rahim sudah 1cm. So we decide datang balik 31 Dec untuk induce. Doktor suruh balik dulu. Balik tu berjalan sana sini lagi saya. Kaki ni tak kenal erti penat betul. Bedal jugak segala makanan yang mengidam.
Pukul 11 pagi saya dan husband terus pergi ke Hospital Andorra and terus masuk labour room untuk check. Nadi baby masih okay tapi contraction pula jadi 2 kali dalam masa 10 minit tapi saya masih tak rasa sakit apa apa pun.
Then doktor check bukaan rahim baru 2cm, mashaAllah nak check bukaan rahim pun rasa macam kena seksa tau sakitnya tapi doktor cakap kawal cara penafasan tu baru tak rasa sakit sangat. Doktor cakap tak payah induce la, doktor kasi chance untuk normal sebab bukaan sudah 2cm dan contraction dah mula.
So doktor minta nurse hantar ke wad. Wad yang kami minta ada patient pula, so sementara tunggu patient tu discharge petang nanti kami masuk dulu wad yang lain. Nasib la dalam wad ada TV siap ada YouTube and Neflix lagi tau. So boleh layan layan dulu then makan apa yang patut sebelum tak boleh makan dah.
Dan nasib la ada kawan kawan yang meneman dikala kami laki bini tak tahu nak buat apa dalam wad tu. Lepastu dalam pukul 3 macam tu baru kami dapat masuk wad yang kami nak. Wad yang kami nak ni besar sikit sebab saya dan husband kami adik beradik ramai so bermalam la satu malam kami kat situ dengan harapan esok baby dah boleh keluar. Dan saya laki bini new year dalam wad je malam tu.
Pukul 10 pagi doktor masuk bilik then check bukaan rahim still 2cm tapi contraction ada. Jadi kami pun decide untuk induce juga akhirnya. Pukul 10 tu doktor masukkan ubat. Lepastu saya cuba berjalan keliling hospital tingkap 3 tu sambil sambil tengok baby baby yang baru lahir.
Then saya buat senaman untuk senang bersalin semua. Pukul 4:30 petang tu doktor datang balik untuk check tapi bukaan rahim baru 3cm then doktor masukkan ubat yang kedua. Lepastu nasib dalam bilik ada TV youtube, saya buka zumba dan berzumba la saya dalam bilik wad tu, buat senaman dan buat jalan itik.
Lepastu rehat dan buka surah Maryam dan berzikir zikir nabi Yunus. Pukul 8 malam doktor check pula dan bukaan dah 4cm terus doktor suruh masuk labour room. Dah masuk labour room, doktor pecahkan dulu air ketuban.
Then baru la start rasa contraction tu, makin lama makin sakit. Tapi nasib la pergi antenatal class yang Andorra buat tu, belajar cara kawal penafasan masa contraction. Sakit contraction tu memang menyeksakan, nasib boleh lagi zikir nabi Yunus , midwife pun turut berzikir sambil usap usap perut saya, husband pula tempat saya patahkan tangan dia, bertabahnya dia.
Setiap kali contraction tu datang husband mesti ingatkan saya suruh kawal penafasan tapi kena marah balik dengan saya sebab saya kata serabut. Jahatnya saya. Pukul 9 malam bukaan sudah 7cm wauu! Patutlah sakitnya kuat.
Lepastu bertahan la saya menahan sakit contraction tu. Pukul 10 tu rasa makin terlampau sakit sangat sangat tapi doktor check baru 8cm dan menahan saya lagi. Makin lama contraction kuat sangat sangat sampai rasa nak lompat lompat saya. Saya cakap kenapa lambat sangat ni kan dah buka 8cm.
Punya la tak tahan sakit tu saya merayu rayu dekat suami saya , saya nak ceaser jer, suami saya dah pusing, pujuk saya cakap jangan nanti lagi sakit ceaser tu. Then midwife pun datang cakap jangan juga, pujuk pujuk saya usap usap sambil berzikir. Tapi masa tu saya dah tak boleh nak berzikir sebab terlampau sakit, bila contraction tu hilang saya hanya tidur rehatkan diri. Punya sakit contraction tu berpusing pusing badan saya atas katil tu.
Suami cakap saya siap isap jari saya lagi tapi saya tak perasan bila saya isap. Lepastu suami bagi saya minum satu sudu minyak selusuh. Then pukul 11:30 tu saya rasa macam nak terberak.
Pukul 11:58 malam doktor sudah nampak kepala baby then terus kecoh labour room tu sekali suami saya. Nasib saya masih ingat cara nak meneran yang diajar masa antenatal class ritu, so saya teran selama 10 minit.
Pada pukul 12:08 pagi sudah keluar anakku yang bernama Haider Mikhael dengan beratnya 3.14kg. Lega rasanya masa dia dah keluar. Suami pula menangis sambil cium cium di pipi dan dahi saya.
Lepas 10 minit menjahit saya toleh ke arah anak saya dan saya rasa macam tidak percaya yang saya sudah mempunyai anak. Rasanya saya baru habis sekolah, huhu. Biasalah umur baru 20 tahun. Rasa sakit itu hilang serta merta bila lihat anak sendiri.
Selepas satu jam dalam labour room after bersalin terus saya masuk wad balik dan berehat. Pagi tu nurse mandikan saya. Doktor yang sambut anak saya namanya Dr.Lily, doktor datang tengok saya dan bagi saya bunga ros.
Tanya keadaan saya macam mana, apa perasaan lepas bersalin dan bagi contoh cara cara nak jaga jahitan semua. Petang tu saya dah discharge, nurse nurse dekat situ semua escort saya dan baby sampai la ke kereta.
Alhamdullilah permulaan 2018 yang baik . Terima kasih Dr.Lily and nurse nurse dekat Andorra hospital, saya sangat sangat suka betul! Ibarat hotel tau hospital ni dan layanan yang sangat bagus sampai la ke pakcik guard dia tau!
Dan terima kasih juga kepada kawan-kawan dan family yang datang bagi semangat dan yang paling penting terima kasih juga kepada suami saya @eboyarbaainyang sentiasa berada di samping saya dari sebelum bersalin sampai la anak ada depan mata.
Memang satu anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Okay sampai disini saja cerita pengalaman saya bersalinkan @haidermikhael.
Kehilangan insan tersayang bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima. Lebih-lebih lagi insan tersebut adalah ibu ataupun ayah kita sendiri. Mereka merupakan insan yang tiada galang-gantinya. Bayangkan, jika kita kehilangan mereka di saat terpenting dalam hidup.
Situasi ini merupakan apa yang dilalui oleh seorang graduan dari Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESOL) iaitu Syed Muhammad Afifi Syed Md Ridzuan.
Meskipun diuji dengan kehilangan bapa tercinta ketika sedang berjuang di tahun akhir pengajian, namun ia tetap tidak mematahkan semangatnya. Anak kelahiran Kuala Ketih Kedah ini bukan sahaja berjaya mendapatkan segulung ijazah, malah turut menerima Hadiah Pingat Emas Universiti Sains Malaysia (USM).
Walaupun telah ‘diuji’, graduan ini mengatakan dia dan keluarga amat berbangga dengan pencapaian atas usaha kerasnya sepanjang empat tahun pengajian di USM.
“Meskipun diuji dengan kehilangan insan yang sentiasa mendorong saya untuk terus berjaya, akan tetapi saya menganggap ujian ini adalah pembakar semangat untuk saya capai ke tahap ini.
“Dan ijazah serta anugerah ini saya dedikasikan buat arwah bapa saya yang meninggal pada bulan Mei yang lalu,” katanya kepada Sinar Harian.
Untuk pengetahuan anda, Hadiah Pingat Emas USM ini dianugerahkan kepada pelajar tahun akhir yang terbaik dalam segala lapangan bagi kategori “HEBAT USM”. HEBAT USM menekankan nilai H iaitu, E iaitu Entrepreneur, B iaitu Balance, A iaitu Articulate dan T iaitu Thinking yang perlu ada dalam diri setiap mahasiswa USM.
Ketika ditemubual oleh Sinar, graduan ini mengatakan dia tidak menyangka usahanya membuahkan hasil. Tidak hanya dari segi akademik, dia juga telah banyak memerah keringat dan melibatkan diri dari segi kokurikulum.
“Antara pencapaian dan sumbangan yang saya telah berikan adalah sebagai ahli USM Response Team sewaktu negara dan kampus mengalami pandemik Covid-19.
“Selain itu, saya juga pernah mengetuai projek sukarelawan membantu pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40) serta memberi sumbangan ke Tabung Covid-19 USM,” ujarnya lagi.
Syed Muhammad Afifi sempat berpesan untuk tidak meratapi sesuatu pemergian serta redha dengan ketentuan Allah SWT. Sebaliknya, jadikan kehilangan tersebut sebagai dorongan untuk mencapai kejayaan.
“Jangan terlalu meratapi sesuatu pemergian, kerana hidup perlu diteruskan.
“Anggaplah setiap dugaan dan cabaran sebagai dorongan untuk capai lebih banyak kejayaan,” tambahnya.
Anak ketiga dari enam beradik ini juga berharap agar anugerah yang diterima menjadi contoh buat adik-adiknya yang lain di samping dapat mengubah nasib keluarga.
Sekadar info, Hadiah Pingat Emas USM ini telah disampaikan kepada graduan-graduan yang terlibat bersempena Majlis Perasmian Ekspo Konvokesyen (ConvEx USM) 2022 kali ke-60 serta telah disempurnakan oleh Pro-Canselor, Tan Sri Datuk Dr Zulkefli A.Hassan.
Sumber info dan gambar: Sinar Bestari
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.