Selain darah tinggi, penyakit yang sering menyerang lelaki adalah gout. Jika mereka mengalami sakit ini memang boleh jadi tidak senang duduk dibuatnya. Bukan sahaja susah untuk bergerak, malah kalau ada yang menyentuh sedikit tubuh pun sudah terasa kesakitannya.
Mereka yang mengalami gout ini perlu menjaga pantang terutama daripada segi pemakanan. Jika silap memilih makanan, akan menyebabkan sakit ini datang lagi dan secara tidak langsung mengganggu rutin harian mereka.
Ada pelbagai cara untuk mengurangkan sakit gout dan salah satunya adalah dengan menggunakan petua secara alami. Perkongsian dari pengguna laman sosial yang menggelar dirinya Cik Mil Neena berkongsi petua menghilangkan gout yang dialami suaminya sendiri.
Menurutnya, suaminya sudah lama mengalami gout dan setelah sebulan mengamalkan petua ini ternyata gout yang dialami suaminya telah hilang.
Jom baca perkongsiannya.
Hari ni sy nak share satu petua bagi sapa2 yang ada gout..alhamdulillah dah cuba sebulan dekat suami saya yang dah lama menderita sakit gout..
Ads
mcm2 petua tradisional dah cuba tapi tak jalan last2 tpaksa la makan ubat farmasi .. allupurinol utk turunkan paras asid urik.Goutnor 0.6mg utk hilangkan rasa sakit. Orang gout memang xleh pisah dengan dua jenis ubat ni kn!
Guna Tiga Bahan Dapur
Bahan2 dia mudah saja yang pasti jus yang dihasilkan memang sedap dan inshaallah boleh diminum sebab bau dia wangi saja (tak lekat bau dalam mulut bila minum) dan tak pahit. Isteri pun curi2 minum haha..
-Saya masukn semua dalam slow juice maker (beli dalam lazada rm179) untuk hasilkan jus sebenar tanpa perlu tambah air. -Atau bagi yang nak guna mesin pengisar.. tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas. -Saya dapat dua gelas jus.
Aturan Minumnya
*Minum 2 kali sehari ya satu gelas selepas bangun tido (awal pagi) dan satu gelas sebelum nak tido.(malam)
Tips kalu malas macam saya sebab nk kena basuh bekas2 jus jadi buat jus untuk dua hari siap2.. maknanya gandakan bahan diatas kemudian masukn dalam botol kosong. Kena pakai sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus bila nak minum tu seimbang.
Ads
Lihat Kesannya
Inshallah semoga berkesan untuk anda juga.
Kesan dalam masa sebulan ni.. makan udang dekat 1kg..suami saya tak perlu bergantung pada ubat farmasi lg dan rasa sakit dah kurang terutama kat tempat bengkak tu.kemungkinan kristal asid urid di kawasan tulang kaki dah menurun.
Berat dia pun turun 2kg mungkin sebab amalkan waktu pagi perut kosong dan malam sebelum tido kot jadi jus tu cuci habis dalaman dia hehe. Cuba lah sy halalkan untuk anda kongsi dan sama2 amalkan..
Setiap penyakit ada penawarnya . Kita cuma berusaha.. bagi yang tiada gout .. jaga makan.. jangan terlalu obses dengan makanan laut mcm suami saya hehe makan berpada2 ya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kadang-kadang sudah lama hidup berumahtangga dan asyik melakukan perkara sama akan membuatkan hidup terasa bosan. Kata orang ‘tiada color’ dalam kehidupannya yang kalau sudah 10 atau 20 tahun tetap begitu caranya. Ada pasangan yang nakal terutama lelaki akan mula membuat aktviti sendiri salah satu melayan media sosial. Kalau setakat melihat sahaja tidak mengapa tetapi bagaimana pula yang rajin ‘like’ dan ‘share’ bahan lucah seperti wanita seksi walaupun sesama mereka dalam grup ‘whatsapp’.
Perkongsian dari seorang lelaki ini juga sepatutnya boleh diambil perhatian terutama kepada pasangan yang sering berbuat demikian. Walaupun tak semua bersifat demikian, tetapi bak ‘nila setitik rosak susu sebelanga’. Lelaki sepatutnya menjaga, melayan dan menghormti isteri dalam apa jua cara.
Tidak kisah apa bentuk fizikalnya, dia tetap wanita dan isteri yang anda kanal ketika mula-mula lafaz hijab dan Kabul. Bagi pemilik akaun facebook Akhtar Syamir menulis bukan untuk menyalahkan kaum lelaki tetapi menyedarkan mereka yang bersifat begini. Jom baca perkongsiannya.
“Isk! Makin lama makin lemau aku tengok isteri aku ini,” kata si suami dalam hatinya.
Handphone dibelek-belek, membuka WhatsApp group rakan-rakan. Ada yang berkongsi gambar wanita-wanita cantik berserta caption ‘Selamat pagi abang-abang dalam group nie’. Cair si suami melihatnya.
Tidak kurang juga yang sering berkongsi mengenai konsep bermadu, janda mencari suami, wanita timur tengah mencari pasangan, gambar-gambar artis wanita sampailah yang lagi teruk, terus berkongsi gambar dan video pornografi.
YANG ADA ANAK DERET PUN BUAT
Yang peliknya, yang berkongsi bahan-bahan berkenaan adalah suami orang. Anak pun dah berderet, berkongsi pula dengan rakan-rakan yang sudah berkeluarga dan kadang-kadang tanpa segan silu berkongsi dengan group yang ada rakan wanita yang juga sudah berkeluarga. Yang paling menyedihkan, group keluarga/keturunan pun ada yang berkongsi perkara sebegini. Malu betul bila cucu/anak saudara/mak saudara/sepupu sepapat lain melihat kenakalan mereka.
Bila masuk ke media sosial, si suami seronok ‘like’ gambar-gambar wanita cantik dan seksi. Seperti satu kepuasan bagi mereka apabila dapat ‘berinteraksi’ kononnya dengan tuan empunya gambar. Yang menariknya perbuatan itu boleh dilihat oleh orang lain yang mungkin mengenali si suami.
ISTERI DAH TAK CANTIK
Bila buat benda-benda sebegini, terus terang saya katakan si suami sebenarnya tidak menghormati isterinya. Orang yang dikahwini di atas nama cinta dan sayang. Orang yang akan menemani kita sehingga hujung nyawa. Mereka hanya ada suami di hati tetapi si suami ada beribu wanita di mata.
“Kenapalah isteri aku tak cantik?” bisikan nakal di hati suami.
“Dulu menarik gila, tak puas tengok. Pantang bergesel lengan saja pun terus menjadi. Tetapi sekarang nak tengok muka pun dah lalu. Lemau saja rasanya. Dengan rambut berserabai, muka kusam, badan pun mengelebeh sana sini. Tak ada selera langsung dah.
“Dua minggu sekali, itu pun sebab terdesak. Belum bila keluar lagi, tak menarik langsung pakaian dia. Kelihatan seperti makcik tua. Tepek bedak sejuk saja, dah macam hantu dah aku tengok. Tak macam isteri orang lain, sedap saja mata memandang. Kalaulah isteri aku macam tu,” kata suami.
SUAMI TAK JAGA
Kalau si suami ada perasaan seperti ini, amatlah menyedihkan. Kenapa isteri tak cantik? Isteri itu di bawah jagaan siapa? Seperti anak, isteri juga perlu dibentuk oleh suami. Awak mahu isteri awak cantik tetapi awak yang tidak menjaganya. Macam mana nak cantik? Rambut dia serabai, gugur sana sini, awak nak salahkan dia? Syampu pun awak malas nak belikan. Kalau beli pun cap ayam, yang paling murah. Asalkan berbuih.
Muka isteri tak glowing, pembersih muka pun tak nak sediakan. Disuruhnya gonyoh dengan sabun mandi saja. Ingat ketiak ke? Kemudian nak salahkan muka isteri macam ketiak? Belum masuk bab foundation dan lain-lain. Silap-silap foundation pun awak tak tahu.
Badan dah menggelebeh sana sini. Satu langkah, seribu pergerakan di badannya. Orang rumah ajak pergi taman, jalan-jalan saja pun awak dah malas. Inikan pula nak berzumba bagai? Terus dicop sebagai nusyuz! Maksiat! Walaupun kelas itu semuanya perempuan.
“Duduk rumah je jaga anak. Buat kerja-kerja rumah tu kan berpeluh?” – Suami
Awak nak bela isteri ke bela orang gaji?
Perwatakan tak menarik, pakaian tak cantik langsung. Dia nak beli baju online, awak tak bagi. Membazirlah, takut kena tipulah bagai. Nak harapkan awak beli?
“Kalau boleh nak beli bundle saja asalkan ada baju. Tak membazir, nak cantik-cantik ni nak tunjuk pada siapa? Berdosa tau,” kata si suami memberikan alasan yang selepas itu nak kecoh bila pakaian isteri tak menarik.
TIADA RASA HORMAT
Make up pun tak ada? Pakai bedak sejuk saja? Nak make up macam mana bang. Abang bagi dia beli yang pasar malam punya. Sekali dia pakai, jerawat naik sebulan. Itu yang dia tak nak pakai dah. Dia nak beli di Guardian, Watson, awak kata membazir, mahal. Padahal make up itu boleh tahan berbulan. Dia nak beli online, abang sibuk tanya ada berdaftar dengan KKM tak? Zzz….
Dan akhir sekali, cinta dan hormat. Di mana cinta kita kpeada isteri? Di mana pula hormat terhadap isteri? Jika awak cinta dan hormat isteri, awak takkan buat perkara-perkara pelik itu. Awak juga takkan tergamak untuk tidak mencantikkan isteri awak.
Rasa tercabar kan? Mesti ada yang rasa macam saya ini poyo gila. Macam dia seorang saja yang best. Jika awak berfikiran sebegini, saya tidak dapat membantu awak. Tahap pemikiran awak tidak cukup matang dan tidak cukup terbuka untuk menerima kenyataan. Saya minta maaf, posting ini tidak ditujukan kepada awak.
MINTA MAAF PADA ISTERI
Namun jika awak terkesan dengan posting ini, tataplah isteri awak. Minta maaf kepada dia kerana telah mengabaikan dia selama ini. Berubahlah, berbincanglah dengan isteri tentang apa yang dia perlukan. Kadang-kadang mereka lebih suka mendiamkan diri dari meminta. Apa yang saya harapkan ialah supaya mata dan hati awak kembali kepada isteri tercinta. Jika awak bersetuju dengan saya, sila tag pasangan awak dan ucapkanlah kata-kata indah kepada mereka.
Jika awak rasa posting ini bermanfaat dan ingin memberi manfaat kepada orang lain, kongsilah dengan semua.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman Al-Yahya atau lebih mesra disapa sebagai Ustazah Sharifah Khasif mula dikenali selepas menjuarai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa pada 2009.
Sering berkongsi ilmu dakwah khususnya di media sosial, Ustazah Sharifah Khasif baru-baru ini memuat naik satu hantaran di mana pada 5 Ogos 2024 yang lalu genaplah usianya yang ke-42 tahun.
Dalam hantaran tersebut, Ustazah Sharifah Khasif berkongsi dua fotonya yang sedang duduk di sebuah meja hidangan dihiasi bunga-bungaan.
Penampilan ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini cukup ringkas dengan berkemeja putih yang dipadankan dengan skirt rona nude.
Ustazah Sharifah Khasif memilih selendang hitam polos rona hitam yang dililit ringkas.
“5 August ………. Alhamdulillah atas kurniaan nikmat usia, kesihatan tubuh badan yang kemampuan beribadah dan segala yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata,” luahnya syukur.
Ustazah Sharifah Khasif menyatakan bahawa syukur bukan sekadar kata-kata.
“Syukur bukan hanya dengan kata-kata tetapi cara kita terus sujud kepada Pencipta, terus kuat Beramal, Beriman dan Bersederhana dalam segala hal..”
Tidak ketinggalan, Ustazah Sharifah Khasif turut berterima kasih kepada para pengikutnya yang menzahirkan ucapan sempena hari lahirnya itu.
“Terima kasih atas ingatan hari lahir buat ustazah….. Semoga ukhwah hingga ke jannah.. Amin ya rabb.”
Menjengah ke ruangan komen, para pengikutnya termasuk rakan selebriti menitipkan ucapan dan doa tulus buat pendakwah yang memiliki Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang psikologi ini.
Untuk info, Ustazah Sharifah Khasif merupakan pengasas Akademi of Sharifatuna Quranic Arts (ASQA) yang mencari bakat-bakat baru dalam meneruskan legasi sebagai qari dan qariah masa depan.
Dari segi penjagaan kesihatan dan kecantikan pula, Ustazah Sharifah Khasif mengamalkan jamu sejak remaja di samping tamar dan air zam-zam yang sentiasa ada di rumahnya.
Hijabista mendoakan semoga Ustazah Sharifah Khasif sentiasa dalam rahmat dan perlindungan-Nya seterusnya dapat mengajak lebih ramai orang untuk mendampingi kalam suci Al-Quran.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Seperti yang kita semua tahu, Hanis Zalikha telah bercuti ke Korea bersama rakan-rakannya sempena meraikan salah seorang rakannya yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Pada trip kali ini, Hanis dilihat tidak membawa anaknya bersama. Yusuf Iskandar ditinggalkan di bawah jagaan suaminya, Hairul Azreen.
Menariknya, Hairul Azreen dilihat sebagai seorang suami yang cukup memahami apabila membenarkan Hanis bercuti bersama rakan-rakannya. Menurutnya, tugas seorang isteri sudah cukup berat jika mahu dibandingkan dengan duit hantaran bernilai sejuta. Segala-galanya dilakukan oleh isteri. Tidak salah jika sekali sekala beri isteri peluang untuk berehat dan tidur lena daripada bangun buat susu.
Tambah Hairul lagi menerusi akaun Instagramnya, Hanis telah menjaga Yusuf seorang diri sewaktu dia menjalani penggambaran di Sabah. Jadi, inilah masa yang ada untuk Hanis ber’me time’ bersama teman-temannya. Hijabista puji sikap Hairul yang satu ini. Dia sangat bertolak-ansur dan memahami keadaan isterinya yang memerlukan rehat sekali-sekala.
Rata-rata netizen memuji sikap Hairul yang dikatakan cukup sporting kerana tidak semua suami akan membenarkan isteri bercuti bersama teman-teman. Malah, Hairul juga dicop sebagai suami mithali oleh netizen. Ada sesetengah individu tidak bersetuju dengan tindakan Hanis yang pergi bercuti dan meninggalkan anak serta suami di rumah.
Tetapi pada pendapat Hijabista, biarlah mereka suami isteri menentukan hala tuju rumah tangga mereka kerana mereka lebih kenal antara satu sama lain dan tahu apa yang diinginkan. Tahniah Hairul kerana menjadi suami yang memahami! Malah, Yusuf juga dilihat menikmati ‘me time’ bersama daddynya. Hehe…
Cloud skin ialah trend solekan lembut yang memberi efek kulit halus, segar dan natural. Ketahui cara hasilkan kemasan makeup yang nampak mahal dan elegan.