Photo by Cliff Booth from Pexels Photo by The Creative Exchange on Unsplash

Ramai yang terlepas pandang mengenai aspek penjagaan tubuh badan seperti bahagian ketiak kerana lebih mengutamakan penjagaan kulit wajah. Hanya kerana ia tidak kelihatan, tak bermakna ia tidak penting sis.

Walaupun orang lain tak nampak, malu juga rasanya jika ketiak menjadi semakin gelap. Jika anda mahu bahagian tersebut menjadi semakin cerah, ikuti tip yang telah dikongsikan oleh Sharifah Hajar ini. InsyaAllah menjadi jika anda konsisten mengamalkannya.

Photo by Laura from Pexels

Skrub

Pertama sekali anda perlulah lakukan skrub di bahagian ketiak. Bukan hanya di kaki dan tangan, daki-daki di bahagian ketiak juga perlu ditanggalkan sepenuhnya! Amalkan rutin ini dalam 3 hari sekali.

IKLAN

Eksfoliat

Deodorant saja tak cukup! Seperti di kulit wajah, toner yang mengandungi bahan bersifat asid seperti AHA dan BHA juga mampu mencerahkan bahagian ketiak. Tuang saja di beberapa titik di kapas kemudian sapukan rata ke ketiak anda sebelum menggunakan deodorant.

IKLAN

Deodorant

Seterusnya, pilihlah deodorant yang mempunyai fungsi mencerahkan yang sesuai dengan kulit anda. Setia dengan satu pilihan deodorant dan jangan sesekali cukur bulu ketiak kerana ia akan menjadikannya menjadi lebih gelap.

IKLAN

Photo by ŞULE MAKAROĞLU on Unsplash

kredit: @sharifahhajar