Jerawat sering menjadi masalah bagi kaum wanita kerana ia akan menimbulkan rasa kurang yakin terhadap diri sendiri. Malah, anda sendiri pasti akan berasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai.
Mungkin anda sudah mencuba pelbagai produk yang ada di pasaran tetapi berapa lama anda mahu bergantung pada bahan kimia tersebut?
Daripada anda gunakan bahan kimia, lebih baik anda gunakan bahan berasaskan sumber alam semula jadi yang mampu merawat dan menghilangkan jerawat.
Ini antara 10 petua yang boleh anda amalkan. Mudah dan cukup berkesan!
1. Jus Daun Pudina
Kisar daun pudina bersama sedikit air kemudian tapis airnya dan sapu pada seluruh muka. Lakukan sebelum tidur dan biar semalaman.
2. Jus Lemon
Perah jus lemon dan tekap jerawat menggunakan bebola kapas selama 20 minit. Kemudian bilas bersih. Lakukan dua hingga tiga kali sehari untuk kesan yang lebih cepat.
3. Bawang Putih
Potong bawang putih kepada dua dan tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat. Jus ini mengandungi sulfur yang merawat jerawat dengan cepat.
4. Ubat Gigi
Sebelum tidur, sapu ubat gigi pada jerawat dan biarkan semalaman. Ubat gigi dikatakan mampu mengecutkan jerawat.
5. Kiub Ais
Letakkan ais pada jerawat. Ia akan membantu mengecilkan jerawat.
6. Serbuk Kayu Manis
Letakkan sesudu madu atau jus lemon pada dua sudu serbuk kayu manis dan sapu pada jerawat. Seeloknya gunakan ia sebelum masuk tidur.
7. Kulit Buah Oren
Kisar kulit buah oren bersama air. Kemudian ambil pes oren dan sapukan pada jerawat.
8. Madu
Ambil sedikit madu menggunakan bebola kapas dan tekap pada jerawat.
9. Wap Panas
Masukkan air panas ke dalam mangkuk dan lalukan bahagian jerawat pada wap panas. Tidak hanya mampu menghilangkan jerawat, kulit wajah juga semakin berseri.
10. Serbuk Kunyit
Titiskan sedikit air pada sesudu serbuk kunyit dan sapu pada jerawat beberapa minit. Lakukan sehingga jerawat hilang.
Mudah saja kan? Apa pun, pastikan anda mencuci wajah dengan bersih sebelum masuk tidur supaya jerawat tidak cepat timbul. Ini kerana kotoran yang melekat pada wajah akan menambah risiko anda mendapat jerawat dengan mudah.
Sumber: Sirap Limau
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI