Akhirnya teka teki yang berlegar dikalangan para peminat pemain JDT, berhubung majlis perkahwinan Safawi Rasid dengan pelakon Syifa Melvin yang juga adik kepada Syatilla Melvin telah terjawab malam ini.
Apabila dengan sekali lafaz sahaja, Syifa kini sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak Harimau Selatan itu.
Syifa Dan Safawi Sah Bergelar Suami Isteri
Majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup di Hotel Hilton Petaling Jaya sekitar jam 8.46 malam tadi dalam sebuah majlis serba sederhana.
Majlis ijab qabul dan resepsi berkenaan dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan terdekat kedua belah pihak dengan tema menutup aurat dan serba putih.
Ads
Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah dinikahkan oleh Ustaz Khairil Nizam sebagai wali hakim dengan disaksikan oleh bapa kandungnya, Amirol Melvin dan pelakon Shaheizy Sam.
Usai majlis akad nikah berkenaan, pengantin lelaki Muhammad Safawi Rasid menyerahkan sebentuk cincin yang merupakan mas kahwin kepada isterinya Syifa Melvin.
Ads
Menerusi live streaming di Youtube pasangan itu, Hijabista mendapati antara selebriti yang hadir memeriahkan majlis adalah Uyaina Arshad, Raja Syahiran, Riena Diana, Lia Natalia, Zamarul Hisyam dan Diana Rafar.
Untuk rekod, pada Isnin lalu Hijabista ada melaporkan berkenaan video tular di laman sosial apabila Safawi dikejutkan oleh penyokong JDT dengan nyanyian lagu Selamat Pengantin Baru yang berkumandang di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru.
Selepas itu tular pula, kad undangan majlis perkahwinan resepsi sebelah lelaki yang bertarikh 3 Disember depan yang memaparkan nama ibu bapa Safawi, Rasid Sulong dan Selemeh Abu Bakar.
Eropah adalah sebuah benua yang terdiri daripada 50 buah negara. Antara negara yang terkenal di benua Eropah, England, Perancis, Jerman, Belanda, Italy, Switzerland, Sepanyol, Portugal, Poland, Republik Czech, Rusia dan banyak lagi.
Namun untuk jelajah kesemua tempat ini, mungkin ada beranggapan memerlukan wang dan bajet yang besar. Sebenarnya bergantung pada diri kita sendiri apabila berhajat untuk melancong, anda perlu ada ‘goal’ dalam percutian yang diimpikan. Sama ada anda dalam golongan yang bermewah atau anda dalam golongan yang mementingkan bajet, tetapi pengalaman yang meluas. Jom mulakan sekarang!
Tertarik dengan perkongsian lelaki ini, hijabista bawakan pengalaman Faiz Dickie seorang pempengaruh media sosial yang berkongsi pengalamannya melancong di 6 negara Europah, 12 lokasi terpilih dalam tempoh 12 hari dengan bajet tak lebih dari 7K. Menarik bukan!
Merancang kembara anda perlu ada kata sepakat, sekiranya pergi dalam bentuk kelompok. Jika kembara secara solo kebarangkalian bajet keseluruhan berbeza, bergantung pada perancangan. Mengikut perkongsian lelaki ini kembara mereka secara kelompok iaitu seramai 4 orang. Pilihan hotel penting untuk berehat bagi memulakan perjalanan pada keesokan harinya. Jom kita lihat idea penginapan Faiz Dickie dan rakan-rakan.
1. Total spending kami untuk 12 malam kat Europe adalah RM6678 bersamaan RM550 per nite. RM550/nite bahagi 4 orang = RM139/pax/nite sahaja.
2. Semua hotel & airbnb yg kami pilih adalah proper hotel with ensuit bathroom & kitchen. Paling best semua walking distance <15 minit je dari main train station.
Pic 2 & 3 : Munich, Germany (Bayer’s Boardinghouse Und Hotel – RM731/nite). Bilik untuk 4 orang, 1 queen bed & 1 sofa bed. Ada pantry kecil dan toilet ada bidet! Tu yang penting senang i nak cebok!
Hotel ni kat area muslim, so banyak kedai halal dan terletak 5-10 minit je dari Munich HBF. Nak gi city center jalan je dalam 25 minit. Overall 7.5/10!
Pic 4 & 5 : Salzburg, Austria (A&O Salzburg Hauptbanhof – RM535/nite). Bilik ada 1 queen bed + 1 double decker. Bilik sempit, malap tapi bersih. Tapi lobi besar, luas and cantik.
Ok la stakat untuk tido sebab murah and dekat ngan train station. I bagi 6.5/10!
Pic 6 & 7 : Vienna, Austria (Hotel Pension Baronesse – RM400/nite). Hotel ni jauh sikit dari main train station, kene naik public transport dalam 30 minit. Hotel dia very klasik tapi selesa, agak luas and murah.
Kat sini lah aku jumpa receptionist yang boleh cakap BM, ghopenya bekas student SEGI uni. Vienna hotel mahal ya so this one good enough. Aku bagi 7.5/10!
Pic 8 – 10 : Ljublana, Slovenia (Boutique Hotel Asteria – RM508/nite). Hotel dia cute and cantik. 15 minit je dari bus station & city center. Bilik tak besar tapi selesa.
Reception friendly and helpful. Yang best, siap dapat breakfast free untuk 4 orang! Yang ni aku bagi 8.5/10!
Terkinjat kami bila dapat apartment 2 bilik + dapur dengan harga murah camni. Divide 4 orang baru RM50 je satu malam wei. Apartment besar, bersih and selesa. Paling best, 15 minit walking dari bus terminal & city center.
Overall aku bagi 9/10!
Antara semua lokasi, Venice paling mahal sebab kitorang dok kat atas pulau but this airbnb antara yang paling murah, cantik and conveniently located yg kami jumpa.
Apartment 2 bilik, with separate hall & kitchen pastu bilik air besar and ada bidet! Lokasi plak dalam 5 minit je dari tren station & 15 minit dari bus station Tronchetto. So takdelah rengsek nak seret beg luggage. Cuma apartment tingkat 3 so senak jua rektum nak mengusung beg ke atas haha
I bagi 9.5/10!
Overall: Bajet kitorg untuk accom kat Europe adalah RM200/pax/nite so since kitorg 4 orang, bajet max untuk hotel adalah RM800/nite SHJ. So kitorang play around ngan budget tu. Mana lokasi & negara yang murah (cam Croatia), kitorg try amik hotel yang paling mur under budget so that budget yang lebih tu kita carry forward ke lokasi yang mahal cam kat Venice cenggitu.
Sebelum meninjau dengan lebih terperinci kos pengangkutan di Europe, kali ini kembara Faiz Dickie memilih Singapore Airlines. Dia juga memberi gambaran keadaan dan perjalanan awal sebelum menuju ke destinasi. Bagi anda yang pertama kali atau tidak pernah memilih perkhimatan penerbangan ini, jom baca perkongsiannya.
Flight dari KL ke Munich, Germany. Transit 4 jam kat Changi Airport, Singapore.
2. Naik kapal terbang Airbus 350. Seat kitorang berempat belakang skali dekat galley. Flight full and no need pakai mask dah!
3. Harga tiket RM2900++ dengan luggage 25kg with muslim meal. Muslim meal ni kau kene request in advance tau.
4. Check in smooth, boleh buat auto check in guna apps SingaporeAir. Semua info dia update dalam tu termasuklah boarding gate, time, luggage belt etc.
5. Seat config 3-3-3 and seat luas, selesa boleh recline banyak jua. Screen IFE besau & touch screen dia tak lag. Selection movies banyak tapi somehow current film aku personally tak berapa minat sangat haha
6. Ada charging port, tray table ade cermin, reading light tapi takde individual AC vent. So kalau sejuk mereput la kau kat situ haha. Nasib baik ade pillow and blanket.
7. Makan sedap dapat briyani and roti jala. Portion ok cuma bun sejuk. Apart from this, kau boleh amik snacks kat galley. Ada chips, biskut, muffin, kitkat etc. Amik or mintak je kat crew. Dorang bagi banyak gila kat kitorg haha
8. Crew memula nampak intimidating tapi semuanya very friendly especially masa flight SIN – MUH. Ada sorang dua je leading/chief yang cam cold sikit. Tacod i. Haha
10. Overall, memang aku excited naik SQ sebab first time kan? And honestly, worth every penny. Rasa cam naik kapal terbang itself is an experience/activity masa bercuti. Cuma of course harga agak mahal la jua. Kalau ada duit lebih insyaallah nak try lagi. Mana tau rejeki dapat try Business Class plak kan?
Overall kitorg travel ke 9 destinasi yakni Munich, Salzburg, Hallstatt, Vienna, Bratislava, Zagreb, Ljubjana, Venice and patah balik ke Munich. Semua naik bas dan train.
2. Total cost bas/train antara bandar + local transport RM4250. Bahagi 4 orang, total cost utk transport RM1062/pax saje.
3. Bas kitorg naik Flixbus, train plak depends kepada train provider setiap negara. Beli tiket kat website Flixbus & Trainline. Then download apps and sync kat tiket yang kau dah beli tadi. Nak naik bas/tren, just tunjuk digital tix kat apps je.
4. Harga tiket boleh dpt serendah 10€/trip/pax (RM60) kalau beli awal. Kitorg beli 2 bulan before trip.
5. Flixbus selesa, murah and mostly on time. Seating kdg2 ikot number kat tiket, kdg2 driver suruh free seating. So ikot je la haha.
6. Train mahal skit tapi lagi selesa. Sesuai kalau trip lama skit dalam 5-6jam. <3jam naik bas je. Kitorg pilih yang murah dan timing cun (dalam 10-11am sbb malas nak gigih bangun pagi haha).
7. Boleh makan dalam bas/tren asalkan tak terlalu berbau. Sandwich/kebab semua ok.
8. Time naik bas, kat border antara certain negara kau kene turun cop imigresen. So makesure passport ada. Jgn bubuh dlm luggage nanti susah nak amik.
9. Naik tren luggage besau kau muat kat rak atas tu ya. Cuma semput nak angkat ke atas.
10. Tram/train/bus dlm bandar mostly takde palang/org cek pun tapi PLEASE beli jugak tiket & validate. Jgn mengelat, kalau kantoi malu + kene saman.
11. Enjoy the view sebab cun gila. Takpun tido or main henpon sebab dlm bas/train mostly ada wifi.
1. Makanan halal/vegetarian/seafood banyak je kat sana. Especially kat bandar besar yg ramai Muslim. Kebab bersepah.
2. Tapi try la jugak local food/pastries/roti/cheese etc yg boleh dimakan sebab rugi la gi negara org tapi hari-hari kau masak sambal bilis uols haha
3. Trip hari tu memang kitorg tak berkira bab makan so lengkap breakfast-lunch-dinner + jajan. Ade masa tapau, ada masa kitorg dinner at a nice restaurant, ada masa masak.
4. Estimate cost makan: Breakfast 3€ (RM15), Lunch & Dinner each 10€(RM50) and jajan 5€ (RM25). Total 28€ (RM140) per/day/person. Darab 12 hari kat sana total RM1680/person.
Harga makanan beza ikot lokasi, Venice mahal skit, Bratislava murah. So budget ni adalah average anggaran je.
5. Nak jimat boleh beli fresh produce kat market then masak sendiri or bawak sambal/brahims/megi dari malaysia. Kitorg bawak tapi end up banyak makan luar je haha
6. Gi supermarket cam SPAR untuk beli kopi, jajan, salad, sandwich murah. Try gak buah2 berries yang aneh2 sebab kat Malaysia susah dapat.
7. Nak cari kedai halal google je. Kalau tak jumpa, boleh try vegetarian/seafood. Bab halal ni korg pepandai lah ye dah besau kan? Rasa syubhah jangan makan.
8. Some food with harga: kebab (6€), latte (2€), nasi goreng (10€), pastries/kek (5€), drinks (2€), aiskrim (4€), telur 10 bijik (3€), set pasta kat venice (12-17€).
9. Air paip kat most tempat percuma tapi kalau beli kat supermarket pun baru <1€.
10. Most tempat boleh split bill & guna card so just cakap je. Oh most restaurant tutup awal jugek so prepare siap2 makanan untuk supper kat hotel nanti ye.
Overall bab makan boleh jimat or boleh burst-kan bajet kau. So up to you, kitorg suka makan so we don’t mind spend lebih sikit plus malas nak angkut makanan malaysia banyak sangat sebab berat haha.
Begitulah perkongsian kembara Faiz Dickie bersama rakan-rakannya, namun dia juga kongsi tip dengan pembaca hijabista yang dikalangan girl gang travel mungkin agak berbeza dengan kembaranya.
Tip semasa traveling especially utk gegirl:
Nah, semoga inspirasi kembara ini menjadi panduan yang berguna untuk girl gang travel ya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Menjadi kelaziman majlis konvokesyen di sambut dengan kegembiraan dan kebanggaan. Namun, tidak buat penyanyi Datuk Nora Ariffin yang mewakili Allayarham anaknya, Muhammad Syakir Alif Johan, bagi penerimaan skrol diploma miliknya.
Meskipun berasa sedih kerana tidak dapat saksikan arwah mengambil skrol miliknya itu. Dia menzahirkan rasa bangga kerana arwah berjaya menamatkan pelajarannya dalam jurusan Diploma Perfileman di Fakulti Filem, Teater & Animasi di UiTM cawangan Puncak Perdana, Selangor.
Penyanyi terkenal tanah air, Wan Norafizah Wan Ariffin atau cukup dikenali sebagai Nora, 49, berkata walaupun ketiadaannya membuatkan suasana serba kekurangan namun itu menjadi titik semangat buat dua adiknya.
Datuk Nora juga berkongsi bersama orang ramai menerusi temu bual yang dimuat naik di laman Facebook Media Rasmi Universiti Teknologi Mara. Ianya cukup membuatkan ramai yang tersentuh dengan kisah dan perkongsian darinya itu.
“Ini adalah semangat untuk adik-adiknya yang lain. Tengok abang tak sempat nak berjaya, adik-adiklah ambil semangat tersebut untuk teruskan legasi saya dan Allahyarham Johan.” katanya.
Pelantun suara bagi lagu Di Persimpangan Dilema itu turut menceritakan Allayarham banyak membantunya mengambil alih dalam bahagian kreatif termasuklah dalam penghasilan video untuknya.
Kehilangan Allahyarham Alif sangat memberikan kesan buatnya dan keluarga. Antara individu yang banyak memberi semangat kepadanya adalah arwah Alif juga selepas pemergian suaminya, Allahyarham Johan Nawawi pada 24 Mac 2017.
“Setiap hari Alif pasti akan menghantar Whatsapp bertanya sama ada saya okay atau tidak. Memang pemergiannya satu kehilangan besar buat keluarga kami,
“Selepas kematian Johan, kami reda dengan pemergian Alif kerana macam mana kami sayang padanya, Allah SWT lebih menyanyanginya.” ujarnya lagi.
Arwah Alif pergi meninggalkan Nora sekeluarga pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah sewaktu di rumah. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara berdekatan pusara bapanya.
Sumber: mStar dan Laman Facebook Media Rasmi Universiti Teknologi Mara
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Terima kasih kepada stik pelindung matahari, anda secara rasmi tidak mempunyai alasan untuk melangkau pelindung matahari kerana ia sebenarnya tidak pernah menjadi lebih mudah atau lebih cepat untuk memakai SPF anda.
Stik pelindung matahari ialah stik pelindung matahari padat yang boleh anda sapu dengan mudah dan cepat pada muka atau badan, sesuai untuk sesiapa sahaja yang sentiasa dalam perjalanan. Memandangkan ia bersaiz kecil, ia sesuai untuk sentuhan semula dan masuk ke dalam celah yang sukar dijangkau dan disapu semula pada tempat yang sering melecur seperti hujung hidung dan dahi.
Pelindung matahari semulajadi dan produk SPF yang dibuat dengan zink oksida, pelindung matahari untuk kulit sensitif dan banyak lagi. Dalam ujian pelindung matahari dalam Lab Kecantikan dan pengguna yang terbaharu, saintis kami menganalisis lebih daripada 60 pelindung matahari dan meninjau lebih daripada 1,100 orang untuk mencari pelindung matahari terbaik di pasaran. Jom lihat, pilihan pengguna pelindung matahari terbaik untuk semua jenis kulit, daripada kulit kering kepada kulit berminyak dan segala-galanya di antaranya.
✔️ Liputan spektrum luas: Produk pelindung matahari yang menyediakan liputan spektrum luas, bermakna ia termasuk perlindungan UVA dan UVB, kata Dr. Camp. UVA bertanggungjawab untuk penuaan kulit dan UVB bertanggungjawab untuk membakar kulit, jadi selamat untuk mengatakan anda ingin dilindungi daripada kedua-duanya!
✔️ SPF 30 atau lebih tinggi: Sentiasa cari faktor perlindungan matahari sekurang-kurangnya SPF 30, pakar juga mencadangkan SPF 30 untuk perlindungan terbaik.
✔️ Formula: “Berhati-hati semasa membeli-belah untuk formula berasaskan kayu jika anda terdedah kepada kesesakan atau kerengsaan pori-pori, kerana pelekat pelindung matahari cenderung tebal dan melembapkan. “Stik pelindung matahari yang menggunakan mentega kelapa dan mentega koko, yang sangat komedogenik, mungkin bukan pilihan terbaik untuk kulit yang rawan jerawat. Walau bagaimanapun, terdapat banyak formula yang lebih ringan dan/atau hypoallergenic yang sesuai untuk kulit berminyak atau sensitif.
✔️ Warna: Pakar mengesyorkan mempertimbangkan formula berwarna atau menukar warna untuk membantu menentukan sama ada anda telah melindungi semua kulit anda dengan berkesan. Banyak formula berjalan dengan jelas, yang boleh menjadikannya mencabar untuk menentukan sama ada anda telah menggunakan jumlah pelindung matahari yang mencukupi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!