Kerana sayangnya pada adik, seorang abang tidak kisah dan sanggup berhabis duit bagi merealisasikan impian adiknya yang mahukan persalinan seperti Dato Seri Siti Nurhaliza di hari perkahwinannya.
Berkata kepada Mstar, Intan Najwa,26, tidak menyangka yang abangnya, Zuhil Qaiyum,34, menghadiahkan sepasang songket seperti busana Siti yang digayakannya sewaktu konsert jelajahnya yang lalu rekaan Rizman Ruzaini sebagai kejutan buat dirinya.
Jelas Intan, dia tidak menyangka rekaan busananya itu mirip rekaan asal yang dipakai oleh Tok Ti.
“Awalnya, saya tidak tahu dan tak pernah terfikir yang abang nak buat kejutan untuk saya. Sebenarnya abang saya yang minta baju macam Siti.
Seminggu sebelum majlis resepsi, baru abang maklumkan itu baju saya. Tak sangka dan tak pernah saya bayangkan akan pakai baju seperti Siti Nurhaliza. Dia memang peminat fanatik Siti Nurhaliza sejak kecil lagi. Setiap kali ada konsert dia akan pergi dan tidak pernah missed,” kata Intan.
Ads
Walaupun begitu, Intan mengakui pada awalnya dia berasa kurang keyakinan untuk mengenakan busana itu kerana sering disindir memiliki tubuh yang gempal.
“Awalnya saya takut untuk pakai baju itu kalau-kalau ia tak sesuai dengan saya. Tertanya juga adakah cantik jika saya pakai.
Sebelum ini ramai orang yang sindir kata orang gemuk tak cantik kalau pakai baju kahwin. Mungkin niat mereka nak melawak tapi mereka tak tahu perasaan saya bagaimana.
Ads
Tetapi, abang Ikmal berjaya membuktikan sebaliknya. Sebulan sebelum saya bernikah, saya nekad pergi berzumba untuk kuruskan badan. Alhamdulillah, saya berjaya turunkan 12 kilogram,” ujarnya.
Menurutnya, abang Ikmal atau nama sebenarnya Ikmal Mukmin ialah pereka yang mereka baju itu yang juga merupakan teman baik kepada abangnya.
Intan juga tidak pernah menyangka akan menggayakan busana seiras seperti Siti di hari bahagianya.
Ads
“Abang pernah tanya saya kalau-kalau saya nak pakai baju macam Siti masa bersanding nanti… siapa tidak mahu lebih-lebih lagi saya merupakan peminat Siti sejak kecil.
Masa saya pakai baju itu waktu fitting, barulah saya perasan baju itu hampir sama macam baju Siti.
Saya tak sangka mereka boleh buat baju itu seperti baju Siti kerana kalau mahu buat yang betul, harganya pasti mencecah RM 30,000. Saya pun bukanlah orang berkemampuan,” jelasnya yang bertugas sebagai jurujual di sebuah pasaraya di Alor Setar, Kedah.
Intan juga tak menyangka dengan pengalaman yang dimiliki oleh Ikmal, baju itu menjadi sangat cantik. Dia menyerahkan kepercayaan padanya. Walaupun takut dikatakan meniru, Intan tidak ambil pusing dengan kata-kata orang.
“Mereka sangat bersungguh-sungguh mengadakan majlis itu. Pengorbanan mereka mengadakan majlis itu tidak mampu saya balas,” jelasnya lagi.
Nama Ria Miranda sudah tidak asing lagi dalam industri fesyen Indonesia. Karya fesyen hijab ciptaannya sentiasa berjaya di pasaran.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang menggemari gaya fesyen dengan warna pastel yang cantik dan lembut, pastinya menggemari koleksi jenama Ria Miranda.
Memetik pelbagai sumber, wanita berusia 39 tahun dengan nama penuhnya Indria Miranda ini dilahirkan dalam family business. Maka tidak hairanlah, Ria Miranda turut bergelar usahawan dalam bidang fesyen.
Namun siapa sangka, perjalanan kariernya sebagai penggiat fesyen bukanlah mudah. Ria Miranda memulakan perniagaan dengan bermodalkan simpanan peribadinya sejak tahun 2008.
Dengan jumlah wang tersebut, dia bermula dari bawah untuk mereka pakaian sehinggalah akhirnya berjaya dipasarkan.
Ketika pertama kali muncul pada tahun 2008, Ria Miranda memberikan nama Shabby Chic by Ria Miranda kepada perniagaan fesyennya.
Namun, pada tahun 2009 ia ditukar kepada RiaMiranda seperti yang dikenali ramai orang.
Gara-gara dipandang remeh oleh orang ramai berhubung karyanya, pereka fesyen lulusan ESMOD ini tidak hilang semangatnya.
Dia terus mencuba dan berusaha untuk menghasilkan karya fesyen terbaik.
Akhirnya, Ria Miranda berjaya menerima pelbagai anugerah seperti Jakarta Fashion Week, Dubai Modest Fashion Week, dan London Fashion Week.
Kredit Foto: Instagram Ria Miranda
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mengorak langkah dalam rentak dunia fesyen tempatan dalam melebarkan sayap legasi selama hampir 10 tahun, kolaborasi dua anak muda, Izree Kai Haffiz (Kai) and Mohd Hafizi Radzi Woo (Fizi) adalah gabungan terbaik dalam menjadikan jenama Fiziwoo terus gah mewarnai industri fesyen tempatan, mencurah nafas inspirasi kepada generasi muda yang bertatih membina nama dan kini, Fiziwoo sedang lincah ligat memahat kejayaan di peringkat antarabangsa.
LAMBAKAN PLAGIAT IDEA
Persaingan dunia fesyen hari ini tidak hanya wujud sesama pereka fesyen, malah kemunculan pengusaha jenama fesyen menjadikan industri lebih rancak dan berwarna-warni. Biarpun dari sudut amnya, ia merupakah sudut persaingan yang sihat namun, plagiat idea dari usaha pereka fesyen dan dijual dengan harga yang lebih murah tidak mencerminkan integiriti dan etika yang tepat.
“Jika di dunia Barat, mereka yang mempunyai wang dikenali sebagai pelabur. Mereka ini (pelabur) mengupah pelajar fesyen yang semangnya sudah memiliki teknik dan bakat yang kuat dalam berfesyen untuk menghasilkan rangkaian produk dan koleksi. Ini adalah cara yang betul. Apa yang salahnya ialah mereka menjadi pelabur dan mereka jualah yang menjadi pereka. Keadaan ini sememangnya tidak wajar dipraktikkan kerana ia tidak sihat. Jika kita lihat, ada sesetengah pengusaha hanya menciplak idea dari pereka fesyen seperti kami dan menjual produk itu sama ada lebih mahal atau lebih murah.
Jadi, bagaimana pula dengan kami? Bagi kami, jika pereka fesyen ingin melekkan harga yang sedikit tinggi tidak mengapa kerana kami bermula dengan idea yang kosong, dilampirkan pada sebuah papan idea dan menghasilkan lebih daripada 50 hingga 60 sampel untuk memilih 20 rekaan yang terbaik yang dapat dipamerkan kepada orang luar. Ia adalah sebuah proses yang panjang dan menelan kos yang tinggi. Tuntasnya, di sini pentingnya peranan pelanggan untuk bijak memilih kuantiti atau kualiti. Sudah pasti, kami sebagai pereka menjual kualiti bukan sebaliknya,” tegas kedua-dua pereka jenama Fiziwoo ini.
Istilah asal-untung ini boleh dilenyapkan apabila masing-masing tahu tentang tanggungjawab mereka sendiri. Barisan senior harus menasihati dan barisan junior harus rajin bertanya.
GENERASI MUDA
Pereka muda hari ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Setiap masa pasti sahaja ada pereka muda yang mewarnai dunia fesyen dengan idea yang lebih segar malar, berbeza dan unik. Namun, dunia fesyen tempatan lebih sengit dan padat. Mengulas lanjut mengenai hal ini, Fizi dan Kai menekankan bahawa pereka muda harus mempersiapkan diri mereka dengan ilmu yang bukan sahaja memfokuskan dalam bidang fesyen tetapi juga pengurusan perniagaan.
Kewujudan pereka muda dalam area gelanggang dunia fesyen sesuatu yang baik. Tetapi, mereka tidak boleh memandang dunia fesyen ini hanya untuk glamor semata-mata.
“Hari ini semua berlumba-lumba untuk menjana pendapatan kelangsungan syarikat. Begitu juga kami. Oleh itu, mereka haruslah tahu tentang teknik perniagaan terutamanya mengenai kos, pemasaran dan pengiklanan. Peniagaan ialah berkaitan tunai yang masuk dan keluar. Jika mereka tidak fasih mengenainya, barangkali akan hadapi kesukaran untuk menstabilkan jenama mereka. Ketepikan dahulu sudut mewah industri fesyen, fokuskan dahulu tentang hala-tuju perniagaan anda”, nasihat mereka.
Untuk artikel penuh, jangan lupa dapatkan Majalah Hijabista Edisi Jawi! Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Seperti yang kita maklum, pelakon Rozita Che Wan kini sedang mengerjakan umrah di tanah suci, Mekah. Pemergiannnya adalah bersama suami tersayang melalui satu travel agensi bertauliah. Biarpun sedang mengerjakan ibadah di sana, tetapi gaya Che Ta masih lagi menepati syariat Islam dengan menutup aurat. Selebriti ini juga berdakwah kepada followernya melalui setiap caption dimuat turun dalam setiap foto.
Menariknya walaupun sedang mengerjakan ibadah di sana, pelakon ini tetap menjaga penampilan dirinya. Gayanya tidak pernah kalah sepanjang berada di tanah suci berkenan. Tidak ketinggalan setiap penampilannya itu dipadankan dengan pemakaian kaca mata dan juga beg tangan yang sentiasa ada di sisi.
Selain mengenakan jubah dengan khimar, Che Ta juga turut mengenakan niqab sepanjang berada di sana. Menurut Che Ta, gaya hijab yang dipakainya itu adalah untuk melindungi diri dari pandangan syaitan.
Sepanjang berada di sana, memang dapat dilihat pelakon ini sering bertukar-tukar pemakaian jubahnya. Begitu juga dengan beg tangannya yang silih berganti mengikut warna jubah yang disarung Che Ta.
Gayanya yang tetap stailo ini mendapat pujian netizen. Mereka suka melihat penampilannya yang menarik, santun dan paling penting menutup aurat.
feyzcandyazahari amin…happy nya tgk che ta. kt dr dulu peminat che ta, rse cantikk sgt che ta.
dyxy_fynn Sampaikan salam pd kekasih Allah. Nabi muhammad saw
noreen_majid Semoga mendapt umrah yg makbrul doa kan kak ya
Selain itu setiap foto yang dimuat turun oleh Che Ta disertakan sekali dengan caption yang lebih kepada kata-kata berunsur keinsafan, motivasi dan pujian kepada Maha Penciptanya. Semoga pemergian Che Ta dan suaminya kali ini mendapat keberkatan dariNya.
rozitachewan1 Hidup ini penuh dengan pilihan, apapun yang membuat kamu sedih tinggalkan. Dan segala sesuatu yang membuatmu bahagia, jangan pernah dilepaskan…
rozitachewan1 I seek the forgiveness of Allah and repent to Him ….
rozitachewan1 “Hidup adalah sebuah ujian, jika Allah menjawab doa-doamu, berarti Allah ingin meningkatkan keimananmu. Jika Allah menunda menjawab doamu, berarti Allah ingin meningkatkan kesabaranmu. Jika Allah tidak menjawab doamu, maka yakinlah bahwa Allah memiliki rencana yang lebih baik untukmu..
rozitachewan1 Ingatlah.. Allah selalu memberikan kelebihan dibalik kekurangan.. Allah selalu memberikan Kekuatan dibalik kelemahan..”