Bila kulit wajah kita breakout, pasti kegusaran akan melanda diri.Rasa malu dan rendah diri dengan orang sekeliling pun ada apabila orang asyik memerhatikan wajah kita. Sedihla macam ni sis. Kita mesti idamkan kulit yang flawless, glowing dan tanpa cela kan?

Jangan risau sis! Sebenarnya banyak cara yang boleh kita lakukan bagi mengubati breakout ini. Di facebook, Nana Robil telah berkongsi beberapa cara yang boleh dicuba bagi merawat breakout dalam masa yang pantas.

Banyak faktor yang menyebabkan terjadinya breakout…

Biasanya breakout terjadi di sebabkan banyak faktor. Ni adalah faktor-faktor yang mungkin menyebabkan kulit anda mengalami breakout.

☁️Hormon
Kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon. Mungkin juga disebabkan datang bulan.

☁️Stress
Lagi banyak stress, lagi banyak jerawat akan keluar. kenapa? sebab adrenalin dan hormon androgen akan keluar secara berlebihan bila stress dan jerawat pun berlumba-lumba jugalah kat kulit.

☁️Penggunaan Produk Kosmetik
Tak cuci dengan betul, berkongsi tools mekap, tak cuci tools mekap dengan bersih juga boleh jadi punca. Kandungan produk yang digunakan berkemungkinan jadi salah satu penyumbang kepada breakout.

☁️Persekitaran
Keadan cuaca seperti terlalu panas yang memgakibatkan kulit peluh dan berminyak.

☁️Makanan
Makanan yang terlalu berminyak dan pedas boleh mendorong dan mengaktifkan jerawat.

☁️Ubat-ubatan
Efek dari ubat-ubatan yang di ambil juga diet yang tidak seimbang.

1. Dahi
💧Tidur tak menentu
💧Diet tidak seimbang
💧Pemakanan tidak seimbang

2. Pipi Kanan
💧Terlebih pengambilan produk tenusu

3. Pipi Kiri
💧 Alahan dan stress

4. Hidung
💧Penghadaman dan aliran darah tidak lancar

5. Mulut/Dagu
💧Hormon tidak seimbang
💧Stress
💧Masalah buah pinggang

Kalau baca dari list ni pon kita semua faham tanpa perlu di ulas dengan lebih panjang. Betul kan?

Cuba korang perbaiki semua list kat atas ni dan tengok result dia macam mana. At least sebulan. Mesti korang bangga dengan hasil dia.

Kulit jangan sentuh sesuka hati, tangan kita ada bakteria. Dah la lepas melombong tetiba pegang pipi, ehh !!😆

Minum air kosong ikut keperluan. Wajib. Jangan asyik milo kepal je. Air manis penyumbang jerawat tau tak?😓

Tidur secukupnya 7 – 9 jam. Tapi betul la tidur ni paling susah nak buat. 🤧

Handphone kita kilik 24/7 kadang masuk toilet pon bawak. Duduk meja makan pon bawak. Lepas tuh ketak dalam poket baju/seluar ata beg yang dalam tuh macam-macam ada. Lepas tuh bergayut elok je letak dekat pipi dan muka. 😬

Jadikah pengguna bijak. Tak salah invest pada skincare yang lebih baik. Mahak pon takpela muka ni ada satu je. Nak biar elok.🤓

Yang sarung bantal tuh mungkin tak ramai yang cakna. Tapi kat situlah bakteria bermula dan membiak di muka kita ni. Kita syok tido konon bantal best padahal? Sambung sendiri 😂

Pakai sunblock tau. Kadang kulit yang terlalu terdedah boleh merosakkan kulit. Jadi hati-hati.🤭

Yang penting kandungan produk yang di guna tidak merbahaya. Jangan taksub nak cepat sembuh. 🤒

Jerawat ni kalau picit dia sama ada kecut takpon dia makin merebak. Dah tuh tinggal parut. No no no 🤬

Ni adalah antara produk yang anda boleh cuba. Semua produk ini adalah berdasarkan review dari pembaca dan pengguna yang telah berpuas hati.

Suka di ingatkan yang tak semua orang sesuai. Tapi kebarangkalian 70% bakal tamatkan masalah breakout dengan list barangan ni.

Yang penting kita try and error. Semua dalam list ni boleh dapatkan dari farmasi.

1. Cetaphil Oil Skin Cleanser
Sangat sesuai di gunakan sekiranya anda ada masalah breakout. Tekstur dalam bentuk gel di mana lepas cuci muka pon kulit masih lembap.

2. Himalaya Purifying Neem Face Wash
Paling femes dalam menghapuskan jerawat. Tapi ada yang tak sesuai. Jadi boleh cuba kalau nak tau sesuai ke tak sesuai.

3. Safi Gamat Pembersih Muka Anti Jerawat
Sangat best, jerawat kecut kulit lebih bersih dan jerawat pon segan nak datang lagi.

4. St. Ives Green Tea Face Skrub
Yang ni lebih sesuai kerana tekstur lebih halus. Kalau skin tengah breakout elakkan skrub terlalu kerap dan jenis skrub yang kasar nanti sakit kulit akan makin merebak.

5. Simple Soothing Facial Toner
Toner wajib ya. Toner ni sangat sesuai dan harga mampu milik. Takde warna takde bau.

6. Aiken Tea Tree Toner
Toner ni tanpa bau dan toner ni membuang kotoran yang melekat di muka,serta mengecilkan pori muka

7. Esentiel Calamine Lotion
8. Mario Badescu Drying Lotion
Dedua ni untuk jerawat dan boleh rawat iritasi pada kulit. Tekstur macam bedak sejuk. Best.

9.True Island Honey Bee Venom
Ni antara moisturizer paling ajaib sebab ada kandungan racun lebah dan madu. Macam yang kita tau racun lebah mampu mengubati jerawat dan madu sangat elok untuk kulit.

10. 11. 12. 13
Ni adalah antara ubat atau dalam bahasanya ‘lotion’ yang paling elok anda cuba sekiranya anda ada jerawat. Ia dalam bentuk cecair yang mudah resap. Di jamin pakai dalam 1 minggu pon jerawat dah kecut dan nyah terus.

Selamat Mencuba 😘

Syarat wajib !

Pengambilan air putih adalah mengikut berat badan. Cara pengiraan adalah 1 liter untuk setiap 25kg berat.

Jadual atas ni yang ibu buat adalah *anggaran keperluaan. Jadi pandai-pandai la korang ye bajet2 lebih kurang.

Air ni tak boleh banyak sangat minum. Macam tumbuhan bila terlalu kurang tak boleh terlalu lebih pon tak boleh jugak. Tapi kalau nak cepat pulih wajib ambil air putih.

Antara penawar berasaskan bahan semulajadi yang boleh dicuba oleh hijabi.

Ni antara penawar kepada masalah kulit anda. Jadi anda sangat di galakkan untuk simpan siap-siap list ni nanti bila nak guna semua bahan dah tersedia.

Madu :
Membersihkan Liang Pori. Menghilangkan sel kulit mati. Menyembuhkan luka.

Pisang :
Pisang mempunyai beberapa kandungan gizi yang sangat baik diantaranya Vitamin B, B6, C, Magnesium, Kalsium, Fosfor dan Besi. D

Lemon :
Baik untuk kesihatan tubuh dan kecantikan wajah iaitu vitamin B, vitamin C, protein, karbohidrat, dan potanium. Buah yang memiliki rasa manis keasam-asaman ini berperanan sebagai antibakteria dan antiseptik.

Kunyit :
Kunyit kaya akan vitamin B6, C, zat besi dan magensium. Selain itu juga mengandung sifat anti aging dan dapat membantu mencegah munculnya garis-garis halus.

Betik :
Buah betik bukan sahaja bermanfaat untuk kulit tetapi ia juga membantu menjadikan muka kelihatan lebih segar dan awet muda.

Tea Tree Oil :
Untuk mengecutkan jerawat serta menghilangkan parutnya dengan kadar segera.

Telur :
Dalam putih telur ada lima komponen enzim lysozyme, riboflavin, protein, kalium, serta magnesium di mana sangat baik untuk wajah kita. Protein yang terkandung di dalam putih telur dapat menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang baru jadi wajah automatik kelihatan lebih bersih, cerah dan memudarkan kedutan serta garis halus.

Cuka Epal :
Mengandungi good enzymes, bacteria, pectine, minerals. Benda ni semua bagus untuk kulit kita.

Ni antara penawar kepada masalah kulit anda. Jadi anda sangat di galakkan untuk simpan siap-siap list ni nanti bila nak guna semua bahan dah tersedia.

Madu :
Membersihkan Liang Pori. Menghilangkan sel kulit mati. Menyembuhkan luka.

Pisang :
Pisang mempunyai beberapa kandungan gizi yang sangat baik diantaranya Vitamin B, B6, C, Magnesium, Kalsium, Fosfor dan Besi. D

Lemon :
Baik untuk kesihatan tubuh dan kecantikan wajah iaitu vitamin B, vitamin C, protein, karbohidrat, dan potanium. Buah yang memiliki rasa manis keasam-asaman ini berperanan sebagai antibakteria dan antiseptik.

Kunyit :
Kunyit kaya akan vitamin B6, C, zat besi dan magensium. Selain itu juga mengandung sifat anti aging dan dapat membantu mencegah munculnya garis-garis halus.

Betik :
Buah betik bukan sahaja bermanfaat untuk kulit tetapi ia juga membantu menjadikan muka kelihatan lebih segar dan awet muda.

Tea Tree Oil :
Untuk mengecutkan jerawat serta menghilangkan parutnya dengan kadar segera.

Telur :
Dalam putih telur ada lima komponen enzim lysozyme, riboflavin, protein, kalium, serta magnesium di mana sangat baik untuk wajah kita. Protein yang terkandung di dalam putih telur dapat menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang baru jadi wajah automatik kelihatan lebih bersih, cerah dan memudarkan kedutan serta garis halus.

Cuka Epal :
Mengandungi good enzymes, bacteria, pectine, minerals. Benda ni semua bagus untuk kulit kita.

Ibu nak kongsi cara ibu pulak rawat breakout. Harap korang sudi baca. Tips ni mungkin ada yang sesuai ada yang tidak. Tapi kita boleh boleh cuba.

Ibu breakout teruk akhir tahun 2016 sebab masa tuh decide untuk stop segala jenis produk warna warni di aidilfitri tuh. Sebulan free kan muka dan masa tuh la segala jenis mak nenek jerawat keluar. Tapi redha sebab memang niat nak betulkan jalan balik. Terlalu lama sesat 🤣

So masa breakout kita tak di galakkan pakai sebarang mekap untuk elakkan muka jadi lagi teruk. Cuma perlu pakai sunblok untuk pastikan kulit terlindung dari sinar uv. Tapi gigih tetap cantikkan kening dan pakai liptint.

Lepas survey dan survey akhirnya ibu jumpa produk yang paling suits dengan skin ibu. Masa tuh produk ni selalu berlegar-legar di wall ibu. Ye produk ni dari Korea. Kadang on off jugak jerawat ni sebab hormon, kadang stress dan kadang tak cukup tidur. Haihh.

Gambar kecik-kecik yang bawah sekali tuh lepas 1-2 bulan kejadian. Sebelah kanan tuh setahun selepas kejadian.

Tips :

⚫️First ibu buat double cleansing start dengan cetaphil, lepas tuh pakai cleanser honey bee. Jangan risau tak kering kan kulit pon sebab dedua ni masih melembapkan kulit.

⚫️Dalam seminggu atau 2x seminggu ibu skrub guna Green Tea dan Honey Bee Goomage untuk make sure sel kulit mati dapat di singkirkan. So proses nak baik kan kulit lagi cepat. Dedua ni pon ok sebab tekstur dia lebih halus dan tak menyakitkan kulit. Oh ya goomage tuh ada almond oil memang lepas skrub kulit masih lagi lembut.

⚫️Wajib tiap-tiap malam bila lepas cuci muka ibu tuam muka dengan ais tomato ni. Kesan dia pada kulit pori kecik, jerawat kecut dan parut pudar. Kesan nak pulihkan kulit berganda-ganda pantas.

⚫️Yes serum ni memang masa memula pakai tak sangka la result dia sangat memuaskan padahal baru firstime dalam hidup pakai serum. Tekstur kulit berubah lebih pejal. Parut hitam pudar. Ada jeragat halus halus gone. Dan deep scar dah tak berapa deep. Tapi yang ni ambik masa sikit la. Yang penting konsisten.

Tips :

⚫️Paling risau nak cuba mask yang selain dari buat sendiri sebab selalu naik rashes. Tapi pakai yang ni alhamdulillah best. Maybe sebab kandungan timun dan almond kot so boleh serasi dengan kulit.

⚫️Oh ya untuk toner ibu just pakai lemon yang di campur dengan air. Alhamdulillah serasi. Lupa nak snap pic time tuh. Sekarang pakai toner alaska.

⚫️Moisturizer Honey Bee ni ada racun lebah. Kalau jerawat ni memang makanan dia la. Dia bagi kaw kaw sampai jerawat nak datang balik pon takut. Kulit jadi sangat moist.

⚫️Yang ni pon wajib kalau nak lagi cepat proses sembuh kena pakai. Banyak pilihan dekat drugstore tapi ni antara paling top. Dia punya hestek#sapusaputeruskecut

⚫️Ibu jugak ada ambik supplement vitamin C ni untuk percepatkan proses dari dalam. Cebion ni tak rasa macam makan vitamin sebab sedap gilos. Jadi takla rasa terbeban. Sebab biasanya kalau dengar je ubat terus malas.

⚫️Selain tuh ibu akan buat diy mask 2-3 kali seminggu wajib. Sekarang dah tahap addicted. Setiap kali rasa kulit nak buat hal. Diy mask la penawar.

Boleh tengok perubahan tekstur kulit kepada lebih pejal akibat penangan susuk lebah. Parut hitam pudar. Jerawat bertempiaran lari. Ni hasil lebih kurang 1-2 bulan dengan syarat gigih dan rajin amal.

Nak rawat breakout please jangan tepek terlalu banyak benda atas muka. Muka pon kadang need a break jugak. Ni ibu sediakan checklist siap-siap untuk korang.

 

kredit: facebook Nana Robil

Tinggalkan Komen