Kulit yang cantik dan sihat tidak boleh diperolehi tanpa sebarang usaha. Pasti sering terlintas perasaan iri hati dalam hati setiap kali memandang wajah mereka yang bersih daripada sebarang cela. Mempunyai kulit wajah yang mulus memang menjadi idaman ramai wanita namun tidak semua orang mampu memilikinya.

Hakikatnya untuk memiliki kulit wajah cantik bersih bukanlah sesuatu perkara yang boleh dilakukan dengan sambil lewa. Disiplin diri dalam mencuci wajah menggunakan pencuci muka amat diperlukan bagi mendapatkan hasil diinginkan.

Penjagaan wajah perlu dilakukan secara berterusan ini tidak terkecuali ketika berpantang.

Di sini, ada 5 langkah mudah yang boleh dilakukan setiap wanita ketika di dalam pantang bagi memastikan kulit wajah sentiasa sihat dan cantik.

Ikuti perkongsian daripada Anis Roduan

TIP JAGA KULIT MUKA MASA BERPANTANG

Minis selalu dapat aduan 999 dari mak mak dalam pantang bila dalam pantang je kulit muka jadi breakout. Jerawat mula naik. Ada yang kulit kering sampai menggelupas. Mungkin juga salah hormon. Mungkin juga sebab kita tak jaga rutin skincare masa dalam pantang. Yelah, mana sempat nak jaga muka. Nak jaga baby lagi ye tak?

IKLAN

Nah, Minis share sikit #skincareroutine paling basic dan paling simple yang Minis buat sepanjang dalam pantang ni.

1- Low pH Cleanser
Gunakan low pH cleanser sebagai pencuci muka uols. Sebab kulit kita ni ada pH yang tersendiri dalam pH4-6 macam tu. Kalau lebih takut nanti kulit muka jadi breakout.

Minis gunakan low pH cleanser yang terbaru dari Tatesnow. Alhamdulillah, sesuai dengan kulit Minis yang kering ni.

2- Hydrating toner
Minis gunakan Hydrating toner dari Hadalabo. Sebab kulit Minis kering. Lagi lagi masa berpantang ni memang kulit semakin kering sebab kurang air dalam badan. Mungkin faktor susukan anak dan duduk dalam bilik beraircond.

Hydrating toner ni optional je. Kalau kulit uols terlampau kering, tak salah tambah lagi toner ni untuk make sure kulit dapat extra hydration.

IKLAN

3- Moisturizer
Moisturizer ni memang tak boleh skip. Wajib ada dalam skincare routine kita. Even kulit jenis berminyak pun wajib pakai moisturizer.

Masalah kulit kering macam Minis, boleh gunakan Hyaluronic Acid Moisturizing Essence Facial Cream Dr. Morita. So far, Minis dah guna Dr Morita ni 9 bulan, alhamdulillah kulit rasa lembap je.

4- Facebalm Vitamin E
Disebabkan Minis duduk rumah je masa berpantang ni, jadi Minis apply sikit #FacebalmVitE dekat muka. Dalam rumah pun kena apply sunscreen tau, jadi Minis apply je facebalm ni sebab memang dah ada spf50 pa++ untuk protect kulit Minis.

IKLAN

Uols apply la sunscreen apa apa asalkan sunscreen. Boleh selamatkan kulit uols dari sinaran jahat UVA & UVB.

5- Oil based cleanser
Yang ni guna waktu malam je. Sebab seharian kulit muka kita dah penuh dengan kotoran. Lagi lagi kalau siang tu berurut, konpem muka penuh dengan minyak. Jadi, sebelum cuci muka dengan low pH cleanser, gunakan oil based cleanser untuk buang segala kotoran berminyak atas muka.

Minis guna brand yang mur mur je. Biore cleansing oil ni senang nak cari dan harga pun berpatutan. Kesimpulannya, walaupun dalam pantang kita still kena amalkan basic skincare routine macam biasa.
Alaaa.. Buat yang simple simple je, tak perlu sampai 10 steps pun. Zup zass zup zass dah siap.

Bukan bermakna dalam pantang kita sebagai wanita boleh culas menjaga kecantikan. Dalam tempoh inilah kita perlu memanjakan diri. Lakukan rutin penjagaan wajah seperti biasa ketika dalam tempoh berpantang supaya ketika habis berpantang, wajah akan tampak berseri dan ‘bercahaya.’

Sumber kredit: Anis Roduan

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI