Setiap pemilik kenderaan di Malaysia mesti pernah merasai kesukaran untuk menanggalkan pelekat cukai jalan kenderaan (Vehicle Road-Tax) yang wajib ditampal pada bahagian kiri cermin hadapan kereta.
Baru-baru ini Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan bahawa pemilik kenderaan di negara ini tidak lagi wajib menampal roadtax di kenderaan masing-masing.
Mesti sis runsingkan macam mana nak tanggalkan road tax di cermin hadapan kereta, tanpa meninggalkan sebarang kesan gam? Mudah je sis, di sini Hijabista kongsikan caranya, cuma perlukan dua bahan je!
Cara Mudah Tanggalkan Road Tax Guna Dua Bahan Sahaja
Cara mudah menanggalkan road tax dengan penggunaan dua bahan ini telah dikongsikan menerusi laman Youtube Hisham Kasim
Nak tahu apa dia dua bahan yang sis perlukan tu? Bahan pertama adalah sebarang kain yang sudah tidak digunakan lagi dan juga air panas.
Bahan-bahan
1. Kain
2. Air Panas dalam bekas yang bersesuaian.
Ads
Lakukan Tiga Langkah Ini Tanggalkan Roadtax!
Cara untuk menanggalkan pelekat cukai jalan kenderaan juga amat mudah hanya perlu lakukan tiga langkah je sis!
Langkah 1
Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah, celup kain tadi dengan air panas yang telah disediakan terlebih dahulu.
Ads
Langkah 2
Kemudian ambil kain yang dicelup dengan air panas tadi, tekapkan pada bahagian atas cermin hadapan kenderaan dari luar, pastikan sis tekap betul-betul di atas roadtax. Tekapan perlulah dilakukan selama satu minit, langkah ini bertujuan untuk mencairkan gam yang melekat kuat pada bahagian roadtax berkenaan.
Seterusnya, bila masa satu minit tekapan telah tamat, sis boleh mula menanggalkan roadtax tadi dari bahagian dalam dengan perlahan-lahan. Roadtax lebih mudah ditanggalkan tanpa kesan gam jika hijabi mengaplikasikan cara ini!
Ads
Sekadar info mulai 11 Februari 2023, semua pemilik kenderaan persendirian kini boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam JPJ atau aplikasi MyJPJ je!
Memang menjadi tabiat kaum wanita yang gemar makan asam atau jeruk sebagai kudapan terutama ketika sedang membuat kerja. Namun sebenarnya ada antara produk makanan asam yang digemari ini merbahaya kepada kesihatan. Malah KKM sendiri turut mengeluarkan amaran tentang betapa bahaya produk makanan jenis ini.
Jadi bagi mereka yang gemar makan asam, pastikan tidak mengambil tiga produk yang diberitahu ini bagi mengelak sebarang masalah kesihatan. Malah siasatan pihak KKM mendapatu pengeluar produk ini adalah palsu.
Jadi diingatkan agar orang ramai tidak membeli produk ini dan jika nampak dijual di pasaran mohon agar maklumkan kepada Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan dan pejabat kesihatan tertera bagi tujuan rampasan dan pelupusan.
Maah bagi mereka menjual atau mengedar tiga produk ini dianggap satu kesalahan di bawah seksyen 13(B)(2) Akta Makanan 1983 yang boleh didenda RM20 ribu atau penjara tidak kurang 5 tahun jika sabit kesalahan atau kedua-duanya sekali.
AMARAN KKM TENTANG PRODUK MAKANAN MERBAHAYA KESIHATAN
Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman ingin mengeluar amaran KKM tentang penjualan produk makanan yang didapati membahaya kesihatan.
Nama produk: 1. ASAM CELAGI SIRA BOTOL mengandungi siklamat (Kelantan) 2. ASAM MANGGA SIRA BOTOL mengandungi siklamat (Kelantan) 3. NATURAL DRIED SEAWEED mengandungi Kadmium (Perak) Rujuk Gambar dan maklumat produk disertakan
Produk ini telah diambil sampel dan analisa makmal mendapati mengandungi *siklamat* sejenis pemanis tanpa zat dan *Kadmium* yg boleh beri kesan kepada kesihatan
Siasatan pihak KKM mendapati maklumat pengeluar produk ini adalah PALSU. Orang awam yang mengesan produk ini dijual di pasaran dipohon tidak membeli dan perlu memaklumkan kepada Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman di talian 09-8504243 bagi tujuan rampasan dan pelupusan.
Mana-mana orang yang menjual atau mengedar produk ini adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 13(B)(2) Akta Makanan 1983.. Sabit kesalahan boleh di denda RM 20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
Harap maklum. Terima kasih.
Rentetan dari posting ini oleh laman facebook PQ Community telah mendapat maklum balas dari netizen apabila mendapat lebih 8 ribu butang share serta 2 ribu lebih butang komen dan suka.
Pihak PC Community juga turut memberi penjelasan lanjut mengenai perkara ini. Juga kesan sampingan jika makan produk yang mengandungi bahan Siklamat sebagai pemanis tanpa zat yang boleh mengundang penyakit kanser.
MAKLUMBALAS ISU 3 PRODUK MAKANAN AMARAN BAHAYA KESIHATAN
Terima kasih keatas semua pelayar FB Mysihat diatas keperihatinan dan komen anda semua. Berikut adalah penjelasan admin bagi pencerahan semua.
1. Amaran kesihatan ke atas 3 produk ini dibuat oleh pihak Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM) KKM bagi tindakan di seluruh Malaysia. Makluman ini dibuat secara proaktif khususnya kepada pengguna di Daerah Kemaman dan tindakan juga di buat di daerah2 lain di seluruh Malaysia mengguna pelbagai kaedah pendekatan masing-masing.
2.Persempelan makanan merupakan salah tugas utama yg dijalankan oleh BKKM di seluruh Pejabat Kesihatan Daerah bagi mempastikan semua makanan yg dijual dipasaran adalah selamat. Semua makanan akan dibuat sample secara berjadual dan perancangan tahunan. 3 sample yang terlibat ini diambil secara rasmi pegawai berkuasa yg menjalan persempelan makanan rutin ke atas makanan ini dan dihantar ke makmal mendapati ia positif dengan Siklamat dan Kadmium.
3. Makanan ini dikesan melalui sampel yang dibuat di Kelantan dan Perak. Semua pelanggaran akan diambil tindakan mahkamah keatas pengilang /pengimport berdasarkan label pengeluar/pengimport
“Salah satu strategi yang digunakan oleh segelintir pengeluar (pengilang) adalah penipuan dengan menggunakan alamat palsu pada label produk makanan mereka. Ini bagi menyukarkan pihak berkuasa mengesan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang terbabit.
Bagi produk ini pula, ia juga masih dalam siasatan pihak KKM termasuklah untuk mengenalpasti pengimport /pengeluar/pengilang yang terlibat.”
4. Siklamat adalah pemanis tanpa zat yg 30-50 kali manis daripada gula biasa.Manakala Kadmium, cemaran logam yg boleh ada secara semulajadi atau pencemaran dalam proses penyediaan makanan. Kedua produk ini tidak dibenar hadir dalam makanan dan ia menyalahi peraturan 133(3) dan 38 (1A) Peraturan -Peraturan Makanan 1985
6. Amaran ini HANYA merujuk kepada BATCH dan PRODUK yang tertera sahaja yang khusus kepada produk yang dianalisa makmal. Produk lain atau batch yang berbeza adalah tidak berkaitan. Namum pihak kami menasihatkan pengambilan makanan seumpama ini adalah tidak sesuai untuk kesihatan terutama kandungan penggunaan bahan pengawet, pemanis dan pewarna yg tidak diketahui statusnya.
7. Orang ramai yang telah mengambil makanan terutama daripada jenama dan batch tertera dinasihatkan hentikan serta merta kerana ia memberi kesan jangka pangjang terhadap kesihatan.
8. Penjual dan pengedar dinasihatkan memberhentikan penjualan makanan ini. Pihak berkuasa Pejabat Kesihatan boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana orang yang masih menjual produk ini. Sabit kesalahan boleh di denda sebanyak RM 20K atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya di bawah Akta Makanan 1983.
Layari FB Mysihat untuk mendapat berita-berita dan info kesihatan terkini.
Sekian terima kasih. Admin Mysihat
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Melihat perkembangan pelakon Emma Maembong yang kini sedang hamil anak kedua bersama pasangan, Muhammad Shazli Azhar, terselah seri wajah yang manis pada mukanya. Emma kelihatan lebih ceria dan kulit putih kemerahan jambunya menjadi tanda tanya apa rahsia penjagaan kulitnya.
Ketika ditemubual, Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong turut berkongsikan tentang pengalamannya ketika mengandungkan anak sulungnya, Shariq, dimana mengalami masalah kulit wajah.
“Masa first time saya hamil, muka saya agak teruk sehinggakan tak berjumpa dengan orang,
“Saya sendiri tak biasa lihat perubahan badan dan ada satu ketika saya menangis di dalam tandas. Suami terpaksa pujuk disebabkan perubahan yang saya alami ketika itu mengejutkan diri ini.” ujarnya.
Pelakon berusia 30 tahun itu berkata lagi tiada tip penjagaan wajah namun dia lebih akur dalam penjagaan emosi ketika hamil. Malah dia juga akui selepas bersalin, penjagaan pantang amat ditekankan dan cuba untuk melangsingkan badan bagi kesihatannya.
“Bila dah hamil kali kedua, saya dah pandai jaga emosi. Tengok sahaja muka naik jerawat, saya pakai face masker atau skincare, jaga sebelum makin teruk,
“Mengandung memang akan berbadan besar, lihat pula ramai kakak-kakak saya jaga badan jadi saya ikut cara mereka untuk penjagaan badan,
“InsyaAllah lepas bersalin saya akan cuba untuk kecilkan semula badan tapi bukan untuk suami atau orang, malah lebih demi diri sendiri dan kesihatan.” katanya lagi.
Sekadar info, Emma Maembong dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 20 Ferbruari 2020. Perkahwinan mereka diserikan lagi dengan kedatangan anak sulungnya, Shariq Arshan Gabriel pada 8 November 2020.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Umum sedia maklum pasangan selebriti sama cantik sama padan, Fazura dan Fattah Amin atau lebih dikenali sebagai Fattzura, merupakan pasangan yang jarang dilanda kontroversi.
Ini membuatkan mereka menjadi pasangan kesukaan ramai dan setiap tingkahlaku ‘sweet couple’ ini sering menjadi sorotan netizen.
Terbaharu, gelagat bersemut pasangan ini sekali lagi tular di laman sosial hingga membuatkan netizen cemburu melihatkan perilaku Fattah yang sabar melayan kerenah isterinya, Fazura.
Perkara berkenaan menjadi tular sebaik sahaja Fazura memuatnaik satu hantaran video di laman Instagram miliknya, memaparkan Fattah yang begitu sabar melayan kerenahya yang tidak mahu pipi kelihatan tembam semasa mengenakan tudung sekolah ketika membawa watak remaja sekolah sewaktu penggambaran.
“Mana sibuk pipi nampak tembam ke tak, mana nak buat sendiri pulak. Haih… anyway love you Fattah Amin.” Tulis Fazura ringkas diruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Malah, kehidupan bahagia pasangan selebriti bebas kontroversi yang selalu kelihatan harmoni dan bahagia telah menyebabkan peminat membanjiri ruangan komen hantaran itu dengan puji-pujian.
Tidak kurang juga yang berseloroh sekiranya, calon suami yang mempunyai ‘husband material’ seperti Fattah Amin boleh dibeli di aplikasi beli belah online seperti Lazada.
“Ada jual kat Lazada tak husband material macam ni”, tulis wargamaya yang turut mendambakan mempunyai suami penyabar persis Fattah Amin.
Selain itu, ramai juga antara netizen yang meluahkan rasa suka melihat telatah pasangan ini, sekaligus mendoakan ikatan perkahwinan antara Fattah dan Fazura kekal hingga ke syurga.
“Semoga hubungan yang terbina ini kekal hingga ke jannah, suka sangat-sangat tengok pasangan ni. Sama cantik, sama padan”
“Pasangan yang takde sangat kontroversi. Semoga kak dan suami sentiasa dalam rahmat Allah”, tulis netizen
Sekadar info, Fazura dan Fattah Amin diijabkabulkan pada November 2017. Hasil perkahwinan selama tujuh tahun itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya pada awal Oktober 2020 yang kini berusia tiga tahun.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.