Jangan buntu untuk mencari solusi bagi merawat masalah kulit anda! Jangan pula salahkan produk yang dibeli jika jerawat dan jeragat masih lagi bertompok pada kulit wajah anda! Cuba fikir kembali tentang langkah solusi yang anda lakukan. Adakah benar-benar sesuai dengan masalah kulit yang anda hadapi?

Sumber gambar: Mahoney Dermatology

Kuncinya adalah selidik masalah sebenar yang kulit anda alami dan dari situ anda cari jalan penyelesaiannya.

Kami senaraikan enam masalah kulit dan cara mengatasinya dengan cepat, ringkas dan mudah!

1. MASALAH: JERAWAT

Sumber gambar: Everyday Health

Masalah yang terjadi pada majoriti rakyat Malaysia iaitu jerawat Hormon stres menyebabkan minyak dihasilkan, seterusnya menyumbatkan liang pori.

PENYELESAIAN:

• Amalkan rutin untuk menghilangkan jerawat supaya kulit kekal sihat seperti senaman tai chi, joging, hubungan intim, mandi air suam. Langkah-langkah ini boleh mengurangkan jerawat.
• Walaupun orang yang paling tenang dan tiada masalah pun boleh dihinggapi jerawat, sememangnya itu perkara normal. Apabila berlaku, rawatnya dengan krim jerawat yang bertindak membersihkan pori-pori atau yang mengandungi asid salisilik.

2. MASALAH: KULIT SENSITIF

Sumber gambar: Bioderma

Ini seringkali terjadi apabila emosi bercelaru. Kulit anda juga akan menerima kesannya. Puncanya adalah Nueropeptides yang membuatkan kulit berasa sensitif dan reaktif. Tahukah anda, kajian menunjukkan stres akan mengurangkan kandungan air pada kulit? Apabila lapisan permukaan kulit menjadi kering, sel-sel yang sepatutnya kembang dan padat kini mengecut dan mengecil. Ruang antara sel-sel akan mengundang rengsa. Walaupun anda mempunyai kulit yang cantik, jangan terkejut jika anda mendapati krim yang biasa anda guna boleh menyebabkan gatal dan pedih pada kulit. Tetapi biasanya keadaan ini berlaku hanya untuk sementara.

IKLAN

PENYELESAIAN:

• Ambil makanan tambahan seperti omega fatty acids (ikan, flaxseed dan evening primrose oils) dan Vitamin D3 yang terbaik untuk membaiki kulit.
• Elakkan bahan-bahan yang bertindak balas dengan kulit seperti retinoid, lulur yang kasar, asid dan produk yang mengandungi kandungan pewangi yang tinggi. Hanya gunakan pembersih yang mengandungi bahan-bahan yang lembut, melembapkan seperti feverfew, bisabolol dan ekstrak teh hijau.
• Lembapkan kulit anda dengan formula yang mengandungi  dimethicone, ceramides, dan humectants (seperti asid hialuronik), yakni bahan yang membaiki dinding kulit dan membantu untuk berfungsi dengan lebih baik.

3. MASALAH: KULIT MENGELUPAS

Sumber gambar: Wolipop

Ini seringkali terjadi tanpa anda menyedarinya! Pada mulanya bertujuan untuk mengupas lebihan kulit yang kering, seterusnya mengutil kuping dan luka. Apabila selesai barulah rasa bersalah dan menyesal. Kemudian, menanggung rasa pedih akibat luka dari kulit mengelupas itu!

PENYELESAIAN:

‘JANGAN KUPAS! Biarkan kulit terbuka dan hiang dengan sendirinya. Mudah, bukan?

IKLAN

4. MASALAH: KULIT KEMERAHAN

Sumber gambar: Apex Dermatology

Perasaan takut atau malu yang biasanya berlaku dalam aktiviti sosial, merangsang adrenalin dalam saluran darah di bahagian muka dan seterusnya menyebabkan kemerahan.

PENYELESAIAN:

• Anda boleh mengunyah ais atau meletakkan tin minuman sejuk pada urat anda untuk beberapa minit. Suhu sejuk dapat menyekat denyutan ke saraf yang menyebabkan kemerahan, seterusnya mengurangkan punca kemerahan.
• Ada juga penyelesaian jangka panjang untuk kemerahan yang disebabkan oleh emosi. Anda perlu belajar bahawa beberapa perbuatan dan kawalan emosi yang dapat mengurangkan tekanan, mengurangkan stres dan mengelak daripada kemerahan.

Baca juga: Masalah Bibir Kering Punca Lipstik Tidak Rata, Lakukan 10 Penjagaan Rapi Bibir Hanya Di Rumah Sahaja!

5. MASALAH: ROSACEA

IKLAN
Sumber gambar: MyDr.com

Mengapakah Rosacea terjadi? Ia dapat dilihat melalui kulit kemerahan akibat stres, makanan pedas, wain merah atau perubahan suhu. Pergerakan darah yang berpunca dari faktor-faktor ini turut menyebabkan tumbuh jerawat pada wajah yang biasanya hadir dengan rosacea.

PENYELESAIAN:

  • Mengawal stres dan mengelakkan pengambilan makanan pedas adalah kunci untuk mengurangkan simptom rosacea.

6. MASALAH: KEGATALAN

Sumber gambar: Nivea

Pernah tak anda alami situasi dimana bila anda sedang marah, kulit menjadi gatal dan kemerah-merahan? Ini disebabkan oleh emosi tidak terkawal yang boleh menyebabkan kegatalan dengan menaikkan suhu badan dan mengeluarkan adrenalin yang mengakibatkan munculnya bintik-bintik merah atau kegatalan. Kebimbangan, kemarahan ataupun ketawa boleh menyebabkan rasa gatal yang datang tiba-tiba dan berlanjutan hingga beberapa jam. Kadangkala berlaku berulang kali untuk beberapa minggu atau bulan.

PENYELESAIAN:

  • Mengawal kegatalan dan emosi adalah langkah pertama untuk memulihkan kegatalan.
  • Teknik relaks juga berkesan untuk sesetengah orang. Jika senaman yoga dan mengawal pernafasan tidak dapat membantu anda, cuba duduk di dalam bilik yang dingin, gelap dan selesa.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI