Masalah berat badan bukanlah perkara baru bagi rakyat Malaysia. Bukan sahaja kaum lelaki, malah kaum wanita juga mengalami masalah yang sama. Faktor pemakanan merupakan salah satu penyebab utama berat badan bertambah.

Pernahkah anda mengalami situasi dimana apabila anda sudah mengamalkan diet dan juga bersenam, tetapi berat badan masih lagi naik mendadak? Apakah silapnya?

Sumber gambar: Ketut

Kali ini team Hijabista akan kongsikan kepada anda faktor utama diet dan senaman anda tidak berfungsi untuk menurunkan berat badan.

Sumber gambar: Andres
  1. Salah pemilihan menu

Cuba anda periksa kembali menu diet anda. Kaedah ‘suku-suku separuh’ merupakan kaedah terbaik untuk memastikan menu anda ideal dan berkualiti. Keseimbangan protein dan karbohidrat harus ditekankan dalam hidangan menu anda. Malah, bukan itu sahaja, kurangkan pengambilan gula dan garam untuk memastikan perut tidak mudah buncit.

2. Senaman tidak konsisten

Selain daripada itu juga, pastikan senaman yang anda lakukan sentiasa konsisten dan tahap halangan bertambah setiap masa! Cuba corakkan senaman anda untuk memberi kelainan dan keunikan pada pilihan senaman anda! 

IKLAN

Apa kata anda lakukan senaman larian pada waktu pagi, dan berbasikal pada waktu petang. Untuk waktu malam juga, anda boleh melakukan senaman yoga. Apabila adanya bentuk senaman seperti ini, anda pasti lebih bermotivasi untuk bersenam. Jika malu buat sendirian, anda boleh menyertai kelas zumba, salsa dan sebagainya.

Sumber gambar pexelsru

3. Waktu makan tidak teratur

Bukan sekadar pemilihan menu sahaja, tetapi waktu makan yang tidak teratur juga menjadi salah satu punca berat badan bertambah walaupun anda sedang berdiet. Usah lepaskan waktu makan pagi anda terutamanya! Ia boleh membuatkan anda untuk makan dengan banyak apabila tiba waktu makan yang seterusnya! Sebaik-baiknya, pelan waktu makan anda untuk memastikan waktu makan anda teratur.

IKLAN

4. Mengharapkan ‘result’ yang cepat

Ramai dikalangan kita yang inginkan hasil yang cepat. Padahal, corak senaman tidaklah sekuat mana. Jadi, tepuk dada tanya selera. Jika anda inginkan hasil yang cepat, anda harus pastikan diri sentiasa berdisplin dan komited terhadap objektif anda!

Sumber gambar: Cottonbro

5. ‘Curi-curi’ makan

IKLAN

Tidak salah sebenarnya jika ingin makan bila berasa lapar apabila anda dalam proses diet. Tetapi, harus diingat, usah ‘curi-curi’ makan makanan yang tidak sihat. Lebih baik jika anda makan buah ataupun makanan berkhasiat seperti oat untuk mengisi perut anda yang lapar!

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI