
Jeragat pada wajah tentunya merimaskan. Setiap kali membelek wajah di depan cermin, terasa ‘semak’ dengan jeragat-jeragat yang kelihatan. Pelbagai usaha telah dicuba untuk menghilangkan jeragat namun gagal.
Jika anda telah mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan jeragat namun masih juga belum berjaya, apa kata anda cuba tip yang dikongsikan oleh wanita ini.
Tak sangka cuka epal ni bagus untuk hilangkan jeragat!
Bukan tu ja. Tompok hitam kat muka pun boleh pudar.
Dah seminggu zilla cuba dap dap cuka epal ni kat muka. Alhamdulillah menjadi. Tompok hitam kat muka pudar.
Senang je nak buat. Serius senang.
1 sudu cuka epal
1 sudu air suam
Kapas
Posted by Zilla Janis on Wednesday, 7 March 2018
Campurkan 1 sudu cuke epal dan 1 sudu air suam dalam mangkuk. Gaul sebati. Ambik kapas. Rendam sikit kat dalam cuke epal tadi. Pastu dap dap kat seluruh muke.
Pastikan muke korang bersih ye.
Bagusnya cuke epal ni untuk jeragat sebab cuke epal ni bersifat antiseptik tau untuk menyingkirkan bakteria dari jeragat dan menyucikan kulit.
Lepas 3 ke 4minit lepastu. Boleh cuci muke dengan air suam. Amalkan hehari. Untuk kesan yang lebih cepat.
Kulit kering dan sensitif tidak digalakkan. Makin hari jeragat pudar. Hati pun riang ria. Boleh juga gabungkan dengan produk perawatan wajah lain yang anda pakai untuk menghilangkan jeragat.
Sumber kredit: Zilla Janis
Teknik Urutan Kaum Cina Ini Berkesan Untuk Buang Lemak Berlebihan Di Perut.

Anda semua tahu betapa sukarnya untuk membuang lemak berlebihan terutama di bahagian perut. Usia remaja telah berlalu, metabolisme anda juga akan berlalu dengan pantas.
Tetapi walaupun bagi anda yang telah membentuk gaya hidup aktif dan tabiat pemakanan yang sihat, menyingkirkan lemak perut yang degil itu boleh menjadi satu cabaran yang nyata. Tetapi jangan risau, mungkin beberapa teknik ini akan membantu anda mencapai misi membuang lemak di bahagian perut.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua Perkara Ini Punca Anne Ngasri Berjaya ‘Buang’ 11 Kilo Lemak Agar Kekal Langsing!
Teknik Urutan Kaum Cina
Urutan ini perlu anda lakukan selama dua minit dua kali sehari. Ia berfungsi sebagai senaman dalaman yang membersihkan dan menyahtoksik kawasan tersebut serta mencairkan lemak.
Anda perlu faham bahawa teknik ini sahaja tidak akan berjaya jika anda penggemar makanan segera dan minum soda setiap hari. Tetapi ia berkesan untuk mereka yang kerap bersenam tetapi masih tidak dapat menghilangkan lemak perut.
Arahan urutan:
Anda disarankan agar melakukan teknik ini dua kali sehari: sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur.
- Berbaring telentang di atas permukaan yang rata.
- Gosok tangan anda dengan kuat sehingga ia terasa panas.
- Letakkan sebelah tangan anda rata pada pusar anda.
- Mulakan perlahan-lahan menggosok perut dengan tekanan lembut dalam bulatan kecil mengikut arah jam di sekeliling pusar dan secara beransur-ansur besarkan bulatan. Setiap bulatan perlu mengambil masa antara 1 dan 2 saat.
- Fokus pada haba yang mula berkumpul di kawasan perut.
- Teruskan selama dua minit, kira-kira 40-50 bulatan. Adalah penting untuk memastikan perut anda hangat semasa melakukan senaman.
Mencairkan lemak bukanlah satu-satunya kelebihan yang ditawarkan oleh teknik ini. Ia juga meningkatkan penghadaman, mempercepatkan metabolisme, dan meningkatkan peredaran darah di kawasan perut sambil merangsang organ perut. Dan perkara yang terbaik ialah anda tidak perlu bangun dari katil!
ARTIKEL BERKAITAN: Jom Buang Lemak! Tukar ‘Air Manis’ Kepada 4 Jenis Teh Ini Je Sis
Elakkan menggunakan teknik ini:
- Sejurus selepas makan berat;
- Jika mempunyai batu pundi kencing, buah pinggang atau pundi hempedu
- Jika menghadapi hipertensi
- Anda hamil
- Mempunyai hernia;
- Mempunyai ulser usus atau perut
- Mengalami keradangan rahim, pundi kencing, ovari, atau tiub fallopio.
Dhanurasana (posisi yoga)
Postur tunduk sesuai untuk menguatkan teras dan mengetatkan otot perut. Ia menawarkan regangan badan penuh yang meningkatkan tenaga dan menggalakkan penghadaman yang mudah.
Cara lakukan:
- Baring telentang di atas tikar dengan kaki dilunjurkan dan tangan ke sisi.
- Bengkokkan lutut anda ke atas sambil mencapai lengan anda ke belakang untuk memegang buku lali atau kaki.
- Pegang kedudukan selama 15-30 saat sambil bernafas secara normal.
- Hembus nafas dan kembali ke posisi baring membenarkan badan anda berehat selama 15 saat.
- Ulang 5 kali dengan masa rehat di antara setiap kedudukan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
SUMBER: BRIGHTSIDE
Jika Mengalami 5 Dari 10 Tanda Ini, Itu Bermakna Kulit Anda Berminyak Tapi Dehidrasi

Salah pemahaman besar yang sering dialami oleh anda yang kulit berminyak adalah menganggap bahawa berminyak sama dengan kulit terlalu lembap. Kenyataannya ini salah.
Perlu anda tahu bahwa kulit yang berminyak sering kali dehidrasi, sehingga akhirnya kulit memproduksi sebum berlebih untuk melindunginya dari kekeringan yang akhirnya menjadi makin banyak minyak.
Untuk itu anda perlu sedari dengan betul kondisi kulit wajah sebenarnya agar boleh merawatnya dengan tepat. Jadi anda boleh semak, jika anda mengalami 10 tanda ini, bererti kulit anda berminyak tapi dehidrasi.
1. Berminyak tapi kering
Menjelang siang hari, biasanya mulai banyak minyak muncul di area T-zone-lalu berkembang ke seluruh permukaan kulit wajah. Ya, wajah anda sering kali berminyak menjelang siang hari dan seterusnya. Tapi di sisi lain anda juga merasa kulit wajah seperti kaku, kering dan berkedut kekurangan cairan.
2. Mekap sering cakey
Mekap yang cakey tidak hanya terjadi pada yang berkulit kering. Kulit berminyak yang dehidrasi pun akan sering mengalaminya. Ketika memakai mekap wajah anda akan lebih mudah cakey dan tidak mudah diratakan. Lalu pori pun akan mudah tersumbat.
3. Wajah terasa kering dan tegang setelah dicuci
Anda memakai pembersih wajah khusus kulit berminyak? Mungkin akan sering terasa sensasi ini. Ya, setelah mencuci wajah terasa kesat dan kaku. Di satu sisi lain anda terasa wajah jadi bersih bebas sebum, tapi sebenarnya ini menandakan wajah anda kehilangan kelembapan alaminya sehingga mengalami dehidrasi.
4. Selepas exfoliating, mekap di wajah masih terlihat cakey
Untuk membantu makeup agar lebih smooth di wajah anda lakukan rutin exfoliating. Namun ternyata hasilnya masih sama saja. Ini terjadi bukan hanya kerana penumpukan sel kulit mati semata namun kerana kulit wajah anda dehidrasi sehingga mekap sukar disapukan dengan sempurna.
5. Terdapat garis kedutan halus di area bawah mata dan sekitar mulut
Cuba perhatikan area sekitar mata dan mulut, adakah muncul garis halus yang sering membuat mekap jadi crack? Padahal usia anda masih muda, belum sampai 30 tahun? Ini boleh terjadi keranana kulit yang dehidrasi. Ya, kulit yang dehidrasi mendorong kedutan dan garis halus lebih cepat muncul, khususnya di area yang berkerut saat anda terseyum, seperti area sekitar mulut dan mata.
6. Pori wajah kelihatan jelas
Pori wajah anda kelihatan besar dan kasar? Ya ini memang sering terjadi pada kulit yang dehidrasi tapi berminyak. Ketika kulit anda mengalami dehidrasi atau kekurangan cairan dan kelembapan, pori-pori akan secara lansung kelihatan lebih besar dan menonjol.
7. Sukar temu kosmetik yang sesuai

Anda akan kesukaran menemukan skincare atau pun mekap yang benar-benar sesuai untuk kulit. Ketika pilih untuk kulit berminyak, kulit anda cenderung jadi kering namun ketika pilih yang biasa atau untuk kulit kering kulit anda malah jadi makin berminyak.
8. Area T-zone di wajah sangat berminyak
Seperti yang sudah disebutkan sebelumnya, area T-zone pasti akan jadi ‘ladang minyak’ di area wajah anda. Area dahi dan hidung ini memang cenderung lebih banyak memproduksi sebum dibandingkan area lainnya pada wajah.
9. Rambut kelihatan kering dan kulit kepala berminyak
Kulit yang berminyak dan dehidrasi tidak hanya akan terlihat pada kulit wajah tapi juga kulit kepala anda. Kulit kepala akan sangat mudah untuk berminyak. Sehari saja tidak basuh rambut, ia akan berbauu dan kotoran mudah sekali menempel yang akhirnya jadi kelemumur. Namun di sisi lain, helai rambutmu, khususnya di bahgian ujung sangatlah kering.
10. Bibir mudah kering dan merekah Ketika cuaca panas
Selain kulit kepala, bibir juga jadi bahagian yang boleh menunjukan keadaan kulit wajah yang berminyak tapi dehidrasi. Ketika cuaca panas di mana anda umumnya kekurangan cairan, bibirmu biasanya akan jadi ekstra kering sampai mengalami pecah-pecah.
Jika anda 5 antara 10 tanda di atas, bererti kulit wajah anda termasuk jenis berminyak tapi dehidrasi atau oily dehydrated skin. Untuk itu, anda perlu pandai memilih skincare atau pun mekap yang boleh menghidrasi dengan baik namun tidak menyumbat pori.
6 Cara Selindung Wajah Dari Cela, Tapi Masih Boleh Tampil Berseri. Persediaan Ramadan Nanti!

Ada di antara kita yang bersolek untuk memberi fokus kepada bahagian yang cantik pada wajah tetapi ada di antara kita yang bersolek kerana terpaksa untuk menutup cela pada wajah.
Pasti terasa segan apabila wajah kita dipenuhi dengan parut jerawat atau jeragat hitam. Penyelesaian yang segera adalah dengan menutupnya dengan produk solekan.
Ia tidak salah sama sekali namun sampai bila kita mahu bergantung kepada alat solek? Apa kata cuba beberapa cara ini untuk mendapatkan kulit yang baik tanpa cela:
1. Gunakan pelembap ‘tinted’ yang mengandungi SPF
Gunakan pelembap ‘tinted’ ini berbanding ‘foundation’. Anda bukan sahaja melindungi kulit wajah malah ia memberi sedikit sentuhan rona serta melembapkan wajah anda.
2. Minum secawan Vitamin C panas
Minum secawan air panas bersama hirisan lemon segar. Ia mampu membuang radikal bebas dari tubuh badan anda, membuatkan kulit anda kekal sihat dan semakin baik.
3. ‘Toner’ tanpa alkohol
‘Toner’ tanpa alkohol yang baik selepas mencuci wajah adalah baik untuk menyamaratakan tona kulit wajah serta membuang lebihan produk solekan pada wajah ketika waktu pagi.
4. Lakukan pengelupasan dua kali seminggu
Gunakan sama ada produk pengelupasan atau campurkan sahaja satu sudu teh ‘baking soda’ dengan satu sudu teh air. Sapu perlahan-lahan pada wajah selama satu minit sebelum bilas dengan air sejuk dan keringkan.
5. Jangan sentuh wajah!
Berhenti menyentuh wajah anda sepanjang hari. Jangan picit atau mengopek jerawat anda dan tidak perlulah menarik atau memicit-micit wajah anda.
Cara di atas mampu memberi peluang kepada wajah anda untuk pulih dan bernafas dengan selesa. Ini hanya akan memberi kompleksi yang baik kepada wajah anda jesteru anda tidak perlu menempek produk solekan terlalu tebal. Selamat mencuba!