Ramai dari kita terlepas pandang soal kebersihan alat solek. Tahukah anda bulu berus alat solek jika tidak dibersihkan akan menjadi sarang bakteria sekaligus menyebabkan masalah kulit muka terjadi.
Tidak perlu produk mahal ataupun mesin tertentu untuk membersihkan bulu berus, sebaliknya anda boleh lakukannya dengan menggunakan telapak tangan anda sendiri. Untuk tujuan pembersihan, gunakan sabun bayi yang lembut sesuai untuk bulu berus.
Jom ikuti langkah-langkah mudah ini.
LANGKAH 1
Bilas bulu berus solekan di bawah air. Elakkan air terkena pemegang berus, yang dapat melonggarkan gam dan akhirnya menyebabkan bulu jatuh dan akhirnya berus menjadi rosak. Ingat ya, bilas dibahagian bulu sahaja.
LANGKAH 2
Gosokkan pembersih kegemaran anda ke tapak tangan anda sehingga warna-warna dan sisa bahan solekan anda terhakis dari bulu berus. Kemudian letakkan sedikit sabun ke telapak tangan dan lakukan gerakan bulat lembut menggunakan bulu berus seolah-olah mengadun sabun tersebut, lakukan dengan cermat agar keseluruhan bulu berus dibersihkan.
LANGKAH 3
Setelah dibersihkan, bilas sabun sehingga bersih. Ulangi langkah satu hingga dua jika air tidak mengalir jernih menerusi bulu berus, sekali lagi, pastikan air tidak terkena pemegang berus anda.
.
Proses membersihkan bulu berus solekan anda seeloknya dilakukan sekali ke dua kali seminggu agar kulit anda terhindar dari sebarang jangkitan bakteria. Jurusolek profesional pun selalu mencadangkan untuk membersihkan bulu berus solekan untuk mendapatkan hasil solekan yang lebih cantik.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI