
Malam merupakan waktu yang terbaik untuk memperbaiki sel-sel kulit yang rosak dek kerana debu serta pancaran cahaya matahari. Disebabkan itu, anda memerlukan penjagaan yang rapi pada waktu malam untuk mengembalikan semula kesegaran kulit yang rosak.
Selain itu, produk penjagaan malam juga dapat membuatkan tidur malam anda menjadi lebih lena dan akhirnya badan akan jadi lebih segar pada keesokan harinya.
Jadi, jom gunakan 5 produk ini sebelum tidur.
1. This Works – Deep Sleep Pillow Spray, RM105
Spray Tidur Deep dibuat dengan campuran lavender, vetivert, dan chamomile yang menenangkan untuk membantu anda ke keadaan minda yang lebih tenang dan meningkatkan kualiti tidur. Hanya satu samburan di atas bantal semburan sebelum. Anda pasti bangun berasa segar dan bertenaga keesokan harinya.
2. Clinique Pep-Start Pout Restoring Night Mask, RM75
Memberi hasil bibir yang lebih lembap dan lembut pada keesokan hari. Hanya sapu dan cuci pada keesokan harinya.
3. Estelle & Thild Fresh Water Body Lotion, RM105
Hadir dengan tekstur yang lembut serta aroma yang menyegarkan, losyen ini menyerap terus ke dalam kulit menjadikan kulit lebih lembut dan terhidrat.
4. PIXI Beauty Sleep Cream, RM135
Krim malam yang membantu melindungi, menyubur dan menghidrat kulit semasa anda sedang tidur. Hasilnya, kulit menjadi lebih selesa dan tenang membuatkan tidur anda menjadi lebih lena.
5. Fresh Peony Brightening Night Treatment Mask, RM365
Terbukti mampu mencerahkan kulit serta lingkaran gelap pada bawah mata. Selain menghidrat kulit, ia juga mampu menghilangkan garisan halus pada wajah.
6. Estée Lauder Advanced Night Repair Eye Concentrate Matrix, RM315
Membantu mengurangkan garisan halus, kedutan serta lingkaran gelap pada bawah mata. Malah, mata akan jadi lebih segar!
Masih Mencari ‘LOOSE POWDER’ Yang Sesuai? Ini 6 PILIHAN Yang Boleh Dibeli Di DRUGSTORES!

‘Loose powder’ merupakan antara item solekan yang harus dimiliki oleh setiap wanita. Kebanyakan wanita mengabaikan penggunaan ‘loose powder’ kerana menganggap ia sebagai item yang tidak penting.
Ternyata anda salah kerana ‘loose powder’ berfungsi sebagai penutup pori-pori pada wajah dan membuatkan solekan anda nampak flawless serta tahan lebih lama. Ia juga sesuai digunakan oleh individu yang mempunyai kulit berminyak.
Ia dapat membantu mengawal minyak pada wajah dan elak wajah anda daripada kelihatan berkilat. Jadi, Hijabista paparkan perkongsian oleh Azreena Azmi menerusi Facebook tentang 6 pilihan ‘loose powder’ yang boleh didapati di drugstores.
Mostly loose powder ni fungsi dia sama ja. Yang beza hanyalah texture, harga dan brand.
Apa fungsi loose powder ni?
Okay ena terangkan sikit apa fungsi loose powder. Dalam bahasa melayu, loose powder ni ialah serbuk longgaq hahahaha. Betui kan? Tak caya pi tgok kat google translate. Hahaha. Gurau ja.
Kenapa kena pakai loose powder?
Untuk bagi makeup tahan lebih lama. Texture yang halus dapat menutup pores dan membuatkan makeup nampak flawless.
Loose powder juga sgt sesuai untuk kulit berminyak, sbb dia dapat bantu control minyak yang ada dan dapat elakkan dari muka nampak berkilat disebabkan minyak.
Bila nak pakai?
Pakai selepas sapu foundation. Dengan menggunakan powder brush, layang-layangkan ke seluruh muka. Boleh juga digunakan untuk elakkan lebihan eyeshadow jatuh ke pipi, letak loose powder guna sponge di bawah mata. Lepas dah habis mekap bahagian mata, guna brush untuk sapu lebihan loose powder.
Nak pakai loose powder sahaja lepas sapu foundation pon boleh. Fungsi dia sama macam compact powder/2WC powder cuma loose powder ni tak cakey.
Dia punya keburukan pulak, kalau tak remove makeup betul-betul macam biasalah, boleh buat pores tersumbat. Jangan pakai makeup lama-lama nah.
Apa maksud translucent pulak? Ok translucent adalah semi-transparent maksudnya separa tak nampak. Dia jadi colourless bila pakai. So dia match ikut skin tone kita. Tapi bukan 100%.
Okay. Selamat membelek!
Harga yg ena letak semua NORMAL PRICE kat Watsons
1. Bourjois Loose Powder

Mesti ramai tak tau nak sebut nama brand ni kan. Meh ena ajaq. Ramai sebut ‘bojos’ ‘bojois’ ‘bujar’ ‘bonjor’ (mentang2 dari paris). Sebutan yang betul ialah ‘bojua’. ‘S’ kat blkg tu tak payah sebut pun.
Dulu masa mula-mula ena berjinak dalam bidang makeup ni, biasalah kita guna makeup semua yang budget bawah RM100. So ena pun pakai yang ni. Memang best pakai loose powder ni. Texture dia sangat sangat halus. Senang sangat sapu kat muka. Tak buat makeup smudge pon.
Dari segi warna pulak, dia bukan ikut tone kaler (translucent), dia ada dua code. So ena guna code 01 sbb warna dia kekuningan. Tapi bila apply kat tanned skin, ena just apply kat area bawah mata, t-zone sahaja.
Sesuai untuk semua jenis kulit.
Harga: RM52.90
2. Kate Tokyo The Base Zero Face Powder

Sapa yang suka makeup nampak berkilat-kilat boleh la pakai hat ni. Sebab dia ada shimmer. Sesuai untuk last touch up selepas pakai powder. Sebab dia ada effect shimmering. So apply kat kawasan tertentu ja seperti tulang pipi, dahi, batang hidung dan dagu.
Actually brand ni mostly chinese yang beli. Memang laku gila. Sebab depa suka natural makeup. Dan produk-produk yang lain pun not bad dia punya quality.
Ada satu warna sahaja. Sesuai untuk kulit cerah, sawo matang ok.
Sesuai untuk semua jenis kulit dan big pores.
Harga: RM59.90
3. Revlon New Complexion Loose Face Powder

Texture yang seumpama jenama terkenal, Laura Mercier. Tapi kalau yang ni berbanding dengan Bourjois, Bourjois punya texture lagi halus. Depends on skin. Sebab katanya yang ni tak membuatkan kulit kering. So dry skin boleh cuba yang ni.
Pilihan warna ada dua code. Walaupun dia tulis translucent, tapi dia tak begitu ikut warna kulit kita. So kena try dulu sebelum beli.
Sesuai untuk semua jenis kulit.
Harga : RM62.90
4. Maybelline Clearsmooth All In One Loose Powder

Yang ni produk baru dari Maybelline. Hehe. Texture yang sangat halus dan sesuai untuk semua warna kulit. Macam nak try pulak sebab first time try memang amazed gila.
Sesuai untuk semua jenis kulit.
Harga: RM30.90
5. Silkygirl Shine Free Loose Powder

Bagi ena texture dia just fine. Tak sehalus loose powder yang lain. Tapi untuk dry skin boleh cuba. Then, dia ada dua code. Selalu ena suggest code 02 ni untuk tanned skin. Sbb warna dia gelap sikit berbanding loose powder jenama lain.
Sesuai untuk semua jenis kulit.
Harga: RM29.90
6. IN2IT Loose Powder

Yang ni lagi satu ramai tak reti sebut brand dia. Ada yang sebut ‘2in1’ dah macam coffee mix dah. Hahahaha. Sebut macam yang hampa nampak ‘in 2 it’ ‘ in to it’ ? 2=to
Hat ni kalau pakai, sakit mata orang tengok sebab shimmering dia memang banyak weh. Lagi banyak dari Kate Tokyo tu. Sapa yang suka mekap merelit lip lap lip lap boleh la pakai. Hahahahaha.
Sesuai untuk semua jenis kulit
Harga: RM19.90
Sumber: Facebook Azreena Azmi
Makin Sweet & Langsing Sekarang Ni, Rahsianya Siti Nurdiana Pilih Makanan Sunnah & Diet Lepas 8 Malam

Wanita dan kecantikan ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit ada juga yang selesa mengamalkan petua secara alami dan bersederhana sahaja.
Bagi bagi pemenang anugerah Artis Top Top Meletop Wanita di Anugerah Meletop Era minggu lalu, Siti Nordiana binti Alias, atau juga dikenali sebagai Nana mempunyai rutin penjagaan kesihatan sama ada dari segi luaran dan dalaman.
Tidak hairanlah Nana antara selebriti wanita yang sentiasa tampil cantik dan anggun setiap kali membuat persembahan atau tampil di majlis rasmi.
Tidak keterlaluan, Nana begitu senang mengamalkan kaedah alami dengan memilih makanan sunnah sebagai makanan tambahan.

Tambahan, kerjayanya sebagai seorang penyanyi menuntut dirinya untuk sentiasa kelihatan cantik dan bertenaga sepanjang masa.
Walaupun sudah lama menceburi bidang seni, tetapi populariti Nana kembali berada di puncak sebaik memenangi tempat pertama program Gegar Vaganza.
Buat masa ini Nana juga selain menyanyi kini sibuk berlakon dan juga mengacara. Malah dalam anugerah sama Nana turut mengondol kategori Hos Meletop hasil undian secara online oleh peminatnya.
Nana antara artis yang sudah lama berada dalam industri ini. Apakah rahsia kecantikan Nana sehingga hari ini?
Saya mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil makanan sunnah seperti madu dan juga habbatus sauda untuk mengekalkan tahap kesihatan yang konsisten. Begitu juga dengan kecantikan, saya percaya kecantikan bermula dari dalam dan disebabkan itu saya menjadikan ulam-ulaman sebagai menu harian dan wajib minum dua liter air suam setiap hari. Selain mampu menambah stamina, ia juga mampu membersihkan organ dalaman dan menguruskan badan secara semula jadi.
Adakah Nana mempunyai masalah jerawat?
Alhamdulilah, saya tidak mempunyai sebarang masalah pada wajah namun sesekali ada juga jerawat yang tumbuh pada bahagian dahi. Bukan jenis jerawat besar tetapi yang kecil. Jadi untuk mencegahnya, menjadi rutin kepada saya untuk mencuci wajah setiap hari dan akan menggunakan krim siang juga pelembap. Dan jika pulang daripada bekerja, saya akan mencuci solekan dan tidak akan sesekali tidur dengan solekan pada wajah.
Bagaimana Nana menjaga pemakanan dan adakah mengamalkan sebarang diet?
Saya pernah melalui satu fasa di mana saya memiliki berat badan melebihi dari apa yang sepatutnya. Jadi mulai saat itu, saya mula mengamalkan diet yang betul agar berat badan saya kembali ideal. Saya menetapkan yang saya tidak akan makan selepas jam lapan malam. Kuantiti nasi juga dikurangkan dan menggantinya dengan makanan yang lebih berkhasiat.
Artikel Berkaitan: Amira Amalkan Makan Oren & Minum Air Kosong Elak Kulit Berjerawat
Trivia Siti Nordiana
- Mula menceburi bidang seni suara pada 1999 ketika berusia 15 tahun.
- Nana mempunyai seorang anak lelaki Mohamad Rayyan Nakhaie hasil perkahwinannya dengan Mohd Faizal Yusup pada 2006.
- Dilahirkan pada 22 November 1984 di Negeri Sembilan.
- Juara Gegar Vaganza Musim Kedua
- Menjadi pengacara bersama untuk Program Gema Gegar Vaganza bersama Fikry Ibrahim & Achey.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SITI NORDIANA
Idamkan Kaki Sekecil Tiang Lampu, Amalkan 5 Langkah Senaman Ini Juga, Mampu Sorok Lemak Berlebihan Di Peha.

Bentuk badan tak seimbang, memang menjadi masalah bagi hijabi untuk memilih pakaian yang sesuai. Apatah lagi bentuk badan seperti buah pear. Sesekali teringin kaki langsing dan kecil seperti tiang lampu di tepi jalan tetapi mustahil dalam masa sesingkat ini boleh mencapai impian sebegitu.
Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda adalah masalah kebayakkan hijabi. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha. Peha yang langsing pakai apa pun nampak cantik terletak, tak nampak lemak berlebihan dan tidak seperti sarung nangka. Malah, hijabi boleh tampil lebih berkeyakinan.
Bagaimana caranya nak dapatkan peha langsing? Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau ‘walkathon’, dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan peha anda? Berikut merupakan langkah-langkah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengecilkan bahagian peha:
1. ‘Kerusi bayangan’
Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:
• Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
• Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
• Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
• Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
• Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.
2. Pergerakan “menggunting”
Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.
3. Pusingan bulatan
Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.
4. Pakai kasut tinggi!
Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!
5. Melompat di atas trampoline
Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!
Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya.
7 cara mudah ini. Apa yang penting kena jadikan ia rutin dan disiplin.
Minum air kosong
Air putih bukan sahaja untuk elakkan dari dehidrasi tetapi membantu tubuh membuang racun dan memproses pembakaran.
Makan makanan rendah kalori
Berhenti makan makanan berkalori tinggi dan berlemak. Ganti dengan sayur-sayuran, buah-buahan, yogurt dan makanan kaya serat. Makanan tak sihat tu lah punca peha anda besar.
Pengambilan nutrisi
Pengambilan nutrisi seperti vitamin D, protein, dan asid omega-3 sangat penting. Pada mulanya memang susah nak biasakan diri makan makanan sihat, tetapi anda akan rasai perbezaannya nanti.
Tetapkan masa tidur
Tidur membantu membakar lemak badan. Tubuh anda akan membakar 45-115 kalori sejam sewaktu tidur, bergantung pada berat badan. Tapi jangan makan sebelum tidur, itu punca utama peha anda besar.
Jangan tertekan atau stres
Lemak yang terkumpul di peha akan sukar dibakar walaupun bersukan jika anda sentiasa dalam keadaan tertekan.
Jangan kerja berlebihan
Kerja berlebihan hingga biasa berjaga lewat malam tak baik untuk kesihatan. Ia buatkan berat badan naik dan sukar untuk mengecilkan peha.
Sumber: Kevin Zahri