“Comelnya Perut Dia!..”- Netizen Teruja Bila Nampak ‘Baby Bump’ Mira Filzah!

Share

Siapa yang tidak mengenali pelakon serta pengacara yang disukai ramai, Mira Filzah? Tambahan pula, kini Mira Filzah sedang hamil dan menanti masa untuk melahirkan cahaya matanya, hasil daripada perkahwinan bersama suami tersayang, Wan Emir Astar.

Baru-baru, menerusi laman Instagramnya, pelakon Mira Filzah atau Nur Amirah Filzah Badioezaman memuat naik sebuah gambarnya bersama suami menghadiri majlis perkahwinan di Sky Grand Ballroom, Jalan Ampang. Apa yang mencuri tumpuan netizen pada gambarnya ialah ‘baby bump’ pelakon ini yang semakin jelas terlihat! Wah, menanti masa ya!

Ya Allah comel gila mira filzah! So happy for you!

Ramai yang teruja melihat gambar itu dan ada yang mengatakan ‘baby bump’ pelakon itu kelihatan amat comel! Ternyata semuanya tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata pengacara serta pelakon kesayangan ramai ini.

Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 3 September 2020 di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Majlis perkahwinan mereka dihadiri kira-kira 250 jemputan termasuk keluarga, rakan terdekat dan petugas media.

Sumber gambar: Instagram

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini:

Shoppe 

IKLAN