Anak itu merupakan anugerah daripada Allah. Kehadiran cahaya mata umpama menjadi penyeri dalam sesebuah perkahwinan. Begitulah yang dirasai oleh pengacara jelita, Farahanim Razak dan suami, Dr.Arif apabila dikurniakan bukan seorang, malah sepasang anak perempuan kembar.
Pasangan kembar yang diberi nama Amina Raissa dan Amira Raissa baru sahaja mahu mencecah usia 6 bulan. Jom kita lihat #OOTD mereka yang sedondon serta gelagat bayi-bayi manja ini. Memang sama cantik dan comel macam Mommy mereka!
Pasti hijabi semua turut rasa geramkan melihat kecomelan pasangan kembar ini. Moga Farahanim sekeluarga terus dimurahkan rezeki dan #RaissaTwins dapat membesar menjadi anak-anak yang solehah, InsyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mungkin anda mengalami parut muka kerana kecederaan atau prosedur pembedahan, atau mungkin anda mempunyai parut di wajah anda kerana jerawat.
Parut muka selalunya tidak selesa atau tidak sedap dipandang dan boleh menghalang anda daripada menghadirkan wajah terbaik anda. Melembutkan parut wajah sehingga kelihatan tidak kelihatan dapat dilakukan dengan menggunakan urutan dan ubat semula jadi.
Teknik urutan dapat membantu meratakan dan melembutkan parut, terutama semasa fasa parut yang belum matang, di mana parut dalam tahap penyembuhan atau baru saja sembuh. Menekan tekanan pada parut melalui urutan dapat mendorong pengeluaran kolagen, membantu mengurangkan rasa gatal dan memberi kelembapan dan kelenturan pada parut.
Walau bagaimanapun, urut parut tidak akan berfungsi pada parut yang berumur lebih dari dua tahun. Untuk mengurut parut anda:
Sentiasa gunakan losen pada bekas luka sebelum anda mengurutnya, kerana mereka mungkin sensitif atau kering semasa sembuh. Urut parut dua hingga tiga kali sehari selama sepuluh minit pada satu masa, sekurang-kurangnya enam bulan selepas parut berkembang. Anda boleh terus mengurut parut selepas enam bulan untuk mengalakkan penyembuhan dan melembutkan parut.
Berhentilah mengurut parut jika anda mengalami kemerahan, pendarahan, rasa sakit yang meningkat di sekitar atau pada parut dan jika bekas luka terasa lebih panas daripada kulit di sekitarnya.
Losen yang mengandungi vitamin E telah diketahui dapat melembutkan parut dan mendorong penyembuhan. Namun, hanya letakkan losen vitamin E pada bekas luka yang telah sembuh sebulan, kerana memakai losen sebelum itu dapat menyebabkan pembentukan tisu parut lebih berterusan. Sentiasa cuba sebilangan kecil produk di wajah anda sebelum meletakkannya pada bekas luka muka untuk memastikan anda tidak mengalami reaksi alergi terhadap produk tersebut.
CADANGAN PRODUK:
Jus lemon adalah astringen semula jadi dan dapat membantu menghilangkan parut jerawat. Oleh kerana berasid, ia dapat membantu menghilangkan sel-sel kulit mati dan melembutkan bekas jerawat secara perlahan-lahan memudar. Sapukan topeng muka berasaskan jus lemon untuk membantu melembutkan parut anda dan mendorong parut pudar.
BELI DI SINI:
Minyak zaitun adalah minyak semula jadi yang dapat membantu melembutkan parut anda dan membantu parut sembuh. Cuba gunakan minyak zaitun organik tanpa meletakkan bahan tambahan atau bahan kimia pada kulit anda.
BELI DI SINI:
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hanis Zalikha antara selebriti yang sudah hampir empat tahun berhijab sejak 2015. Kalau dulu pelakon dan pengacara popular ini cukup aktif berblogging, tetapi kini haluannya sedikit berbeza.
Hanis dilihat selesa menjadi suri rumah melayan anaknya Yusuf Iskandar yang sudah berusia 3 tahun dan Alisa Aisyah 3 bulan. Selain itu Hanis ada juga mengendalikan bisnes tudung dengan jenama Cakenis dan terbaharu Cakenis Curves Set.
Hanis tidak pernah lokek berkongsi rahsia menjaga penampilan, penjagaan anak dan juga kecantikan susuk tubuh yang sehingga kini tidak nampak berubah walaupun sudah memiliki 2 cahaya mata malah akuinya lebih kecil dari sebelumnya.
Cakenis Curve Set rahsia tampil kekalkan bentuk badan, buah tangan Hanis untuk peminat set bengkung didatangi dengan 3 rekaan yang sesuai ketika pantang dan selepas bersalin. Yang paling istimewa Cakenis Petite Oil, tiga kandungan aktif adalah peppermint oil, lavender oil dan rosa seed oil.
Rosa seed oil membantu melembapkan kulit dan memudarkan parut dan sesuai disapu di bahagian yang berlemak. Bahagian badan kita yang berlemak (perut/pinggul/lengan) berpotensi regang, seterusnya menghasilkan stretchmark/rekahan. Jadi sapuan Cakenis Petite Oil di kawasan berlemak bertujuan merawat kulit bahagian berlemak daripada stretchmark dan minyak ini bukan untuk memecahkan lemak.
Kelebihan minyak ini jua boleh mengawal nafsu makan dengan aroma peppermint oil sendiri yang buat kita kurang selera makan. Hanis merujuk pada penyelidikan (university study (https://www.aeroscena.com/pages/research-oils-30) di mana dalam kajian itu peserta inhaledpeppermint oil (di bawah pemerhatian setiap 2jam) & kadar pemakanan mereka direkod berkurangan dalam tempoh 2 minggu. Berbanding peserta yang tidak inhale (sedut/hidu) peppermint oil.
Hanis akui yang seleranya amat tinggi “maka untuk orang yang selera makan sangat tinggi macam saya (I’m a real foodie), memang sangat membantu untuk displin makan salad & ikan sahaja. Jadi itulah caranya saya dapat pinggang yang lebih kecik daripada sebelum ni.” Sebab saya berjaya DIET dengan baik, betul & berpanjangan, bersama bantuan Cakenis Petite Oil.
Setelah berhijab, ramai yang suka sekali lihat cara pemakaian tudung Hanis yang simple dan ia memang menjadi tumpuan netizen. Kebanyakan follower di instagram yang berjumlah 5.4 juta ini ingin tahu cara pemakaian tudung stail Hanis Zalikha.
Nampak gaya itu sesuai sekali dipakai terutama bagi yang mempunyai anak kecil aktif, lasak dan sedang membesar. Walaupun Hanis sibuk melayan anaknya itu, hijab digayakan tetap terletak cantik di atas kepala. Dia juga tidak perlu gaya keterlaluan hanya cuku sekadar hijabnya di selempang kiri dan kanan. Hanis tetap kelihatan stailo dan caranya yang tersendiri.
Hanis tidak lokek berkongsi tutorial ringkas cara menggayakan hijab seperti yang digayakan setiap hari. Tidak perlu pin, cukup sekadar inner neck untuk menutup leher daripada terdedah. Perkongsian tutorial tudung di laman IG Hanis ini mendapat tontonan 459K.
Siapa tidak kenal dengan aktor kacak, Aidil Aziz yang pernah membintangi filem Evolusi KL Drift 2 yang juga suami kepada pelakon jelita, Fasha Sandha.
Terbaharu menerusi hantarn di laman Instagram miliknya, Aidil berkongsikan persiapan mereka untuk berangkat ke tanah suci buat kali pertama sebagai pasangan suami dan isteri, bagi mengerjakan ibadah umrah.
Menurut Aidil, meskipun sudah berpeluang banyak kali menjejakkan kaki ke tanah suci, namun ibadah umrah kali ini adalah yang paling istimewa bagi dirinya, kerana ditemani oleh ‘bidadari syurganya’ di akhirat kelak.
“Saya sudah beberapa kali menunaikan umrah, namun kali ini lebih istimewa kerana saya membawa isteri bersama-sama. Apatah lagi, pengalaman ini sesuatu yang baru buatnya.
“Sukar diungkap perasaan bakal menunaikan umrah bersama-sama isteri. Fasha usah disangkal lagi, memang teruja sejak awal lagi dan kami bersyukur semuanya dipermudahkan.
“Orang kata apabila menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah bersama, ada saja yang menawarkan diri untuk menjaga anak kami. Apatah lagi, ahli keluarga terdekat pula tu,” katanya.
Mengulas lanjut berhubung perancangan mereka ke tanah suci Mekah ini, Aidil menjelaskan bahawa ini bukanlah perancagan yang dilakukan secara tiba-tiba, malah ia adalah perlaksanaan niat yang tertangguh akibat pandemik Covid-19 tempohari.
“Memang niat dah lama namun inilah masa yang terbaik memandangkan Aisya pun sudah besar. Ini semua perancangan Allah SWT.
“Doakan semuanya dipermudahkan dan segala yang dirancang berjalan dengan lancar,” ujarnya lagi.
Selain itu, Aidil memaklumkan dia dan isteri, akan berangkat ke Tanah Suci Makkah pada hari ini, dan memohon agar orang ramai mendoakan kesejahteraan mereka sepanjang melaksanakan ibadah berkenaan.
Sekadar info, pasangan Aidil dan Fasha diijabqabulkan pada tanggal 30 Mac 2019, hasil perkongsian hidup selama lima tahun itu, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, bernama Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun.
Aidil juga mempunyai dua anak tiri iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8 hasil perkahwinan Fasha yang terdahulu.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.