Kepentingan mencuci sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai persediaan sebelum dimasak atau dimakan begitu saja bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan.
Namun masih ada yang tidak perasan atau tidak tahu bahawa ada cecair pencuci khas yang boleh digunakan untuk membersihkan sayur-sayuran dan juga buah-buahan.
Tetiba ada org pm & wasap abam.. kenapa basuh sayur pakai sabun?
X bahaya ker?
X bau sabun ker?
Selamat ker?
Hahahah.. abam mampu gelak ajelah..
Ads
Nak bgtau ni.
Sabun ni mmg dh lama kat pasaran.. cuma endah x endah jer..
Abam pakai sabun mmg khas utk sayur la…
Bukan sabun basuh pinggang hok biasa tu..
sabun ni mmg boleh buat basuh sayur…
Ads
Utk buang racun-racun.. lagi segar sayur tu..
X caya try la buat.. jangan pulak salah ambik sabun.. kan berbuih mulut tu..haha..
Ads
Untuk membasuh sayur-sayuran, sukatannya, 1/2 sudu teh Sunlight Extra Nature dicampur dengan 1 liter air di dalam besen. Basuh sayur-sayuran dengan campuran cecair ini dan bilas dengan air bersih sebanyak dua kali.
Menjaga kecantikan kulit wajah bukan sahaja daripada produk penjagaan kulit yang sesuai, tetapi juga boleh menggunakan bahan dapur seperti cuka epal. Selain sebagai salah satu bahan untuk penambah perisa makanan, sebenarnya cuka epal juga boleh bermanfaat untuk mencantikan wajah dan kekal awet muda.
Perkongsian wanita ini di laman sosial facebook Fyza Syah memberitahu tentang lima manfaat hebat cuka epal pada kulit wajah. Dan katanya lagi cuka epal ini wajib ada sebagai simpanan di rumah untuk pelbagai kegunaan.
Menurutnya, bukan sahaja berperanan sebagai penyegar wajah, tetapi juga untuk mengurangkan masalah minyak di muka dan juga turut berfungsi menghilangkan kedutan di wajah.
Selain itu, cuka epal juga boleh menjadi masker untuk menghilangkan jeragat yang ada di wajah. Tetapi hanya boleh dilakukan dua kali seminggu sahaja.
Toner penting untuk imbangkan tahap ph kulit kita. Kalau tak seimbang, jerawat senang nak naik. Kulit kita ni sedikit berasid, untuk halang kuman dari membiak.
So sepadan dengan kandungan cuka epal yang ada beta karotena dan berasid, bagus untuk seimbangkan balik ph kulit muka. Sekali gus dapat matikan kuman jerawat. Korang yang ada masalah jerawat boleh cuba buat cuka epal sebagai toner.
Jerawat dan kulit berminyak sangat berkait rapat. Untuk elak jerawat suka bertandang, kulit wajibulghunnah bebas minyak yang berlebihan. Guna kapas muka lepas tu sapu je kat seluruh wajah.
Kemudian, baru bilas dengan air. Rajin amal camni, korang akan rasa minyak setangki kat muka makin kurang. Opkoz lah pakej jerawat sekali angkat kaki.
Jangan tak tau yang cuka epal ni mampu buat kulit muka kembali muda. Mana taknya, garis kedutan pon boleh hilang tau.
Tak payah dah nak spend duit beratus ratus untuk kesan awet muda. Asalkan korang rajin je sapu cuka epal kat muka. Guna kapas, pastu bilas macam biasa dengan air
Kenkadang kita tak sedar ada racun yang terperangkap kat dalam kulit kita. Bila dibiar lebih lama, tu yang kulit pon tetiba meletuskan jerawat batu nanah semua tu. Sedangkan kita tak pernah amik tau yang kulit kita rupanya penuh ngan racun.
Untuk korang yang pernah salah produk ker, pernah terjebak dengan produk berkimia tinggi, kuat bermekap, haaa ni la solution nye.
Detoks kulit korang dengan cuka epal. Buat secra mingguan je. Nak campur dengan masker lumpur pon bagus jugak. Amal selalu kulit bersih dan muda.
Jeragat ni isu kulit paling susah nak selesaikan. Ada yang guna laser, ada yang makan suplemen ada yang sapu krim yang kuat bahan dia untuk hilangkan jeragat.
Tapi korang yang ada masalah jeragat tu cuba lah juga dengan buat masker dari cuka epal ni. Guna kapas muka yang dah direndam jap dalam cuka epal, pastu tepek atau sapu kat muka. Lepas 30 minit, bilas balik dengan air. Yang ni kena rajin buat 2 kali seminggu. Dalam sebulan setengah dah boleh nampak beza.
Wajib ada tau cuka epal ni. In case tetiba kulit muka mengada naik ruam ke apa, boleh tenyeh je ngan kapas celup cuka epal ni.
Pastu bilas la balik. Memang gatal kurang taw. Alaaa, murah je seketul cuka epal ni. Lagi mahal buah epal
Okay lah, kalau suka dan bermanfaat, #SHARE je. Mana tau, ramai nak cuba kan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mungkin anda pernah mengalami pendarahan hidung secara tiba-tiba. Bagi kanak-kanak masalah ini bukanlah sesuatu yang asing malah boleh dikatakan kerap berlaku. Walau bagaimanapun pendarahan tanpa henti pada hidung mengundang panik dalam kalangan orang dewasa.
Sebenarnya hidung berdarah atau istilah perubatannya, epistaksis berlaku apabila salur darah kecil (kapilari) di rongga hidung pecah disebabkan beberapa punca seperti kecederaan, udara terlampau sejuk atau kering dan menghembus hidung dengan kuat.
Punca-punca lain antaranya terlalu kerap bersin dan jangkitan sinus. Ia juga boleh disebabkan kesan sampingan penyakit serius seperti ketumbuhan dalam rongga hidung selain dalam kes jarang berlaku seperti tekanan darah tinggi.
Kalau hidung berdarah, tahu tak apa yang perlu dibuat? Ramai orang masih amalkan cara yang salah untuk hentikan pendarahan hidung. Berikut dikongsikan cara yang betul untuk mendepani masalah ini. Semoga bermanfaat.
PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN
CARA-CARA YANG BETUL UNTUK MENGHENTIKAN PENDARAHAN HIDUNG
PICIT BAHAGIAN HIDUNG
HIJABISTA: Apabila mengorek hidung, keruping tertanggal lalu menyebabkan pendarahan banyak dan lambat berhenti. Ini kerana kuku boleh melukakan selaput saluran darah dan ini menyebabkan berlakunya pendarahan hidung.
Hari raya yang ditunggu-tunggu ramai orang ialah hari raya aidil adha. Perjumpaan keluarga akan menjadi lebih diingati jika anda memasak kambing semasa makan bersama.
Namun, pernahkah anda terlalu malas untuk memprosesnya kerana ia berbau busuk? Bauan itu dipanggil Prengus dan ia bertindak seperti minyak wangi kambing billy untuk menarik minat lawan jenis dan menimbulkan loya kepada mereka yang menghidunya.
Tetapi bagaimana untuk menghilangkan bau daging kambing dengan mudah dan tepat? Lihat cara melakukannya di bawah!
Sesetengah orang biasanya mencuci daging sebelum memasak kambing, tetapi membersihkannya menyebabkan bau kambing lebih tidak menyenangkan. Adalah lebih baik jika anda menggosok keseluruhan daging dengan limau atau limau nipis dan kemudian biarkan seketika.
Anda boleh menggunakan beberapa ramuan rempah halia untuk menghilangkan bau kambing. Walau bagaimanapun, apabila menyediakan kaserol, lebih baik tidak menggunakan kaedah ini, kerana ia boleh merosakkan rasa makanan!
Lobak adalah tumbuhan berbulu yang boleh menghilangkan bau kambing dengan cepat. Caranya ialah masak daging kambing dengan ketulan lobak secukupnya kemudian biarkan ia masak selama setengah jam.
Selepas itu, anda boleh mengeluarkan lobak dan mula memasak daging mengikut resipi yang anda sediakan.
Cara membungkus kambing dalam daun betik sebenarnya adalah perkara biasa di kalangan masyarakat Indonesia kerana kaedah tradisional ini berkesan mengurangkan rasa hanyir daging. Tak semestinya daun betik, jambu dan daun jati pun boleh.
Bahan asas untuk cuka sangat mudah didapati. Anda boleh menggunakannya apabila anda tidak mempunyai masa untuk membeli rempah atau bahan lain.
Caranya ialah dengan mendidihkan 1 liter air dalam periuk, tunggu sehingga mendidih dan kemudian masukkan 1 kilo kambing dan 50 gram cuka. Selepas itu bolehlah toskan dan masak mengikut citarasa anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.