Kadang kala memang sukar untuk mengawal selera makan. Apatah lagi melihat sajian enak terhidang di atas meja. Kesukaran mengawal nafsu makan ini akan menyebabkan pertambahan berat badan.
Dan pastinya perut juga menjadi buncit disebabkan makan tanpa kawalan. Selain bersenam dan jaga pemakanan, terdapat cara tradisional yang digunakan untuk mengawal selera makan seterusnya menyebabkan perut main kempis dan berat pun turun.
Perkongsian dari pengguna laman sosial facebook Puan Eka Zahra memberitahu cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan membuat air minuman yang dimasak sendiri. Hasilhya dalam masa seminggu perut akan menjadi kempis dan berat juga turun sebanyak 1 kg.
“Hari ni akak nak kongsi resipi minuman yang boleh kurangkan selera makan. Perkongsian dari seorang sister dari Indonesia yang ada bisnis kek dan sangat suka makan kek hingga berat badan bertambah.”
Ads
“Atas nasihat doktornya yang dah ada 4 orang anak tapi badan tetap slim meskipun doktor itu keturunan obese (berat badan berlebih) maka sister itu mengamalkan minuman ini.”
“Sister tu minum 2 hari dah turun 1 kg. Akak pun cubalah dan memang boleh kawal selera makan sebab hari-hari masak dan suka pulak makan kuih muih. Seminggu minum perut dah nampak kempis dan berat turun 1 kg.”
Ini resepinya : (hasil bergantung badan masing-masing yea)
Ads
Bahan-Bahan:
1 liter air
2 batang serai diketuk
2 batang kulit kayu manis
4 inci halia diketuk
5 kuntum bunga cengkih
1 biji lemon dihiris
madu
Ads
Cara Membuat:
Didihkan air
Masukkan semua bahan kecuali lemon dan madu.
Masak selama 5 minit.
Angkat dari api dan masukkan hirisan lemon.
Biarkan 1 jam.
Bila nak minum tambahkan madu.
Minum sebelum sarapan, makan tengahari dan sebelum tidur.
Amalkannya sebelum sarapan, makan tengahari dan sebelum tidur.
Nota : * Baki air boleh simpan dalam peti sejuk * Resipi ni boleh minum 5 kali (5 gelas)
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Buat wanita dan mak-mak yang nak kuruskan badan dan kawal selera makan, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini.Cukup mudah, murah dan jamin selamat tanpa bahan pengawet.
Sumber: Eka Zahra
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak dinafikan wanita Thailand memang beruntung kerana dikurniakan wajah yang cantik, halus dan mulus. Malah kaum wanita di sana juga memang amat menitikberatkan soal penjagaan wajah mereka dengan menggunakan bahan alami selain berurut.
Kejelitaan wajah wanita di sana memang dicemburui negara jiran. Bukan sahaja yang tidak berhijab, tetapi juga wanita yang memakai hijab. Walaupun Islam dianggap minoriti, tetapi kecantikan gadis berhijab di sana memang sukar untuk kita sangkal.
Admin tertarik melihat kecantikan lima adik-beradik yang berhijab dan ia menarik perhatian netizen. Kelima-limanya cukup santun menggayakan hijab yang dililit ringkas dan bersahaja.
Tanpa solekan tebal wajah lima bersaudara ini pastinya menarik perhatian terutama kaum lelaki yang gemar melayari instagram.
Mereka ini seperti berketurunan Arab dan hubungan mereka adik-beradik cukup rapat. Ini dapat kita buktikan melalui perkongsian foto yang sering dimuat naik di laman sosial instagram. Kecantikan mereka bukan sahaja jadi bualan di Malaysia, juga di tanah seberang Indonesia.
Malah ada yang beranggapan mereka ini umpama ‘malaikat’ dek kerana kecantikan dan keindahan yang dianugerahkan oleh Allah. Memang teruja melihat kelima-limanya bergambar dalam pose hijab yang tersendiri. Penampilan memang cukup menawan.
Selain itu, mereka juga memiliki banyak persamaan dalam hal berpakaian, hobi dan bahkan nama akaun instagram mereka juga diakhiri dengan nama cermin yang serupa; @sairamirror @nasreenmirror, @reenamirror, @ruksanamirror dan @cattaleeyamirror.
Masing mempunyai follower yang tersendiri dan setiap kali posting pastinya mendapat pujian netizen. Kelima-lima bersaudara ini cukup gemar berselfie sama ada berlima atau sekadar berdua atau seorang diri. Lagaknya seperti kembar sama tapi tak serupa. Malah netizen juga turut memuji kecantikan lima beradik ini.
@syannanda49 You all are very pretty, can you tell me the order from the oldest to the youngest?
Admin paling suka hijab yang digayakan hijabi dari Thailand ini. Hanya menggayakan selendang panjang dengan color terang dan gaya lilitan yang cukup ringkas. Dek kerana populariti mereka juga turut diambil peluang untuk menjual pakaian jilbab atas nama Saira Hijab.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hari ini di mana-mana sahaja semua orang memperkatakan tentang kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan topik ‘panas’ hari ini berkaitan dengan harga minyak yang naik mencanak-canak.
Warga maya mula memperkatakan beban yang perlu ditanggung terutama mereka yang berniaga apabila harga minyak naik. Harga baharu minyak masak bagi lima kilogram dijual pada harga RM42.50 selepas kerajaan tidak meneruskan subsidi bagi minyak botol satu, dua, tiga dan lima kilogram.
Memandangkan harga minyak masak telah meningkat lebih daripada 43%, maka kita sudah patut mengurangkan penggunaan minyak masak dalam menggoreng. Antara alternatif yang praktikal adalah dengan menggunakan penggoreng elektronik @ air fryer.
Sebelum anda berhajat untuk membeli satu, jom baca ulasan yang saya pernah kongsikan dulu.
Ramai yang sukakan makanan yang bergoreng disebabkan teksturnya yang ranggup dan rasanya yang sedap. Umum maklum yang makanan digoreng ini tinggi kandungan lemak yang mana dikaitkan (walaupun tidak konklusif) dengan penyakit terutamanya berkaitan jantung dan keradangan.
Maka, antara inovasi yang telah dicipta bagi memenuhi keperluan yang sama namun lebih sihat (dalam konteks menggoreng bahan masakan yang sama) adalah dengan menggunakan peralatan memasak seperti air fryer.
Air fryer merupakan convection oven bersaiz kecil yang direka khas untuk mendapatkan kesan menggoreng tanpa perlu menenggelamkan masakan dalam minyak mengoreng yang banyak. Bergantung kepada selera masing-masing, masakan hanya perlu direnjis atau diselaput nipis dengan minyak untuk mendapatkan kesan gorengan yang diinginkan. Dan ini dapat mengurangkan penggunaan minyak masak sehingga 70-80%.
Air fryer mempunyai kipas yang berfungsi mengitarkan udara panas pada kelajuan yang tinggi dalam ruang memasak yang disediakan. Udara panas yang boleh mencapai suhu setinggi 250 degree Celcius (bergantung kepada model) akan membenarkan kesan gorengan berlaku pada permukaan makanan dengan cepat dan sekata.
Suhu yang tinggi mencetuskan tindakbalas Maillard pada permukaan masakan lalu memberikan warna, bau, rasa dan tekstur masakan yang ranggup di luar dan lembab di dalam.
Tindakbalas Maillard berlaku pada suhu 200 degree Celcius dalam air fryer (140-165 degree Celcius dalam proses menggoreng biasa). Bergantung kepada kuantiti masakan dan kawalan suhu, air fryer dapat mengurangkan masa memasak sehingga 20% dibandingkan penggunaan ketuhar biasa.
Selain daripada menggoreng, air fryer juga digunakan untuk memanggang, membakar (biskut dan kek) dan juga boleh mendapatkan hasil telur rebus tanpa menggunakan air! (boleh lihat di ruangan komen antara hasilnya).
Terdapat pelbagai jenama, model dan jenis air fryer yang berada di pasaran. Pemilihan adalah bergantung kepada kegunaan, saiz dan kapasiti, penggunaan elektrik, rekabentuk, kualiti, jenama dan semestinya kemampuan masing-masing. Maka, boleh pilih yang mana bersesuaian dengan tujuan penggunaan anda.
*Tanpa minyak tambahan/ sangat kurang penggunaan minyak menggoreng
*Masa memasak dapat dipendekkan
*Pelbagai guna (mini oven)
*Mudah digunakan (digital vs analog)
*Mudah dibersihkan jika dibandingkan oven
*Kurang berbau masakan
*Kurang haba panas jika dibandingkan oven biasa
*Tiada percikan minyak/ terkena minyak panas
*Kanak-kanak juga boleh menggunakannya dengan mudah apabila dilatih dengan betul
Bergantung kepada jenis masakan dan bahan masakan. Sememangnya memanggang dan membakar adalah lebih sihat hasil masakannya daripada menggoreng. Dan masakan daripada bahan terproses seperti sosej, nugget, daging burger dan sebagainya juga tidak sihat jika dibandingkan dengan bahan segar seperti ayam, ikan, daging dan sebagainya. Ingat, air fryer ialah peralatan memasak. Bukannya ‘magic pan’ yang boleh mengubah komposisi masakan!
Bergantung kepada suhu dan bahan masakan. Suhu dalam air fryer yang tinggi mampu menghasilkan bahan kimia punca kanser (kasinogen) seperti acrylamide, polycyclic aromatic hydrocarbons dan heterocyclic amines.
Namun bahan-bahan kimia ini BUKAN dihasilkan dalam air fryer saja. Mereka juga terhasil daripada proses memasak dengan kaedah menggoreng, memanggang dan membakar tradisional juga. Contoh acrylamide terhasil daripada tindakbalas komponen dalam masakan yang mengandungi gula (boleh jadi gula tambahan atau semulajadi) dan asid amino (asparagine dan glutamine).
Sebenarnya pembentukan bahan kimia punca kanser dalam masakan tidak dapat dielakkan sepenuhnya, namun ianya boleh dikurangkan dengan MENGAWAL suhu memasak dalam air fryer.
Kajian menunjukkan semakin gelap warna masakan yang dipanggang, dibakar atau digoreng, semakin tinggi kandungan bahan kimia acrylamide. Maka, pastikan masakan sebegini masak cuma cukup-cukup saja (kekuningan) dan elakkan terlebih masak.
Seperti yang selalu dipesan, bersederhanalah dalam apa juga jenis makanan yang kita ambil. Neutralkan kesan risiko pelbagai jenis penyakit daripada pemakanan sebegini dengan pengambilan sayuran hijau yang kaya dengan fitokimia yang mana bersifat antioksida, antiradang, antikanser dan sebagainya. Semoga bermanfaat.
Bawang goreng memang selalu dijadikan bahan penghias makanan. Namun masalah yang sering terjadi ialah bawang goreng yang dimasak sendiri tidak serangup bawang goreng yang dibeli.
Sebenarnya tidak susah pun untuk membuat bawang goreng yang rangup bila dimakan. resipi yang dikongsikan ini bukan sahaja menghasilkan bawang goreng yang ranggup tetapi tahan lamma untuk disimpan.
Jom kita cuba tip menghasilkan bawang goreng rangup perkongsian Mimie Suhaimi Hussin.
Sumber kredit: Mimie Suhaimi Hussin
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.