Peranti yang bijak dalam mengatur semua perihal hanya di hujung jari, menjadi idaman hijabi. Apatah lagi yang mempunyai spesifikasi yang diidamkan. Ya! anda pasti tidak salah alamat untuk memilikinya, bergaya dan nampak premium.
Galaxy S22 Ultra membayangkan semula pengalaman mudah alih dengan menggabungkan ciri terbaik pada siri Note dan S kamera, prestasi dan ketersambungan terbaik yang tersedia pada telefon pintar Galaxy. Peranti yang menggabungkan legasi daripada dua siri peranti pintar Samsung iaitu siri Note dan siri S dimana hasilnya bakal mentakrifkan semula maksud peranti mudah alih yang berprestasi premium. Menampilkan ciri-ciri seperti S Pen terbina, keupayaan Nightography dan video termaju serta hayat bateri yang panjang dan mampu bertahan lebih dari sehari, Galaxy S22 Ultra adalah peranti rekaan Samsung yang betul-betul Ultra.
Galaxy S22 Ultra, telah menyepadukan fungsi terbaik Galaxy Note, seperti stylus S Pen, dengan ciri-ciri siri S yang digemari ramai. Anda pasti tidak mahu melepaskan suatu pengalaman peranti mudah alih yang sesuai dengan pelbagai mod penggunaan, dari keupayaan mencipta kandungan sehingga ke keperluan prestasi pemprosesan tinggi. Pengalaman pengguna yang ditawarkan menerusi peranti ini bukan sahaja unik malah menetapkan piawaian baharu bagi rekabentuk telefon pintar yang terkini. Wow bukan!
Serlahkan sisi kreativiti dengan Peranti Yang Paling Perkasa
Buat pertama kalinya, S Pen yang digemari pengguna Note akan hadir bersama peranti siri S. Berkat S Pen yang meneruskan legasi produktiviti dan keterciptaan yang dipelopori siri Galaxy Note, Galaxy S22 Ultra ternyata melangkaui batasan kemampuan segala peranti mudah alih yang sebelumnya. Lebih-lebih lagi, S Pen telah ditambahbaik, menjadikannya lebih pantas dan lebih responsif. Dengan masa pendam 70% lebih rendah berbanding model sebelumnya, anda kini boleh meneroka kreativiti anda dengan sepenuhnya pada keseluruhan paparan S22 Ultra anda.
Rekabentuk luaran Galaxy S22 Ultra juga menjunjung penampilan telefon ini ke aras peranti Samsung yang paling mewah. Kontur bentuk yang sekian lama dikaitkan dengan keanggunan binaan Galaxy Note kini hadir pada S22 Ultra, dilengkapkan lagi dengan kemasan ‘haze finishing’ dan kanta kamera yang bersepadu dengan bingkai logam telefon. Menariknya Galaxy S22 Ultra hadir dalam empat pilihan warna yang berilhamkan alam semula jadi, termasuk Phantom Black, Phantom White, Green dan, yang terkini untuk S22 Ultra, Burgundy.
OOTD Sepanjang hari dengan kehebatan Kamera Revolusioner
Ads
Penggambaran foto atau video di bawah pelbagai keadaan pencahayaan tidak lagi menjadi masalah dengan ciri penggambaran revolusioner ‘Nightography’ yang turut hadir pada kesemua peranti siri Galaxy S22. S22 Ultra dilengkapi dengan sensor kamera berukuran 2.4um; sensor ini bukan sahaja merupakan yang terbesar pernah terbina dalam peranti Samsung malah khusus direka untuk memudahkan penggambaran dalam suasana pencahayaan malap. Dipadankan dengan lensa Super Clear Glass S22 Ultra, kandungan rakaman anda dijamin lebih cerah, tanpa silauan, bermaya dan kaya dengan butiran halus. Tambahan lagi, ciri Auto Framing juga hadir untuk memudahkan rakaman video secara berkumpulan sehingga ke 10 orang.
Kamera Galaxy S22 Ultra ini juga terbina dengan kecerdasan AI yang membolehkan hasil penggambaran yang setara dengan tangkapan gambar menerusi kamera DSLR. Selain daripada kemampuan zum Space Zoom sehingga 100x kali ganda, Galaxy S22 Ultra bukan sahaja memberi anda pilihan untuk merakam gambar dalam format RAW sehingga ke 16bit, malah menawarkan akses eksklusif kepada aplikasi Expert RAW yang penuh dengan pelbagai alatan penyunting. Bagi pengguna yang berkecenderungan melakukan penggambaran secara profesional, Galaxy S22 Ultra turut menawarkan pelbagai kawalan kamera seperti tetapan ISO, kelajuan pengatup, imbangan putih dan juga kemampuan fokus secara manual – persis seperti sebuah kamera DSLR.
Kuasa dan Prestasi Tanpa Batas
Galaxy S22 Ultra didukung pemproses 4nm yang julung kali terbina dalam telefon pintar Galaxy. Pemproses ini khas meyokong teknologi AI dan ML terkini untuk mengoptimumkan segala keperluan seharian anda, tidak kira sama ada anda sedang bekerja, beriadah, menstrim rancangan kegemaran ataupun ketiga-tiganya sekali! Peranti ini juga menampilkan Wi-Fi 6E yang mempunyai kecekapan dua kali ganda berbanding sambungan Wi-Fi 6. Lakukan apa sahaja dengan cekap kerana bateri Galaxy SS2 Ultra yang lasak mampu bertahan lebih daripada sehari dengan hanya sekali cas. Galaxy S22 Ultra juga menawarkan pengecasan super-pantas 45W di mana dengan hanya berbekalkan cas 10 minit, anda dapat kuasa yang cukup untuk merakam video sepanjang 50 minit.
Ads
Paparan 6.8-inci, Dynamic AMOLED 2X Galaxy S22 Ultra juga optimal bagi mereka yang lazim menikmati mahupun mencipta kandungan. Dengan penampilan skrin yang mencapai kecerahan puncak 1,750nits, sebarang kandungan yang terpapar dijamin jelas dan penuh bermaya. Lebih-lebih lagi, teknologi Vision Booster yang melaraskan kecerahan skrin mengikut kesesuaian pencahayaan akan memastikan anda kekal menerima paparan terbaik walaupun di bawah terik matahari.
Selaras dengan jaminan kami untuk memberikan pengalaman pengguna yang terunggul, keseluruhan siri Galaxy S22 turut akan disokong kemaskini OS Android sehingga ke empat generasi peranti. Dengan ini, jutaan pengguna peranti Galaxy di seluruh negara akan dilindungi oleh ciri keselamatan terkini, disamping menikmati prestasi produktiviti dan ciri peranti terkini untuk tempoh masa yang lebih lama. Samsung berazam akan mengembangkan usaha ini ke seluruh barisan produk kami untuk memanfaatkan pengguna merentas ekosistem Galaxy.
Perlindungan Sekuriti Yang Menyeluruh
Ads
Siri Galaxy S22 dilindungi oleh platform keselamatan Knox Vault yang berfungsi mengasingkan data sensitive, seperti kata laluan, biometrik atau kekunci Blockchain daripada sistem pengendalian telefon utama dengan menggunakan pemproses dan memori khusus. Sistem keselamatan yang menyeluruh ini membolehkan pengguna mengawal segala aplikasi yang mengakses data ataupun kamera anda hanya dengan merujuk kepada antaramuka privasi One UI. Selain itu, siri Galaxy S22 juga terbina dengan ciri-ciri keselamatan baru, termasuk ARM microarchitecture yang berfungsi mencegah serangan atas talian ke atas sistem pengendalian dan memori peranti anda.
Siri Galaxy S22 juga membawa Samsung Wallet, suatu kemudahan dompet atas talian bersepadu yang boleh digunakan untuk menyimpan kad pengenalan, tiket perjalanan, pelbagai lesen, dan kunci digital milik pengguna.
Kekal Terhubung dengan Galaxy Ecosystem
Selain daripada siri peranti Galaxy S22, Samsung juga akan memperkenalkan siri tablet serba baharu bersama-sama dengan ciri teknologi Galaxy Watch4 yang telah dikemaskini. Siri Galaxy Tab S8– termasuk Tab S8, Tab S8+ dan Tab S8 Ultra – adalah siri tablet Samsung yang paling berkeupayaan serba boleh dan direka khas untuk mendukung gaya hidup kini yang selalu berhubung.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Semalam dunia menyaksikan perkahwinan diraja yang berlangsung antara Putera Harry dan pilihan hatinya, selebriti Meghan Markle yang berlangsung di St. George’s Chapel at Windsor Castle. Dan pastinya penampilan pengantin perempuan yang berjaya menjadi tumpuan seluruh dunia. Tampil begitu ringkas dengan gaun warna putih dengan tiara serta veil panjang warna putih memang menyerlahkan kejelitaan Meghan Markle.
Gaun Meghan yang direka khas oleh Clare Waight Keller dari Givenchy tampil ringkas dennen menggunakan silk organza itu berkonsepkan siluet tradisional iaitu boatnect neckline. Walaupun rekaaannya tidak terlalu sarat dan gah, namun sudah mampu menyerlahkan kecantikan wajah pelakon dari Amerika Syarikat ini.
Untuk pengetahuan Clare Waight Keller adalah designer yang memegang jawatan sebagai Creative Director untuk Givenchy. Sebelum itu beliau memulakan karier di dunia fesyen dengan bekerja sebagai stylist di bahagian wanita untuk ready to wear bagi jenama Calvin Klien. Kemudian mencaripengalaman di Ralph Lauren sebelum ke Gucchi selama empat tahun dan juga mengemudi jenama Chloe pada 2017 sebelum disunting bekerja untuk jenama mewah Givenchy.
Namun di majlis perkahwinan penuh bersejarah itu juga yang menarik perhatian adalah veil panjang yang melengkapi penampilan pengantin perempuan. Veil ini mempunyai makna tersendiri terhadap 53 buah negara Komanwel.
Meghan telah meminta perekanya untuk menggunakan 53 jenis bunga dari negara-negara bekas jajajan British itu untuk dijahit khas pada veil bekenaan. Sudah pastilah bunga raya bunga bagi negara kita juga mungkin ada di situ.
Malah Putera Harry yang juga menjadi duta khas Komanwel dan Meghan sebagai rakyat yang pernah menetap di Kanada, Persatuan Komanwel pastinya mempunyai makna yang cukup mendalam kepada mereka.
Malah selepas ini Harry dan Meghan dipercayai akan menjadi duta utama persatuan itu ke negara terbabit.
Wajah Meghan yang disolek rngkas itu turut diperindahkan dengan pemakaian tiara yang merupakan pinjaman Queen Elizabert iaitu, Queen Mary Bandeau Tiara bertatahkan belian ini direka pada tahun 1932 dan yang jarang dipakai oleh sesiapa.
Seperkara yang lebih menarik lagi, sebelum hari perkahwinan, tiada siapa dapat mengetahui siapa pereka sebenar dress sebelum Meghan muncul daripada kenderaan rasmi Rolls Royce. Sebelum itu beberapa nama pereka telah disebut antaranya Alexander McQueen, Stella McCartney dan Erdem.
Kini ramai selebriti melangkah ke dunia fesyen. Salah seorang daripadanya ialah Fathimah Alatas yang sukses sebagai pereka fesyen Muslimah. Sekian lama bergelar pereka fesyen, Fathimah Alatas turut mengasaskan jenama fesyen miliknya iaitu Fatima Collection (FATco).
Kelebihan dan keberadaan Fathimah Alatas mengambil masa yang agak lama untuk diiktiraf dalam industri fesyen Indonesia.
Sehinggalah akhirnya Fathimah Alatas mendapat tempat di pelbagai acara fesyen besar tanah air termasuk di Muslim Fashion Festival 2024 (MUFFEST).
Fathimah Alatas memperagakan rekaannya dengan gaun bertemakan ‘Keanggunan Klasik Dalam Keharmonian Semula Jadi’.
Akuinya, dia ingin memaparkan sisi kuat dan yakin seorang wanita.
Kerana ingin menonjol kekuatan dan keyakinan seorang wanita, untuk pertunjukan fesyen ini dia mempersembahkan koleksi yang lebih menyerlahkan keanggunan seorang wanita berjiwa kental.
“Alhamdulillah, saya gembira kerana pertunjukan fesyen FATco di MUFFEST 2024 berjalan lancar,” tutur Fathimah Alatas di Istora Senayan Jakarta baru-baru ini.
Memfokuskan kepada elemen keanggunan, Fathimah Alatas merasakan sentuhan gaya klasik dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang makna keanggunan.
Selain itu, untuk warna diilhamkan daripada bunga mawar dan warna semula jadi yang lain.
Festival yang dianjurkan oleh Indonesia Fashion Chamber itu dibayangkan sebagai forum karya pereka tempatan demi menjadikan Indonesia sebagai pusat fesyen dunia.
Fathimah Alatas merupakan salah seorang pereka tempatan yang tampil habis-habisan di festival itu.
“Saya membuat persediaan rapi untuk mempersembahkan lapan koleksi terbaik untuk muncul di pentas MUFFEST 2024,” jelas Fathimah Alatas.
Untuk masa hadapan, Fathimah Alatas berharap agar dia dan jenamanya bukan hanya dapat menyumbang kepada dunia fesyen di Indonesia bahkan juga luar negara.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa tidak kenal dengan jenama tudung Fareeda yang penah mencipta fenomena serta cukup eksklusif dan terkenal suatu ketika dahulu. Malah, jenama ini sempat menjadi rebutan khususnya di kalangan hijabi meski harganya mencecah ratusan ringgit sehelai.
Bahkan setiap kali koleksi terkini dilancarkan peminat jenama tersebut sanggup ‘berkampung’ dan berbaris panjang di hadapan butik demi menjadi pemilik terawal tudung Fareeda.
Bisnes Tudung Fareeda Kian ‘Merundum’ Sejak Covid-19 Yang Lalu
Memang luar biasa penangan bisnes usahawan kelahiran Pulau Pinang, Faridah Zakaria!
Empayar niaga yang diasaskan pada tahun 2006 oleh Faridah Zakaria ini nyata mencetus fenomena dalam sejarah fesyen muslimah tanah air.
Pada tahun 2016 jenama Fareeda viral apabila dipercayai ribuan orang menyerbu dan berhimpit-himpit memasuki butik Fareeda sampai mencetuskan ketegangan.
Waktu itu, anak perempuan pengasasnya iaitu Mawar Abdul Karim yang menjadi wajah rasmi Fareeda menjadi perhatian ramai dan popular. Tambahan pula, rupa paras cantik Mawar dan berita perkahwinannya dengan pelakon kacak, Fizo Omar pada tahun 2013.
Namun kini sambutan terhadap tudung itu tidak lagi semeriah dulu. Pun begitu, Mawar setia menggayakan koleksi Fareeda Group.
Mawar Cabar Diri, Ceburi Bisnes Barang Kemas
Walau bisnes yang diusahakan ibu tersayang terjejas akibat Covid-19 namun Mawar selaku ahli perniagaan enggan mengalah dan terus melangkah dengan membuka cabang bisnes baharu antaranya barangan kemas.
Dia yang genap berusia 34 tahun pada 5 Jun lepas dilihat makin matang dan tenang mengemudi perniagaan. Apatah lagi sejak kehadiran cahaya mata tunggal iaitu Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.
Biarpun perkahwinan yang dibina tidak berkekalan namun sebagai ibu tunggal, Mawar kental mendepani cabaran hidup dan berdikari membesarkan anak tersayang.
Malah, dia turut mengikuti pengajian Jewellery di University of the Arts London demi menambah pengetahuan dalam bidang yang diceburi.
Bersandarkan pengaruh dan pengikut mencecah jutaan orang di media sosial, tidak hairanlah apa saja produk diusahawan Mawar mendapat sambutan peminat.
Pakaian Muslimah itu adalah pakaian yang ringkas dan tidak terlalu berlebihan serta banyak perhiasan.Paling penting mengikut syariat. Berikut tujuh gaya sempurna hijabi yang sederhana...