Setelah sah menjadi pasangan suami isteri Isnin lalu sempena tahun baru, Elfira Loy dan pasangannya, Muhammad Faris Khairol Anuar telah mengadakan majlis resepsi di PICC, Putrajaya bagi meraikan sanak saudara serta teman-teman kenalan kedua belah pihak. Apa yang menjadi perhatian adalah penampilan Elfira Loy yang sangat cantik bagai anak patung di majlis persandingannya. Pelakon berkening tebal ini mengenakan busana dress moden yang direka khas oleh duo designer popular, Rizman Ruzaini.
Dipadankan dengan lilitan hijab sedikit berbeza menjadikan penampilan Elfira begitu berbeza. Apatah lagi sentuhan mekap oleh jurusolek terkenal, Khir Khalid menyempurnakan lagi kejelitaan Ratu Sehari ini.
Rata-rata netizen memuji penampilan Elfira yang sangat outstanding di majlis resepsi berkenaaan. Selama ini pun Elfira memang terkenal dengan seorang selebriti yang bijak menggayakan busana bersesuaian dengan dirinya.
Kesihatan kemaluan itu penting bagi seorang wanita, tidak kira bagi wanita single ataupun sudah berkahwin. Memang keadaan organ intim ini tidak nampak dari luaran tetapi itu tidak bermakna anda perlu mengabaikannya. Tidak sukar sebenarnya untuk anda tahu keadaan kemaluan anda sama ada sihat atau pun tidak. Cuba lihat 5 tanda ini.
Jika anda ada alami salah satu daripadanya, terus sahaja jumpa doktor ya! Jangan berlengah kerana bimbang masalah kesihatan lain yang berlaku nanti.
Normal bagi setiap kemaluan untuk mengeluarkan cecair agar ia tidak kering. namun, yang perlu anda ambil kira jika cecair tersebut berubah warna seperti warna hijau, coklat atau kekuningan. Itu bermakna anda mungkin mengalami jangkitan.
Warna kemaluan setiap individu adalah berbeza. Namun, jika kemaluan anda berwarna kemerahan dan terasa panas jika disentuh, itu antara petanda yang tidak baik.
Kemaluan yang sihat memiliki warna kemerahan tetapi jika panas apabila bila disentuh, itu bermakna terdapat infeksi.
Pastikan anda tidak memakai seluar dalam terlalu ketat dan tidak menyentuh kemaluan dengan tangan yang kotor.
Membersihkan kemaluan menggunakan tangan adalah penting. Kemaluan yang sihat tidak akan terasa sakit apabila disentuh. Sebaliknya, jika kemaluan anda bermasalah, pasti akan terasa sakit saat disentuh.
Anda boleh tahu keadaan kemaluan anda ketika anda membuang air kecil. Jika anda tidak mengalami sebarang kesakitan ketika buang air kecil, itu bermakna kemaluan anda berada dalam keadaan yang sihat.
Setiap wanita pasti akan mengalami period pada setiap bulan. Sekiranya anda tidak datang period dalam beberapa bulan, baik anda pergi berjumpa doktor.
Tetapi, boleh jadi ia berkaitan dengan masalah hormon atau anda mengalami stress yang berlebihan sehingga mengganggu kitaran haid anda.
Ramai yang menjadikan penggunaan ‘toner’ sebagai salah satu rejim kecantikan mereka. Pelbagai jenis jenama ‘toner’ dijadikan pilihan untuk menjadikan kulit wajah menjadi lebih berseri dan sihat. 5 teknik menggunakan ‘toner’ dengan betul, barulah wajah bersih dan berseri!
Namun, ramai juga sebenarnya yang teknik yang salah ketika menggunakan ‘toner’. Apabila menggunakan teknik yang salah, ia boleh menyebabkan keradangan pada kulit wajah dan menghilangkan fungsi ‘toner’ itu sendiri seperti menyuci kotoran di kulit wajah.
Selalunya kita akan pakai kapas untuk menggunakan toner, dan cara ini sebenarnya sesuai untuk semua jenis kulit, tetapi akan memberi kebaikan untuk anda yang ada masalah kulit berminyak dan kombinasi kerana pemakaian ‘toner’ dengan kapas ini akan membersihkan kulit dengan lebih mendalam, dan membuang minyak yang berlebihan serta berfungsi untuk “exfoliate” kan sel mati.
2. KULIT NORMAL, KERING & SENSITIF: GUNAKAN TANGAN
Perasan atau tidak apabila anda ‘dap dap’ muka dengan tangan, anda dapat rasakan yang kulit muka anda menyerap tekstur ‘toner’ itu. Ini disebabkan pergerakan tangan yang lembut pada kulit muka, dan haba pada tangan akan menyebabkan ‘toner’ diserap lebih baik oleh kulit. Sebab itu lah ia sesuai untuk orang yang kulit kering
Kalau anda risau membazir pakai ‘toner’ dengan kapas, ada trik nya. Basahkan dulu kapas anda dengan air bersih dan perah sampai kering. Kemudian baru lah anda letak toner, supaya kapas anda akan menyerap semua toner tu dan membazir.
3. GERAKAN ‘TAP”IAITU TEPUK BUKANNYA ‘RUB’ IAITU GOSOK
Ada yang percaya bahawa apabila kita menyapu ‘toner’ dengan gerakan ‘menggosok’ ia akan membuat pori semakin terbuka. Hal ini adalah benar, tapi perlu diingat juga bahawa fungsi utama ‘toner’ ialah untuk menutup liang pori dan menyingkirkan sisa kotoran.
Jadi, pemakaian secara ‘rub’ sebenarnya masih relevan. Jika kita tidak gosok, tidak akan ada atau kurang dari 30% kotoran yang mampu ditarik keluar. Toner juga umumnya dicipta untuk menutup pori terbuka,jadi tidak usah risau jika cara ‘menggosok’ boleh menyebabkan pori semakin terbuka. Cuma perlu berhati-hati, jangan gosok terlalu kuat kerana nanti akan merengsakan kulit.
Namun ia bergantung juga dengan jenama toner yang dipakai,mungkin ada sesetengah toner yang mengandungi bahan yang tidak mampu menutup pori jika disapu secara ‘rub’.
4. CAMPUR DENGAN PRODUK LAIN SEPERTI SERUM, KRIM PELEMBAP DAN ‘FOUNDATION’
Cara ini jarang dilakukan tapi sebenarnya sering diamalkan oleh orang Korea. Ini bertujuan untuk menjimatkan masa bagi mereka yang selalu sibuk dan perlu cepat bersiap. Juga memang bagus diamalkan untuk penjimatan masa tetapi kita akan ketinggalan bahagian membersih kotoran dengan ‘toner’.
Namun kuasa penyerapannya masih sangat tinggi seperti kita menyapu ‘toner’ dengan jari dan menggunakan teknik ‘tap’. Cara ni bolehlah diamalkan sekali sekala tetapi jangan ketinggalan bahagian menggosok ‘toner’ pada kulit menggunakan kapas untuk menyingkirkan lebihan kotoran tau!
5. CUKUP GUNAKAN DUA KALI SEHARI
Memakai ‘toner’ secara berlebihan justeru dapat membuat wajah lebih berminyak dan berisiko timbul jerawat. ‘Toner’ cukup digunakan dua kali sehari, yakni pagi dan malam hari.
Bagi kamu yang memiliki kondisi kulit kering, gunakan ‘toner’ hanya pada malam hari saja untuk mengurangi pori-pori wajah tersumbat. ‘Toner’ digunakan setelah membersihkan wajah dan sebelum langkah ‘skincare’ selanjutnya, iaitu serum atau perawatan wajah lainnya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Jika anda sedang mencari cara mudah untuk menurunkan berat badan apabila menjelang tahun baru, mungkin anda tertanya-tanya bagaimana untuk menurunkan berat badan tanpa diet atau senaman.
Dan walaupun tidak mungkin untuk menurunkan berat badan dengan ketara atau dalam jangka panjang tanpa beberapa perubahan pada gaya hidup anda, seperti mengikuti salah satu diet yang berkesan atau melakukan senaman HIIT sekali-sekala, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu anda dalam misi diet anda. Jika anda memulakan keseluruhan proses dari awal.
Pemakanan yang sihat dan tabiat senaman yang baik bukan sahaja diperlukan untuk penurunan berat badan. Bukan sahaja terdapat manfaat fizikal yang besar, seperti kesihatan jantung yang lebih baik, ketumpatan tulang dan kapasiti paru-paru untuk bersenam dan mempunyai diet yang seimbang, begitu juga mental. Senaman telah diketahui dapat mengurangkan kebimbangan dan kemurungan, meningkatkan keyakinan diri dan membantu individu mengendalikan tekanan.
Nah! Jika anda ingin mengetahui perkara yang boleh anda lakukan untuk memulakan perjalanan penurunan berat badan anda pada tahun baharu, tanpa mengubah diet atau tabiat senaman, lihat petua ini.
Makan lebih banyak protein dalam makanan dan makanan ringan boleh memuaskan rasa lapar untuk jangka masa yang lebih lama, kerana ia mengambil masa yang lebih lama untuk dihadam, yang seterusnya membuatkan anda kekal kenyang lebih lama.
Jika anda ingin menurunkan berat badan tanpa membuat perubahan gaya hidup yang besar, salah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan ialah mengurangkan pengambilan gula anda. Mengurangkan pengambilan gula, bersenam 4-5 kali seminggu dan memperkenalkan lebih banyak protein semuanya boleh menjadi kaedah yang berkesan untuk membantu penurunan berat badan.
Sama seperti makan lebih banyak protein, diet serat tinggi telah membuktikan hubungan dengan rasa kenyang dan membantu anda berasa lebih kenyang lebih lama. Satu kajian melihat sifat oat, makanan berserat tinggi, dan mendapati bahawa ruji sarapan klasik ini membantu melepaskan hormon kenyang yang merangsang pembebasan peptida yang terlibat dalam mengawal selera makan. Sama ada dimakan sebagai sebahagian daripada hidangan atau dimasukkan sebagai ekstrak, kajian mendapati bahawa oat mempunyai kesan yang sangat positif untuk mengurangkan selera makan selama beberapa jam.
Mereka yang memasak di rumah lebih kerap mempunyai diet yang lebih sihat secara keseluruhan. Ini, kajian mencadangkan, adalah kerana makanan restoran cenderung mengandungi jumlah natrium yang lebih tinggi, lemak tepu dan lebih banyak kalori daripada makanan yang anda masak di rumah. Ini boleh meningkatkan kesihatan mental anda dan menggalakkan anda untuk bersenam lebih kerap juga, yang merupakan salah satu cara paling jelas untuk menurunkan berat badan.
Tetapi jika anda ingin menurunkan berat badan tanpa diet atau senaman, mempelajari cara menetapkan jadual tidur anda harus menjadi keutamaan. Jika anda berasa letih, anda juga berkemungkinan kurang untuk bersenam, yang boleh menyumbang kepada penambahan berat badan. Tetapkan waktu tidur dan waktu bangun yang konsisten boleh membantu anda kembali kepada tabiat yang lebih sihat. Ini kerana ia mengembalikan badan kepada rutin rasa letih dan terjaga pada waktu yang sama setiap hari.
Jadi sama ada anda ingin menurunkan berat badan pada tahun baharu atau kekal seimbang dengan diet yang lebih lengkap dengan nutrisi, pasti ada sesuatu yang anda gemari. Dan, yang penting, setiap hidangan dihantar terus ke pintu depan anda. Sama ada sarapan pagi, makan tengah hari atau makan malam, setiap hidangan mengandungi kira-kira 450 hingga 500 kalori, penuh dengan protein dan serat, dan merupakan cara yang lazat untuk menukar rutin pemakanan anda tanpa perlu keluar rumah. Add to chart!
Faedah air diketahui secara meluas tetapi sering dilupakan, terutamanya apabila ia berkaitan dengan penurunan berat badan. Walaupun kita tahu bahawa air adalah penting untuk mengekalkan sebarang tahap kepekatan, serta baik untuk sistem penghadaman, meminum hanya setengah liter air 30 minit sebelum makan mengurangkan rasa lapar secara mendadak.
Minum lebih banyak air sepanjang hari juga boleh membantu dengan berapa banyak kalori yang anda bakar setiap hari. Dikenali sebagai perbelanjaan tenaga berehat, kita membakar kebanyakan kalori harian kita melalui fungsi asas badan. Ini adalah aktiviti seperti bernafas, duduk, tidur dan makan. Walaupun ia secara semula jadi tidak akan membuat perbezaan yang besar dalam apa cara sekalipun, air minuman meningkatkan jumlah kalori yang anda bakar sepanjang hari.
Konsep puasa berselang terkenal dan dari semasa ke semasa, ia telah diperdebatkan positif dan negatifnya. Prinsip pemakanan bersasaran pada asasnya mengehadkan pengambilan apa-apa yang mengandungi kalori kepada tempoh 12 jam atau kurang setiap hari. Dan orang ramai akan sering menggunakan apa yang dipanggil ‘tetingkap makan’ selama 8 hingga 10 jam. Jadi mungkin mereka mula makan pertama pada pukul 9 pagi. Dan mereka menghabiskan makanan terakhir mereka pada pukul 7 malam. Dan kemudian di luar masa itu, mereka hanya minum air, dan teh herba.
Berhenti mengambil kalori sekurang-kurangnya tiga jam sebelum waktu tidur untuk kesan yang sama pada tingkah laku makan anda. Kerana selain menyokong tidur yang sihat, melakukan ini juga mengelakkan makan lewat malam yang tidak berfaedah di hadapan televisyen. Konteks di mana kita makan dan minum sangat mempengaruhi tingkah laku makan kita.
Selama bertahun-tahun, banyak kajian telah menunjukkan kesan buruk tekanan terhadap kesihatan kita. Ia memberi kesan kepada segala-galanya daripada kapasiti pernafasan kita kepada fungsi otak, pertumbuhan otot dan segala-galanya di antaranya. Ia juga membuatkan orang ramai memegang apa-apa berat yang tidak diingini yang mereka miliki dan boleh membolehkan penambahan berat badan juga.
Ini bermakna apabila kita tertekan, berapa banyak kalori yang kita bakar sehari melalui fungsi harian adalah kurang.
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.