Bau kaki boleh menyebabkan kita berasa tidak selesa dan hilang keyakinan diri. Bukan itu sahaja, malahan orang di sekeliling kita juga turut berasa tidak selesa dengan bau yang datangnya dari kaki kita. Pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang itu mengalami masalah bau kaki.

Sumber gambar: Hello Glow

Antaranya ialah:

  • Menggunakan kasut atau selipar yang sama setiap hari tanpa menjemur dan membersihkan kaki sebelum dan sesudah memakainya.
  • Kurang menjaga kebersihan samaada kebersihan kaki ataupun kasut mahupun selipar.
  • Perubahan hormon yang menyebabkan peluh yang berlebihan. Biasanya terjadi pada usia remaja.
  • Stress yang berlebihan.
  • Mereka yang menghidap penyakit ‘hyperhidrosis’.

1. Rendam kaki dalam larutan cuka & garam epsom

Sumber gambar: The Indian Express

Garam epsom terkenal dengan fungsinya yang menarik atau meresap kelembapan daripada kulit dan sekali gus dapat mematikan kuman serta bakteria. Caranya amat mudah. Ambil segengam garam epsom dan larutkan dalam bekas yang boleh memuatkan kedua-dua belah kaki anda. Guna air panas dan biarkan garam larut sekitar 10 ke 20 minit sebelum merendam kaki anda.

Nota tambahan: Anda juga boleh menggantikannya dengan cuka kerana fungsi cuka juga sama seperti garam.

IKLAN

2. Rendamkan kaki dalam air larutan lemon.

Sumber gambar: Lifealth

Lemon tidak hanya berfungsi untuk memberi kecantikan pada kulit wajah, malah ia juga antara bahan terbaik untuk melenyapkan bau busuk pada kaki. Kandungan asid dalam lemon membantu untuk menyegarkan bau kaki sekali gus mematikan bakteria dan kuman pada setiap sudut kaki termasuk di celah-celah jari kaki. Caranya ialah perah 6 biji buah lemon. Kemudian campurkan air perahan tersebut dengan air suam. Rendamkan kaki selama 15 minit untuk hasil yang terbaik.

IKLAN

3. Baking soda untuk mematikan bakteria.

Sumber gambar: The Today Show

Sama seperti lemon, baking soda bukan sahaja memberi kecantikan pada wajah atau memutihkan gigi malah ia juga bertindak sebagai bahan terbaik untuk membasi kuman di kaki. Usah risau kerana ia tidak akan meninggalkan sebarang luka pada kaki kamu. Campurkan ¼ gelas baking soda dengan air suam. Tunggu hingga baking soda larut. Kemudian rendam kaki selama satu minit. Setelah selesai bilas sehingga bersih.

IKLAN

4. Kopi 

Sumber gambar: Scania

Ha! Pasti kamu hairan kan kopi pun antara bahan semula jadi yang memberi haruman wangi pada kaki? Ya! Ini adalah kerana bau kuat yang ada pada kopi itu dapat melenyapkan bau busuk pada kaki. Caranya adalah dengan mencampur kopi dengan air sedikit demi sedikit dan rendamkan kaki kamu selama 15 minit kemudian bilas.

5. Teh 

Sumber gambar: Batam Today

Bukan hanya kopi, teh juga sudah cukup terkenal dengan sifat anti-oksidan, anti-infamnsi serta anti-bakteria yang boleh menghilangkan bu secara efektif. Sama juga dengan penggunaan kopi, basuh kaki dan gosok dengan air suam yang sudah direndam dengan teh selama 5-10 minit. Pasti berkesan!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI